Upgrade + Broadband

Friday, August 28, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua buat pembaca setia blog Fid? Harap anda berada didalam keadaan sihat sejahtera senantiasa disamping menikmati keindahan dan kemanisan pahala di bulan Ramadhan 1430H ini. Blog Fid sudah mengalami perubahan yang besar iaitu menukar tema baru atau lebih afdhal lagi nafas baru. Yang tema lama itu sebenarnya bagus juga namun ianya serupa dengan web blog Persatuan Ukhuwah PSIS, juga Fid merupakan salah seorang dari pembina pelantar web blog tersebut. Tidak lupa juga sahabat karib Fid iaitu saudara Ahmad Zulhilmi yang kini sudah mencapai entri yang ke-100. Tahniah buat beliau sehingga mengadakan contest berbentuk minda. Nak tahu lebih lanjut, singgah sejenak di blog dia.

Nafas baru ini mampu mengubah beberapa idea-idea yang mencurah-curah. Ditambah pula dengan pemandangan yang cool oleh para pembaca, rasa tenang melihat blog Fid. Tetapi ia menjadi panas sekiranya entri berbentuk panas atau melibatkan pandangan anda. Tema ini juga bagi Fid sesuai sekali dengan citarasa Fid kerana ianya putih, simple, tidak terlalu funky, loading page pun laju. Kalau tidak laju, check PC anda samaada sudah buang cookies, temporary file, dan sebagainya. Paling tidak pun, kelajuan internet anda samaada laju atau tidak.

Memperkenalkan prepaid broadband celcom

Berkenaan dengan broadband, insyaAllah pada minggu ini dapat merasailah tetapi pakai prepaid broadband je. Fid bukanlah dalam golongan mewah tetapi hanya mampu dengan apa yang ada. Harga modem broadband yang popular sekarang ini "ALCATEL" RM200 seunit, itupun beli dengan kawan. Tapi Fid adalah orang terakhir bagi promosi RM200 modem tersebut, selepas ini harga modem tersebut menjadi RM230 seunit. Sim kad prepaid broadband celcom Fid sudah beli di pekan Sabak Bernam sewaktu hendak menunggu bas untuk pulang ke Selayang. Harga promosi iaitu RM25 satu pack. Fid belum masa lagi untuk menggunakan line broadband celcom kerana Fid bukanlah guna selalu, kecuali kat rumah la sebab ada streamyx 24 jam mengadap internet. Hehehe...

So, itulah serba coretan yang Fid dapat sampaikan pada anda semua. InsyaAllah ada info terbaru akan Fid cuba sampaikan secepat yang mungkin. Sehingga bertemu lagi.

Wassalam...

8 comments:

pudding pie said...

hmm, sye gne celcom broadband yg utk student
Rm50 sebulan. Kalo prepaid, mcm mane tu??

pudding pie said...

hmm, sye gne celcom broadband yg utk student
Rm50 sebulan. Kalo prepaid, mcm mane tu??

Firdausi said...

to pudding pie:

kalau prepaid pula,

1. Ada dua pilihan untuk langgan samaada RM6/hari ataupun RM20/minggu. Fid langgan yang RM20/minggu. Fid bukanlah guna selalu pun. Hanya dalam saat kecemasan je baru guna. Dan, lebih kepada tumpuan assignment yang kurang melibatkan maklumat dari internet.

2. Tidak boleh buat panggilan keluar dan masuk. Juga tidak boleh menghantar sms kecuali untuk tambah nilai je.

3. Tambah nilai seperti celcom biasa.

Zulhilmi said...

Giler lah.. boleh la aku pinjam.. hehe

p/s: padahal dier yang selalu pinjam aku nyer.. huhu

Zulhilmi said...

Giler lah.. boleh la aku pinjam.. hehe

p/s: padahal dier yang selalu pinjam aku nyer.. huhu

Firdausi said...

Kepada Zulhilmi..

Hehe.. Jangan marah.. Aku pinjam dalam keadaan darurat sahaja.. Hahaa.. Ni aku dah ada broadband, tak da la nak kacau kamu lagi guna broadband kamu.. Hahaha.. =)

Firdausi said...

Kepada Zulhilmi..

Hehe.. Jangan marah.. Aku pinjam dalam keadaan darurat sahaja.. Hahaa.. Ni aku dah ada broadband, tak da la nak kacau kamu lagi guna broadband kamu.. Hahaha.. =)