Kepadatan dan Keresahan dalam PSIS

Friday, August 21, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar anda yang berada disana? Harap berada dalam keadaan sihat sejahtera senantiasa. Kesibukkan didalam merangka, mengurus, dan menjalankan beberapa aktiviti di PSIS agak keletihan namun dengan semangat perjuangan didalam menaikkan dan menghidupkan suasana kembali ke pangkal jalan masih kuat dan bersemangat lagi lebih-lebih lagi dengan bantuan rakan-rakan seorganisasi dengan Fid. Alhamdulillah rata-rata memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap Persatuan Ukhuwah PSIS.

Baru-baru ini Fid menghadiri satu perjumpaan Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE). Pada hari tersebut diadakan perlantikan Majlis Tertinggi KKE atau lebih dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa KKE. Fid pada mulanya rakan sekelas Fid mencalonkan Fid untuk jawatan Pengerusi. Mana tidaknya, tengah sedap buat nota untuk Persatuan Ukhuwah tetiba nama disebut sebegini. "Saya hendak mencadangkan nama diberi Mohamad Firdausi". Tahu la Fid setiap kali untuk sesi kenalan Fid memulakan ayat "Nama diberi" sehinggakan mereka sudah hafal ayat-ayat tersebut. Biasalah manusia sekarang sudah pelbagai gelaran diberikan oleh seseorang. Dahulu Fid digelar Ustaz Firdausi, kemudian digelar Syeikh al-Firdausi, kini Nama Diberi. Fid bukanlah seorang ustaz, ulama, mahupun ahliagama. Fid kini sedang mencari kefahaman disamping memperbaiki diri yang lemah ini. Ilmu agama tidaklah tinggi yang anda jangkakan, namun dari sudut kefahaman insyaAllah ada.



Sewaktu itu, terdapat 4 orang pencalonan yang rata-rata hebat-hebat belaka termasuk sekali diri Fid. Kemudian diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Apabila turn Fid, Fid menerangkan pada mereka mengundi biarlah tepat pada orangnya. Berdosa sekiranya kita tidak membantu pemimpin yang jatuh. So, mereka boleh gelak-gelak. Fid hanya senyum sahajalah. Fid pun memberitahu kepada mereka yang Fid mempunyai komitmen yang terlalu besar selain dari KKE iaitu Persatuan Ukhuwah PSIS sebagai Pengerusi Persatuan Ukhuwah.

Sewaktu sesi pengundian dijalankan, kami berempat berada diluar. Setelah selesai, kami masuk kembali di Dewan Syarahan 2. Lalu senior KKE semester 6 mengumumkan keputusan bahawa majoriti adalah menang kepada seorang ini dari DKE. Dan Fid pula dapat jawatan Bendahari. Sudah, nak kutip duit, urus perbelanjaan dan sebagainya ni yang malas ni. Bukannya apa, bab bendahari ni Fid kurang mahir la. Tapi terpaksa terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah akan belajar dari orang-orang yang sudah berpengalaman dalam menguruskan kewangan.

Kemudian sejurus tamat sesi perlantikan, Encik ZulFahmi panggil Fid memberikan borang pencalonan untuk bertanding di Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Ini adalah dialog antara Fid dengan beliau :

En. ZulFahmi: Nah, masuk JPP bertanding pilihanraya.
Fid: Terima kasih Encik. Tapi nak tahu apa syarat-syaratnya.
En. ZulFahmi: Pointer HPNM 2.70. HPNM kamu berapa?
Fid: Saya 2.45 je. Saya tidak cukup syarat la encik.
En. Zulfahmi: Alamak, kenapa boleh jadi begitu? Saya tahu kamu boleh dan layak masuk bertanding didalam JPP sebab kepimpinan kamu. Tapi susah sikit sebab pointer HPNM kamu rendah. Tak mengapa, hantar je.



Fid bukan nak bangga atau apa namun beliau sendiri yang melihat gerak kerja Fid didalam organisasi bagaimana dan beliau berminat untuk Fid menyertai pilihanraya JPP. Sebenarnya Fid ingin mencuba dan ingin menyertai pilihanraya JPP. Juga Fid mewakilkan diri Fid dari Persatuan Ukhuwah PSIS ke JPP. InsyaAllah pilihanraya JPP akan dijalankan pada 26hb. Ogos 2009. Jika Fid dicalonkan untuk bertanding, Fid tidak mengharapkan populariti tetapi Fid mengharapkan berkat doa dari anda. Amin...

Kemudian pada keesokkan harinya pula ada mesyuarat KKE selepas waktu kelas dalam waktu petang. Disitu berlaku perlantikan Biro-Biro dan rombakan dimana Fid diawalnya memegang jawatan Bendahari ditukarkan ke Biro Kerohanian dan Kebajikan. Memang sesuai dengan jiwa Fid. Huhuhu... Kemudian, mereka memberi tugasan kepada setiap Biro untuk mencari 4orang dikalangan semester 2 atau semester 3 Jabatan Kejuruteraan Elektik untuk diserapkan sebagai AJK setiap Biro. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Fid sudahpun mencari calon-calonnya juga dari Persatuan Ukhuwah namun kini menunggu jawapan dari mereka samaada berminat untuk menyertai KKE ataupun tidak.

Itu sahaja yang Fid sampaikan pada anda, insyaAllah info-info baru akan cuba update sepantas yang boleh. Kini hendak fokus didalam pengurusan Persatuan Ukhuwah dan juga program sepanjang bulan puasa.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

0 comments: