Updated 30hb Julai 2009

Saturday, August 1, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana Fid telah selamat tiba di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam pada jam 9.10 pagi 30hb. Julai 2009. Fid terus mendaftarkan diri di Dewan Serbaguna PSIS kemudian menuju ke Kafeteria Asrama PSIS untuk mendapatkan kunci bilik. Terkejut juga kerana bilik Fid terletak di Blok A2 aras 4. Aras tertinggi sekali pula tu. Penat juga membawa barang bukan sikit tetapi banyak. Hendak buat macam mana terpaksalah terima hakikat.

Alhamdulillah seramai 3 orang didalam bilik Fid. Sepatutnya 4 orang namun tidak pasti samaada pelajar lewat daftar atau tidak. Fid dengan rakan sekelas Fid dan seorang lagi dari pelajar kejuruteraan awam. Namun, agak menyedihkan juga kerana kebanyakkan rakan kelas Fid berada di blok yang lain. Di blok yang sama pun ada juga tetapi tidak ramai. Fid juga sedih kerana tiada mendapat liputan internet @ wireless di bilik Fid kerana terlalu jauh dengan pemancar WIFI. Jadi, untuk mencari bahan maklumat dan kemaskini blog terpaksalah pergi ke bilik rakan yang menerima liputan internet ataupun pergi ke Kafetaria Pentadbiran yang terletak jauh dari blok asrama.



Permulaan hari sudah mengalami kesibukkan kerana malam itu juga ada perjumpaan dengan Penasihat Persatuan Ukhuwah PSIS. Hendak diikutkan semua ahli terlibat namun terdapat kelewatan info dan kekangan masa maka hanya lebih kurang 15 orang sahaja terlibat sebagai wakil.

Tujuan perjumpaan tersebut kerana ingin mengenali lebih dekat disamping membincangkan perkara-perkara berbangkit untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. InsyaAllah hasil perbincangan nanti membawa semangat yang tinggi dan menggunakan sepenuh tenaga pengalaman yang ada untuk dicurahkan kepada pelajar-pelajar lain khususnya pelajar semester 1.

Keesokkkan harinya (Jumaat 31hb. Julai 2009) adalah pendaftaran modul subjek bagi semester 5. Fid dan yang lain akan berjumpa dengan Penasihat Akademik untuk berbincang dengannya berkenaan "carry module" atau lebih senang disebut ulang modul yang gagal. Fid hendak mengulangi modul semester 3 iaitu modul Sistem Elektronik Berdigit. Modul itu adalah killer paper dan perlu berhati-hati dan berusaha dengan lebih gigih. Doakan Fid agar semuanya berjalan dengan jayanya.

Juga pada malam itu (Jumaat 31hb. Julai 2009) insyaAllah akan diadakan perjumpaan dengan pelajar senior dan junior Ahli Persatuan Ukhuwah. Diikuti dengan perlantikan Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi Julai 2009.

Pada 1hb. Ogos 2009 pula, pihak Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) diadakan program gotong-royong disekitar Kamsis. Juga diberi amanat untuk terlibat didalam program tersebut di Pusat Islam. Fid handle mereka dan insyaAllah seramai 60 orang yang akan terlibat untuk melaksanakan kemasan dan kebersihan Pusat Islam. Hendak diikutkan program tersebut berlangsung pada hari ahad 2hb. Ogos 2009 dibawah kelolaan Persatuan Ukhuwah namun untuk selaraskannya dan juga cadangan dari Encik Fahmee selaku penasihat Persatuan Ukhuwah maka digabungkan sekali dengan Program gotong-royong perdana tersebut.

Kini dengan sistem short semester, segalanya perlu dilakukan pantas dan tersusun. Merangka dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Didalam masa yang sama membahagikan masa untuk kuliah dan juga organisasi. Semuanya perlu teratur. Jikalau tidak, tergelincirlah dari landasan yang kita hendak tuju.

Itu sahaja pada masa ini, nanti ada kelapangan insyaAllah Fid akan publishkan artikel lagi. Nantikan info baru lagi.

Wassalam..

2 comments:

.::izan karmila::. said...

bagos2,, teruskan usaha anda...
wat leklok ntuk subjek killer paper tuh,, jgn memain.. hak3...

.::izan karmila::. said...

bagos2,, teruskan usaha anda...
wat leklok ntuk subjek killer paper tuh,, jgn memain.. hak3...