Going Oversea

Saturday, June 19, 2010



Assalammualaikum dan salam 1Malaysia...

Kini penulis blog Ilusi dan Realiti sedang menuju ke PSIS untuk memberikan semangat, memantau, dan membantu para sukarelawan Minggu Suai Kenal sesi Jun 2010. Semoga perjalanan ke sana dan pulang ke Selayang selamat. Akan berada di sana dalam 6 hari. Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru sesi Jun 2010 ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.
Read more

Perasaan Sebelum dan Selepas Hari Keputusan

Wednesday, June 16, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia..

Alhamdulillah syukur kehadratMu diatas memberi aku kelapangan bagi mencoret dan berkongsi kepada semua pembaca blog ini. Juga sementara masih ada masa lagi ini, aku terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PSIS (termasuk aku) bagi sesi Januari 2010 diatas kejayaan yang dikecapi didalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan didalam menjalani kehidupan sebagai siswa di IPT. Ini juga termasuk kepada pelajar-pelajar PSIS yang baru sahaja tamat menjalani Latihan Industri selama hampir 6 bulan di firma masing-masing. Kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus-asa dan kecewa. Kuatkan semangat, jadikan kekecewaan itu satu cabaran hidup untuk anda. Teruskan usaha lagi, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Aku sering sampaikan mesej yang ringkas kepada beberapa rakan aku iaitu "Ganbatte kudasai", "Fighto OH", dan "Chaiyok". Ketiga-tiga katakunci inilah yang seringkali aku dan juga pelajar-pelajar yang lain lafazkan sebagai kata-kata semangat. Dan kepada yang masih lagi belum menyemak status keputusan peperiksaan akhir semester sesi Januari 2010 dan Asrama sesi Jun 2010, anda boleh berbuat demikian di link ini.. KLIK DISINI

Untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua perasaan aku dan juga rakan-rakan seperjuagan PSIS didalam menempuh saat-saat debaran yang bermula pada Isnin lalu (14/6/2010) sehinggalah pagi tadi jam 2 pagi dimana seluruh warga pelajar penuntut PSIS menantikan keputusan peperiksaan dan juga asrama.

Hari Isnin (14/6/2010)
Beberapa pelajar mulai merisaukan debaran itu namun dalam sejumlah yang kecil. Apabila aku menaip jangkamasa keputusan di status Facebook, lalu mereka memberikan feedback yang memberangsangkan. Ada yang tidak sabar menunggu, ada yang ceria, ada yang takut, ada yang risau, dan sebagainya. Namun pada waktu itu dapat merasakan masih boleh tenang lagi hatiku ini. Lalu pada........................

Hari Selasa (15/6/2010)
Rakan-rakan di Facebook menantikan detik-detik paparan keputusan. Didalam singgah-singgah website PSIS, tergerak hati untuk melihat link keputusan asrama sudah buka atau belum pada waktu pagi itu. Lantas ianya berjaya dibuka, lalu dengan segeranya membantu pelajar-pelajar PSIS yang telah memohon asrama untuk melihat keputusannya dengan cara aku menaip link shortcut secara terus ke paparan ID no. matrik dan Kad Pengenalan di Facebook (khusus kepada pelajar semester 1 dan 2 sesi Januari 2010 yang memohon). Ada yang layak dan ada juga yang tidak layak. Perasaan mereka yang layak melafazkan kalimah Alhamdulillah dan Syukur kerana layak ditawarkan asrama. Lain pula pada perasaan mereka yang tidak layak. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Yang tidak suka mungkin salah satu sebabnya adalah rakan-rakannya yang lain layak, ada juga yang mahukan penempatan asrama kerana kerisauan terhadap dirinya juga ahli keluarganya apabila berada di luar asrama kampus PSIS, dan ada juga yang tidak suka kerana kos sara hidup yang terlalu berlainan berbanding dengan di dalam asrama. Namun segelintir diantara mereka yang tidak layak gembira kerana tidak layak ditawarkan asrama. Antara sebabnya dan alasannya adalah bebas. Itu terpulang kepada individu itu, cuma aku dapat sampaikan pada mereka (itupun kalau ada baca artikel ini) bahawa kos sara hidup memang tinggi, kena pandai menstabilkan ekonomi anda kerana aku salah seorang dari wakil pelajar yang membuat lawatan ukhuwah untuk pelajar-pelajar luar kampus untuk mendapatkan feedback kehidupan mereka. Dari sudut keselamatan pula, aku lebih prefer kaum Hawa (siswi) membuat rayuan asrama. Aku bukan hendak jadi hero atau alim, tetapi untuk keselamatan anda juga. Namun, aku tidak memaksa anda. Jari dan pemikiran yang waras berada dalam diri anda masing-masing. Untuk itu, sila bayar yuran asrama kepada pelajar-pelajar yang telah ditawarkan asrama ok..

Hari Rabu (16/6/2010)
Hari penentu kepada semua pelajar PSIS. Keputusan peperiksaan semester akhir sesi Januari 2010. Bermula debaran pada malam semalam (15/6/2010). Pelbagai spekulasi yang mengatakan keputusan dipaparkan pada waktu malam (termasuk aku la yang cakap.. hahaha..) Pelbagai status yang aku dapat lihat di Facebook, dan saat itu ramai yang online. Lalu detik menunggu sehinggalah tepat jam 12 tengahmalam tadi, tetap tidak dapat dibuka link keputusan tersebut. Banyak kali la aku tekan F5 pada papan kekunci. Ramai yang rasa marah kerana tidak dapat lihat pada waktu itu, sehinggalah dianggarkan pada jam 1.30 hingga ke 2 pagi tadi link tersebut memberi respond lantas semak keputusan aku. Alhamdulillah lulus penuh walaupun tidak tinggi mana pun pointer yang diperolehi. Kemudian aku membuka link artikel khas di blog aku untuk semakan keputusan peperiksaan dan asrama, juga diselitkan lagi dan membantu mereka didalam kesukaran dengan menaip link shortcut ke blog aku.. Pada pukul 9 pagi, aku turun dari bilik aku sambil membawa keputusan yang sudah dicetak untuk menunjukkan kepada ibuku yang tercinta. Waktu aku turun dari tangga, kelihatan ibuku di kerusi memandang kearah aku yang perlahan-lahan menuruni tangga. Demi langkah serta raut wajah yang sedih aku tonjolkan, lantas ibuku berkata "Gagal lagi ya? Nak buat macammana along, redha jelah". Disaat hendak menghampiri dan tamat ayat ibuku, terus aku lafazkan pada ibuku "LULUS PENUH" Terus ibuku mendakap aku memeluk erat-erat. Beliau mengharapkan agar kali ini tidak ada yang gagal. Dapat mengukir senyuman ibuku dan memang niat aku untuk membantu ibuku dari sudut kewangan. Juga membantu dua adik aku yang kini seorang di Universiti Malaya (UM) dan seorang lagi Tingkatan 3 di sekolah menengah lama aku. Petang tadi selepas solat Zohor, aku ke rumah makcik aku di Sri Kembangan untuk menyerahkan borang permohonan jawatan kerja di Universiti Putra Malaysia (UPM). InsyaAllah kalau ada rezeki, dipanggillah untuk ditemuramah. Semoga berjalan dengan lancar.

Itu sahaja yang aku dapat kongsi bersama dengan anda, kini tiba masanya untuk melangkah lebih jauh lagi iaitu alam pekerjaan. Doakan aku semoga semuanya berjalan dengan lancar.

p/s: InsyaAllah jika tidak ada apa-apa halangan, aku akan sertai dalam misi Fasilitator luar Minggu Suai Kenal sesi Jun 2010. Ketibaan aku akan berada di PSIS pada hari Ahad petang. Nantikan kehadiran aku yang mengenali aku di PSIS. =)
Read more

Semakan Status Keputusan Peperiksaan Akhir Semester & Asrama sesi Januari 2010 (PSIS)

Tuesday, June 15, 2010

 
 
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, disini blog Ilusi dan Realiti menyediakan link untuk anda menyemak status keputusan Peperiksaan Akhir Semester dan juga Asrama bagi sesi Jan/Jul 2010. Dua link telahpun disediakan untuk anda. Harap maklum.

Klik gambar dibawah untuk semakan status keputusan Peperiksaan Akhir Semester sesi Januari 2010
(Sekiranya gagal papar keputusan, tekan butang F5 di papan kekunci anda)


Klik gambar dibawah untuk semakan status keputusan layak menduduki asrama sesi Julai 2010
(Hanya pelajar semester 2 dan 3 sesi Jul 2010 dan sudah membuat permohonan asrama pada sesi Jan 2010 sahaja)
 

KLIK DISINI UNTUK PORTAL RASMI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
 
 
 
Read more

9 Jun 2010 Updated

Wednesday, June 9, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua? Harap anda semua didalam keadaan sihat wal-afiat dan sejahtera senantiasa. Sudah hampir 2 minggu aku tinggalkan PSIS, setelah sudah bertungkus-lumus menghabiskan medan perjuangan sebagai pelajar akhir semester. Kini apa yang dapat aku tunggu adalah menunggu keputusan peperiksaan akhir yang bakal dipaparkan di web PSIS pada 16hb Jun 2010.

Didalam kesibukan pelajar yang kini sedang menikmati musim percutian selama hampir 1 bulan ini, aku macam biasa la berada dirumah. Hanya keluar diwaktu perkara-perkara penting sahaja seperti pergi membayar bil-bil, pergi kenduri kahwin, ambik dan hantar adik ke UM, bantu mak ke pasar, dan sebagainya. Mungkin ada segelintir orang mengatakan "tidak bosan ke asyik duduk rumah sahaja, lakukan perkara yang sama sahaja tiap-tiap hari" dan sebagainya. Namun, tidak semua orang yang sebegitu dan bergantung kepada individu itu samaada dia hendak duduk rumah sahaja dengan membantu keluarganya atau jenis yang suka melepak atau cuba membuat perkara untuk menghilangkan bosan. Bagi aku, aku memang dari dulu lagi suka duduk rumah, dan cara hendak membuangkan kebosanan itu adalah dengan cara aku membantu membaiki dan cuba menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan komputer dan laptop jiran-jiran, sambil mencari bahan-bahan rujukan mengenai dunia pengkomputeran serta menonton kacamata televisyen saluran AWANI dan DISCOVERY Channel. Hehehe..


Memasak apa yang termampu

Dalam tempoh menunggu masa untuk keputusan peperiksaan akhir, cuba-cuba memasak apa yang rasa hendak masak. Tapi belum expert lagi memasak dari kalian yang dan expert bab-bab memasak ni. Hahaha.. Kalau sesiapa yang sudi jadi cikgu memasak, aku nak jadi pelajarnya. Juga dalam tempoh ini juga, banyak yang aku kemaskini dan menaiktaraf blog ini. Antaranya mewujudkan kelab peminat blog ini, walaupun tidak ramai namun bersyukur kerana masih ada yang menyokong aku dalam dunia penulisan blog ini. Terima kasih semua.
Ilusi dan Realiti on Facebook??



Kemudian pada waktu semalam (8 Jun 2010) aku paparkan sambungan cerita novel pendek bertajuk "Cintaku Dibelenggu Rindu" part kedua dan juga aku upload cerita drama jepun bertajuk "Tokyo DOGS". Walaupun sudah lama cerita ini, namun jalan ceritanya layan. Kalau sesiapa yang hendak muatturun cerita ini, anda semua boleh KLIK DISINI untuk terus forward ke entri berkenaan cerita tersebut.

Itu sahajalah yang dapat aku bermadah.. Bermadah ke... hehe.. Akan datang akan aku kemaskini entri lagi untuk tatapan anda semua.. Mohon maaf sekiranya terdapat kecacatan pada blog ini.
 
Read more

Tokyo DOGS (JDrama)

Tuesday, June 8, 2010

Takakura So telah menyaksikan pembunuhan ayahnya pada usia muda. Dia berjanji untuk menangkap pembunuh itu, maka dia membesar menjadi polis elit di New York City, tempat tinggal jenayah. Wataknya adalah berkepala dingin dan disiplin, namun menyesuaikan diri dengan baik. Dia dihantar ke Tokyo untuk melakukan siasatan bersama dengan polis Jepun. Di sana, ia akan bekerja sama dengan Kudo Maruo, seorang detektif dari bahagian penyelidikan khas. Maruo adalah seorang ahli pertempuran berdarah panas kerana hari sebelumnya perwatakkan nakal. Keperibadiannya, minat, dan kaedah penyiasatan benar-benar berpadanan dengan Takakura, tapi kedua-dua sukar bekerjasama untuk menyelesaikan kes mereka telah diberikan. Dengan penampilan dari seorang wanita Matsunaga Yuki yang kehilangan semua memori dia tetapi ia seperti ada kaitan dengan pembunuh ayah Takakura. Maka perjalanan kerjasama antara elit New York dan detektif Jepun bermula ...

Pelakon utama:
Oguri Shun sebagai Takakura So











Mizushima Hiro sebagai Kudo Maruo










Yoshitaka Yuriko sebagai Matsunaga Yuki











Link Muatturun:
Mediafire share folder

atau
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod Terakhir
Read more

Cintaku Dibelenggu Rindu (Novel Pendek) - part 2


(sambungan dari part 1)


Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan aku mengenali Nadrah dengan erat sekali. Setiap kali tamat waktu persekolahan, Nadrah sering temankan aku ke tempat perhentian bas berhadapan dengan sekolah untuk pakcik saudara aku mengambil aku. Setiba sahaja pakcik aku sampai, lantas dengan tidak teragak-agak aku bertanya kepada Nadrah. “Nadrah, kalau tidak keberatan ikut saya pulang ke rumah.” Hati aku mengharapkan agar dia memberikan jawapan yang ikhlas. Aku mengajak dia pulang ke rumah aku bukan atas dasar sengaja, tetapi aku ingin berkongsi kehidupan aku bersama dengan dia. Tiba-tiba, “Boleh juga tetapi izinkan saya untuk berjumpa dengan ibu saya di hospital. Saya hendak minta izin dari ibu untuk pergi ke rumah awak. Boleh ke Razak dan pakcik?” Jawapan itu disuarakan oleh Nadrah. Kemudian pakcik saudara aku membawa kami berdua ke hospital dahulu untuk meminta izin dari ibu Nadrah. Sejurus tiba ke hospital, suasana pilu menyelubungi kami dan juga beberapa orang ramai termasuk sanak saudara Nadrah di wad tersebut. Beberapa tangisan kedengaran disekitar ruang legar wad tersebut. Semua orang memandang kearah Nadrah. Badan Nadrah seolah-olah lemah dan menggigil, lantas aku memegang kedua bahunya untuk kuatkan semangat dan membawanya kearah katil ibunya. Nadrah menangis dan menggenggam erat telapak tangan ibunya. Pemergian ibunya tidak dapat menampung semangat yang aku berikan kepada Nadrah, turut serta mengeluarkan airmata jernih membasahi pipi Nadrah dan aku. Suasana yang amat menyedihkan. Kehilangan ibunya serta bapanya yang menghilangkan diri hampir 2 tahun membuatkan Nadrah sebagai anak tunggal tinggal keseorangan. Bersabar dengan dugaan yang dilalui oleh Nadrah. Hanya mampu mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Penyayang. Amin..

Sudah sebulan Nadrah tinggal bersama dengan keluarga pakcik saudara aku yang sudi menjadikan  Nadrah sebagai anak angkatnya. Namun, perasaan sebak dan sedih masih lagi menghantui ruang kotak pemikiran Nadrah atas peristiwa kehilangan ibunya yang tercinta. Raut wajah yang tidak pernah senyum setiap hari ke sekolah dan selera makan yang tidak menarik nafsunya membuatkan hati aku mulai risau akan keadaan dia sedemikian. Prestasi Nadrah didalam peperiksaan percubaan SPM mulai merosot. Diberi bimbingan oleh guru kaunseling dan suntikan semangat dari rakan-rakan tidak dapat mengubah pendirian Nadrah. Suatu masa, aku berbincang dengan dirinya, memujuk hatinya untuk kembali kepada diri dia sebelum ini, dan memberikan semangat padu menjelang SPM tidak lama lagi. Wajahnya tetap sebegitu, seolah-olah dia sedang memikirkan untuk bagaimana mencari konklusi yang dilitupi oleh cahaya kegelapan. Dia mahukan cahaya sinaran yang mampu menggembirakan hati, tetapi aku tidak tahu dan sukar untuk aku membaca setiap noktah-noktah yang bermain difikirannya. Sewaktu aku bersama dengan dia di kantin sekolah, berbekalkan nasi lemak kukus dari rumah dan air teh ais yang dibeli di kantin tersebut mampu mengukir senyuman Nadrah. Namun ianya tidak berjaya. “Awak.. Jangan begini. Sampai bila ianya hendak berterusan. Saya kan ada menemani awak sewaktu awak dalam kesusahan dan kesedihan. Sudahlah awak. Tak elok difikirkan berlanjutan tentang peristiwa itu. Kita kena terima ketentuan dari Ilahi, terima Qada’ dan Qadr. Kita yang hidup ini perlu diteruskan kehidupan dan cuba menjadikan kehidupan itu amat bermakna bagi diri kita,” ujar diri aku pada Nadrah yang masih lagi dalam kesedihan. Aku bukanlah dari seorang alim ulama yang tinggi ilmu, tetapi aku ini hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan tiada keistimewaan. Nadrah masih lagi berdiam depan aku, sepatah kata tidak kedengaran dari bibirnya. Hanya yang aku dapat saksikan adalah linangan airmata kecil di mata Nadrah. Lagi 5 minit sebelum loceng sekolah kedengaran menandakan tamat waktu rehat, tiba-tiba lidahnya kelu untuk menyebut sesuatu. Matanya berwarna coklat perang itu mulai memandang kearah mataku. Bibir terketar untuk menyebut. Hati aku merasakan ada yang tidak kena. Aku bertanya kepada dia, “Awak kenapa ni? Ada perkara yang ingin dikongsi bersama?” Bibir Nadrah ingin berkata tetapi seperti sukar untuk sampaikan kepada aku. “Sebenarnya, saya…..” Tunjuk mukanya memaling memandang wajah aku ini. “Sebenarnya apa awak?” Tanya lagi aku yang cuba mengorek rahsia yang dia pendam. “Saya suka awak…(kring!!!) Nadrah berkata pada aku dalam masa serentak bunyi loceng kedengaran. Aku tidak dapat mendengari kata yang dia sampaikan, dan aku tidak dapat membaca pergerakkan bibirnya setiap bait kata-katanya. Sejurus tamat bunyi loceng sekolah itu, aku bertanya kembali, “Tadi apa yang awak cakap pada saya?” “Tidak ada apa-apalah” lantas segera dia meninggalkan aku kembali ke kelasnya. Hati aku kecewa apabila tidak dapat mendengar apa yang dia perkatakan atau lafaz kepada aku. Mungkin nasib aku tidak menyebelahi pihak aku.

SPM telah bermula, persiapan dan persediaan sebelum ini sudah ada didada aku. Perasaan rasa sayang aku tolak ketepi, fokus kepada SPM. Aku ingin membawa pulang kecemerlangan yang tinggi untuk membanggakan keluarga aku. Aku kini bertawakkal kepada Allah diatas usaha aku selama ini bagi mendapatkan keputusan cemerlang. 9A didalam tangan aku. Tamatnya kertas terakhir iaitu Kesusasteraan Melayu, aku tunggu Nadrah di tangga sekolah untuk berjumpa dengan dirinya. Kelihatan dia menuruni tangga ke arah aku dalam keadaan wajah yang ceria. Baru aku dapat melihat wajahnya yang ceria selepas hampir 2 bulan dia bersedih sahaja. Mungkin ada sesuatu perkara yang membuatkan dia senyum pada hari terakhir SPM. Tetiba dia genggam tangan aku dan membawa aku terus ke pondok dimana bermulanya tempat berjumpa dengan dia. Jantung aku berdegup dengan laju, tidak dapat menafsirkan kelajuan yang tidak dijangkakan. “Ada apa ni awak?” tanya kepada Nadrah didalam genggaman tangan yang erat sangat. Dia tidak melepaskan tangan aku dari tadi. Kemudian dia lafaz pada aku, “Razak, saya mahu kahwin dengan awak. Saya sayang dan cinta sepenuh hati pada awak. Awak la orang pertama yang berada dihati saya. Awak selama ini baik sangat dan mengambil berat tentang saya. Dan saya pernah menyatakan pada awak yang saya suka pada awak sewaktu dikantin dahulu. Diwaktu itu sebenarnya sudah lama saya memendam hati ini untuk berahsia dengan awak. Dan kini, saat ini saya tidak mampu menanggung hati yang merana dan akhirnya saya lafazkan pada awak hari ini. Jangan tinggalkan saya, saya ingin sangat bersama dengan awak sehingga akhir hayat.” Kemam mulut saya rapat-rapat. Adakah aku bermimpi lagi? Adakah benar apa yang dilafazkan oleh dia. Ayat-ayat cinta dia membuka hati aku untuk menerima dirinya. Dan dari situ, bermulalah perjalanan cinta.

* Cinta mereka berdua telahpun bermula, tetapi dapatkah mereka mengekalkan cinta mereka itu sehingga ke akhir hayat? Apa yang akan berlaku selepas ini? Nantikan keluaran seterusnya.


bersambung...
Read more

Award by Nad

Monday, June 7, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Terima kasih kepada rakan blogger aku juga merupakan satu tempat pengajian di PSIS. Setelah sekian lamanya akhirnya dapat menerima award ikhlas dari Nad. Ini dia award yang diterima oleh beliau.

Award dari Nad. Thanks.

Then dalam award itu pula disertakan dengan soalan tag. Alamak, soalan ini sudah dijawab tempoh hari yang lalu namun tidak mengapa. Soalan beserta jawapan ini dipaparkan sekali lagi. Jangan marah.

Soalannya:

1. Adakah anda happy sekarang?? 
Sudah tentulah happy. Hidup kenalah penuh dengan happy, tak kan la sedih je memanjang.

2. Kenapa anda happy?? 
Sebabnya sudah tamat pengajian di IPT, insyaAllah sekiranya tidak ada apa-apa halangan. Kemudian dapat pulang ke rumah kediaman keluarga di Selayang, lama tak balik taw. Dapat jumpa adik-beradik dan paling penting mak aku... =)

3. Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Apa jua perkara yang merasakan itulah happy

4. Pernahkah anda menerima tag?
Pernah. Dikala dahulu-dahulu punya cerita sehingga gambar pun di tag.. Hahaha...
5. Nyatakan warna yang anda suka.
Aku nyatakan dua warna kegemaran yang teratas la. Iaitu coklat dengan hijau.

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
Ala... Bukan tak nak tapi tak mahu memaksa seseorang. Hehehe... (konon tunjuk baik). Terpulang kepada individu yang sudi hendak tag ini.

7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe.
Cukup sekadar kelebihan masing-masing yang ada.

8. Adakah anda happy dengan apa yang ada??
Alhamdulillah inilah nikmat happy..
Read more