Terguris hatinya...Maafkan diri

Tuesday, August 25, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelewatan kemaskini blog ini. Maklumlah ini pun update guna kawan punya berukband broadband Celcom.

Untuk makluman, Fid tidak terpilih @ tercalon untuk bertanding di Pilihanraya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi Julai 2009. Mungkin tiada rezeki untuk Fid masuk bertanding dan mungkin juga ada hikmah disebaliknya mengapa Fid tidak tercalon untuk bertanding.

HATI DIRI DAN HATI ORANG LAIN

Pernahkah anda tertanya-tanya akan hati anda? Pernahkah juga anda tertanya-tanya akan hati orang lain? Mungkin sukar untuk menjaga hati sendiri, lagi-lagi hati orang lain. Tersalah bicara, mampu melukakan hati seseorang. Bergantung kepada individu itu sendiri. Mungkin sukar untuk dimaafkan oleh orang yang telah melukai hati seseorang. Walaupun dia sedar akan kesilapannya, namun sejauh mana kesan kemaafan untuk memaafkan individu tersebut. Apabila terlukanya hati seseorang, agak sukar untuk menerimanya kembali. Mungkin juga memakan masa yang agak lama. Tanggungjawab individu tersebut untuk meminta maaf perlu laksanakan, cuma terpulang samaada dimaafkan atau tidak. Untuk mengubah sikap seseorang, boleh itu boleh namun agak lama masanya untuk mengubah sesuatu sikap.

Fid sebenarnya telah menyakiti hati ramai orang. Dan Fid telahpun sedar akan kenyataan Fid pada mereka. Cuma Fid tidak sedar sebenarnya dan tidak sengaja untuk melontarkannya. Dan kini Fid sudahpun meminta maaf kepada mereka, cuma mereka mahu maafkan diri Fid yang serba kekurangan atau tidak. Jika tidak memaafkan diri Fid, tidak mengapa. Fid sedar itu silap Fid. Sikap untuk berubah, insyaAllah Fid cuba berubah tetapi memakan masa yang agak lama sebenarnya. Mungkin selepas ini Fid akan lebih banyak senyap dari berkata-kata. Mungkin selepas ini, anda mungkin tidak lagi akan kenal siapa Fid sebenarnya. Dimana Fid dahulunya. Tunggu dan lihat terhadap perubahan ketara Fid dari sudut komunikasi.

Fid meminta maaf sekali lagi, entri di blog Fid bukan untuk menadah simpati dari anda. Terpulang kepada anda untuk menilai Fid dari sudut positif dan juga negatif. Akhir kata dari Fid, jangan sesekali menilai aspek positif sahaja dari negatif kerana negatif itulah sebenarnya nilai diri seseorang. Bukannya positif.

Sekian.

4 comments:

زهرة حلوة said...

salamu'alaykum..
akhi,jgn mudah mngalah dn brsedih haty..
kerna mnusia adkala ta lari dr kslpn dn kslhn..
ana ad dgar psl ni..
tp bg ana,ana ta mudah pndgn negatif pd se2org ats klakuannya..
mgkin ia slp wktu itu..
dn mgkin ad sbbnya brlaku se1..
jd brsbrlah dn ambil iktbr dr kslpn..
tiada yg sempurna pd manusia..
sbgi anak buah akhi..
dlm PU,
ana tetap sokong akh dn shbt2 akh yg lain..
kerna yg atas ta mgkin brada d atas jka tiada yg d bwh..
dn yg d bwh memerlukn skgn dr phk atasan..

adkla kta ta sedar kata-kata kta mnyakitkn insan skeliling..
tp,
sbgi mnusia,kta sbenarnye lebih memerlukn kritikan dr pujian..
krna pujian itu,
kbyknnya brsama sifat mzmumah sperti akn mnimbulkan sifat riak dn takbur...
tp andai dkritik..
kta akn tahu kmmpuan kta dn sntiasa ingt pdNYA yg mnjdkn kita semua sama..

akhir kata,
truskn brjuang dn bngkit dr kslpn~
sesungguhnya Allah sntiasa brsamamu..

Firdausi said...

Kepada Zahrah:

Wa'alaykumsalam..
InsyaAllah akhi kuatkan semangat semula dan cuba membantu anda semua. Akhi pada masa itu rasa bersalah sangat sejurus melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya didengari oleh semua pihak. Namun, akhi dah meminta maaf semua pihak. Terpulang pada mereka samaada untuk memaafkan kesilapan akhi tempoh hari ataupun tidak.

Kalau boleh, cuba bantu akhi juga kerana akhi juga bukanlah orang yang Zahrah fikirkan tentang akhi. Akhi juga ada kelemahan. Banyak kelemahan sebenarnya dari kelebihan. Dan akhi juga sedang cuba memperbaiki kelemahan akhi ini.