Kepulangan ke PSIS + Broadband baru = Makin Tension

Monday, August 31, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana diberi kekuatan untuk menikmati lagi ibadah puasa di bulan Ramadhan 1430H. Dan juga alhamdulillah kerana selamat tiba di PSIS pada jam 5 petang. Fid bergerak dari rumah (Selayang) pada jam 7.30 pagi bersama-sama dengan adik no-2 Fid, Faez untuk pulang ke asramanya di Taiping. Fid hantar dia di Perhentian Duta, Kuala Lumpur. Tiket basnya pada jam 8.30 pagi. Fid tunggu dia sehinggalah bas tiba dan dia naik bas tersebut ke Taiping. Jadi, Fid bertolak dari Perhentian Duta pada jam 9 pagi.

Singgah di pekan Sg. Besar untuk membeli kad raya yang dipesan oleh saudara Ahmad Zulhilmi. Kad raya yang beliau hendak mengenai kekeluargaan ataupun persahabatan tetapi bukan jiwang-jiwang percintaan. RM8.00 dibelanjakan untuk membeli 2 keping kad raya bersaiz entahla... Nak kata A4 tak juga, tapi saiz kecil la. Kemudian Fid terus ke kampung atok belah mak Fid di Parit 17, Sg. Panjang di Sg. Besar. Dalam lingkungan jam 11 pagi tiba disana. Kemudian, rehat sejenak di rumah atok. Petang jam 4 petang, Pak Lang Fid hantarkan ke PSIS siap lagi beri makanan laksa dan kuahnya hasil masakan isteri Pak Lang.




(inilah dia modem broadband ALCATEL yang terkini)

Setiba di PSIS, Fid terus mesej rakan Fid yang bantu membelikan modem broadband. Akhirnya dapat juga modem tersebut, lalu terus mengaktifkan akaun celcom prepaid broadband selama seminggu sebanyak RM20. Lalu test la dapat atau tidak di bilik Fid, akhirnya dapat juga dengan kelajuan yang bagi Fid memuaskanlah. So, selepas ini mudah untuk mencari bahan maklumat di bilik sahaja tanpa perlu mencari wireless atau guna broadband rakan Fid iaitu saudara Ahmad Zulhilmi. Hehehe.. Jangan marah.. Halalkan penggunaan internet ya Zulhilmi..

Kemudian malam itu ada meeting kali ke-2 bersama dengan Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK). Membincangkan pembahagian tugas sepanjang program Ihya' Ramadhan. Sejak akhir-akhir ini jadual kehidupan sebagai siswa amatlah padat dan mudah mendapat migrain mahupun pening-pening kepala. Tension sebenarnya apabila sesuatu perkara hendak dilakukan dalam masa terdekat, digabung lagi dengan final projek lagi, dengan kertas kerja Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) lagi.

Fid rasa itu sahaja entri untuk kali ini. Walaupun dah ada broadband namun kesibukkan masih lagi ada sehinggalah raya nanti.. Berikan semangat untuk Fid ok..

Ya Allah..
Beri kekuatan kepada hambaMU ini..
Bantulah hambaMU yang lemah kekuatan ini..



Read more

Jodoh??

Sunday, August 30, 2009

Jodoh boleh diumpamakan seperti melalui jalanraya (tak kisah la jalan highway, jalan kaki or jalan kampung..hehehe). If panjang jalannya, maka jauhlah perjalanannya. Orang yang jodohnya cepat sebab jalannya singkat.

"wanita yang baik untuk lelaki yang baik"

Biarlah lambat jodoh asalkan mendapat "Mr.Right" daripada cepat dapat jodoh tetapi menjadi mangsa seorang lelaki yang tidak beriman. Kita selalu menafsirkan kehidupan yang indah walhal apabila kita mendapat setiap perkara yang kita inginkan, ia juga datang dengan membawa seribu masalah.

Jika kita ingin jodoh yang baik-baik dan nak segera dapat jodoh, nyatakanlah perasaan dan keinginan dalam doa-doa. Allah Maha Mendengar.

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan apabila kita mendapatnya kelak. Dalam bahagia mungkin ada derita. Tiap-tiap perkara tentu ada baik buruknya.



Dalam perkahwinan begitu juga. Perkahwinan baik sebab dibenarkan dalam agama, sunnah Nabi sebagai saluran yang betul (menghalalkan perhubungan) dan disamping untuk membina sahsiah diri dan sebagainya. Namun yang buruknya kerana ramai yang menempah neraka sebaik sahaja mendirikan masjid. Sepatutnya tanggungjawab baru dipikul harus dilaksanakan dengan baik.

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami, jangan di minta jodoh datang dengan cepat. Jika merasakan belum cukup ilmu untuk berkeluarga, belajarlah dulu.

p/s: Berkahwin itu indah dan menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikan alam perkahwinan sebagai tempat mengukuhkan iman, mencintai Allah dan matlamatnya ke Syurga.

"Berkahwinlah anda demi TUHAN dan Nabi-Nya. Bukan berkahwin kerana perasaan semata-mata. Jodoh jangan dirisaukan coz tiba masanya ia kan datang cuma kita perlu membuka laluan agar ia datang tanpa dihalang. Berdoalah selalu.."



Read more

Upgrade + Broadband

Friday, August 28, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua buat pembaca setia blog Fid? Harap anda berada didalam keadaan sihat sejahtera senantiasa disamping menikmati keindahan dan kemanisan pahala di bulan Ramadhan 1430H ini. Blog Fid sudah mengalami perubahan yang besar iaitu menukar tema baru atau lebih afdhal lagi nafas baru. Yang tema lama itu sebenarnya bagus juga namun ianya serupa dengan web blog Persatuan Ukhuwah PSIS, juga Fid merupakan salah seorang dari pembina pelantar web blog tersebut. Tidak lupa juga sahabat karib Fid iaitu saudara Ahmad Zulhilmi yang kini sudah mencapai entri yang ke-100. Tahniah buat beliau sehingga mengadakan contest berbentuk minda. Nak tahu lebih lanjut, singgah sejenak di blog dia.

Nafas baru ini mampu mengubah beberapa idea-idea yang mencurah-curah. Ditambah pula dengan pemandangan yang cool oleh para pembaca, rasa tenang melihat blog Fid. Tetapi ia menjadi panas sekiranya entri berbentuk panas atau melibatkan pandangan anda. Tema ini juga bagi Fid sesuai sekali dengan citarasa Fid kerana ianya putih, simple, tidak terlalu funky, loading page pun laju. Kalau tidak laju, check PC anda samaada sudah buang cookies, temporary file, dan sebagainya. Paling tidak pun, kelajuan internet anda samaada laju atau tidak.



Memperkenalkan prepaid broadband celcom

Berkenaan dengan broadband, insyaAllah pada minggu ini dapat merasailah tetapi pakai prepaid broadband je. Fid bukanlah dalam golongan mewah tetapi hanya mampu dengan apa yang ada. Harga modem broadband yang popular sekarang ini "ALCATEL" RM200 seunit, itupun beli dengan kawan. Tapi Fid adalah orang terakhir bagi promosi RM200 modem tersebut, selepas ini harga modem tersebut menjadi RM230 seunit. Sim kad prepaid broadband celcom Fid sudah beli di pekan Sabak Bernam sewaktu hendak menunggu bas untuk pulang ke Selayang. Harga promosi iaitu RM25 satu pack. Fid belum masa lagi untuk menggunakan line broadband celcom kerana Fid bukanlah guna selalu, kecuali kat rumah la sebab ada streamyx 24 jam mengadap internet. Hehehe...

So, itulah serba coretan yang Fid dapat sampaikan pada anda semua. InsyaAllah ada info terbaru akan Fid cuba sampaikan secepat yang mungkin. Sehingga bertemu lagi.

Wassalam...
Read more

Resah dan resah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Fikiran bercelaru

Didalam kesibukan study dan penggurusan organisasi, Fid curi sedikit masa untuk mengemaskini blog dan menyampaikan beberapa infomasi terkini. Alhamdulillah, setakat ini perjalanan didalam pembelajaran agak lancar walaupun terdapat beberapa kekangan masa yang singkat namun dapat menempuhinya. Tetapi, di semester 5 bukanlah masa untuk bersuka ria. Dengan kepadatan jadual dan semester pendek ini, amat terasa sekali tekanan dan bebanan yang perlu dipikul oleh setiap pelajar PSIS.

Banyak yang perlu Fid fikirkan dari sudut luaran mahupun dalaman. Lagi-lagi apabila akhir tahun nanti Fid dan rakan yang senasib dengan Fid mengambil semester pendek "carry module" atau lebih dikenali ulang modul yang gagal di semester 3 dahulu iaitu Sistem Elektronik Berdigit. Seramai 11 orang termasuklah Fid yang akan masuk study pada hujung tahun ini didalam keseronokan rakan-rakan lain cuti semester, kami sedang study.



Cuba anda selesaikan. Matematik Kejuruteraan Semester 5

Dan banyak lagi perkara sebenarnya yang Fid masih lagi tidak selesaikannya, namun biarlah Fid sahaja yang tahu apa yang terpaku dari hati Fid ini. Mungkin apabila sampai masanya akan diketahui kelak.


Semester 5 bukan untuk bersuka-ria

Tetapi pejam celik begitu cepat masa sudah berlalu. Kini bulan Ogos nak masuk September, kemudian Oktober, kemudian November (final exam...), kemudian Disember. Ya Allah, cukup pantas masa berlalu. Berikan ruang untuk hambaMu bernafas panjang dari kesempitan yang sedang melanda kini. Bantulah diri hambaMu ini yang lemah dan banyak melakukan kesilapan. Harap tidak apa-apa perkara yang membebankan lagi pada diri Fid. Cukuplah dengan penyeksaan kini terhadapku.
Read more

Pulang ke Selayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Fid mengambil kesempatan ini untuk pulang ke rumah kediaman keluarga iaitu di Selayang. Minggu lepas Fid tidak pulang atas urusan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun kepulangan minggu ini untuk merasai suasana berbuka puasa bersama dengan keluarga pula. Ramai yang pulang pada minggu lepas namun Fid dan beberapa rakan yang lain tidak pulang.

Alhamdulillah Fid selamat tiba di destinasi pada jam 9.45malam. Agak kelewatan sedikit kerana terdapat masalah yang diluar jangka iaitu tayar bas ekspress yang membawa penumpang dari Sabak Bernam ke Kuala Lumpur tiba-tiba pecah ditengah-tengah jalan sejurus selepas simpang tiga Assam Jawa, Selangor. Didalam bas tersebut hanya seramai 15 orang penumpang sahaja, termasuklah Fid, Fiq, Mike, Fizul, dan Apis. Dan juga beberapa orang dari pelajar PSIS dan Kolej Komuniti Sabak Bernam. Dengan kesejukan seperti berada di Genting Highlands, bas bergerak didalam kelajuan minima yang Fid rasakan antara 40-60 km/j. mengelak daripada pecah tayar lagi.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Itu sahaja dari Fid, nantikan artikel seterusnya.
Read more

Pilihanraya Kampus JPP sesi Julai 2009 (JKE)

Thursday, August 27, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Pilihanraya Kampus Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPP) berlangsung untuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pada 26hb Ogos 2009 yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Seramai 8 orang pelajar dicalonkan untuk bertanding dan hanya mengundi 5 orang sahaja. Fid selaku Biro Kerohanian dan Kebajikan Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) turut terlibat didalam bertugas menjaga dan memantau perjalanan proses pengundian. Keputusan akan diketahui kelak siapakah yang menjadi pemimpin bagi menyuarakan kehendak dan permintaan pelajar PSIS nanti. Pelbagai telatah yang cukup mencuitkan hati. Klik disini untuk melihat gambar-gambar sepanjang proses pengundian berlangsung di Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Read more

Terguris hatinya...Maafkan diri

Tuesday, August 25, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelewatan kemaskini blog ini. Maklumlah ini pun update guna kawan punya berukband broadband Celcom.

Untuk makluman, Fid tidak terpilih @ tercalon untuk bertanding di Pilihanraya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi Julai 2009. Mungkin tiada rezeki untuk Fid masuk bertanding dan mungkin juga ada hikmah disebaliknya mengapa Fid tidak tercalon untuk bertanding.


HATI DIRI DAN HATI ORANG LAIN

Pernahkah anda tertanya-tanya akan hati anda? Pernahkah juga anda tertanya-tanya akan hati orang lain? Mungkin sukar untuk menjaga hati sendiri, lagi-lagi hati orang lain. Tersalah bicara, mampu melukakan hati seseorang. Bergantung kepada individu itu sendiri. Mungkin sukar untuk dimaafkan oleh orang yang telah melukai hati seseorang. Walaupun dia sedar akan kesilapannya, namun sejauh mana kesan kemaafan untuk memaafkan individu tersebut. Apabila terlukanya hati seseorang, agak sukar untuk menerimanya kembali. Mungkin juga memakan masa yang agak lama. Tanggungjawab individu tersebut untuk meminta maaf perlu laksanakan, cuma terpulang samaada dimaafkan atau tidak. Untuk mengubah sikap seseorang, boleh itu boleh namun agak lama masanya untuk mengubah sesuatu sikap.



Fid sebenarnya telah menyakiti hati ramai orang. Dan Fid telahpun sedar akan kenyataan Fid pada mereka. Cuma Fid tidak sedar sebenarnya dan tidak sengaja untuk melontarkannya. Dan kini Fid sudahpun meminta maaf kepada mereka, cuma mereka mahu maafkan diri Fid yang serba kekurangan atau tidak. Jika tidak memaafkan diri Fid, tidak mengapa. Fid sedar itu silap Fid. Sikap untuk berubah, insyaAllah Fid cuba berubah tetapi memakan masa yang agak lama sebenarnya. Mungkin selepas ini Fid akan lebih banyak senyap dari berkata-kata. Mungkin selepas ini, anda mungkin tidak lagi akan kenal siapa Fid sebenarnya. Dimana Fid dahulunya. Tunggu dan lihat terhadap perubahan ketara Fid dari sudut komunikasi.

Fid meminta maaf sekali lagi, entri di blog Fid bukan untuk menadah simpati dari anda. Terpulang kepada anda untuk menilai Fid dari sudut positif dan juga negatif. Akhir kata dari Fid, jangan sesekali menilai aspek positif sahaja dari negatif kerana negatif itulah sebenarnya nilai diri seseorang. Bukannya positif.

Sekian.
Read more

Kepadatan dan Keresahan dalam PSIS

Friday, August 21, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar anda yang berada disana? Harap berada dalam keadaan sihat sejahtera senantiasa. Kesibukkan didalam merangka, mengurus, dan menjalankan beberapa aktiviti di PSIS agak keletihan namun dengan semangat perjuangan didalam menaikkan dan menghidupkan suasana kembali ke pangkal jalan masih kuat dan bersemangat lagi lebih-lebih lagi dengan bantuan rakan-rakan seorganisasi dengan Fid. Alhamdulillah rata-rata memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap Persatuan Ukhuwah PSIS.

Baru-baru ini Fid menghadiri satu perjumpaan Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE). Pada hari tersebut diadakan perlantikan Majlis Tertinggi KKE atau lebih dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa KKE. Fid pada mulanya rakan sekelas Fid mencalonkan Fid untuk jawatan Pengerusi. Mana tidaknya, tengah sedap buat nota untuk Persatuan Ukhuwah tetiba nama disebut sebegini. "Saya hendak mencadangkan nama diberi Mohamad Firdausi". Tahu la Fid setiap kali untuk sesi kenalan Fid memulakan ayat "Nama diberi" sehinggakan mereka sudah hafal ayat-ayat tersebut. Biasalah manusia sekarang sudah pelbagai gelaran diberikan oleh seseorang. Dahulu Fid digelar Ustaz Firdausi, kemudian digelar Syeikh al-Firdausi, kini Nama Diberi. Fid bukanlah seorang ustaz, ulama, mahupun ahliagama. Fid kini sedang mencari kefahaman disamping memperbaiki diri yang lemah ini. Ilmu agama tidaklah tinggi yang anda jangkakan, namun dari sudut kefahaman insyaAllah ada.



Sewaktu itu, terdapat 4 orang pencalonan yang rata-rata hebat-hebat belaka termasuk sekali diri Fid. Kemudian diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Apabila turn Fid, Fid menerangkan pada mereka mengundi biarlah tepat pada orangnya. Berdosa sekiranya kita tidak membantu pemimpin yang jatuh. So, mereka boleh gelak-gelak. Fid hanya senyum sahajalah. Fid pun memberitahu kepada mereka yang Fid mempunyai komitmen yang terlalu besar selain dari KKE iaitu Persatuan Ukhuwah PSIS sebagai Pengerusi Persatuan Ukhuwah.

Sewaktu sesi pengundian dijalankan, kami berempat berada diluar. Setelah selesai, kami masuk kembali di Dewan Syarahan 2. Lalu senior KKE semester 6 mengumumkan keputusan bahawa majoriti adalah menang kepada seorang ini dari DKE. Dan Fid pula dapat jawatan Bendahari. Sudah, nak kutip duit, urus perbelanjaan dan sebagainya ni yang malas ni. Bukannya apa, bab bendahari ni Fid kurang mahir la. Tapi terpaksa terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah akan belajar dari orang-orang yang sudah berpengalaman dalam menguruskan kewangan.

Kemudian sejurus tamat sesi perlantikan, Encik ZulFahmi panggil Fid memberikan borang pencalonan untuk bertanding di Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Ini adalah dialog antara Fid dengan beliau :

En. ZulFahmi: Nah, masuk JPP bertanding pilihanraya.
Fid: Terima kasih Encik. Tapi nak tahu apa syarat-syaratnya.
En. ZulFahmi: Pointer HPNM 2.70. HPNM kamu berapa?
Fid: Saya 2.45 je. Saya tidak cukup syarat la encik.
En. Zulfahmi: Alamak, kenapa boleh jadi begitu? Saya tahu kamu boleh dan layak masuk bertanding didalam JPP sebab kepimpinan kamu. Tapi susah sikit sebab pointer HPNM kamu rendah. Tak mengapa, hantar je.



Fid bukan nak bangga atau apa namun beliau sendiri yang melihat gerak kerja Fid didalam organisasi bagaimana dan beliau berminat untuk Fid menyertai pilihanraya JPP. Sebenarnya Fid ingin mencuba dan ingin menyertai pilihanraya JPP. Juga Fid mewakilkan diri Fid dari Persatuan Ukhuwah PSIS ke JPP. InsyaAllah pilihanraya JPP akan dijalankan pada 26hb. Ogos 2009. Jika Fid dicalonkan untuk bertanding, Fid tidak mengharapkan populariti tetapi Fid mengharapkan berkat doa dari anda. Amin...

Kemudian pada keesokkan harinya pula ada mesyuarat KKE selepas waktu kelas dalam waktu petang. Disitu berlaku perlantikan Biro-Biro dan rombakan dimana Fid diawalnya memegang jawatan Bendahari ditukarkan ke Biro Kerohanian dan Kebajikan. Memang sesuai dengan jiwa Fid. Huhuhu... Kemudian, mereka memberi tugasan kepada setiap Biro untuk mencari 4orang dikalangan semester 2 atau semester 3 Jabatan Kejuruteraan Elektik untuk diserapkan sebagai AJK setiap Biro. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Fid sudahpun mencari calon-calonnya juga dari Persatuan Ukhuwah namun kini menunggu jawapan dari mereka samaada berminat untuk menyertai KKE ataupun tidak.

Itu sahaja yang Fid sampaikan pada anda, insyaAllah info-info baru akan cuba update sepantas yang boleh. Kini hendak fokus didalam pengurusan Persatuan Ukhuwah dan juga program sepanjang bulan puasa.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
Read more

Kesibukan + WiFi + Update

Tuesday, August 18, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kesibukkan dan kekangan liputan internet yang amat terhad membuatkan kelewatan mengemaskini blog Ilusi dan Realiti. Tapi didalam kesibukkan, Fid mencari ruang untuk menulis blog untuk tatapan anda. Mungkin anda tertanya-tanya Fid sihat ke tidak, bagaimana pembelajaran di tempat pengajian dan sebagainya.

Alhamdulillah dengan izinNya Fid diberi kekuatan sekali lagi untuk mengemaskini blog Fid. Fid memohon maaf diatas kekurangan dan kelewatan blog Fid untuk dikemaskini. Maklumlah liputan internet amatlah terhad.

Sejurus tamatnya cuti darurat H1N1, Fid kembali ke PSIS untuk menyambung kembali proses P&P. Banyak kerja tergendala antaranya rangka program, perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan, dan sebagainya. Tapi alhamdulillah dalam masa terdekat Fid dan rakan-rakan yang lain dapat melaksanakan beberapa perkara yang perlu lakukan antaranya berjumpa dengan Pengerusi Pusat Islam PSIS, mengadakan perjumpaan dan merangka terus program bulan puasa, mengadakan sesi kenal Majlis Tertinggi bersama dengan sesi dialog bersama Saudara Ismail, menyiapkan Kertas Kerja Program secepat yang mungkin. Cuma menunggu keputusan samaada lulus atau tidak lulus sahaja kertas kerja program.



Untuk melakukan beberapa perubahan, kita perlu merangka beberapa strategi dan penyusunan gerak kerja sebaik yang mungkin. Mungkin agak sukar sebenarnya namun dengan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan pasti membuahkan hasil.

Mengenai pertanyaan Fid mengenai pemakaian celcom broadband, insyaAllah Fid akan gunakannya. Bukan kerana Fid dari orang yang kaya dan yang mewah, namun Fid perlu menggunakannya atas tujuan untuk mencari bahan maklumat dari internet. Disini memang ada WiFi namun tidak memuaskan hati kerana dengan dihadkan penggunaan internet selama 15minit kemudian perlu menunggu selama 30minit untuk kembali menggunakan semula, bagi Fid memang tidak puas hati. Bukan setakat Fid seorang sahaja, malah rakan-rakan PSIS yang lain pun turut merasainya. Dan Fid dapat makluman yang kebanyakkan pelajar PSIS disini rata-rata menggunakan celcom broadband tidak kesah la yang menggunakan bil mahupun prepaid.

Satu hari, salah seorang dari pelajar PSIS datang berjumpa dengan Fid. Beliau bertanya dan mengadu masalah. Iaitu mengapa pelajar kini di PSIS khususnya perempuan pemakaiannya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan? Soalan ini seringkali kedengaran sejak Fid semester 1 lagi. Apa lagi, jawablah dengan hujah Fid padanya. Hendak diikutkan, wajib kita menutup aurat lagi-lagi perempuan. Fid pun faham kita kini berada di zaman moden dengan era fesyen terkini, namun kita telah dipengaruhi oleh budaya barat. Inilah sebab kita sebagai orang Islam mudah terpengaruh dengan budaya barat.

Bagi pandangan anda, wajarkah kita sebagai umat Islam menegur atau memberitahu kepada sahabat-sahabat kita tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk memperingatkan mengenai etika pemakaian yang sebenar-benarnya? Nyatakan hujah anda di blog Fid supaya kita dapat bersama-sama bertukar-tukar pandangan anda sebagai pembaca dan pemberi pandangan.
Read more

Pulang semula ke PSIS

Tuesday, August 11, 2009


KEMBALI SEMULA KE
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM

CUTI SEMINGGU BERKENAAN WABAK H1N1 SUDAH TAMAT
06 - 12 hb. OGOS 2009

Nantikan infomasi terbaru dari penulis
-FiD-

Sebarang masalah atau pertanyaan
klik disini @ disini

Read more

Doa hindar dari wabak H1N1

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sepertimana yang anda telah ketahui dunia kini dilanda satu wabak yang sedang menular iaitu wabak H1N1 atau erti kata lain wabak Influenza A (Selsema Babi). Fid sebenarnya sudah dapat keratan doa ini di rumah Fid sewaktu Fid tiba pulang ke rumah untuk cuti seminggu dari 6 hingga 12 Ogos 2009. Oleh itu, Fid sediakan link untuk anda Doa menghindari dari wabak tersebut. InsyaAllah semoga doa ini dapat melindungi diri kita dari wabak jangkitan Influenza A ini.

Link download :
Mirror 1
Mirror 2
Mirror 3
Read more

Bila Kesunyian Datang

Monday, August 10, 2009

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.



Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Sumber : ILuvislam.com
Read more

Ibarat Tempayan Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.



Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.



Sumber : Iluvislam
Read more

Terkini & Penutupan PSIS

Thursday, August 6, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Harap maaf kepada semua pembaca blog Fid diatas kekangan kemaskini blog seperti rutin dahulu. Sejak Fid berada di tempat pengajian amat kurang untuk kemaskini lebih-lebih lagi dengan bilik Fid yang tidak dapat Wifi. Rasa hendak membeli celcom broadband namun streamyx di rumah Fid pula kena tutup, tetapi di rumah juga adik Fid memerlukan juga internet untuk mendapatkan bahan-bahan yang perlu dicari untuk kegunaan sekolah menengah. Hendak memakai celcom broadband prepaid boleh je tapi rasa macam rugi pula.. Kena topup je tiap-tiap minggu berbanding pakai bil yang hanya membayar pada setiap bulan. Apa pandangan anda? Perlukah Fid menggunakan celcom broadband dan menutup streamyx di rumah ataupun memakai celcom broadband prepaid atau hanya bergantung kepada wireless di tempat pengajian Fid?



Minggu pertama sesi pengajian tidaklah begitu sibuk, hanya pengenalan setiap modul (subjek). Berkenaan dengan modul semester 3 iaitu Sistem Elektronik Digit yang Fid perlu ulangi, Fid dan rakan-rakan yang senasib dengan Fid mengambil modul tersebut pada penghujung tahun ini. Pelajar-pelajar yang sedang bercuti semester, Fid dan rakan-rakan Fid perlu hadir untuk mengikuti modul yang perlu diulang. Kiranya 2 bulan belajar dan diakhiri dengan final exam.

Pengurusan bagi kuliah maghrib alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar apabila mewajibkan dari semester 1 sehingga semester 6 mengikut jabatan.

Kemudian pada 6hb Ogos 2009 (Khamis), PSIS digemparkan dengan penutupan politeknik arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Sabak Bernam yang mengarahkan untuk menutup pengajian selama seminggu. Sudah beberapa ratus orang yang dikuarantinkan, positif H1N1 seramai 20 orang yang Fid dapat maklumat dari rakan Fid. Fid apa lagi, bergegas ke asrama sejurus dari Dewan Besar. Kemas-kemas pakaian, notebook, dan apa yang patut kemudian sepupu Fid datang ambil jam 3 petang. Fid terus ke pekan Sabak Bernam untuk membeli tiket bas, setiba di pekan rezeki Fid Fid dapat membeli tiket bas yang terakhir sekali untuk hari tersebut pada jam 6.45petang. Syukur alhamdulillah. Tempat pengajian Fid diberi cuti selama seminggu bermula pada 6hb Ogos 2009 sehingga 12hb Ogos 2009. Walaupun berada dirumah namun langkah berjaga-jaga perlu dipatuhi.

Fid rasa itu sahaja yang hendak disampaikan. Berkenaan dengan pandangan yang Fid nyatakan harap anda dapat memberi pandangan yang bernas dan ikhlas.

Wassalam.
Read more

Updated 31hb Julai 2009

Saturday, August 1, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Fid memohon keampunan dari anda semua atas kekangan dan kelewatan untuk mengemaskini blog Fid. Maklumlah bilik Fid tidak mendapat liputan WIFI jadi terpaksa pergi ke Pusat Islam untuk mendapatkan liputan internet. Alhamdulillah Fid berada didalam keadaan sihat wal-afiat.

Untuk artikel kali ini, aktiviti kali ini cukup padat kerana berlangsungnya Perjumpaan dengan senior dan junior Persatuan Ukhuwah PSIS. Pembukaan majlis dimulakan oleh Saudara Irsyadi kemudian disusuli dengan kata-kata dari Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam iaitu Encik Haini bin Hassan. Kemudian, borang ahli baru diserahkan kepada ahli-ahli baru Persatuan Ukhuwah PSIS dan hendak dikembalikan pada hari Ahad (2hb Ogos 2009).

Setelah selesai, maka pelajar-pelajar senior diminta tunggu untuk sesi perlantikan baru. Kali ini, menggunakan sistem Majlis Syura iaitu kata sepakat didalam mesyuarat perlantikan. Tetapi MasyaALLAH, Fid sekali lagi diberi kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya oleh rakan-rakan Persatuan Ukhuwah untuk memegang jawatan Pengerusi Persatuan Ukhuwah PSIS. Terlalu berat sekali tugas ini, silap sedikit sudah langkah ke lembah neraka. Berdosa jika tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. InsyaAllah anda boleh melihat struktur organisasi di Web blog Persatuan Ukhuwah PSIS.

Itu sahaja yang dapat disimpulkan kali ini. Tidak banyak hendak diperkatakan kerana kekangan masa untuk menulis blog amatlah terhad.

Wassalam..
Read more

Updated 1hb Ogos 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Gotong-royong perdana (1hb Ogos 2009) yang dianjurkan oleh pihak Kamsis PSIS. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Fid dan rakan-rakan Fid termasuk junior Persatuan Ukhuwah yang terlibat diberi tugas untuk membersihkan dan menceriakan Fasiliti Pusat Islam. Seramai 60 orang terlibat, 29 orang dari kalangan muslimin (lelaki) manakala 31 orang dari kalangan muslimah (perempuan). Kami berganding bahu mengubah beberapa bilik yang dijadikan bilik baru antaranya dahulu Bilik Lujnah diubah kepada Bilik Gerakan Muslimah manakala Bilik Pejabat diubah kepada Bilik Gerakan Muslimin. Sebenarnya ianya adalah atas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam iaitu Encik Haini bin Hassan.

Bermula pada pagi jam 9 pagi diberi sedikit taklimat oleh Fid berkenaan komitmen dan keikhlasan didalam melaksanakan tugas dan diakhiri tugas-tugas tersebut pada jam 1 petang. Keletihan memang dirasai oleh semua orang yang terlibat, namun hasilnya amat berpuas hati. Gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung insyaAllah akan diuploadkan kelak.

Itu sahaja yang dapat Fid sampaikan dan perkongsian pada anda semua. InsyaAllah ada infomasi terkini akan diberitahu kelak.

Wassalam.
Read more

Updated 30hb Julai 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana Fid telah selamat tiba di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam pada jam 9.10 pagi 30hb. Julai 2009. Fid terus mendaftarkan diri di Dewan Serbaguna PSIS kemudian menuju ke Kafeteria Asrama PSIS untuk mendapatkan kunci bilik. Terkejut juga kerana bilik Fid terletak di Blok A2 aras 4. Aras tertinggi sekali pula tu. Penat juga membawa barang bukan sikit tetapi banyak. Hendak buat macam mana terpaksalah terima hakikat.

Alhamdulillah seramai 3 orang didalam bilik Fid. Sepatutnya 4 orang namun tidak pasti samaada pelajar lewat daftar atau tidak. Fid dengan rakan sekelas Fid dan seorang lagi dari pelajar kejuruteraan awam. Namun, agak menyedihkan juga kerana kebanyakkan rakan kelas Fid berada di blok yang lain. Di blok yang sama pun ada juga tetapi tidak ramai. Fid juga sedih kerana tiada mendapat liputan internet @ wireless di bilik Fid kerana terlalu jauh dengan pemancar WIFI. Jadi, untuk mencari bahan maklumat dan kemaskini blog terpaksalah pergi ke bilik rakan yang menerima liputan internet ataupun pergi ke Kafetaria Pentadbiran yang terletak jauh dari blok asrama.



Permulaan hari sudah mengalami kesibukkan kerana malam itu juga ada perjumpaan dengan Penasihat Persatuan Ukhuwah PSIS. Hendak diikutkan semua ahli terlibat namun terdapat kelewatan info dan kekangan masa maka hanya lebih kurang 15 orang sahaja terlibat sebagai wakil.

Tujuan perjumpaan tersebut kerana ingin mengenali lebih dekat disamping membincangkan perkara-perkara berbangkit untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. InsyaAllah hasil perbincangan nanti membawa semangat yang tinggi dan menggunakan sepenuh tenaga pengalaman yang ada untuk dicurahkan kepada pelajar-pelajar lain khususnya pelajar semester 1.

Keesokkkan harinya (Jumaat 31hb. Julai 2009) adalah pendaftaran modul subjek bagi semester 5. Fid dan yang lain akan berjumpa dengan Penasihat Akademik untuk berbincang dengannya berkenaan "carry module" atau lebih senang disebut ulang modul yang gagal. Fid hendak mengulangi modul semester 3 iaitu modul Sistem Elektronik Berdigit. Modul itu adalah killer paper dan perlu berhati-hati dan berusaha dengan lebih gigih. Doakan Fid agar semuanya berjalan dengan jayanya.

Juga pada malam itu (Jumaat 31hb. Julai 2009) insyaAllah akan diadakan perjumpaan dengan pelajar senior dan junior Ahli Persatuan Ukhuwah. Diikuti dengan perlantikan Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi Julai 2009.

Pada 1hb. Ogos 2009 pula, pihak Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) diadakan program gotong-royong disekitar Kamsis. Juga diberi amanat untuk terlibat didalam program tersebut di Pusat Islam. Fid handle mereka dan insyaAllah seramai 60 orang yang akan terlibat untuk melaksanakan kemasan dan kebersihan Pusat Islam. Hendak diikutkan program tersebut berlangsung pada hari ahad 2hb. Ogos 2009 dibawah kelolaan Persatuan Ukhuwah namun untuk selaraskannya dan juga cadangan dari Encik Fahmee selaku penasihat Persatuan Ukhuwah maka digabungkan sekali dengan Program gotong-royong perdana tersebut.

Kini dengan sistem short semester, segalanya perlu dilakukan pantas dan tersusun. Merangka dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Didalam masa yang sama membahagikan masa untuk kuliah dan juga organisasi. Semuanya perlu teratur. Jikalau tidak, tergelincirlah dari landasan yang kita hendak tuju.

Itu sahaja pada masa ini, nanti ada kelapangan insyaAllah Fid akan publishkan artikel lagi. Nantikan info baru lagi.

Wassalam..
Read more