Pandangan Anda mengenai Hari Kekasih

Saturday, February 7, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Apa khabar anda yang sedang membaca blog ini?? Harap anda dalam keadaan sihat wal-afiat.. Tak sihat makan la ubat.. Tak mau gak, berdoalah pada Allah..

Kali ini saya bukan hendak mengupas topik, akan tetapi kali ini untuk topik baru ini saya ingin mendapatkan maklumbalas anda mengenai topik "Pandangan anda mengenai Hari Kekasih". Sila tinggalkan komen anda pada ruangan posting ini supaya kita boleh lihat pandangan dari anda dan insyaAllah kita boleh renung-renungkan mengenai topik ini.. Segala komen, pandangan, maklumbalas akan saya hargai. Sekian..



Sedikit penjelasan sumber dari Razi Raudhah Cafe posting bertajuk "Jom Boikot Valentine's Day!! Hukum Di Sisi Islam Tentang Valentine's Day"

1. Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasi (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

2. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - Persidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.

Hujjah:
1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang
dilarang oleh Islam;
4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling
berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh
menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan
5. Barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan
orang Islam di Sepanyol.
6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang
bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang
bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala
malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak
dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan
Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan
terjadinya perzinaan.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32" Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA

Sumber :Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.

* untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hari Kekasih, klik disini

6 comments:

Anonymous said...

Kita janganlah ikut cara orang barat sambut.

Anonymous said...

Kita janganlah ikut cara orang barat sambut.

Anonymous said...

hari cm 2 x patut d smbut...kite x tau sbnrnye d sblik hari valentine 2 mempunyai mksud n sjarh tersndiri bg penganut kristian.so kite jangn ikut je silap2 leh terpesong akidah.ni smua trick mereka untuk menghancurkan islam..so jangn r kite sbgai islam mengagug-agungkan hari cm 2.

Anonymous said...

hari cm 2 x patut d smbut...kite x tau sbnrnye d sblik hari valentine 2 mempunyai mksud n sjarh tersndiri bg penganut kristian.so kite jangn ikut je silap2 leh terpesong akidah.ni smua trick mereka untuk menghancurkan islam..so jangn r kite sbgai islam mengagug-agungkan hari cm 2.

Anonymous said...

Betul itu.. Jangan agungkan hari tersebut.. Mungkin ada maksud yang tersirat bagi penganut kristian.

Anonymous said...

Betul itu.. Jangan agungkan hari tersebut.. Mungkin ada maksud yang tersirat bagi penganut kristian.