Pengalaman LI Minggu 7

Saturday, February 28, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger.. Minta maaf kerana tidak dapat update blog saya tiap-tiap hari atas sebab sibuk dengan urusan praktikal saya. Apa-apa pun saya ucapkan terlebih dahulu terima kasih banyak-banyak kepada semua yang komen. Komen anda amat saya hargai.

Minggu ini kerja berat sikit. Sebab wat semakan, menyelenggara printer satu bangunan MPS. Alhamdulillah ada juga rakan saya bantu saya. Macam-macam aduan la didengari staff-staff MPS antaranya print lambat la, roller rosak la. Biasa la, printer lama nak buat macam mana. Hehehe... Kemudian dapat lagi keluar dengan En. Azree.. Saya drive.. Pergi buat selenggara kat Pusat Siber Rakyat 2 kat Selayang Baru. Buat kat sana sebab ada kursus OpenOffice so tu yang pergi selenggara jika ada rosak PC ke.. Last-last memang ada yang rosak PC.. Sebabnya OS rosak. Huhu.. Lepas tu, pergi makan bersama. Tapi, saya yang belanja sebab haritu dia belanja makan. Kali ini untuk membalas budi beliau maka saya belanja dia. Lepas itu singgah jap di Pusat Siber Rakyat 1 kat Stadium MPS. Rakan saya ada yang bertugas disana. Kami pun ambik kesempatan dalam kesempitan.. Hehehe.. Gurau je. Lepas tu pula, boleh pula En. Azree tinggalkan saya. Dia boleh balik ke office jalan kaki. Geram pun ada tapi nak buat macam mana.. Bukan nak beritahu saya dia nak balik... Time tengah-tengah panas terik lak tu. Huhu....

Itu sahaja buat masa ini, nanti akan saya update dari masa ke semasa okey..

0 comments: