Disokong & Ditentang

Saturday, February 21, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Topik kali ini mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain yang terasa tapi ini sekadar kita mengingatkan kita perkara-perkara yang benar dan tidak benar. Sebelum itu, saya ingin memohon ampun maaf jika topik ini menyinggung perasaan anda yang sedang membacanya.


Baru-baru ini saya ada terima pelbagai mesej dari rakan saya dan juga orang lain di PSIS. Kira student la. Kemudian baru sahaja saya mengunjungi blog rakan seperjuangan saya Saudara Suhaimi. Terdapat isu yang timbul di PSIS sekarang ini. Jadi, isu beliau adalah sama dengan saya cuma berlainan keaadaan sahaja. Untuk maklumat dan jalan cerita tersebut boleh lawat blog rakan saya tu.


"Tahniah atas anda dan rakan-rakan anda dalam pengambilan JPK"
, kata salah seorang dari pelajar PSIS yang dikatakan sokong 100% PI. Saya terima mesej ini dari YM dan terkejut kerana berita tersebar dengan cepat sekali. Saya dah menjangkakan perkara sebar-menyebar ini berkembang dengan pesat. Saya dah tahu perkara ini dari dahulu lagi cuma orang-orang tertentu sahaja yang tahu. Beliau amat akur bahawa amat setuju sekali jika PI mengambil alih JPK. Katanya, "Bagus kamu sudah mempunyai peluang yang besar untuk memperbetulkan keadaan student PSIS yang dahulunya sudut moral dan disiplin agak teruk. Sekali lagi saya ucapkan tahniah pada anda Firdausi".


Sebelum dapat tahu JPK kini PI pegang, saya ada mesej dengan rakan PSIS saya ni. Dok bawa berbincang la pasal perjalanan organisasi la. Bincang sem depan nak bertanding untuk kerusi JPP (jika ada rezeki), kemudian bincang mengenai JPK sem depan. "Rasa-rasa kalau kamu pegang YDP JPK, apa yang kamu lakukan?", ujar diri saya. Beliau menjawab, "Kalau saya pegang, mengamuklah semua laki-laki.." Saya pun hairan kenapa nak mengamuk lak. Lalu saya bertanya, "Kenapa pula lelaki-lelaki akan mengamuk??" Beliau tidak mahu menjawab persoalan tersebut. Mungkin ada perkara yang beliau tidak mahu memberitahu. Kemudian saya bertanya lagi, "Saya harap JPK boleh bergabung dengan organisasi lain. Kami senantiasa menunggu kehadiran pihak JPK seiring dengan kami". Beliau menjawab, "Saya harap macam itu la. Sebenarnya saya bukan tidak suka akan JPK tapi cara mereka itu yang membuatkan saya tidak senang duduk". Begitu rupanya sahabat saya ini.. Kemudian beliau tanya pula pada saya, "Jika ada rezeki kamu pula dicalonkan dalam YDP JPP, apa yang kamu akan lakukan akan datang?". Gelak hati saya mendengarnya. Lalu saya menjawab, "InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik."


Kemudian selang beberapa minggu pula datang satu mesej dari salah seorang dari pelajar PSIS. "Kamu tahu tak abg suhaimi kini pegang YDP JPK??" Saya sudah menjangkakan pasti soalan itu akan berkumandang. Saya jawablah, "Ya, saya sudah lama tahu." Kini saya mendapat khabar berita yang Suhaimi bertungkus-lumus mendapatkan persetujuan dari pihak atasan. Kini beliau menurunkan memo mengenai kawasan gelanggang sukan kamsis yang dikatakan gelap walaupun berdekatan dengan Kafe Asrama. Dahulu la tempat dimana pelajar-pelajar menjadikan tempat percutian atau tempat persinggahan sementara sebelum pulang ke blok asrama masing-masing. Dahulu la ramai sekali dok bertenggek kat situ. Macam-macam ada yang kroni ada, yang couple-couple pun ada. Dahulu bila kami turun padang, orang kat situ mula la nak pandang-pandang semacam. Masa tu belum jam 11malam lagi. Bila jam 11malam, yang mana dorang bangun dan bergerak ke blok masing-masing tu petanda mereka faham la isyarat kami. Ni yang dok tak faham-faham lagi, masih lagi dok berasmara dana. Lalu bila kami panggil warden, baru terkial-kial nak bergerak pulang. Kini, dah takda lagi tempat percutian sejak Suhaimi naikkan memo. Terima kasih banyak-banyak pada senior saya yang banyak membantu.


Kemudian pada hari yang sama saya terima satu lagi mesej yang sama dengan yang atas tetapi beliau pula bertanya pada saya. "Sem depan kamu akan pegang JPK ke??". Saya terus menjawab, "InsyaAllah jika ada rezeki maka ada la saya di sana". Saya bukanlah giler jawatan akan tetapi bergantung pada rezeki saya. Jika rezeki saya ada, maka ada la saya disana. Namun PI tetap saya sokong walaupun saya berkemungkinan rezeki saya pada JPP atau JPK. "Kalau macam tu, habislah kami yang perempuan kena pakai tudung dan jubah labuh" kata salah seorang dari pelajar PSIS. Saya tergelak dan hairan, salahkah pakai pakaian tersebut?? Bagi saya tak salah. Kemudian beliau berkata lagi, "Kamu tahu kan student-student PSIS kebanyakkannya tidak boleh terima jika terlalu islamic". Saya hanya menjawab, "Akan berlaku satu hari nanti. Tunggu dan lihat." Saya pun hairan student-student kat PSIS. Tidak terasa malu ke bila orang luar datang tengok?? Parent orang datang tengok, lagi-lagi PSIS berdekatan dengan 2 buah institusi iaitu ILDAS dengan SBPI. Tak rasa malu ke?? Mereka melihat saya yang saya ini "too islamic". Statement yang datang dari mulut orang. Saya orang biasa dan bukanlah terlalu islamic. Saya pegang pada ajaran agama saya iaitu agama ISLAM. Statement "too islamic" mungkin orang tak senang duduk apabila kami membuat kerja-kerja dakwah. Terpulang pada anda untuk menilai baik buruk saya. Saya menyampaikan ini pada buat diri saya dan juga anda semua. Yang baik kita amalkan, yang buruk kita sempadankan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari salah silap saya sendiri. Moga-moga PSIS mengalami satu perubahan paradigma yang baik didunia dan diakhirat.

Itu sahaja isu yang ingin saya kongsi bersama yang boleh kita renung-renungkan dan memperbaiki kesilapan kita. Sekali lagi saya memohon maaf jika topik kali ini menyinggung perasaan buat para pembaca blog saya..

Wassalam..

4 comments:

dorayakies said...

agaga menarik!!kisah yg ni ana tak tau lak..sal JPP ana tahu la..hehe tak saba mau balik poli!!!!!!!!!!!!!!!!!

dorayakies said...

agaga menarik!!kisah yg ni ana tak tau lak..sal JPP ana tahu la..hehe tak saba mau balik poli!!!!!!!!!!!!!!!!!

owner said...

Ooo.... kisah JPP ape plak cite?? Saya xtau lg.. huhu..

owner said...

Ooo.... kisah JPP ape plak cite?? Saya xtau lg.. huhu..