Pengalaman LI Minggu 4

Friday, February 6, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca setia blog saya.. Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah minggu ke-4 saya menjalani latihan industri.. Seperti biasa la, mesti hendak tahu perjalanan saya ketika menjalani praktikal ni.. Huhuhu..

Apa yang saya dapat simpulkan untuk minggu ke-4 ni, ternyata semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Baru-baru ni saya ditugaskan menjaga Pusat Siber Rakyat 1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Bermula jam 12 tengahhari sehingga jam 5.30 petang. Yang tidak boleh lupa, semasa saya ditugaskan disana staff yang bertugas sama dengan saya cakap "Bos suruh awak jaga sampai jam 10 malam. Boleh??" Saya tergamam jap. Pastu dengan nada perlahan saya menjawab "Boleh je.." Dengan muka yang begitu mengerunkan nak tak nak kena ikut. Last-last staff bagitahu, "Jom balik.." Saya bertambah hairan. Nape lak nak balik?? Bukan ke kena jaga sampai jam 10 malam?? Dia beritahu, "Bos cakap nak balik balik la.. Saje je" Aduh.... Wa kena beb....

Dalam minggu ke-4 ni juga ada budak praktikal baru masuk.. Beliau dari Yayasan Johor. Entah tak tahu umurnya kerana bukan main loya buruk dibuatnya. Lelaki lak tu. Dengan saya pun nak loya buruk... Geram dibuatnya.... Bertambah blurr dibuatnya... Bila penyelia cakap pasang ni pasang tu, dia blurr..... Aduh... Kalah dari kawan-kawan perempuan saya ni... Blurr2 pun dorg tetap boleh masuk... Ni budak praktikal baru ni lagi bertambah blurr... Kena la ajar satu2... Terima dengan redha je la...

Tapi minggu ni memang makin best.. Huhuhu... Harap pada kawan-kawan saya yang menjalani praktikal harap bersabar eh... Mana yang tak best, tahan.... Bukan lama pun.... 6bulan praktikal... Bukan 1tahun praktikal.. Huhuhu.. Itu sahaja posting mengenai latihan industri minggu ke-4 ini... Nanti ada perkembangan baru akan saya updated selaju yang boleh..


p/s : kepada rmartz, tun abuya, missdorayakies, atox, dan semua para pembaca setia blog akan saya buat sesuatu yang luar dari biasa... Nantikan... Jangan jeles.... Huhu...

0 comments: