Pengalaman LI Minggu 6

Saturday, February 21, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada semua para pembaca blog. Maaf sebab lama tak update.. Lagipun dengan theme template yang payah nak dicari akhirnya sesuai gak dengan citarasa saya yang ala-ala Jepun... Memang pun sebab saya minat jepun. Cerita-cerita anime la banyak saya tengok.

Untuk minggu ini tak banyak buat kerja pun. Hanya buat selenggara sahaja, yang lain just dok diam jelah kat office.. Huhu.. Suasana agak relax jap sebab tak banyak kerja pun.. Alhamdulillah boleh la setakat ni... Tapi tengah menunggu pensyarah dari poli yang akan buat observation student-student poli.. Tak sabar nak jumpa.... Minta-minta yang best la... Tak best, buat-buat best.. Heheheh.. Ada rakan saya susah hati bila dengar perkataan "Pensyarah bila nak datang".. Entah tak tahu kenapa tapi dok tak senang.. Hehehe... Lagipun dah nak penghujung bulan Februari dah... Cepat je masa berlalu kan... Lagi 4bulan lagi untuk tamat Latihan Industri tapi projek tak siap-siap lagi ni.. Pening-pening.. Ada satu masa saya chatting dengan rakan rapat saya, Saudara Ahmad Zulhilmi, cerita la projek dia.. Dia lagi susah.. Buat sistem tak silap saya menggunakan VB.NET. Saya dengar pun macam lagi beban kepala saya ni.. Tak mengapalah... Kita sama-sama pening kepala... Hehehe... Apa-apa pun dia dah pakai Windows 7, walaupun Beta sekalipun tapi puas hati memakainya.. Tak lama lagi RC keluar.. So, rajin-rajin check ye..

Itu sahaja setakat ini.. Ada masa saya update tentang praktikal..

p/s : sebarang cadangan atau komen boleh la salurkan ke email saya shinoda89_fid@yahoo.com ataupun tinggalkan mesej anda diruangan komen. Segala feedback anda amat saya hargai.

0 comments: