Tukarkan nama Mozilla Firefox kepada nama yang anda suka pada Window Title

Wednesday, March 4, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan pembaca blog setia. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa hebatnya tetapi intipati-intipati yang saya cuba sampaikan boleh mempelajari, merenungi, menilai, memberi pandangan dan lain-lain.

Untuk topik kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 1 tips bagaimana untuk anda menukarkan nama "Mozilla Firefox" kepada nama-nama yang anda ingin paparkan pada Window Title seperti "Hacked by Me", "Produced by Infomation Corporate Services", dan lain-lain.



Ikut arahan-arahan ini :

1. Pastikan Mozilla Firefox anda close kerana berkemungkinan boleh berlaku crash pada browser anda jika anda membuka.

2. Buka My Computer > Local Disk (C:) > Program Files > Mozilla Firefox.

3. Cari chrome dan bukakan file itu. Cari file WinRAR bernama "en-US" kemudian drag file file tersebut ke desktop. Ini kerana untuk menjalankan proses mengedit dengan mudah.

4. Extract file tersebut dan anda akan dapati ada satu file bernama "locale". Pastikan anda pilih "Extract Here".

5. Kemudian buka file yang sudah extract itu iaitu file "locale" kemudian buka "branding".

6. Double click brand.dtd dan setkan file "open with notepad". Anda akan dapati code seperti ini :

!ENTITY brandShortName "Firefox"
!ENTITY brandFullName "Mozilla Firefox"
!ENTITY vendorShortName "Mozilla"

dan tukarkan seperti ini :

!ENTITY brandShortName "Firefox"
!ENTITY brandFullName "Hakcipta oleh Firdausi Jais"
!ENTITY vendorShortName "Mozilla"

7. Save file tersebut. Jangan pilih "save file as".

8. Close notepad, dan folder-folder. Zip kan balik file locale dengan cara drag file tersebut ke file WinRAR bernama "en-US". Ia akan zipkan semula file tersebut.

9. Buka semula file Program Files > Mozilla Firefox > chrome kemudian drag file WinRAR "en-US" berada di desktop masuk semula didalam file "chrome". Siap....

10. Buka browser Mozilla Firefox anda dan lihat di Window Title berubah kepada nama yang telah di edit tadi.


Selamat Mencuba... =)

p/s : Screenshots akan saya paparkan kemudian nanti untuk lebih terperinci.

0 comments: