Pengalaman LI Minggu 8

Friday, March 6, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.. Selamat pagi kepada yang membaca diwaktu pagi, selamat tengahhari kepada yang membaca diwaktu tengahhari, selamat petang kepada yang membaca diwaktu petang dan selamat malam kepada semua yang sudah tidur. Huhuhu... Diam tak diam kita dah berada di bulan MAC. Sekejap masa dah berlalu. Seperti biasa akan saya paparkan serba sedikit pengalaman Latihan Industri saya di Majlis Perbandaran Selayang.

Untuk minggu ke-8 ni macam-macam dah berlaku. Antaranya hujan tidak menentu. Kadang-kadang petang, kadang-kadang pagi, kadang-kadang tengahhari.. Alhamdulillah la hujan, dapat juga merasai kesejukan yang sudah lama inginkan. Dapat juga membasahi permukaan tanah yang kering saban minggu lalu. Selama 3 hari bos tidak ada didalam pejabat atas urusan mesyuarat di luar. So, freedom la... Huhuhu... Kerja-kerja pun tidak banyak kali ini, tetapi projek LI saya tidak siap-siap lagi ini.. Dah bulan 3 dah ni, lagi 3bulan lagi nak habis dan time itulah kena present kan pada bos.. Huhuhu... TIDAK....

Lepas itu, saya diberi tugas untuk design baju korporat Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan (nak ikutkan nak view gambar design tetapi ia adalah privasi). Pecah kepala la nak masukkan warna yang terbaik dari yang baik.. Satu hari la siapkan kerja itu, tuan punya kehendak nak siapkan dalam masa satu hari sahaja. Berat dah kepala campur pening-pening nak siapkan satu hari itu.

Kemudian, hari jumaat pula diberi tugas yang paling berisiko buat saya dan rakan sekumpulan saya untuk kerja satu hari diluar. Pergi ke Pusat Siber Rakyat 1 kat Stadium Majlis Perbandaran Selayang.. Kerja-kerjanya adalah menukarkan antivirus. Kat sana guna TreatFire bagi saya tidak cukup kuat melawan virus. Tapi tidak tahu la kalau para pembaca lebih arif tentang TreatFire. Apa lagi, saya ubahlah ke AVIRA yang kini kian laris. Hehehe... Bila dah install, boleh tahan dia detect terus virus network. Trojan dan Worm lak tu. Risikonya adalah boleh sampai ke Bilik Server. Jadi, nak elak dari tercemar pada Bilik Server saya cari jalan menyelesaikan masalah itu. Saya lawan balik virus-virus network ini... Hampir 30minit la cuba lawan, akhirnya berjaya dilupuskan.. Tapi tidak tahu la esok lusa macam mana kan... Takut datang balik virus-virus itu.. Huhu.... Kerja satu hari memang penat, mengadap komputer untuk lawan virus. Tapi apa-apa pun segalanya sudah selesai dan ia menjadikan pengalaman saya paling best sekali.

Itu sahaja untuk kali ini, nanti kalau ada review yang terbaru akan saya masukkan didalam blog saya buat tatapan anda..

Ini adalah gambar terbaru memakai baju batik baru. Huhu.... Dah macam VIP la pula..

8 comments:

'AQILAH said...

em...lawan virus??? which mean???

'AQILAH said...

em...lawan virus??? which mean???

Firdausi said...

Maksud fid, lawan virus dengan cara virus remover sendiri dan rakan-rakan fid sendiri.. Susah...

Firdausi said...

Maksud fid, lawan virus dengan cara virus remover sendiri dan rakan-rakan fid sendiri.. Susah...

'AQILAH said...

oh...kirenye komputer tu kene virus,then kite nak hilangkan ea...faham2...heeee

susah???...kan da de anttivirus..
bukan nnti tros ilang???

'AQILAH said...

oh...kirenye komputer tu kene virus,then kite nak hilangkan ea...faham2...heeee

susah???...kan da de anttivirus..
bukan nnti tros ilang???

Firdausi said...

Yup
Memang ada antivirus yang saya baru sahaja install, tapi virus itu sudah melekat kat registry.. Kira dah merebak data2 registry itu.. Antivirus lama xkuat, so virus itu sudah menetap lamanya sebelum saya install antivirus baru.. Huhuhu... Bila dah install baru baru detect virus

Firdausi said...

Yup
Memang ada antivirus yang saya baru sahaja install, tapi virus itu sudah melekat kat registry.. Kira dah merebak data2 registry itu.. Antivirus lama xkuat, so virus itu sudah menetap lamanya sebelum saya install antivirus baru.. Huhuhu... Bila dah install baru baru detect virus