My Ex-School SMKIH.. The Principal

Monday, March 2, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini (2 Mac 2009) saya mendapat berita sedih datang dari adik saya yang bongsu mengatakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights (SMKIH), Puan Wan Saberina binti Wan Musa akan berpindah ke sekolah lain. Sedih bila dapat berita macam ini. Principal paling tegas tetapi mempunyai jiwa kasih sayang kepada pelajar-pelajar yang amat teguh sekali. Beliau ibarat ibu kandung bagi anak-anak yang kini mencecah seramai 1000 orang pelajar dengan macam-macam perangai baik dan buruk. Beliau sanggup lalui rintangan dan dugaan, bertungkus-lumus memajukan sekolah dari fail terburuk dalam sejarah sehingga sifar dalam disiplin walaupun ada segelintir yang enggan mendengar kata.

Rasa nak sahaja pergi berjumpa dengan beliau ucapkan terima kasih atas curahan kasih sayang beliau pada kami pelajar Idelian. We love you Puan Wan Sabrina. Kami akan senantiasa mengenang jasa budi ibu didalam mendidik kami sebagai pelajar sebenar.

0 comments: