Kenapa Perkara Ini Patut Berlaku??

Wednesday, March 4, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog saya. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas tidak mengemaskini blog saya kerana sibuk dengan latihan industri saya. Kupasan kali ini inginkan pendapat anda mengenai "Celik IT". Perkara ini sudah lama sebenarnya. Saya juga telah mengunjungi blog rakan saya mengenai perkara yang sama.(KLIK DISINI untuk maklumat lanjut)


Perkara ini berlaku pada diri saya juga. Saya berterus-terang saya meminati bidang IT dari dulu lagi. Kira masa umur 9tahun lagi (kiranya darjah 3 la kat sekolah rendah). Didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan IT seperti belajar menaip dan sebagainya. Dari situlah timbul minat IT. Sehingga la kini saya masih lagi berpegang pada konsep IT walaupun di pengajian tinggi saya pelajar Kejuruteraan Elektronik Komputer tetapi ada la perkara-perkara tentang IT. Persoalannya sekarang, mengapa kita yang celik IT ini seringkali menjadi mangsa?? Pengetahuan saya dalam bidang IT ini bukanlah luas pun. Masih lagi belajar, mengikuti perkembangan IT, dan lain-lain.


Saya sering menjadi mangsa (kiranya macam tempat kaunter pertanyaan). Antara suara-suara yang seringkali kedengaran adalah :

- Kamu bagus la pasal komputer, apa-apa hal saya cari kamu
- Firdausi ini lain dari yang lain, pasal komputer sahaja semua dia tahu
- Terer la Firdausi

dan macam-macam yang saya dengar. Bukannya apa, saya bukanlah sebagus Bill Gates yang mampu mengeluarkan produk Microsoft dan lain-lain, malah saya hanyalah insan biasa yang sedang mentelaah perkara-perkara IT ini. Bukan saya tidak mahu menolong menyelesaikan masalah, saya memang suka membantu tetapi jika kita fikirkan secara logikalnya kita kini berada di zaman moden penuh dengan teknologi canggih seperti WIMAX, WIFI, 3G, dan macam-macam... Apa salahnya kita ambil peluang pelajari perkara-perkara sebegini.

Antaranya :

- kurang kos mengupah apabila berlaku kerosakan PC, Laptop, dan lain-lain
- mudah dan senang
- D.I.Y (Do it by Yourself)

dan lain-lain...


Jadi, tidak salah sekiranya bergantung harap pada orang yang tahu mengenai IT tapi janganlah terlalu mengharap sangat.. Manalah tahu orang itu tiada mood ke, tekanan bekerja ke, letih ke... Oleh itu, belajar sendiri... Bukan memaksa tetapi dengan rela. Pelajari perlahan-lahan, insyaAllah saya pasti anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah IT..

Oleh itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pembaca yang membaca artikel saya ini mengguriskan perasaan. Tiada niat untuk melakukan perkara tersebut, saya cuma ingin berkongsi dengan anda. Apa yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari silap saya sendiri..

Wassalam..

p/s : sebarang komen atau pandangan bolehlah berbuat demikian okey...

0 comments: