Pengalaman LI Minggu 9

Saturday, March 14, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca. Disini ingin saya memohon maaf diatas kesulitan tidak dapat kemaskini blog saya kerana sibuk dengan persiapan kehadiran pensyarah dan juga presentation projek.

Lama juga la tidak mengupdate blog ini, tertanya-tanya kemana menghilangnya Fid.. Huhu... Masih ada didalam Malaysia ini, cuma agak sibuk sejak kebelakangan ini. Untuk segmen kali ini, banyak juga la kerja-kerja yang dilakukan semasa Latihan Industri. Kerja diluar ada, kerja didalam pun ada.. Tapi yang bestnya En. Azree belanja makan lagi.. Huhu... Hari itu saya belanja beliau makan tengahhari, kali ini untuk membalas jasa budi kami iaitu saya dengan rakan saya Julia maka beliau belanja la makan. Beliau ini paling best. Kira pegawai yang sporting dan baik sangat. Bak kata orang-orang tua "Jika kita buat baik, maka akan ada orang yang membalas jasa kita dengan baik". Huhu..

Kemudian Ketua Bahagian IT mahu jumpa kami pelajar-pelajar praktikal. Jadi kami pun masuk la.. Ada yang takut-takut dan ada yang buat biasa je.. Saya tergolong dalam orang buat biasa. Hehehehe... Beliau mahukan perjalanan kami didalam melakukan projek LI yang diberi oleh Ketua Bahagian IT. Tetapi keadaan mulai pudar apabila 3orang dari kami terpaksa berpindah ke Unit lain atas urusan menyiapkan projek mereka iaitu "Animation Scoreboard". Jadi, daripada 7orang pelajar praktikal IT iaitu saya, Julia, Syafiqah, Ameera, Atikah Syamim, Hafizah, dan Afiq. Maka tinggallah 4orang pelajar sahaja. 3orang yang ditukarkan ke Unit lain iaitu Syafiqah, Ameera, dan Afiq. Mereka perlu berada di unit baru sehinggalah mereka selesai projek mereka. Maka sunyilah pejabat di Bahagian IT. Tiada ketawa ria, gosip-gosip, bergurau senda, dan lain-lain. Agak terasa kebosanan la mereka tiada. Mereka la yang menceriakan suasana di pejabat ini. Huhu..

Pada hari Jumaat pula, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Ilmu Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Kamal bin Ashaari. Pada hari tersebut, ramai yang hadir. Berpakaian baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan. Saya pakai dah macam nak pergi nikah pun ada, nak kawin pun ada, nak jadi budak kompang pun ada.. Huhu... Apa-apa pun, yang penting best....

Itu sahaja untuk kali ini. Sebarang artikel baru akan saya cuba kemaskini kan.

Wassalam

p/s: Doakan kami untuk berjumpa dengan Ketua Bahagian IT dan Pensyarah PSIS yang akan hadir tertera pada ruangan "Aktiviti Diriku"

0 comments: