Serangan Virus Conficker Bermula 1 April 2009

Tuesday, March 31, 2009

Kepada pemilik komputer tidak kira Desktop mahupun Notebook disarankan supaya berwaspada bermula hari ini berikutan virus Conficker yang kian aktif sejak kebelakangan ini dipercayai akan menyerang Internet bersempena 'hari penipuan' atau lebih dikenali sebagai April Fool Day

Virus ini dipercayai sudah menjangkiti lebih dari 10 buah komputer di seluruh dunia melumpuhkan sistem jaringan Internet. Pakar-pakar IT memberi amaran kepada anda semua bahawa virus itu boleh digunakan untuk mencari dan mencuri nombor dan kata laluan kad kredit atau melumpuhkan laman web seperti Google. "Komputer-komputer yang dijangkiti Conficker akan menjadi rangkaian komputer zombie dan boleh digunakan untuk menghantar e-mel atau menyerang laman web lain." Anda hendaklah update terkini antivirus anda seperti Avira, Norton AntiVirus, AVG Antivirus, dan lain-lain supaya virus ini mudah dihapuskan.



Kepada pengguna Avira, anda disarankan untuk menginstall Avira 9 yang baru kerana ia mudah dihapuskan virus itu dengan serta-merta. Pengeluar perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft sudah menawarkan perisian percuma untuk memusnahkan virus itu.


Bagaimana untuk kenali PC anda dijangkiti??

Gambarajah dimana virus itu terdapat didalam USB Flashdrive, External Drive dan lain-lain
(click image for enlarge)





Diagram virus Conficker dijangkiti
(click image for enlarge)

Read more

Perhatian kepada semua Ahli Persatuan Ukhuwah PSIS (PU) yang sedang menjalani Latihan Industri

Assalamualaikum..


Diminta kesemua sahabat sekalian menghubungi saya secepat yang mungkin...
As Soon As Posible!

(Ahmad Zulhilmi)
E-mail :
rmart_gendut@hotmail.com
or
praktical_posmel@pos.com.my

Phone no: 013 - 3010158

(Mohamad Firdausi)
Email:
shinoda89_fid@yahoo.com
or
shinoda89_fid@hotmail.com

Phone no : 017-2395042

Diharap dapat memberi kerjasama anda... dan sebarkan kepada yang lain..

Sekian, Wassalam..

Yang menjalankan tugas,
Firdausi
Read more

Dengki Semakin Menggelegak

Monday, March 30, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. Ingin terlebih dahulu meminta maaf atas kelewatan tidak mengupdated blog saya ini. Hari ini ada peluang nak luahkan lagi perasaan yang semakin menjadi-jadi. Tajuk ini adalah sambungan dari "Siapa yang patut dipersalahkan". Kali ini beliau semakin menjadi-jadi. Topik ini amat sesuai sekali dengan beliau. Kepada para pembaca blog sekalian, disinilah ruangan dimana saya meluahkan sesuatu perkara jadi mohon maaf sekiranya ayat-ayat yang saya akan gunakan menimbulkan kesulitan dan kerumitan buat diri anda.

Kedengkian semakin meningkat sejak saya bersama-sama dengan supervisor saya dan juga penolong pegawai. Saya anggap mereka ini abang-abang saya yang melatih dan memberi tunjuk ajar. Asal saya pergi bersama mereka, orang yang berpangkat tinggi sering mencari target untuk saya dijadikan mangsanya. Pada hari ini pula, saya dimarahi oleh orang itu. Padahal saya sedang buat kerja pemindahan PC di Unit lain. Time tu saya seorang sahaja yang ditugas dan diamanahkan untuk memindahkan PC. Orang itu boleh pula marah-marah saya cakap "Mana supervisor kamu? Aku nak kau turun bawah panggil dia suruh naik atas sekarang!!". Dua kali la dia cakap perkara yang sama. Saya peduli katanya. Masalahnya sekarang dah itu kerja saya. Then supervisor sudah amanahkan saya untuk sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan PC saya ditugaskan memantau dan menyelesaikan masalah. Tetapi orang yang ber[angkat besar ini pula ingat saya ini budak kecil lagi yang perlu dipimpin, didukung, dan sebagainya?? Hello, saya sudah boleh berfikiran matang la Encik.. Janganlah layan saya macam budak kecil. Dah la marah depan public, lagi-lagi tengah buat kerja. Tak paham-paham ke orang tengah buat kerja?? Buta ke?? Last-last bila saya pulang ke Unit IT semula, supervisor tanya dalam keadaan mood yang tidak puas hati "Firdausi, aku dengar kau kena marah dengan orang itu?? Aku nak tanya sebab ape?" Lalu saya pun jawab, "Saya tengah pindahkan PC siap sekali setup". Dia dengan segera beserta muka yang sedang marah terus ke bilik orang yang berpangkat gila kuasa. Buka pintu cakap kuat-kuat, "Bos, bos marah Firdausi ye!!!?? Cakap betul-betul??" Boleh pula buat-buat tidak tahu cakap "Mana ada. Tak marah pun". Itulah sebenarnya bos saya yang dok saya cakap orang berpangkat tinggi a.k.a gila kuasa. Terus terdiam dia apabila supervisor saya tanya dalam keadaan tidak puas hati. Terima kasih kerana adanya supervisor saya ini.. Nanti saya belanja kamu semua. Bos tidak diperlukan. Huhuhuh....
Read more

Lirik Minggu Ini

Saturday, March 28, 2009

Irsyadee featuring Hafiz (Ex-UNIC)
Taubat Seorang Hamba


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


Inginkan lagu ini? Klik disini
Read more

Sifu & Tongga


Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila.

Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh Chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini.



Pengarah:

Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis:

Shukor Mohaideen : (Scriptwriter)
Prof Madya A. Razak Mohaideen : (Lakon layar)

Pelakon:

Saiful Apek : Sifu (Pelakon Utama)
Nabil : Tongga (Pelakon Utama)
Fouziah Ghous : Mila (Pelakon Utama)
Erra Fazira : Tammy (Pelakon Utama)
Azad : Izzaq (Pelakon Utama)
Piee : Chief (Pelakon Pembantu)
Datuk Jalaluddin Hasan : Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan : Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
Azwan Ali : Mak Nyah ATM Machine (Artis Jemputan)
Shamsul Ghau Ghau : Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
Jaafar Onn : Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
Adrea Abdullah : Wartawan (Artis Jemputan)
Din Beramboi : Jurujual butik (Artis Jemputan)
Ruminah Sidek : Makcik Tua (Artis Jemputan)
Iqram Dinzly : Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)



Link Download :

Sifu Dan Tongga.part1
Sifu Dan Tongga.part2
Sifu Dan Tongga.part3

*Nota : Download kesemua file-file ini kemudian highlight semua, klik kanan tetikus anda kemudian "Extract Here". Pastikan anda mempunyai perisian extractor seperti WinRAR
Read more

Los Dan Faun

Friday, March 27, 2009


Pengarah : Afdlin Shauki

Syarikat penerbitan : Vision Works (M) Sdn Bhd

Penerbit : Ahmad Puad Onah

Pengarang : Afdlin Shauki

Lakonan : Hans Isaac, Adlin Aman Ramlie, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Ida Nerina, AC Mizal, Stephen Rahman Hughes

Pengedar : Metrowealth dan International Group



Sinopsis :

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman. Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat. Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut. Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio. Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?


Download :

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

*Nota : Download kesemua file-file ini kemudian highlight semua, klik kanan tetikus anda kemudian "Extract Here". Pastikan anda mempunyai perisian extractor seperti WinRAR
Read more

Keinginan Lelaki vs. Perempuan part 1

Thursday, March 26, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Apa khabar anda semua? Fid harap semua didalam keaadan sihat wal-afiat. Tajuk kali ini adalah untuk mendapatkan pandangan anda. Mungkin apa jua pandangan anda boleh lontarkan didalam posting ini. Untuk segmen Part 1 ini saya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan yang jelas berkenaan "BELAJAR vs. BEKERJA".
Seperti yang kita sedia maklum negara kita Malaysia yang tercinta ini, majoriti orang yang ingin sambung belajar tidak kesah sehingga Ph.D ke adalah dalam kalangan Perempuan. Mengapa? Posting ini bukanlah semata-mata untuk mencari tragedi nahas akan tetapi kita ingin berkongsi maklumat dan pandangan dari kedua belah pihak.

Bagi fid, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan menuntut ilmu janganlah putus. Ilmu yang macam mana fid maksudkan? Ilmu akhirat. Akan tetapi, ilmu dunia ini pun tidak diketepikan malah dituntut juga mengikut kemampuan diri kita seseorang. Kita boleh la berhasrat untuk mendapatkan sijil Ijazah ke, Master ke, Ph.D ke, lebih dari itu ke... Hehehe... Tetapi sijil SPM kita ini terfikir tak? SIJIL PADANG MAHSYAR. Tepuk dada tanya iman.

Berbalik kepada tajuk tadi.. Kenapa perempuan tidak suka akan bekerja akan tetapi mahu sambung belajar sahaja, disebaliknya pula lelaki suka akan bekerja tetapi tidak mahu sambung belajar?

Boleh saya dapatkan pandangan dari anda??
Read more

Cara Mengurus Kemarahan

Wednesday, March 25, 2009

Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.



CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:

a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh

a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.

b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir.

c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman.

d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat.

e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat.

f) Urut bahagian dada dan perut.

g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu.

h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu.


3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak.

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.


“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-

“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-
Read more

Lajukan Start Menu

Tuesday, March 24, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog. Dengan berwajahkan baru tema pada blog saya ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang menyokong saya mencatat artikel-artikel. Terima kasih juga kepada anda yang tidak henti-henti memberikan komen, cadangan, pandangan yang bernas untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan disamping menjana pemikiran kita untuk memikirkan dengan lebih rasional lagi. Posting kali ini saya ingin berkongsi ilmu pada anda berkenaan dengan MenuShowDelay. Mungkin ada diantara kita yang sudah mengetahui akan fungsinya. Tapi tidak tahu lah jika berbeza pandangan dengan saya. Saya dapat belajar dari supervisor saya ditempat praktikal saya berkenaan MenuShowDelay. Fungsinya adalah untuk paparkan menu setelah anda melakukan Right-Click pada file-file mahupun Desktop. Beliau berkata ia boleh disettingkan pada kelajuan memapar menu tersebut. Disini akan saya tunjukkan cara-caranya.




Langkah 1 :

Start Menu > Run > Regedit (XP)
(click image for enlarge)


Start Menu > taip pada search box "Regedit" (Vista & Win7)
(click image for enlarge)

Langkah 2 :

Expand HKCU > Expand Control Panel > Klik Desktop. Kemudian cari MenuShowDelay, doubleclick dan tukarkan nilainya yang asal ke "0"
(click image for enlarge)

Langkah 3 : Restart PC anda. Anda akan rasa lain dari yang lain. Untuk mengetahui, right-click pada Desktop kemudian gerakkan tetikus anda naik dan turun. Lihat paparan yang mengandungi expand pasti laju dari sebelum ini.
Read more

Paparan Baru Buat Anda

Monday, March 23, 2009

Assalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan. Mesti terkejut bila saya ucap selamat malam. Ini adalah disebabkan blog saya mengalami satu transfomasi walaupun tidak seberapa sangat. Oleh itu, template theme kali ini insyaAllah akan dikekalkan sehingga saya sendiri ingin menukarnya yang baru. Itupun kalau ada latest updated themes. Hehehe.. Bersusah payah saya memperbetulkan kesalahan-kesalahan. Ada yang silap ini, ada yang silap itu. Namun akhirnya tema ini yang saya rasa membawa perubahan yang baru buat diri saya juga para pembaca. Lewat malam juga la saya dok siapkan. Kalau boleh hendak settlekan hari ini juga. Tidak mahu tangguh-tangguh, kerana ramai yang melihat blog saya ini sebagai rujukan. Kalau saya tutup blog ini untuk sementara waktu, sudah tentu mengamuk mereka. Hehehe.. Jangan marah. Untuk itu selamat membaca blog saya. Akhirukalam, sebarang masalah boleh kemukakan pertanyaan anda di "Ruangan Sembang". Jangan lupa tinggalkan link anda. Mana la tahu link anda dipilih untuk dijadikan rujukan buat semua penggemar blog.

Wassalam.
Firdausi (Owner of this blog)
Read more

Pengalaman LI Minggu 10

Saturday, March 21, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca blog tidak kira usia muda mahupun tua. Blog ini menjadikan jaringan rangkaian berkongsi ilmu. Terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi blog saya walaupun rupanya tidak sekompleks mana tetapi membaca manfaat bersama. Minta maaf sekiranya blog ini tidak dapat updated secara harian tetapi saya akan cuba paparkan artikel-artikel menarik buat santapan anda.

Sudah 10 minggu saya sudahpun menjalani praktikal. Lebih kurang 12 minggu lagi untuk menamatkan Latihan Industri. Namun, persoalannya sekarang adakah kita mampu berbuat yang terbaik dimasa akan datang? Terpulang kepada anda untuk menentukannya.

Pelbagai cabaran yang saya terpaksa tempuhi bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain. Mungkin ada diantara kita yang ingin pulang ke kampus dengan segera, dan ada diantara kita yang ingin meneruskan pekerjaannya sejurus selepas latihan industri tanpa pulang ke kampus untuk menyambung kembali pelajaran dan pembelajaran. Dan juga menjadi persoalan terhadap kita yang ingin meneruskan pelajarannya diperingkat DIPLOMA (dari SIJIL) dan IJAZAH (dari DIPLOMA). Kesemuanya bergantung kepada diri kita sendiri samaada mampukah kita mahupun tidak. Bila ditanya pada salah seorang rakan saya mengenai perkara sebegini beliau terus berkata bahawa ingin sambung pelajaran ke peringkat IJAZAH. Bila ditanya pada rakan saya yang lain pula, beliau berkata bahawa ingin menjalani kehidupan bekerja. Masing-masing mempunyai matlamatnya yang tersendiri, namun sejauh manakah kita boleh lalui?

Latihan Industri saya pada minggu ini amat meletihkan kerana melakukan kerja-kerja pemindahan PC dari Bangunan Baru ke Bangunan Lama MPS. Ternyata pada hari tersebut, Pensyarah dari PSIS hadir untuk melihat pelajar-pelajar PSIS perilaku didalam syarikat. Tambahan pula, melihat aktiviti-aktiviti harian kita didalam Laporan Harian. Yang hadir pada masa itu adalah Encik Lokman dari pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Beliau adalah pensyarah yang paling sporting. Alhamdulillah beliau hadir didalam suasana tenang dan tidak mengejutkan. Kerana beliau menghantar surat rasmi dari PSIS melalui mesin faksimili MPS yang beliau ingin hadir pada tarikh yang telahpun ditetapkan. Syukur dan berterima kasih kepada beliau diatas kesudian beliau datang dari jauh ke Selayang.

Itu sahaja artikel saya mengenai Latihan Industri di Majlis Perbandaran Selayang. Doakan kami agar perjalanan latihan industri lancar dan membawa barakah.

*updated : Tajuk artikel ini hanya sampai disini sahaja kerana ingin fokuskan lebih kepada pengakhiran latihan industri saya. Selamat Membaca.
Read more

Bagaimana hendak buat link pada status Yahoo Messenger anda

Friday, March 20, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Posting kali ini adalah berkenaan dengan YM. Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu bagaimana hendak membuat link pada status mesej anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah :

- Yahoo Messenger 9
- Mempunyai email
- Internet (dah tentu kena ada)

Langkah 1 : Log masuk dahulu Yahoo Messenger anda

Langkah 2 :

(click for enlarge)


Langkah 3 :

(click for enlarge)

Langkah 4 : Tekan Enter. Siap.

Selamat Mencuba
Read more

Tanya Saya

Wednesday, March 18, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca setia. Topik kali ini saya paparkan atas permasalahan mengenai apa jua yang berlaku pada PC mahupun laptop anda. Untuk kali ini masalah "Sound". Saya mendapat pertanyaan dari rakan blog saya mengenai laptopnya yang tiada bunyi selepas sahaja "Logo Vista" dipaparkan. Beliau memberitahu bahawa bunyi tersebut hanya kedengaran semasa "Logo Vista" dipaparkan, kemudian terus tiada bunyi kedengaran. Bagi saya itu tiada masalah pada driver anda, mungkin pada softwarenya yang telah diinstall berserta drivernya sekali. Mungkin rakan-rakan blog saya yang lain ada jalan penyelesaian dan inginkan panduan dari anda yang tahu akan masalah ini.



NOTA : Saya sedang menggunakan OS Windows 7 BETA. Gambar-gambar sama dengan OS Windows Vista

Disini saya sertakan gambar-gambar yang mungkin boleh membantu anda :





Klik kanan tetikus anda pada Computer, kemudian pilih Properties
(click image for enlarge)



Disebelah kanan panel, klik Device Manager
(click image for enlarge)



Didalam Device Manager, lihat pada Sound, video, and game controllers. Pastikan tiada konflik yang berlaku bergantung kepada jenis driver Sound anda.
(click image for enlarge)



Jika masih lagi ada masalah yang timbul, anda perlulah bertanya masalah ini kepada yang lebih arif. Saya cuma sekadar yang tahu sahaja. Belum arif sepenuhnya. Tetapi untuk masalah lain sila-sila hantarkan gambar masalah anda ke email saya. Caranya :

Langkah 1 : Lakukan arahan print screen. Caranya tekan kekunci "PrtSc" pada keyboard anda.

Langkah 2 : Klik start menu > programs > Accessories dan pilih Paint

(click image for enlarge)

Langkah 3 : Paste kan gambar yang anda lakukan PrintScreen dengan cara Ctrl + V (paste)


(click image for enlarge)

Langkah 4 : Save gambar tersebut menggunakan format JPEG

Langkah 5 : Hantar gambar tersebut ke email saya di shinoda89_fid@yahoo.com


Segala masalah akan saya cuba menyelesaikan masalah anda.
Read more

Hot News for PSIS Practical Student 12Jan-12June 2009!!!

Tuesday, March 17, 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan.. Posting kali ini adalah khas kepada rakan-rakan saya yang kini sedang menjalani Latihan Industri 12Jan hingga 12Jun 2009.. Hari ini salah seorang pensyarah yang bagi saya paling best dan sporting di PSIS.. Nak tahu siapa?? Encik Lokman dari pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) datang ke Majlis Perbandaran Selayang.. Huhu.. Bestnya... 2minggu awal kami praktikal disini dah tahu beliau hendak datang menggunakan faksimili.. Rakan-rakan lain dah cuak dah.. Saya cakap dia ni okey.. Jangan nak risau... Beliau datang pada pukul 9pagi. Time itu pula saya sedang buat kerja pemindahan PC Unit Lanskap tingkat 5 ke bangunan lama MPS.. En. Lokman call saya yang dia sudah pun sampai dihadapan pintu Bahagian IT. Saya dengan terkejar-kejar pergi pulang ke Unit IT. Dengan segaknya En. Lokman terus saya salam dia... (kira minta restu la... Hehehe) Beliau datang bersama isterinya yang tercinta.

Lalu sesi soal jawab pun bermula... Tanya pasal buku log, keadaan disini macam mana, dan sebagainya. Tapi beliau tidak la bertanya berkenaan laporan lengkap.. Kemudian beliau suruh penyelia masing-masing beri komen dan ape tah dalam borang itu. En. Azree ambil alih saya, boleh pula dia suruh saya tulis komen.. Mana boleh.. Lalu beliau pun tulis komen dalam borang itu. Entah apa la En. Azree tulis. Hehehe.. En. Lokman sering bertanya pasal saya pada En. Azree saya ini ok ke dalam pejabat time practikal, lalu En. Azree menjawab "beliau ok setakat ini. Tiada masalah.. Bagus Firdausi ni.." (bangga la cikit.. Hehehe) Kemudian, En. Lokman cakap pada En. Azree "Firdausi ni ok juga kat poli, dia orang kuat saya." Gelak mereka berdua.. Hehehe..

Then, saya tunjuk la sikit hasil kerja projek LI pada En. Lokman, dia berkata "bagus... Tapi nak ikutkan kamu lebih kepada bidang hardware tapi tidak mengapa... Untuk MPS juga kan.."... Saya pun senyum-senyum malu da... Sebelum beliau beredar, beliau memberikan sedikit cenderahati PSIS kepada penyelia-penyelia.. Terima kasih banyak-banyak En. Lokman kerana sudi hadir observed kami pelajar PSIS yang melakukan praktikal disini.. =)

Kepada rakan-rakan saya yang lain, siapa yang belum diterjah oleh pensyarah kita maka bersiap sedia dari sekarang. Mana yang sudah, perjuangan anda belum tamat lagi... Laporan lengkap kena hantar juga bukan main awal.. Hehehe..
Read more

Siapa Yang Patut Dipersalahkan

Monday, March 16, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca. Untuk topik kali ini baru sahaja berlaku pada diri saya. Saya juga ingin pandangan anda mengenai topik ini. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya kata-kata saya pada kali ini agak memanaskan hati anda.

Seperti biasa la, hari-hari yang dilalui sebagai seorang pelajar praktikal menempuhi pelbagai rintangan, halangan, dan cabaran yang terpaksa dilalui. Akibat dicemburui, dengki, dan sebagainya membuatkan diri saya menjadi mangsa pada orang yang berpangkat tinggi. Nak tahu sebab kenapa berlaku begini?? Adalah disebabkan apabila seseorang pelajar praktikal dibawah penyeliaan 3 orang jejaka hensem (hehehe...) yang kiranya tidak suka akan sikap orang yang berpangkat tinggi, maka anaknya iaitu pelajar praktikal itu sendiri menjadi mangsa point untuk orang tertinggi pangkatnya tersebut. (buat-buat faham la...). Orang ini sebenarnya anti sangat pada 3 orang penyelia ini. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa tetapi mungkin ada sejarahnya.. Orang yang berpangkat tinggi ini memang tidak suka pada 3 orang ini. Jadi, saya la diantara mangsa yang disuspek la. (macam polis da...)



Bermulanya :

Beliau dengki sebab saya ini bukan la pakar IT pun. Saya kan guna OS yang terbaru diperingkat BETA iaitu Windows 7. Orang itu ternampak la saya guna OS tersebut, lalu beliau tanya dari mana kamu dapat Windows 7?? Saya pun jawab la dari Microsoft siap key sekali. Pastu dia cakap dalam 60hari nanti rosak la.. Saya pun pelik kenapa pula sedangkan saya dapat Genuine dari Microsoft. Pastu saya tunjuk la Genuine saya pada beliau, last-last beliau tidak percaya macam mana dapat Genuine.. Hello, saya ni rajin research taw tak dari Microsoft sebab itu saya dapat approval Genuine dari pihak Microsoft. Disebabkan kedengkian beliau, beliau tidak mengalah dengan memberitahu bahawa beliau tidak beri kebenaran staff-staff mahupun saya sendiri guna Windows 7. Suka hati la nak guna ke tidak, this is my notebook not your's.

Bertarikh 16 Mac :

Hari ini berlaku saat-saat menggeramkan hati. Dia sound saya yang saya surf internet yang mengandungi violation sedangkan selama 3bulan saya praktikal, satu web violation pun saya tidak penah surf taw tak. Saya selalu dan rajin surf web Yahoomail, Friendster, Myspace kadang-kadang, blogspot saya dan rakan-rakan. Ada juga download lagu-lagu. Itupun rakan saya yang guna notebook saya untuk download lagu. Pastu download software yang updated la.. Tak kan nak pakai lama punya.. Sudah tentu yang latest update fixed macam-macam. Dia sound saya download tak sampai 1bulan dah mencecah 20GB. Entah kenapa terdetik hatinya nak tracking IP saya. Mungkin saya tidak tahu download itu salah dari segi tempat kerja tetapi beliay itu tidak mention awal-awal semasa kami bermulanya menjalani praktikal disini. So, its not my problem. Kenapa nak sound-sound sedangkan beliau tidak mention awal-awal dan kenapa tak nak sound staff-staff sini yang ada main game, download cite banyak-banyak.. Kenapa?? Mentang-mentang la kami ni praktikal, senang-senang nak sound?? Sedar diri sikit yang kamu tu pun sama juga.

So, pada pandangan anda siapa yang patut dipersalahkan?? Pelajar praktikal atau ketuanya didalam pejabat??
Read more

Pengalaman LI Minggu 9

Saturday, March 14, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca. Disini ingin saya memohon maaf diatas kesulitan tidak dapat kemaskini blog saya kerana sibuk dengan persiapan kehadiran pensyarah dan juga presentation projek.

Lama juga la tidak mengupdate blog ini, tertanya-tanya kemana menghilangnya Fid.. Huhu... Masih ada didalam Malaysia ini, cuma agak sibuk sejak kebelakangan ini. Untuk segmen kali ini, banyak juga la kerja-kerja yang dilakukan semasa Latihan Industri. Kerja diluar ada, kerja didalam pun ada.. Tapi yang bestnya En. Azree belanja makan lagi.. Huhu... Hari itu saya belanja beliau makan tengahhari, kali ini untuk membalas jasa budi kami iaitu saya dengan rakan saya Julia maka beliau belanja la makan. Beliau ini paling best. Kira pegawai yang sporting dan baik sangat. Bak kata orang-orang tua "Jika kita buat baik, maka akan ada orang yang membalas jasa kita dengan baik". Huhu..

Kemudian Ketua Bahagian IT mahu jumpa kami pelajar-pelajar praktikal. Jadi kami pun masuk la.. Ada yang takut-takut dan ada yang buat biasa je.. Saya tergolong dalam orang buat biasa. Hehehehe... Beliau mahukan perjalanan kami didalam melakukan projek LI yang diberi oleh Ketua Bahagian IT. Tetapi keadaan mulai pudar apabila 3orang dari kami terpaksa berpindah ke Unit lain atas urusan menyiapkan projek mereka iaitu "Animation Scoreboard". Jadi, daripada 7orang pelajar praktikal IT iaitu saya, Julia, Syafiqah, Ameera, Atikah Syamim, Hafizah, dan Afiq. Maka tinggallah 4orang pelajar sahaja. 3orang yang ditukarkan ke Unit lain iaitu Syafiqah, Ameera, dan Afiq. Mereka perlu berada di unit baru sehinggalah mereka selesai projek mereka. Maka sunyilah pejabat di Bahagian IT. Tiada ketawa ria, gosip-gosip, bergurau senda, dan lain-lain. Agak terasa kebosanan la mereka tiada. Mereka la yang menceriakan suasana di pejabat ini. Huhu..

Pada hari Jumaat pula, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Ilmu Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Kamal bin Ashaari. Pada hari tersebut, ramai yang hadir. Berpakaian baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan. Saya pakai dah macam nak pergi nikah pun ada, nak kawin pun ada, nak jadi budak kompang pun ada.. Huhu... Apa-apa pun, yang penting best....

Itu sahaja untuk kali ini. Sebarang artikel baru akan saya cuba kemaskini kan.

Wassalam

p/s: Doakan kami untuk berjumpa dengan Ketua Bahagian IT dan Pensyarah PSIS yang akan hadir tertera pada ruangan "Aktiviti Diriku"
Read more

Lirik Minggu Ini




Jinbara featuring Ahli Fiqir - Zakiah


Hooo..
Rindu slama kau duka
Bayang senyum gemersik suara
Ada rindu ada rasa
Ada cinta setiap terjaga

Zakiah.. Zakiah..
Penari gurun pasir ternama
Zakiah.. Zakiah..
Terpesona aku melihatnya
Zakiah.. Zakiah..
Begitulah panggilan namanya
Semua yang melihat takkan dapat melupakan
(Rap)
Hanya engkau bagiku
Diruang di hatimu
hooo..

Oh aku terpesona
lirikan mata goyang pinggul dan senyumanya
Sayang.. hanya sepintas Zakiah lalu menghilang
Kini hanya tinggal kenangan

Zakiah.. Zakiah..
Zakiah.. Zakiah..
Zakiah.. Zakiah..
Zakiah.. Zakiah..

(Rap)
Tarian gurunmu mempersonakan diriku
Alunan gerak gerimu membuat aku terpaku
zakiah tidurku
zakiah bangunku
zakiah.. zakiah
zakiah.. zakiah
zakiah..

wahai sang pencinta
wahai sang pencinta

Zakiah.. Zakiah..
pastikah aku berjumpa lagi
Oh Zakiah..
Tak sabar rasa hatiku menanti

Zakiah.. Zakiah..
Tak seorang pun dapat mengerti
Bila ku katakan
Aku selalu merindukannya
(Rap)

Oh aku terpesona
lirikan mata goyang pinggul dan senyumanya
Sayang.. hanya sepintas Zakiah lalu menghilang
Kini hanya tinggal kenangan
(Rap)

Apakah itu setia
Apakah itu janji
Atau hanya kata-kata terlepas hari ini

Apakah itu setia
Apakah itu janji
Kata-kata tiada erti kau hari


Inginkan lagu ini? Klik disini
Read more

Kasih Sayang Rasulullah

Sunday, March 8, 2009

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."



Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana sayangnya Rasulullah saw kepada kita?
Read more

Hatiku Sebesar Cawan

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.



" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral of the story: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.
Read more

Pengalaman LI Minggu 8

Friday, March 6, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.. Selamat pagi kepada yang membaca diwaktu pagi, selamat tengahhari kepada yang membaca diwaktu tengahhari, selamat petang kepada yang membaca diwaktu petang dan selamat malam kepada semua yang sudah tidur. Huhuhu... Diam tak diam kita dah berada di bulan MAC. Sekejap masa dah berlalu. Seperti biasa akan saya paparkan serba sedikit pengalaman Latihan Industri saya di Majlis Perbandaran Selayang.

Untuk minggu ke-8 ni macam-macam dah berlaku. Antaranya hujan tidak menentu. Kadang-kadang petang, kadang-kadang pagi, kadang-kadang tengahhari.. Alhamdulillah la hujan, dapat juga merasai kesejukan yang sudah lama inginkan. Dapat juga membasahi permukaan tanah yang kering saban minggu lalu. Selama 3 hari bos tidak ada didalam pejabat atas urusan mesyuarat di luar. So, freedom la... Huhuhu... Kerja-kerja pun tidak banyak kali ini, tetapi projek LI saya tidak siap-siap lagi ini.. Dah bulan 3 dah ni, lagi 3bulan lagi nak habis dan time itulah kena present kan pada bos.. Huhuhu... TIDAK....

Lepas itu, saya diberi tugas untuk design baju korporat Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan (nak ikutkan nak view gambar design tetapi ia adalah privasi). Pecah kepala la nak masukkan warna yang terbaik dari yang baik.. Satu hari la siapkan kerja itu, tuan punya kehendak nak siapkan dalam masa satu hari sahaja. Berat dah kepala campur pening-pening nak siapkan satu hari itu.

Kemudian, hari jumaat pula diberi tugas yang paling berisiko buat saya dan rakan sekumpulan saya untuk kerja satu hari diluar. Pergi ke Pusat Siber Rakyat 1 kat Stadium Majlis Perbandaran Selayang.. Kerja-kerjanya adalah menukarkan antivirus. Kat sana guna TreatFire bagi saya tidak cukup kuat melawan virus. Tapi tidak tahu la kalau para pembaca lebih arif tentang TreatFire. Apa lagi, saya ubahlah ke AVIRA yang kini kian laris. Hehehe... Bila dah install, boleh tahan dia detect terus virus network. Trojan dan Worm lak tu. Risikonya adalah boleh sampai ke Bilik Server. Jadi, nak elak dari tercemar pada Bilik Server saya cari jalan menyelesaikan masalah itu. Saya lawan balik virus-virus network ini... Hampir 30minit la cuba lawan, akhirnya berjaya dilupuskan.. Tapi tidak tahu la esok lusa macam mana kan... Takut datang balik virus-virus itu.. Huhu.... Kerja satu hari memang penat, mengadap komputer untuk lawan virus. Tapi apa-apa pun segalanya sudah selesai dan ia menjadikan pengalaman saya paling best sekali.

Itu sahaja untuk kali ini, nanti kalau ada review yang terbaru akan saya masukkan didalam blog saya buat tatapan anda..

Ini adalah gambar terbaru memakai baju batik baru. Huhu.... Dah macam VIP la pula..
Read more

Lirik Minggu Ini


Akhil Hayy - Ikhlas Dariku

Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga

Jika ada benci dihati
oh katakanlah padaku
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur Ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan...mohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik Ilahi


Inginkan lagu ini? Klik disini
Read more

Tukarkan nama Mozilla Firefox kepada nama yang anda suka pada Window Title

Wednesday, March 4, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan pembaca blog setia. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa hebatnya tetapi intipati-intipati yang saya cuba sampaikan boleh mempelajari, merenungi, menilai, memberi pandangan dan lain-lain.

Untuk topik kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 1 tips bagaimana untuk anda menukarkan nama "Mozilla Firefox" kepada nama-nama yang anda ingin paparkan pada Window Title seperti "Hacked by Me", "Produced by Infomation Corporate Services", dan lain-lain.



Ikut arahan-arahan ini :

1. Pastikan Mozilla Firefox anda close kerana berkemungkinan boleh berlaku crash pada browser anda jika anda membuka.

2. Buka My Computer > Local Disk (C:) > Program Files > Mozilla Firefox.

3. Cari chrome dan bukakan file itu. Cari file WinRAR bernama "en-US" kemudian drag file file tersebut ke desktop. Ini kerana untuk menjalankan proses mengedit dengan mudah.

4. Extract file tersebut dan anda akan dapati ada satu file bernama "locale". Pastikan anda pilih "Extract Here".

5. Kemudian buka file yang sudah extract itu iaitu file "locale" kemudian buka "branding".

6. Double click brand.dtd dan setkan file "open with notepad". Anda akan dapati code seperti ini :

!ENTITY brandShortName "Firefox"
!ENTITY brandFullName "Mozilla Firefox"
!ENTITY vendorShortName "Mozilla"

dan tukarkan seperti ini :

!ENTITY brandShortName "Firefox"
!ENTITY brandFullName "Hakcipta oleh Firdausi Jais"
!ENTITY vendorShortName "Mozilla"

7. Save file tersebut. Jangan pilih "save file as".

8. Close notepad, dan folder-folder. Zip kan balik file locale dengan cara drag file tersebut ke file WinRAR bernama "en-US". Ia akan zipkan semula file tersebut.

9. Buka semula file Program Files > Mozilla Firefox > chrome kemudian drag file WinRAR "en-US" berada di desktop masuk semula didalam file "chrome". Siap....

10. Buka browser Mozilla Firefox anda dan lihat di Window Title berubah kepada nama yang telah di edit tadi.


Selamat Mencuba... =)

p/s : Screenshots akan saya paparkan kemudian nanti untuk lebih terperinci.
Read more

Kenapa Perkara Ini Patut Berlaku??

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog saya. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas tidak mengemaskini blog saya kerana sibuk dengan latihan industri saya. Kupasan kali ini inginkan pendapat anda mengenai "Celik IT". Perkara ini sudah lama sebenarnya. Saya juga telah mengunjungi blog rakan saya mengenai perkara yang sama.(KLIK DISINI untuk maklumat lanjut)


Perkara ini berlaku pada diri saya juga. Saya berterus-terang saya meminati bidang IT dari dulu lagi. Kira masa umur 9tahun lagi (kiranya darjah 3 la kat sekolah rendah). Didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan IT seperti belajar menaip dan sebagainya. Dari situlah timbul minat IT. Sehingga la kini saya masih lagi berpegang pada konsep IT walaupun di pengajian tinggi saya pelajar Kejuruteraan Elektronik Komputer tetapi ada la perkara-perkara tentang IT. Persoalannya sekarang, mengapa kita yang celik IT ini seringkali menjadi mangsa?? Pengetahuan saya dalam bidang IT ini bukanlah luas pun. Masih lagi belajar, mengikuti perkembangan IT, dan lain-lain.


Saya sering menjadi mangsa (kiranya macam tempat kaunter pertanyaan). Antara suara-suara yang seringkali kedengaran adalah :

- Kamu bagus la pasal komputer, apa-apa hal saya cari kamu
- Firdausi ini lain dari yang lain, pasal komputer sahaja semua dia tahu
- Terer la Firdausi

dan macam-macam yang saya dengar. Bukannya apa, saya bukanlah sebagus Bill Gates yang mampu mengeluarkan produk Microsoft dan lain-lain, malah saya hanyalah insan biasa yang sedang mentelaah perkara-perkara IT ini. Bukan saya tidak mahu menolong menyelesaikan masalah, saya memang suka membantu tetapi jika kita fikirkan secara logikalnya kita kini berada di zaman moden penuh dengan teknologi canggih seperti WIMAX, WIFI, 3G, dan macam-macam... Apa salahnya kita ambil peluang pelajari perkara-perkara sebegini.

Antaranya :

- kurang kos mengupah apabila berlaku kerosakan PC, Laptop, dan lain-lain
- mudah dan senang
- D.I.Y (Do it by Yourself)

dan lain-lain...


Jadi, tidak salah sekiranya bergantung harap pada orang yang tahu mengenai IT tapi janganlah terlalu mengharap sangat.. Manalah tahu orang itu tiada mood ke, tekanan bekerja ke, letih ke... Oleh itu, belajar sendiri... Bukan memaksa tetapi dengan rela. Pelajari perlahan-lahan, insyaAllah saya pasti anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah IT..

Oleh itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pembaca yang membaca artikel saya ini mengguriskan perasaan. Tiada niat untuk melakukan perkara tersebut, saya cuma ingin berkongsi dengan anda. Apa yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari silap saya sendiri..

Wassalam..

p/s : sebarang komen atau pandangan bolehlah berbuat demikian okey...
Read more

My Ex-School SMKIH.. The Principal

Monday, March 2, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini (2 Mac 2009) saya mendapat berita sedih datang dari adik saya yang bongsu mengatakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights (SMKIH), Puan Wan Saberina binti Wan Musa akan berpindah ke sekolah lain. Sedih bila dapat berita macam ini. Principal paling tegas tetapi mempunyai jiwa kasih sayang kepada pelajar-pelajar yang amat teguh sekali. Beliau ibarat ibu kandung bagi anak-anak yang kini mencecah seramai 1000 orang pelajar dengan macam-macam perangai baik dan buruk. Beliau sanggup lalui rintangan dan dugaan, bertungkus-lumus memajukan sekolah dari fail terburuk dalam sejarah sehingga sifar dalam disiplin walaupun ada segelintir yang enggan mendengar kata.

Rasa nak sahaja pergi berjumpa dengan beliau ucapkan terima kasih atas curahan kasih sayang beliau pada kami pelajar Idelian. We love you Puan Wan Sabrina. Kami akan senantiasa mengenang jasa budi ibu didalam mendidik kami sebagai pelajar sebenar.
Read more