Perkara Ajaib Tersembunyi Didalam Minda

Saturday, February 28, 2009


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda


Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."



2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.


3) Daya magnet dalam fikiran beremosi


Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Read more

Analogi Kunci Kepada Kehidupan


Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan terlepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.



Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama'.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu demi satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? Doa? Tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000).

Maka ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.
Read more

Pengalaman LI Minggu 7

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger.. Minta maaf kerana tidak dapat update blog saya tiap-tiap hari atas sebab sibuk dengan urusan praktikal saya. Apa-apa pun saya ucapkan terlebih dahulu terima kasih banyak-banyak kepada semua yang komen. Komen anda amat saya hargai.

Minggu ini kerja berat sikit. Sebab wat semakan, menyelenggara printer satu bangunan MPS. Alhamdulillah ada juga rakan saya bantu saya. Macam-macam aduan la didengari staff-staff MPS antaranya print lambat la, roller rosak la. Biasa la, printer lama nak buat macam mana. Hehehe... Kemudian dapat lagi keluar dengan En. Azree.. Saya drive.. Pergi buat selenggara kat Pusat Siber Rakyat 2 kat Selayang Baru. Buat kat sana sebab ada kursus OpenOffice so tu yang pergi selenggara jika ada rosak PC ke.. Last-last memang ada yang rosak PC.. Sebabnya OS rosak. Huhu.. Lepas tu, pergi makan bersama. Tapi, saya yang belanja sebab haritu dia belanja makan. Kali ini untuk membalas budi beliau maka saya belanja dia. Lepas itu singgah jap di Pusat Siber Rakyat 1 kat Stadium MPS. Rakan saya ada yang bertugas disana. Kami pun ambik kesempatan dalam kesempitan.. Hehehe.. Gurau je. Lepas tu pula, boleh pula En. Azree tinggalkan saya. Dia boleh balik ke office jalan kaki. Geram pun ada tapi nak buat macam mana.. Bukan nak beritahu saya dia nak balik... Time tengah-tengah panas terik lak tu. Huhu....

Itu sahaja buat masa ini, nanti akan saya update dari masa ke semasa okey..
Read more

Lirik Minggu Ini

Friday, February 27, 2009



The High-Lows - Mune ga Dokidoki


hyakunen buri no seikimatsu nake to iwarete boku wa waratta
hisakata buri no seikimatsu hiroi sekai e tobi dashite yuku

kodomo no koro ni wakari kaketeta koto ga
otona ni natte wakaranai mama

*eraku mo nai shi
rippa demo nai
wakatteru no wa mune no dokidoki
kotae demo nai hontou demo nai
shinjiteru no wa mune no dokidoki
mune no dokidoki dake

kakkoii ka wa wakaranai kedo osae kirenai yume wo mitanda
sakusen tatete jitto matsu yori kodomo no mama de butsukatte yuku

uchuu no hate ni hata wo tateta to shite mo uchuu no nazo wa wakaranai mama

eraku mo nai shi
rippa demo nai
wakatteru no wa mune no dokidoki
kotae demo nai hontou demo nai
shinjiteru no wa mune no dokidoki
mune no dokidoki dake

*repeat


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download
Read more

Dragon Ball Evolution Trailer

Wednesday, February 25, 2009


Akan Datang 8hb April 2009

Read more

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Tuesday, February 24, 2009

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.



4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Read more

Bagaimana Untuk Melajukan Mozilla Firefox Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk segmen "Teknologi" kali ini ingin saya berkongsi ilmu pada anda semua mengenai tips melajukan browser Mozilla Firefox anda berkali ganda lajunya.. Ianya sesuai bagi pengguna yang menggunakan talian broadband dan selaju dengannya. Tetapi tidak sesuai bagi pengguna dial-up. Bukan hendak paksa anda untuk berubah dari dial-up ke streamyx.. Bergantung kepada kemampuan anda samaada hendak menukarkannya ataupun tidak.





Untuk melaksanakan browser anda lebih laju dari biasa, ikuti langkah-langkah berikut :


Langkah 1 :
Buka browser Mozilla Firefox anda.

Langkah 2 :
Taip pada address bar about:config. Anda akan terima mesej peringatan. Klik "I'll be careful, I promise!"

Langkah 3 :
Cari perkara-perkara berikut pada ruangan filter

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests


Langkah 4 :
Untuk network.http.pipelining dengan network.http.proxy.pipelining, double click pada network.http.pipelining dengan network.http.proxy.pipelining. Ia akan disetkan pada value "true".

Langkah 5 :
Untuk network.http.pipelining.maxrequests, double click pada network.http.maxrequests dan tukarkan nilainya pada "100". Ia akan membuatkan browser anda 100x kelajuan load setiap page dalam satu masa.

Langkah 6 :
Right click dan pilih New > Integer. Namakan nglayout.initialpaint.delay dan setkan nilainya pada "0". Nilai tersebut berfungsi untuk menetapkan masa browser anda menunggu maklumat tersebut diterima.

Restart browser anda untuk save setting tersebut kemudian buka semula browser anda. Anda akan rasa lain dari yang lain dan saya pasti anda puashati dengan browser Mozilla Firefox anda. Kini saya sudah mengalaminya dan ternyata ianya laju dari biasa. Cubalah...

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk melajukan browser anda, menggunakan Random Access Memory (RAM) yang sikit, prefetch 2x ganda pada gambar, dan macam-macam lagi.. Yang saya tunjuk ini hanya basic. Tetapi walaupun basic sekali pun, ia tetap mengalami perubahan yang ketara pada browser anda.
Read more

KILASAN DUNIA

Monday, February 23, 2009

Hijau permata pemancar dunia
sering dinyata alam semesta
alunan cemuhan perisik dikota
sipnosis perjalanan terusan generasinya.

Laluan likuan panahan cemara
warisan dunia tiada bandingannya
kerakusan dunia tiada berbeza
punah durjana gunung samudera.

Lambaian dunia tidak dirasa
firasat jiwanya rangkulan didada
tanggungjawab dirinya diatas dunia
peluang tipis tangisan asmara.

Sudut terpencil pilu terasa
hanya jiwanya tahu dirinya
betapa dunia di ancam bahaya
selamatkanlah dunia kita.

Read more

Disokong & Ditentang

Saturday, February 21, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Topik kali ini mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain yang terasa tapi ini sekadar kita mengingatkan kita perkara-perkara yang benar dan tidak benar. Sebelum itu, saya ingin memohon ampun maaf jika topik ini menyinggung perasaan anda yang sedang membacanya.


Baru-baru ini saya ada terima pelbagai mesej dari rakan saya dan juga orang lain di PSIS. Kira student la. Kemudian baru sahaja saya mengunjungi blog rakan seperjuangan saya Saudara Suhaimi. Terdapat isu yang timbul di PSIS sekarang ini. Jadi, isu beliau adalah sama dengan saya cuma berlainan keaadaan sahaja. Untuk maklumat dan jalan cerita tersebut boleh lawat blog rakan saya tu.


"Tahniah atas anda dan rakan-rakan anda dalam pengambilan JPK"
, kata salah seorang dari pelajar PSIS yang dikatakan sokong 100% PI. Saya terima mesej ini dari YM dan terkejut kerana berita tersebar dengan cepat sekali. Saya dah menjangkakan perkara sebar-menyebar ini berkembang dengan pesat. Saya dah tahu perkara ini dari dahulu lagi cuma orang-orang tertentu sahaja yang tahu. Beliau amat akur bahawa amat setuju sekali jika PI mengambil alih JPK. Katanya, "Bagus kamu sudah mempunyai peluang yang besar untuk memperbetulkan keadaan student PSIS yang dahulunya sudut moral dan disiplin agak teruk. Sekali lagi saya ucapkan tahniah pada anda Firdausi".


Sebelum dapat tahu JPK kini PI pegang, saya ada mesej dengan rakan PSIS saya ni. Dok bawa berbincang la pasal perjalanan organisasi la. Bincang sem depan nak bertanding untuk kerusi JPP (jika ada rezeki), kemudian bincang mengenai JPK sem depan. "Rasa-rasa kalau kamu pegang YDP JPK, apa yang kamu lakukan?", ujar diri saya. Beliau menjawab, "Kalau saya pegang, mengamuklah semua laki-laki.." Saya pun hairan kenapa nak mengamuk lak. Lalu saya bertanya, "Kenapa pula lelaki-lelaki akan mengamuk??" Beliau tidak mahu menjawab persoalan tersebut. Mungkin ada perkara yang beliau tidak mahu memberitahu. Kemudian saya bertanya lagi, "Saya harap JPK boleh bergabung dengan organisasi lain. Kami senantiasa menunggu kehadiran pihak JPK seiring dengan kami". Beliau menjawab, "Saya harap macam itu la. Sebenarnya saya bukan tidak suka akan JPK tapi cara mereka itu yang membuatkan saya tidak senang duduk". Begitu rupanya sahabat saya ini.. Kemudian beliau tanya pula pada saya, "Jika ada rezeki kamu pula dicalonkan dalam YDP JPP, apa yang kamu akan lakukan akan datang?". Gelak hati saya mendengarnya. Lalu saya menjawab, "InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik."


Kemudian selang beberapa minggu pula datang satu mesej dari salah seorang dari pelajar PSIS. "Kamu tahu tak abg suhaimi kini pegang YDP JPK??" Saya sudah menjangkakan pasti soalan itu akan berkumandang. Saya jawablah, "Ya, saya sudah lama tahu." Kini saya mendapat khabar berita yang Suhaimi bertungkus-lumus mendapatkan persetujuan dari pihak atasan. Kini beliau menurunkan memo mengenai kawasan gelanggang sukan kamsis yang dikatakan gelap walaupun berdekatan dengan Kafe Asrama. Dahulu la tempat dimana pelajar-pelajar menjadikan tempat percutian atau tempat persinggahan sementara sebelum pulang ke blok asrama masing-masing. Dahulu la ramai sekali dok bertenggek kat situ. Macam-macam ada yang kroni ada, yang couple-couple pun ada. Dahulu bila kami turun padang, orang kat situ mula la nak pandang-pandang semacam. Masa tu belum jam 11malam lagi. Bila jam 11malam, yang mana dorang bangun dan bergerak ke blok masing-masing tu petanda mereka faham la isyarat kami. Ni yang dok tak faham-faham lagi, masih lagi dok berasmara dana. Lalu bila kami panggil warden, baru terkial-kial nak bergerak pulang. Kini, dah takda lagi tempat percutian sejak Suhaimi naikkan memo. Terima kasih banyak-banyak pada senior saya yang banyak membantu.


Kemudian pada hari yang sama saya terima satu lagi mesej yang sama dengan yang atas tetapi beliau pula bertanya pada saya. "Sem depan kamu akan pegang JPK ke??". Saya terus menjawab, "InsyaAllah jika ada rezeki maka ada la saya di sana". Saya bukanlah giler jawatan akan tetapi bergantung pada rezeki saya. Jika rezeki saya ada, maka ada la saya disana. Namun PI tetap saya sokong walaupun saya berkemungkinan rezeki saya pada JPP atau JPK. "Kalau macam tu, habislah kami yang perempuan kena pakai tudung dan jubah labuh" kata salah seorang dari pelajar PSIS. Saya tergelak dan hairan, salahkah pakai pakaian tersebut?? Bagi saya tak salah. Kemudian beliau berkata lagi, "Kamu tahu kan student-student PSIS kebanyakkannya tidak boleh terima jika terlalu islamic". Saya hanya menjawab, "Akan berlaku satu hari nanti. Tunggu dan lihat." Saya pun hairan student-student kat PSIS. Tidak terasa malu ke bila orang luar datang tengok?? Parent orang datang tengok, lagi-lagi PSIS berdekatan dengan 2 buah institusi iaitu ILDAS dengan SBPI. Tak rasa malu ke?? Mereka melihat saya yang saya ini "too islamic". Statement yang datang dari mulut orang. Saya orang biasa dan bukanlah terlalu islamic. Saya pegang pada ajaran agama saya iaitu agama ISLAM. Statement "too islamic" mungkin orang tak senang duduk apabila kami membuat kerja-kerja dakwah. Terpulang pada anda untuk menilai baik buruk saya. Saya menyampaikan ini pada buat diri saya dan juga anda semua. Yang baik kita amalkan, yang buruk kita sempadankan. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari salah silap saya sendiri. Moga-moga PSIS mengalami satu perubahan paradigma yang baik didunia dan diakhirat.

Itu sahaja isu yang ingin saya kongsi bersama yang boleh kita renung-renungkan dan memperbaiki kesilapan kita. Sekali lagi saya memohon maaf jika topik kali ini menyinggung perasaan buat para pembaca blog saya..

Wassalam..
Read more

Pengalaman LI Minggu 6

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada semua para pembaca blog. Maaf sebab lama tak update.. Lagipun dengan theme template yang payah nak dicari akhirnya sesuai gak dengan citarasa saya yang ala-ala Jepun... Memang pun sebab saya minat jepun. Cerita-cerita anime la banyak saya tengok.

Untuk minggu ini tak banyak buat kerja pun. Hanya buat selenggara sahaja, yang lain just dok diam jelah kat office.. Huhu.. Suasana agak relax jap sebab tak banyak kerja pun.. Alhamdulillah boleh la setakat ni... Tapi tengah menunggu pensyarah dari poli yang akan buat observation student-student poli.. Tak sabar nak jumpa.... Minta-minta yang best la... Tak best, buat-buat best.. Heheheh.. Ada rakan saya susah hati bila dengar perkataan "Pensyarah bila nak datang".. Entah tak tahu kenapa tapi dok tak senang.. Hehehe... Lagipun dah nak penghujung bulan Februari dah... Cepat je masa berlalu kan... Lagi 4bulan lagi untuk tamat Latihan Industri tapi projek tak siap-siap lagi ni.. Pening-pening.. Ada satu masa saya chatting dengan rakan rapat saya, Saudara Ahmad Zulhilmi, cerita la projek dia.. Dia lagi susah.. Buat sistem tak silap saya menggunakan VB.NET. Saya dengar pun macam lagi beban kepala saya ni.. Tak mengapalah... Kita sama-sama pening kepala... Hehehe... Apa-apa pun dia dah pakai Windows 7, walaupun Beta sekalipun tapi puas hati memakainya.. Tak lama lagi RC keluar.. So, rajin-rajin check ye..

Itu sahaja setakat ini.. Ada masa saya update tentang praktikal..

p/s : sebarang cadangan atau komen boleh la salurkan ke email saya shinoda89_fid@yahoo.com ataupun tinggalkan mesej anda diruangan komen. Segala feedback anda amat saya hargai.
Read more

Lirik Minggu Ini

Friday, February 20, 2009



Aizat - Lagu Kita


Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download
Read more

Soalan2 cepumas...

Wednesday, February 18, 2009

TANDA-TANDA

i, Tanda2 kamu bad mood??
Senyap.. Xnk sembang dengan sape2.. Huhu..

ii, Tanda2 kamu marah??
Leh ke?? Try tgk...

iii, Tanda2 kamu sinting??
Apo bondo 2?? Xpnh dgr pun..

iv, Tanda2 kamu malu??
Sudah... Ni yg xmau taw ni.. Haha... Paham2 la..

v, Tanda2 kamu sedang cemburu??
-Tgk semcm je la.. Muncung mulut ke ape ke...

vi, Tanda2 kamu sedang sedih??
Airmataku tiba-tiba akan mengalir..

vii, Tanda2 kamu tengah gumbira??

Dapat khabar gembira la..

APA
i, Apa warna baju kamu pakai sekarang ini??

Hijau Batik

ii, Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping??
I don't like shopping... Hanya terdesak sahaja. Hahaha..

iii, Apakah kamu percaya love at first sight??
Of Course percayo!!

iv, Apakah yang ingin kamu lakukan sekarang??
Entah... Ikut masa kot... Xtentu..
v, Apa rasa di hati kamu saat ini??
Tenang..

BILA
i, Bila kali pertama kamu dilahirkan ke dunia??
Dua kali ku tegur, Enam bahasa belum master, 10 sbb tersendiri kenapa wat blog, 19thun 89bulan... Hehe... Ape lg check la..

ii, Bila saat terindah dalam hidup kamu?
Bila seseorang wat gembiro bersama..
iii, Bila kali terakhir di marahi ibu??
Masa kecik2 lagi..
iv, Bila kali terakhir ehem ehem ehem???
Wah... Ini bahaya ni... Relax.. Belum masanye lg.. Hehehe..
v, Bila kamu akan married??
Bila jodoh sudah smpai la...

BAGAIMANA
i, Bagaimana jika ada orang yang buat kamu sakit hati??
Wat xtaw jolah...

ii, Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hensem??
Xkesah...
iii, Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu??
Hanya hatiku yg tahu..
iv, Bagaimana jika ada orang yang tidak suka sama kamu??
xkesah pn...

v, Bagaimana kalau ketika kamu bangun, kamu dikelilingi api??
Baca doa byk2.... Cubaan khidupn tu..

vi, Bagaimana jika kamu keseorangan??
Jgn risau.. =)
Read more

W7 ada "bug"??

Monday, February 16, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. Saya ingin memberitahu kepada anda para pembaca blog khusus kepada pengguna Windows 7 Beta version. Artikel ini dipetik dari Vista.net mengenai "bug" didalam OS ini.

Masalah "bug" disini adalah disebabkan pada hard disk anda. Ia boleh rosak jika tidak mengikut prosedur. Berhati-hati apabila ingin delete mana-mana partition apabila ingin menginstall W7. Maksudnya disini adalah jika anda delete mana-mana partition atau menginstall W7 pada mana-mana partition bernama "Unallocated Space", ia akan menghasilkan hidden unallocated partition sebanyak 200MB.

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya "bug" pada hard disk anda ikuti arahan ini:

* Lakukan clean installation. Maksudnya, format dahulu pada partition.
* Jangan delete mana-mana partition semasa melakukan proses install jika tidak perlu.
Read more

Pengalaman LI Minggu 5

Saturday, February 14, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog saya. Maaf sebab lambat update blog ini atas kesibukkan saya dalam menjalani kehidupan praktikal. Seperti biasa, saya akan memaparkan serba ringkas mengenai pengalaman Latihan Industri untuk minggu ke-5.

Minggu ini kerja berat sikit kerana fokus kini kepada projek yang perlu dilaksanakan dalam masa tempoh saya praktikal. Alhamdulillah serba sedikit sudah membawa kemajuan, tetapi yang sedihnya belum mula lagi untuk membuat database dalam Access. So, pening la juga sebab tak belajar cara menggunakan Access. Kemudian, pergi buat pemeriksaan printer. Satu bangunan la kena check.. Penat jugak tapi dapat settle kan dalam satu dua hari je.. Huhuhu...
Yang best dan bertambah pening adalah apabila penyelia suruh install software ORACLE. Kena la ingat step-step yang paling panjang. Aduh.. Dia cakap "lepas ini korang lak buat. Pelan-pelan buat. Nanti korang akan faham juga. Master la nanti".. Kesemua kali ini berjalan dengan lancar sekali dan kini saya diantara pelajar-pelajar praktikal dah makin mesra dengan staff-staff lain.. =)

Ini dia 3 screenshot yang saya dok kata kan pasal projek. SISTEM RFS (Report For Services).

Read more

Lirik Minggu Ini

Friday, February 13, 2009



Aqua Timez - Sen no Yoru Wo Koete

Aisaretai demo aisou to shinai
Sono kurikaeshi no naka wo samayotte
Boku ga mitsuketa kotae wa hitotsu kowakutatte kizutsuitatte
Suki na hito ni wa suki tte tsutaerunda

Anata ga boku wo aishiteru ka aishitenai ka
Nante koto wa mou docchi demo ii n da
Donna ni negai nozomou ga
Kono sekai ni wa kaerarenu mono ga takusan aru darou
Sou soshite boku ga anata wo aishiteru to iu jijitsu dake wa
Dare ni mo kaerarenu shinjitsu dakara

Sen no yoru wo koete anata ni tsutaetai
Tsutaenakya naranai koto ga aru
Aisaretai demo aisou to shinai
Sono kurikaeshi no naka wo samayotte
Boku ga mitsuketa kotae wa hitotsu kowakutatte kizutsuitatte
Suki na hito ni wa suki tte tsutaeru n da
Kimochi wo kotoba ni suru no wa kowai yo demo
Suki na hito ni wa suki tte tsutaeru n da

Kono hiroi sekai de meguri au yorokobi wo kotoba jya ii arawasenai ne
Dakara bokutachi wa hohoemi
Iro azayaka ni sugiru aki wo doremi de utatte
Fuyu wo se ni haru no komorebi wo machi
Atarashiku umare kawaru dareka wo mamoreru youni to

Kita michi to yukisaki furikaereba itsudemo okubyou na me wo shite ita boku
Mukiaitai demo sunao ni narenai
Massugu ni aite wo aisenai hibi wo
Kurikaeshite wa hitoribocchi wo iyagatte
Ano hi no boku wa mukizu na mama de hito wo aisou to shite ita

Sen no yoru wo koete ima anata ni ai ni yukou
Tsutaenakya naranai koto ga aru
Aisaretai demo aisou to shinai
Sono kurikaeshi no naka wo samayotte
Boku ga mitsuketa kotae wa hitotsu kowakutatte kizutsuitatte
Suki na hito ni wa suki tte tsutaeru n da
Sono omoi ga kanawanakutatte suki na hito ni suki tte tsutaeru
Sore wa kono sekai de ichiban suteki na koto sa


Inginkan lagu ini?Klik disini untuk download
Read more

Pandangan Anda mengenai Hari Kekasih

Saturday, February 7, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Apa khabar anda yang sedang membaca blog ini?? Harap anda dalam keadaan sihat wal-afiat.. Tak sihat makan la ubat.. Tak mau gak, berdoalah pada Allah..

Kali ini saya bukan hendak mengupas topik, akan tetapi kali ini untuk topik baru ini saya ingin mendapatkan maklumbalas anda mengenai topik "Pandangan anda mengenai Hari Kekasih". Sila tinggalkan komen anda pada ruangan posting ini supaya kita boleh lihat pandangan dari anda dan insyaAllah kita boleh renung-renungkan mengenai topik ini.. Segala komen, pandangan, maklumbalas akan saya hargai. Sekian..



Sedikit penjelasan sumber dari Razi Raudhah Cafe posting bertajuk "Jom Boikot Valentine's Day!! Hukum Di Sisi Islam Tentang Valentine's Day"

1. Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasi (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

2. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - Persidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.

Hujjah:
1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang
dilarang oleh Islam;
4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling
berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh
menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan
5. Barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan
orang Islam di Sepanyol.
6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang
bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang
bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala
malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak
dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan
Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan
terjadinya perzinaan.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32" Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA

Sumber :Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.

* untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hari Kekasih, klik disini

Read more

Lirik Minggu Ini



Imran Ajmain -Selamat Ulangtahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Inginkan lagu ini?? Klik disini untuk download
Read more

Perjalanan Pulang ke PSIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blog. Alhamdulillah pada hari ini saya pulang sebentar ke kediaman sementara saya iaitu Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.. Ambil la peluang ini untuk menjenguk rakan-rakan seperjuangan saya disana lagi-lagi organisasi saya..

Bertolak dari rumah tadi pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan pada ketika itu mengalami kesesakan lalulintas di FRIM, Kepong. Mungkin ramai rakyat Malaysia ingin pulang ke kampung halaman termasuk saya. Saya pergi poli bukan berseorangan akan tetapi ditemani oleh teman yang paling rapat sekali.. Huhuh... Biar la rahsia..

Sampai sana pukul 12.30 tengah hari sebab sarapan dahulu di Kuala Selangor makan roti canai... Lama tak makan.. Huhu... Nak ikutkan 2jam je tapi disebabkan perut kami dah bergendang terpaksa la berhenti sarapan.. Kebetulan mereka ada program buat kertas kerja hari ni.. Sampai sahaja, mereka terus salam saya sambil berpelukkan.. Rasanya mereka betul-betul rindukan saya.. Heheheh... Yang teman saya ni malu ada segan pun ada... Disuruh dan dipelawa ikut saya masuk bilik seminar bersama mereka dia tak nak.. Tidak mengapa la... Dia segan... Tak nak paksa-paksa, nanti tak elok... Hehehe..

Sekejap je kat sana... Lepas Zohor bertolak la pulang.. Makan tengahhari pun orang bagi... Terima kasih Abg Mail... Hehehe.. Pastu singgah jap ke Pantai Bagan Nakhoda Omar teman saya nak lihat Selat Melaka la katakan.... So, bawalah beliau ke sana... Melihat pemandangan ciptaan Tuhan.. Huhu.. Dah puas, baru la bertolak pulang ke Selayang... Hantar dulu teman saya di Rawang.. Pastu pulang la ke Selayang... Huhuh.. Balik hari je... Tak tido sana... Sebab saya bawa orang luar.. So, dia tak biasa la...

Penat-penat pun saya terus post blog ini buat para pembaca blog ini... Itu sahaja dari saya buat anda...

p/s: InsyaAllah MKPI sesi Jan 2009 saya datang sana kembali.. Nantikan kehadiran saya..
Read more

Pengalaman LI Minggu 4

Friday, February 6, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca setia blog saya.. Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah minggu ke-4 saya menjalani latihan industri.. Seperti biasa la, mesti hendak tahu perjalanan saya ketika menjalani praktikal ni.. Huhuhu..

Apa yang saya dapat simpulkan untuk minggu ke-4 ni, ternyata semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Baru-baru ni saya ditugaskan menjaga Pusat Siber Rakyat 1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Bermula jam 12 tengahhari sehingga jam 5.30 petang. Yang tidak boleh lupa, semasa saya ditugaskan disana staff yang bertugas sama dengan saya cakap "Bos suruh awak jaga sampai jam 10 malam. Boleh??" Saya tergamam jap. Pastu dengan nada perlahan saya menjawab "Boleh je.." Dengan muka yang begitu mengerunkan nak tak nak kena ikut. Last-last staff bagitahu, "Jom balik.." Saya bertambah hairan. Nape lak nak balik?? Bukan ke kena jaga sampai jam 10 malam?? Dia beritahu, "Bos cakap nak balik balik la.. Saje je" Aduh.... Wa kena beb....

Dalam minggu ke-4 ni juga ada budak praktikal baru masuk.. Beliau dari Yayasan Johor. Entah tak tahu umurnya kerana bukan main loya buruk dibuatnya. Lelaki lak tu. Dengan saya pun nak loya buruk... Geram dibuatnya.... Bertambah blurr dibuatnya... Bila penyelia cakap pasang ni pasang tu, dia blurr..... Aduh... Kalah dari kawan-kawan perempuan saya ni... Blurr2 pun dorg tetap boleh masuk... Ni budak praktikal baru ni lagi bertambah blurr... Kena la ajar satu2... Terima dengan redha je la...

Tapi minggu ni memang makin best.. Huhuhu... Harap pada kawan-kawan saya yang menjalani praktikal harap bersabar eh... Mana yang tak best, tahan.... Bukan lama pun.... 6bulan praktikal... Bukan 1tahun praktikal.. Huhuhu.. Itu sahaja posting mengenai latihan industri minggu ke-4 ini... Nanti ada perkembangan baru akan saya updated selaju yang boleh..


p/s : kepada rmartz, tun abuya, missdorayakies, atox, dan semua para pembaca setia blog akan saya buat sesuatu yang luar dari biasa... Nantikan... Jangan jeles.... Huhu...
Read more

Windows 7

Wednesday, February 4, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Minta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog saya setiap hari atas kesibukan yang dialami oleh saya semasa praktikal. Apa-apa pun akan saya cuba secepat yang mungkin mengupdate blog khas untuk paparan para pembaca.




Pada post yang dahulu mengenai "Laptop Aspire 4310 guna Windows 7 Beta kini", kini saya akan memaparkan kepada para pembaca mengenai latar belakang Windows 7. Windows 7 (asalnya dikenali sebagai nama-nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) adalah versi seterusnya Microsoft Windows dan pengganti kepada Windows Vista. Microsoft telah menyatakan bahawa ia "menjangkakan pengembangan Windows 7 kepada tempoh tiga tahun", dan bahawa "tarikh keluaran spesifik akan ditentukan akhirnya dengan menemui bar mutu."

Windows 7 akan keluar dalam kedua-dua versi klien dan server dengan versi klien didapati di kedua-dua versi edisi 32-bit dan 64-bit. Versi Windows 7 server, Windows Server 2008 R2, adalah 64-bit sahaja.

Walaupun selama tempoh panjang Microsoft mengekalkan polisi kesenyapan sebelum PDC, atau Professional Developer's Conference, teknologi, ciri-ciri dan projek Windows 7, yang dirahsiakan dengan perlahan. Penunjukan awam dari eksekutif syarikat menyebarkan maklumat tentang sesuatu ciri-ciri dan maklumat yang terbocor dari orang dengan pembinaan Milestone (M1, M2 dan M3) Windows 7 yang diberikan juga memberikan wawasan kepada set ciri-ciri.

Sejarah

Pada tahun 2000, Microsoft telah memulakan rancangan untuk menggantikan Windows XP dan versi server Windows Server 2003 (kedua-dua bernama kod Whistler) dengan keluaran Windows major yang dinama kod Blackcomb (kedua-dua nama-nama kod merujukkan kepada tempat peranginan Whistler-Blackcomb) dan dijangkakan untuk keluaran 2005.

Ciri-ciri major yang dicadangkan untuk Blackcomb, termasuklah penekanan di atas gelintaran dan pertanyaan data dan sistem storan bernama WinFS untuk membolehkan sesuatu senario-senario. Di dalam konteks, ciri itu disebut oleh Bill Gates ialah "barisan bertaip pervasif yang akan mengenal ayat yang pengguna itu sedang menaipkan dalam"

Kemudian Blackcomb yang ditangguhkan dan keluaran minor interim, dinama kod "Longhorn", yang diumumkan untuk keluaran 2003. Pada pertengahan tahun 2003, walaupun Longhorn telah mengambil sesuatu ciri-ciri yang asalnya dicadangkan untuk Blackcomb, termasuklah WinFS, Desktop Window Manager, dan versi-versi baru komponen sistem dibina di atas Framework.NET. Selepas Musim Panas, di mana tiga virus major − Blaster, Sobig, dan Welchia − mengeksploitasikan kelemahan-kelemahan di sistem pengendalian Windows dalam tempoh singkat, Microsoft mengubahkan keutamaan perkembangan, menghentikan sesuatu daripada kerja perkembangan Longhorn major apabila bekas servis untuk Windows XP dan Windows Server 2003 yang mempunyai ciri-ciri keselamatan baru. Perkembangan Longhorn yang juga "membetulkan semula" pada September 2004 sebagai akibatnya daripada bimbangan tentang kod mutu yang diperkenalkan ke dalam sistem pengendalian. Akibatnya ialah WinFS, Tapak Pengkomputeran Terjamin Generasi Berikut, dan ciri-ciri lain dari pembinaan-pembinaan Longhorn yang dipadamkan, dan tidak didapati dalam Windows Vista atau Windows Server 2008.

Sebagai kerja ciri major di atas Windows Vista dikurangkan pada awal 2006, Blackcomb yang dinamakan semula Vienna. Walaupun, selepas keluaran Windows Vista, ia yang disahkan oleh Microsoft pada 20 Julai 2007 bahawa "nama dalaman untuk versi berikut sistem pengendalian Windows Client" ialah Windows 7, nama itu yang dilaporkan oleh sumber-sumber sebelumnya "On October 13th, 2008, it was announced that Windows 7 will also be the official name of the operating system". Ia merupakan kali pertama sejak keluaran 1996 Windows NT 4.0 bahawa nombor versi juga digunakan sebagai nama pengeluaran. Orang Microsoft menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan versi Windows baru setiap tahun, menggunakan tarikh tidak benar. Datang dengan nama baru tidak membuat hakim kepada mereka cuba membuat kejayaan, yang adalah mengekalkan pusat dalam aspirasi untuk Windows Vista, semasa berevolusi dalam teknologi lantaran di Windows Vista dalam generasi baru Windows.
Read more

Monday, February 2, 2009

Read more

Laptop Aspire 4310 guna Windows 7 Beta kini

Sunday, February 1, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini izinkan saya mengupas sedikit berita yang ingin dikongsi bersama. Kini laptop saya sedang menggunakan Operating System (OS) yang baru iaitu Windows 7. Kini berada ditahap "Beta" dimana pihak dari Microsoft Corporation kini ingin mengumpul segala feedback pengguna yang menggunakan produk mereka. Ia amat berbeza berbanding Windows Vista. Ia mempercepatkan boot time, menggunakan sedikit proses tetapi amat laju, dan sebagainya tapi saya yakin Windows 7 yang terbaik. Kepada sesiapa ingin menggunakan Windows 7 ini, anda hendaklah mengetahui spesifikasi-spesifikasi yang disyorkan bagi pengguna Windows 7 :

- Kelajuan Pemproses : 1 GHZ (samaada 32-bit atau 64-bit)
- RAM : 1 GB
- Kad grafik : Serasi dengan DirectX 9.0
- Ingatan grafik : 128 MB
- Cakera Keras : 16 GB
- Pemacu lain : DVD-ROM
- Audio : Keluaran audio


Kemudian pada laptop saya, spesifikasi yang saya kini sedang gunakan :

Acer Aspire 4310
- Intel Celeron M processor 520 (1.6 GHz, 533 MHz FSB, 1 MB L2 cache)
- Mobile Intel Graphics Media Accelerator 950
- RAM : 2 GB DDR2
- Ingatan Grafik : 256 MB
- Cakera Keras : 120 GB

Ia terbukti bahawa Windows 7 lebih pantas penggunaan proses berbanding Windows Vista. Disini saya sediakan klip video Windows 7 pada laptop saya..




Untuk keterangan lanjut lawati www.microsoft.com/windows/windows-7/default.aspx. Selamat mencuba... Dan ingat.... Beli la yang ORIGINAL...
Read more