Tak Lama Lagi...

Friday, January 9, 2009

Nampaknya 12hb Januari 2009 akan menjelma tidak lama lagi kerana insyaAllah saya akan menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Minta-minta tidak apa-apa halangan yang menimpa keatas diri saya lagi-lagi dengan keputusan saya baru-baru ini sungguh mendukacitakan. Saya harap mereka tidak menolak diri saya untuk menjalani latihan industri ditempat mereka. Saya mungkin akan update blog saya pada hujung minggu sahaja. Ini kerana dengan urusan latihan industri saya dengan membuat laporan harian dan laporan lengkap serta kerja-kerja yang diberi oleh pihak mereka kepada saya. Jadi, sebarang kemaskini akan dibuat pada hujung minggu.


Doakan saya agar perjalanan latihan industri berjalan dengan lancar dan teratur.
Amin...

0 comments: