Hantar adik balik asrama

Sunday, January 4, 2009

4 JAN - Tarikh ini dimana saya menghantar adik saya yang no-2 balik ke asramanya di Sekolah Menengah Sains Raja Tuanku Azlan Shah (SERATAS), Taiping, Perak Darul Ridzuan. Kami bertolak pada jam 5.30 pagi waktu Malaysia. Satu family pergi. Saya, adik-adik saya, dan mak saya. Bergerak awal-awal pagi nak elak dari kesesakan lalu lintas. Sampai di Perhentian Behrang kami berhenti seketika untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian bersambung la perjalanan yang jauh ini.


Perjalanan memakan masa selama 4 jam. Banyak rintangan semasa pergi ke sana. Antaranya apabila tiba di Tol Ipoh Selatan, lepas tu ada cabang. Highway tengah dalam kerja pelebaran jalan. So tidak tahu nak kemana. Signboard tulis satu ke arah Ipoh dan satu lagi ke arah Jelapang dan Alor Setar. Keliru ini nak kemana. Termasuk la ke arah Ipoh. Rasa sesat ini. Ye la, pertama kali hantar. Sebelum ini paksu saya yang tolong hantar. Bila dapat tahu sesat telefon paksu tanya ke arah mana nak ambik. Rupa-rupanya ke arah Jelapang. Apa lagi. Patah balik la.


Kemudian satu lagi masalah apabila sampai di Tol Jelapang. Sekali lagi signboard keliru. Masuk la Jelapang. Last-last sesat lagi. Aduh... Kali kedua dah sesat ini. Rupanya kena ikut Kuala Kangsar. Kemudian perjalanan lancar.


Bila nak sampai, masuk la ke susur masuk Changkat Jering. Setiba sana dah tahu la jalan sebab adik saya tahu jalan sana. Betul-betul sampai asrama dia jam 9.00 pagi waktu Malaysia. Tiba-tiba satu kereta dalam sekolah dia tidak ada. Pelik gak betul ke masuk hari ini?? Adik saya cakap betul la. Last-last ada cikgu sekolah itu beritahu bahawa kemasukan pada jam 2 petang nanti. Aduh... Kalau tahu jam 2 petang dah lama gerak dari rumah jam 9 pagi. Nasib baik ada rumah mak sedara kat "Simpang". Singgah la kat sana untuk rehat sebentar sementara menunggu jam 2 petang.


Jam 1.30 petang bergerak dari rumah mak sedara terus ke sekolah adik saya. Punya la ramai orang kat sana. Yang datang dari Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, dan macam-macam destinasi la mereka ini. Kena pula dengar taklimat pengetua sekolah. Apa yang dibebel tak tahu la.. Pening dengar. Huhuhu.. Jam 3.15 petang sesi pendaftaran asrama. Bawa la barang-barang adik saya ke asrama tapi parent tidak dibenarkan masuk. Jadi, sorang-sorang dia kena angkut barang-barang dia.


Jam 4.30 petang kami bertolak balik. Dengan ketiadaan seorang rasa sunyi saja. Dalam perjalanan balik, hujan pula menimpa dengan selebat-lebatnya. Sepanjang jalan la katakan sehingga di Sungkai baru hujan mulai reda. Sampai ke Selayang pada jam 8.45 malam. Kesunyian terasa bagi kami apabila adik saya kembali ke asramanya. Hendak buat macam mana kan... Terpaksa la setahun lagi disana. Tapi cuti Tahun Baru Cina dia balik la. Itu la pengalaman saya yang paling jauh setakat ini saya memandu ke Taiping. Penat la juga. Ini posting blog ini baru saja balik dari Taiping. Lepas mandi post la blog ini.


Ok la. Sehingga ini sahaja post saya. Untuk berkongsi pengalaman saya dengan para pembaca. Ada apa-apa perkembangan akan saya kemaskini blog ini ok.

Sekian

0 comments: