Kembali ke Sekolah

Friday, January 2, 2009


Alam persekolahan dah nak dekat. Agak-agaknya bagaimanalah dengan adik-adik kita yang akan menempuhi alam persekolahan. Lagi-lagi yang baru menjejakkan kaki. Kira 'first time' la masuk. Macam-macam karenah dapat dilihat nanti pada hari pertama persekolahan.

Teringat lagi pada saya semasa pertama kali saya bersekolah. Dugaan la katakan. Asyik-asyik
nak balik saja. Ye la... Masa tu mana ada kawan lagi. Kemudian dah lama-lama kenal la kawan-kawan satu persatu. Rasa nak putar masa kembali ke zaman kanak-kanak dahulu kala betapa seronoknya kita. Tapi nak buat macam mana umur pun makin meningkat. Pemikiran pun dah matang. Kena la fikir orang-orang dewasa. Apa-apa pun selamat menempuhi alam persekolahan buat adik-adik kita.

Yang tahun ini UPSR, PMR, SPM, dan STPM... Buat yang terbaik. Dapatkan skor yang terbaik buat diri dan keluarga anda. Study smart not study hard. Kadang-kadang bila study hard mudah kita berasa tension. Jadi, study smart. Uruskan masa yang sesuai. Kalau perlu hendak pergi ke tuisyen, teruskan untuk menambahkan ilmu lagi.


HAVE A NICE SCHOOLS DAY
Usaha Tangga Kejayaan

0 comments: