Pengalaman LI Minggu 1

Friday, January 16, 2009

Seminggu sudah berlalu.. Namun apa yang saya harapkan adalah mendapat pengetahuan luas semasa saya menjalani latihan industri. Akan tetapi didalam penceritaan selama seminggu, terdapat banyak rintangan, halangan, suka, duka, geram, tension, semua ada.


HARI 1 (12 JAN)

Pagi-pagi rasa malas nak pergi latihan industri tapi apa kan daya, pergi jelah.. Bertolak dari rumah pukul 7.30pagi.. Awal-awal bertolak sebab senang nak dapat parking kat tempat LI. Waktu melapor diri jam 8pagi. Tiba sana jam 7.40pagi. 10minit perjalanan dari rumah ke tempat LI. Apabila keluar dari kereta, nampak ada seorang tu macam familiar dan macam kenal. Rupa-rupanya Humaidi a.k.a Adi ahli PRS PSIS. Tak sangka satu tempat LI. Kami pun sembang-sembang sambil menuju ke Tingkat 7 untuk melaporkan diri. Keluar dari lif tengok-tengok ada dua orang pelajar PSIS gak perempuan. Pelajar JP. Tak pernah nampak tapi saya dan Adi dapat tahu sebab nampak kad matrik PSIS. Lepas tu, tunggu lagi pelajar-pelajar lain lapor diri. Terkejut gak sebab pelajar PSIS ramai kat sini. Yang pernah kenal dulu satu sekolah lama pun tak tahu satu poli dengan saya. Jam 9pagi kami semua dibawa ke Dewan Anggerik untuk sesi taklimat ringkas. Seramai 23 orang pelajar yang melapor diri untuk menjalani praktikal. Pelajar PSIS seramai hampir 15 orang. Semasa sesi taklimat, banyak la ditekankan mengenai peraturan. Kemudian dibawa ke bahagian Teknologi Maklumat tempat di mana saya dan rakan-rakan saya menjalani latihan. Dalam bahagian IT seramai 6 orang pelajar. 5 orang dari PSIS dan seorang dari Kolej Komuniti Hulu Selangor. Saya seorang pelajar Diploma yang lain Sijil. Kenal la pegawai kat bahagian ni, penyelia-penyelia, kerani.. Bos masa tu sedang bercuti. Kerja first day tak ada lagi. Hanya duk kat bilik mesyuarat je. Hehehe... Tamat kerja jam 5 petang.


HARI 2 (13 JAN)

Kerja-kerja sudah pun bermula. Penyelia suruh check masalah monitor orang, ambik, hantar, pasang, minta tandatangan orang. Tak banyak kerja nak dibuat.


HARI 3 (14 JAN)

Macam biasalah kerja dibuatnya. Tiba-tiba bos datang. Dia nak berjumpa dengan semua pelajar praktikal jam 3 petang. Berdebar-debar jantung dibuatnya. Lagi-lagi nak susun ayat lagi. Bila jam 3 petang, masuk bilik bos. Semacam je. Dia beritahu terus terang tentang dirinya yang bagaiman orangnya. Pastu dia bagi tugas suruh cari dan fikirkan satu tajuk projek untuk dilaksanakan selama 6 bulan. Perghh... Dia bagi masa 2 hari je. Nak kata kejam tak la sangat, tapi biasalah dia bertindak cara professional. Balik tu fikir dalam-dalam sampai tak tahu nak buat apa.


HARI 4 (15 JAN)

Pagi-pagi masuk kerja bos tiba-tiba tanya tajuk apa dah difikirkan. Saya dan rakan saya Julia nak design kalendar 2010. Last-last bos reject. Tak ada kena mengena dengan hardware. So, fikirlah lagi. Bak kata nabil "Lu pikir la sendiri".


HARI 5 (16 JAN)

Dah tahu tajuk apa nak buat. Tajuk pasal networking. Last-last reject gak.. Aduh, kepala tension. Dia bagi masa sampai petang kalau tak dia yang bagi tajuk. Fikir lagi... Aduh.... Mengeluh saya dengan rakan saya. Fikir punya fikir dapat 2 idea. Satu nak buat Sistem RFS (seperti sistem aduan la) dan satu lagi database tentang aduan kerosakan. Bila bos tengok dia suruh gabung. Tapi yang peliknya dia kata tak nak guna VB tak nak guna Access. Habis tu, nak kami wat kertas ke?? Hahaha.. Peduli je cakap bos, yang penting kita laksanakan..


Itulah pahit getir saya menjalani Latihan Industri Minggu 1. Baru minggu 1, lagi 21 minggu lagi. Aduh... Tahan la angin si bos tu. Hehehe.. Apa-apa pun akan bersambung kisah perjalanan LI pada minggu depan. Sayonara....

0 comments: