Result?? Tidak!!

Monday, January 5, 2009



Gementarnya rasa untuk lihat keputusan exam. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak ada selera. Macam-macam la. Hati berubah-ubah tidak menentu. Fikiran saya makin bercelaru. Tidak tahu apa nak buat sekarang ini. Keputusan akan keluar 7hb Januari 2009. Kadang-kadang keluar awal. Lagi bertambah nervous ini. Mahu la malam ini atau malam esok susah nak tidur.


Lagipun, saya sudah buat yang terbaik buat diri saya. Hanya kita bertawakal pada Yang Maha Esa. Itu yang termampu buat diri saya.




Kepada pelajar PSIS jangan lupa untuk melihat semakan keputusan peperiksaan sesi Julai 2008 pada 7hb Januari ini. Tak pun 6hb Januari. Jadi sama-sama la kita memohon doa agar keputusan itu yang terbaik buat kita. Yang cemerlang alhamdulillah kekalkan prestasi manakala yang kurang cemerlang teruskan usaha. Saya beritahu ini untuk diri saya dan juga para pembaca.

0 comments: