Pengalaman LI Minggu 3

Saturday, January 31, 2009

Seperti biasalah hari-hari yang dilalui oleh saya tidak lain dan tidak bukan latihan industri. Mungkin sesetengah pembaca sudah muak dengan artikel mengenai latihan industri, terpulang kepada para pembaca untuk menilainya. Apa-apa pun sahabat saya yang lain sokong saya untuk meneruskan rutin harian saya menulis blog.

Ringkasnya untuk minggu ke-3, ada sedikit sebanyak mendapat pengalaman. Antaranya diajar untuk memformat PC tidak kira desktop mahupun laptop. Walaupun saya sudah arif tentang format PC namun untuk menambahkan daya ilmu ingatan disamping mengajar rakan-rakan sejawat saya yang masih tidak faham-faham lagi berkenaan cara-cara memformat PC. At least saya mengajar rakan-rakan saya sambil belajar diri saya sendiri. Kemudian dibawa ke dua tempat baru-baru ini. Satu di Dewan Seri Siantan dekat Selayang Baru satu lagi kat Stadium MPS. Saya ditugaskan untuk menyelenggara komputer-komputer di situ. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada masa itu keadaan cuaca yang tidak menentu.

Untuk minggu hadapan saya ditugaskan untuk menjaga Pusat Siber Rakyat di Stadium MPS. Tarikhnya tertera pada ruangan "latest updates". Itu sahaja untuk minggu ke-3 ini. Minggu depan saya akan paparkan yang lebih menarik. Ini pun sudah memadai buat saya mengubah theme template yang baru.. Nafas baru untuk bulan Februari.

p/s : En. Azree, bawa kami lagi bila time menyelenggara... =)

0 comments: