Mencari Teman Ke Syurga

Saturday, January 31, 2009

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".



Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi). Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

Ayuh, perbaiki diri !

*Artikel dipetik dari http://wardatul-izzah.blogspot.com/2008/11/mencari-teman-ke-syurga.html
Read more

Pengalaman LI Minggu 3

Seperti biasalah hari-hari yang dilalui oleh saya tidak lain dan tidak bukan latihan industri. Mungkin sesetengah pembaca sudah muak dengan artikel mengenai latihan industri, terpulang kepada para pembaca untuk menilainya. Apa-apa pun sahabat saya yang lain sokong saya untuk meneruskan rutin harian saya menulis blog.

Ringkasnya untuk minggu ke-3, ada sedikit sebanyak mendapat pengalaman. Antaranya diajar untuk memformat PC tidak kira desktop mahupun laptop. Walaupun saya sudah arif tentang format PC namun untuk menambahkan daya ilmu ingatan disamping mengajar rakan-rakan sejawat saya yang masih tidak faham-faham lagi berkenaan cara-cara memformat PC. At least saya mengajar rakan-rakan saya sambil belajar diri saya sendiri. Kemudian dibawa ke dua tempat baru-baru ini. Satu di Dewan Seri Siantan dekat Selayang Baru satu lagi kat Stadium MPS. Saya ditugaskan untuk menyelenggara komputer-komputer di situ. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada masa itu keadaan cuaca yang tidak menentu.

Untuk minggu hadapan saya ditugaskan untuk menjaga Pusat Siber Rakyat di Stadium MPS. Tarikhnya tertera pada ruangan "latest updates". Itu sahaja untuk minggu ke-3 ini. Minggu depan saya akan paparkan yang lebih menarik. Ini pun sudah memadai buat saya mengubah theme template yang baru.. Nafas baru untuk bulan Februari.

p/s : En. Azree, bawa kami lagi bila time menyelenggara... =)
Read more

Lirik Minggu Ini

Friday, January 30, 2009


UNIC - Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download
Read more

Lirik Minggu Ini

Friday, January 23, 2009


Bunkface - Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi… =)


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download
Read more

Pengalaman LI Minggu 2

Seperti biasalah hari-hari yang dilalui oleh penulis blog ini menjalani Latihan Industri. Tapi kali ini nak cerita serba ringkas la... Bukan malas nak wat spesifik tarikh tapi lagi mudah dibaca kita ringkaskan dari yang cerita panjang ke pendek cerita.

Sepanjang minggu kedua ini tak la banyak sangat kerja tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya diajar bagaimana untuk membuat printer sharing menggunakan teknik terpantas. Mudah difahami tapi lupa lak command dia. Haha...

Pasal projek 6bulan dah settle bahagian VB untuk interface. Everything ok.

cuma coding untuk masuk ke access tak tahu lagi coz saya tak tahu dan tak belajar lagi cara hendak menggunakan access.. Huhu.. Tapi pelan-pelan buat... Lama-lama tahu la.. Huhuhu... Kemudian saya buat setting ip MPS untuk kami pelajar praktikal. Try hack tak lepas coz dia lagi canggih peralatannya dari saya. Huhu..

Minggu ni tak banyak la kerja dibuat tapi insyaAllah minggu depan lepas cuti Tahun Baru Cina banyak la kerjanya. Apa-apa perkembangan nanti saya postkan lagi.
Read more

Lirik Minggu Ini

Saturday, January 17, 2009


Damasutra - Sufi


Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download
Read more

Pengalaman LI Minggu 1

Friday, January 16, 2009

Seminggu sudah berlalu.. Namun apa yang saya harapkan adalah mendapat pengetahuan luas semasa saya menjalani latihan industri. Akan tetapi didalam penceritaan selama seminggu, terdapat banyak rintangan, halangan, suka, duka, geram, tension, semua ada.


HARI 1 (12 JAN)

Pagi-pagi rasa malas nak pergi latihan industri tapi apa kan daya, pergi jelah.. Bertolak dari rumah pukul 7.30pagi.. Awal-awal bertolak sebab senang nak dapat parking kat tempat LI. Waktu melapor diri jam 8pagi. Tiba sana jam 7.40pagi. 10minit perjalanan dari rumah ke tempat LI. Apabila keluar dari kereta, nampak ada seorang tu macam familiar dan macam kenal. Rupa-rupanya Humaidi a.k.a Adi ahli PRS PSIS. Tak sangka satu tempat LI. Kami pun sembang-sembang sambil menuju ke Tingkat 7 untuk melaporkan diri. Keluar dari lif tengok-tengok ada dua orang pelajar PSIS gak perempuan. Pelajar JP. Tak pernah nampak tapi saya dan Adi dapat tahu sebab nampak kad matrik PSIS. Lepas tu, tunggu lagi pelajar-pelajar lain lapor diri. Terkejut gak sebab pelajar PSIS ramai kat sini. Yang pernah kenal dulu satu sekolah lama pun tak tahu satu poli dengan saya. Jam 9pagi kami semua dibawa ke Dewan Anggerik untuk sesi taklimat ringkas. Seramai 23 orang pelajar yang melapor diri untuk menjalani praktikal. Pelajar PSIS seramai hampir 15 orang. Semasa sesi taklimat, banyak la ditekankan mengenai peraturan. Kemudian dibawa ke bahagian Teknologi Maklumat tempat di mana saya dan rakan-rakan saya menjalani latihan. Dalam bahagian IT seramai 6 orang pelajar. 5 orang dari PSIS dan seorang dari Kolej Komuniti Hulu Selangor. Saya seorang pelajar Diploma yang lain Sijil. Kenal la pegawai kat bahagian ni, penyelia-penyelia, kerani.. Bos masa tu sedang bercuti. Kerja first day tak ada lagi. Hanya duk kat bilik mesyuarat je. Hehehe... Tamat kerja jam 5 petang.


HARI 2 (13 JAN)

Kerja-kerja sudah pun bermula. Penyelia suruh check masalah monitor orang, ambik, hantar, pasang, minta tandatangan orang. Tak banyak kerja nak dibuat.


HARI 3 (14 JAN)

Macam biasalah kerja dibuatnya. Tiba-tiba bos datang. Dia nak berjumpa dengan semua pelajar praktikal jam 3 petang. Berdebar-debar jantung dibuatnya. Lagi-lagi nak susun ayat lagi. Bila jam 3 petang, masuk bilik bos. Semacam je. Dia beritahu terus terang tentang dirinya yang bagaiman orangnya. Pastu dia bagi tugas suruh cari dan fikirkan satu tajuk projek untuk dilaksanakan selama 6 bulan. Perghh... Dia bagi masa 2 hari je. Nak kata kejam tak la sangat, tapi biasalah dia bertindak cara professional. Balik tu fikir dalam-dalam sampai tak tahu nak buat apa.


HARI 4 (15 JAN)

Pagi-pagi masuk kerja bos tiba-tiba tanya tajuk apa dah difikirkan. Saya dan rakan saya Julia nak design kalendar 2010. Last-last bos reject. Tak ada kena mengena dengan hardware. So, fikirlah lagi. Bak kata nabil "Lu pikir la sendiri".


HARI 5 (16 JAN)

Dah tahu tajuk apa nak buat. Tajuk pasal networking. Last-last reject gak.. Aduh, kepala tension. Dia bagi masa sampai petang kalau tak dia yang bagi tajuk. Fikir lagi... Aduh.... Mengeluh saya dengan rakan saya. Fikir punya fikir dapat 2 idea. Satu nak buat Sistem RFS (seperti sistem aduan la) dan satu lagi database tentang aduan kerosakan. Bila bos tengok dia suruh gabung. Tapi yang peliknya dia kata tak nak guna VB tak nak guna Access. Habis tu, nak kami wat kertas ke?? Hahaha.. Peduli je cakap bos, yang penting kita laksanakan..


Itulah pahit getir saya menjalani Latihan Industri Minggu 1. Baru minggu 1, lagi 21 minggu lagi. Aduh... Tahan la angin si bos tu. Hehehe.. Apa-apa pun akan bersambung kisah perjalanan LI pada minggu depan. Sayonara....
Read more

Teruknye..

Wednesday, January 14, 2009

Hari ni hari ketiga praktikal.. Bos baru balik dari bercuti dan mahu berjumpa dengan pelajar-pelajar praktikal. Bila masuk biliknya, jantung degup laju. Sesi berkenalan pastu sesi berdialog. Kemudian beliau diberi tugasan fikirkan satu tajuk projek untuk 6bulan praktikal. Beliau nak jumaat ni.. Pergh... Macam mana nak fikir dalam masa yang suntuk siap kena wat proposal. Kalau beliau tidak berkenan, beliau sendiri pilih tajuk. Teruk tu...
Read more

Design sendiri buat

Salam..

Ni la rekaan kad matrik pelajar praktikal.. First time buat tapi kerja orang lain punya. Saya cuma memberi cadangan design macam ni.. Tak tahu la pihak mereka terima atau tidak. Yang penting just bagi cadangan design je. Design ni buat malam semalam sampailah pukul 12.00 tengahmalam. Penat tu penat la gak tapi daripada tak buat apa-apa baik design sendiri.
Read more

Tempat Latihan Industri

Monday, January 12, 2009


Ni la tempat dimana saya menjalani latihan industri. Majlis Perbandaran Selayang. Siapa orang Selayang taw la kat mana. Besar la juga. Saya ditempatkan di Bahagian Teknologi Maklumat, Tingkat 1. Tapi kat PSIS ambil Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer. Tapi tidak mengapa kerana apa jua saya tetap terima dan belajar untuk timba pengalaman baru bekerja. Apa-apa pun check it later untuk next post.
Read more

Tak Lama Lagi...

Friday, January 9, 2009

Nampaknya 12hb Januari 2009 akan menjelma tidak lama lagi kerana insyaAllah saya akan menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Minta-minta tidak apa-apa halangan yang menimpa keatas diri saya lagi-lagi dengan keputusan saya baru-baru ini sungguh mendukacitakan. Saya harap mereka tidak menolak diri saya untuk menjalani latihan industri ditempat mereka. Saya mungkin akan update blog saya pada hujung minggu sahaja. Ini kerana dengan urusan latihan industri saya dengan membuat laporan harian dan laporan lengkap serta kerja-kerja yang diberi oleh pihak mereka kepada saya. Jadi, sebarang kemaskini akan dibuat pada hujung minggu.


Doakan saya agar perjalanan latihan industri berjalan dengan lancar dan teratur.
Amin...
Read more

Lirik Minggu Ini

Thursday, January 8, 2009


Dafi AF5 - Bila Terasa Rindu


Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau kan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Oo Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau kan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download

Read more

Hakikat....

Tuesday, January 6, 2009

Duka hati bila melihatnya... Result kali ni killing spree. Cukup mendukacitakan. Walaupun dari sudut hati tidak dapat menerima tapi itulah hakikat keputusan yang dapat. Terima dengan redha. Akan datang kena usaha gigih lagi. Thinking of graduation. Don't stop behind. Apa-apa pun mesti kuatkan semangat, tabahkan hati.. Kali ini dapatkan keputusan yang paling terbaik dari dulu. Mungkin ada hikmah disebalik keputusan yang diperolehi kali ini..
Read more

Result?? Tidak!!

Monday, January 5, 2009



Gementarnya rasa untuk lihat keputusan exam. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak ada selera. Macam-macam la. Hati berubah-ubah tidak menentu. Fikiran saya makin bercelaru. Tidak tahu apa nak buat sekarang ini. Keputusan akan keluar 7hb Januari 2009. Kadang-kadang keluar awal. Lagi bertambah nervous ini. Mahu la malam ini atau malam esok susah nak tidur.


Lagipun, saya sudah buat yang terbaik buat diri saya. Hanya kita bertawakal pada Yang Maha Esa. Itu yang termampu buat diri saya.




Kepada pelajar PSIS jangan lupa untuk melihat semakan keputusan peperiksaan sesi Julai 2008 pada 7hb Januari ini. Tak pun 6hb Januari. Jadi sama-sama la kita memohon doa agar keputusan itu yang terbaik buat kita. Yang cemerlang alhamdulillah kekalkan prestasi manakala yang kurang cemerlang teruskan usaha. Saya beritahu ini untuk diri saya dan juga para pembaca.
Read more

Hantar adik balik asrama

Sunday, January 4, 2009

4 JAN - Tarikh ini dimana saya menghantar adik saya yang no-2 balik ke asramanya di Sekolah Menengah Sains Raja Tuanku Azlan Shah (SERATAS), Taiping, Perak Darul Ridzuan. Kami bertolak pada jam 5.30 pagi waktu Malaysia. Satu family pergi. Saya, adik-adik saya, dan mak saya. Bergerak awal-awal pagi nak elak dari kesesakan lalu lintas. Sampai di Perhentian Behrang kami berhenti seketika untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian bersambung la perjalanan yang jauh ini.


Perjalanan memakan masa selama 4 jam. Banyak rintangan semasa pergi ke sana. Antaranya apabila tiba di Tol Ipoh Selatan, lepas tu ada cabang. Highway tengah dalam kerja pelebaran jalan. So tidak tahu nak kemana. Signboard tulis satu ke arah Ipoh dan satu lagi ke arah Jelapang dan Alor Setar. Keliru ini nak kemana. Termasuk la ke arah Ipoh. Rasa sesat ini. Ye la, pertama kali hantar. Sebelum ini paksu saya yang tolong hantar. Bila dapat tahu sesat telefon paksu tanya ke arah mana nak ambik. Rupa-rupanya ke arah Jelapang. Apa lagi. Patah balik la.


Kemudian satu lagi masalah apabila sampai di Tol Jelapang. Sekali lagi signboard keliru. Masuk la Jelapang. Last-last sesat lagi. Aduh... Kali kedua dah sesat ini. Rupanya kena ikut Kuala Kangsar. Kemudian perjalanan lancar.


Bila nak sampai, masuk la ke susur masuk Changkat Jering. Setiba sana dah tahu la jalan sebab adik saya tahu jalan sana. Betul-betul sampai asrama dia jam 9.00 pagi waktu Malaysia. Tiba-tiba satu kereta dalam sekolah dia tidak ada. Pelik gak betul ke masuk hari ini?? Adik saya cakap betul la. Last-last ada cikgu sekolah itu beritahu bahawa kemasukan pada jam 2 petang nanti. Aduh... Kalau tahu jam 2 petang dah lama gerak dari rumah jam 9 pagi. Nasib baik ada rumah mak sedara kat "Simpang". Singgah la kat sana untuk rehat sebentar sementara menunggu jam 2 petang.


Jam 1.30 petang bergerak dari rumah mak sedara terus ke sekolah adik saya. Punya la ramai orang kat sana. Yang datang dari Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, dan macam-macam destinasi la mereka ini. Kena pula dengar taklimat pengetua sekolah. Apa yang dibebel tak tahu la.. Pening dengar. Huhuhu.. Jam 3.15 petang sesi pendaftaran asrama. Bawa la barang-barang adik saya ke asrama tapi parent tidak dibenarkan masuk. Jadi, sorang-sorang dia kena angkut barang-barang dia.


Jam 4.30 petang kami bertolak balik. Dengan ketiadaan seorang rasa sunyi saja. Dalam perjalanan balik, hujan pula menimpa dengan selebat-lebatnya. Sepanjang jalan la katakan sehingga di Sungkai baru hujan mulai reda. Sampai ke Selayang pada jam 8.45 malam. Kesunyian terasa bagi kami apabila adik saya kembali ke asramanya. Hendak buat macam mana kan... Terpaksa la setahun lagi disana. Tapi cuti Tahun Baru Cina dia balik la. Itu la pengalaman saya yang paling jauh setakat ini saya memandu ke Taiping. Penat la juga. Ini posting blog ini baru saja balik dari Taiping. Lepas mandi post la blog ini.


Ok la. Sehingga ini sahaja post saya. Untuk berkongsi pengalaman saya dengan para pembaca. Ada apa-apa perkembangan akan saya kemaskini blog ini ok.

Sekian
Read more

Kembali ke Sekolah

Friday, January 2, 2009


Alam persekolahan dah nak dekat. Agak-agaknya bagaimanalah dengan adik-adik kita yang akan menempuhi alam persekolahan. Lagi-lagi yang baru menjejakkan kaki. Kira 'first time' la masuk. Macam-macam karenah dapat dilihat nanti pada hari pertama persekolahan.

Teringat lagi pada saya semasa pertama kali saya bersekolah. Dugaan la katakan. Asyik-asyik
nak balik saja. Ye la... Masa tu mana ada kawan lagi. Kemudian dah lama-lama kenal la kawan-kawan satu persatu. Rasa nak putar masa kembali ke zaman kanak-kanak dahulu kala betapa seronoknya kita. Tapi nak buat macam mana umur pun makin meningkat. Pemikiran pun dah matang. Kena la fikir orang-orang dewasa. Apa-apa pun selamat menempuhi alam persekolahan buat adik-adik kita.

Yang tahun ini UPSR, PMR, SPM, dan STPM... Buat yang terbaik. Dapatkan skor yang terbaik buat diri dan keluarga anda. Study smart not study hard. Kadang-kadang bila study hard mudah kita berasa tension. Jadi, study smart. Uruskan masa yang sesuai. Kalau perlu hendak pergi ke tuisyen, teruskan untuk menambahkan ilmu lagi.


HAVE A NICE SCHOOLS DAY
Usaha Tangga Kejayaan
Read more

Lirik Minggu Ini




YUI - TOKYO Lyrics

Sumi nareta kono heya wo
Dete yuku hi ga kita
Atarashii tabidachi ni mada tomadotteru

Eki made mukau BASU no naka
Tomodachi ni MEERU shita

Asa no HOOMU de denwa mo shitemita
Demo nanka chigau ki ga shita

Furui GITAA wo hitotsu motte kita
Shashin wa zenbu oitekita

Nanika wo tebanashite soshite te ni ireru
Sonna kurikaeshi ka na?

Tsuyogari wa itsudatte yume ni tsuduiteru
Okubyou ni nattara soko de togireru yo

Hashiri dashita densha no naka
Sukoshi dake naketekita

Mado no soto ni tsuduiteru kono machi wa
Kawara nai de to negatta

Furui GITAA wo atashi ni kureta hito
Toukyou wa kowaitte itte ta

Kotae wo sagasu no wa mou yameta
Machigai darakede ii

Akai yuuyake ga BIRU ni togireta
Namida wo koraetemo

Tsugi no asa ga yattekuru tabigoto ni
Mayou koto datte aru yo ne?


Inginkan lagu ini? Klik disini untuk download
Read more