Alhamdulillah syukur kehadratMu diatas memberi aku kelapangan bagi mencoret dan berkongsi kepada semua pembaca blog ini. Juga sementara masih ada masa lagi ini, aku terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PSIS (termasuk aku) bagi sesi Januari 2010 diatas kejayaan yang dikecapi didalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan didalam menjalani kehidupan sebagai siswa di IPT. Ini juga termasuk kepada pelajar-pelajar PSIS yang baru sahaja tamat menjalani Latihan Industri selama hampir 6 bulan di firma masing-masing. Kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus-asa dan kecewa. Kuatkan semangat, jadikan kekecewaan itu satu cabaran hidup untuk anda. Teruskan usaha lagi, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Aku sering sampaikan mesej yang ringkas kepada beberapa rakan aku iaitu "Ganbatte kudasai", "Fighto OH", dan "Chaiyok". Ketiga-tiga katakunci inilah yang seringkali aku dan juga pelajar-pelajar yang lain lafazkan sebagai kata-kata semangat. Dan kepada yang masih lagi belum menyemak status keputusan peperiksaan akhir semester sesi Januari 2010 dan Asrama sesi Jun 2010, anda boleh berbuat demikian di link ini.. KLIK DISINI
Untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua perasaan aku dan juga rakan-rakan seperjuagan PSIS didalam menempuh saat-saat debaran yang bermula pada Isnin lalu (14/6/2010) sehinggalah pagi tadi jam 2 pagi dimana seluruh warga pelajar penuntut PSIS menantikan keputusan peperiksaan dan juga asrama.
Hari Rabu (16/6/2010)
Hari penentu kepada semua pelajar PSIS. Keputusan peperiksaan semester akhir sesi Januari 2010. Bermula debaran pada malam semalam (15/6/2010). Pelbagai spekulasi yang mengatakan keputusan dipaparkan pada waktu malam (termasuk aku la yang cakap.. hahaha..) Pelbagai status yang aku dapat lihat di Facebook, dan saat itu ramai yang online. Lalu detik menunggu sehinggalah tepat jam 12 tengahmalam tadi, tetap tidak dapat dibuka link keputusan tersebut. Banyak kali la aku tekan F5 pada papan kekunci. Ramai yang rasa marah kerana tidak dapat lihat pada waktu itu, sehinggalah dianggarkan pada jam 1.30 hingga ke 2 pagi tadi link tersebut memberi respond lantas semak keputusan aku. Alhamdulillah lulus penuh walaupun tidak tinggi mana pun pointer yang diperolehi. Kemudian aku membuka link artikel khas di blog aku untuk semakan keputusan peperiksaan dan asrama, juga diselitkan lagi dan membantu mereka didalam kesukaran dengan menaip link shortcut ke blog aku.. Pada pukul 9 pagi, aku turun dari bilik aku sambil membawa keputusan yang sudah dicetak untuk menunjukkan kepada ibuku yang tercinta. Waktu aku turun dari tangga, kelihatan ibuku di kerusi memandang kearah aku yang perlahan-lahan menuruni tangga. Demi langkah serta raut wajah yang sedih aku tonjolkan, lantas ibuku berkata "Gagal lagi ya? Nak buat macammana along, redha jelah". Disaat hendak menghampiri dan tamat ayat ibuku, terus aku lafazkan pada ibuku "LULUS PENUH" Terus ibuku mendakap aku memeluk erat-erat. Beliau mengharapkan agar kali ini tidak ada yang gagal. Dapat mengukir senyuman ibuku dan memang niat aku untuk membantu ibuku dari sudut kewangan. Juga membantu dua adik aku yang kini seorang di Universiti Malaya (UM) dan seorang lagi Tingkatan 3 di sekolah menengah lama aku. Petang tadi selepas solat Zohor, aku ke rumah makcik aku di Sri Kembangan untuk menyerahkan borang permohonan jawatan kerja di Universiti Putra Malaysia (UPM). InsyaAllah kalau ada rezeki, dipanggillah untuk ditemuramah. Semoga berjalan dengan lancar.
Itu sahaja yang aku dapat kongsi bersama dengan anda, kini tiba masanya untuk melangkah lebih jauh lagi iaitu alam pekerjaan. Doakan aku semoga semuanya berjalan dengan lancar.
p/s: InsyaAllah jika tidak ada apa-apa halangan, aku akan sertai dalam misi Fasilitator luar Minggu Suai Kenal sesi Jun 2010. Ketibaan aku akan berada di PSIS pada hari Ahad petang. Nantikan kehadiran aku yang mengenali aku di PSIS. =)





