Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Cintaku Dibelenggu Rindu (Novel Pendek) - part 2

Tuesday, June 8, 2010


(sambungan dari part 1)


Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan aku mengenali Nadrah dengan erat sekali. Setiap kali tamat waktu persekolahan, Nadrah sering temankan aku ke tempat perhentian bas berhadapan dengan sekolah untuk pakcik saudara aku mengambil aku. Setiba sahaja pakcik aku sampai, lantas dengan tidak teragak-agak aku bertanya kepada Nadrah. “Nadrah, kalau tidak keberatan ikut saya pulang ke rumah.” Hati aku mengharapkan agar dia memberikan jawapan yang ikhlas. Aku mengajak dia pulang ke rumah aku bukan atas dasar sengaja, tetapi aku ingin berkongsi kehidupan aku bersama dengan dia. Tiba-tiba, “Boleh juga tetapi izinkan saya untuk berjumpa dengan ibu saya di hospital. Saya hendak minta izin dari ibu untuk pergi ke rumah awak. Boleh ke Razak dan pakcik?” Jawapan itu disuarakan oleh Nadrah. Kemudian pakcik saudara aku membawa kami berdua ke hospital dahulu untuk meminta izin dari ibu Nadrah. Sejurus tiba ke hospital, suasana pilu menyelubungi kami dan juga beberapa orang ramai termasuk sanak saudara Nadrah di wad tersebut. Beberapa tangisan kedengaran disekitar ruang legar wad tersebut. Semua orang memandang kearah Nadrah. Badan Nadrah seolah-olah lemah dan menggigil, lantas aku memegang kedua bahunya untuk kuatkan semangat dan membawanya kearah katil ibunya. Nadrah menangis dan menggenggam erat telapak tangan ibunya. Pemergian ibunya tidak dapat menampung semangat yang aku berikan kepada Nadrah, turut serta mengeluarkan airmata jernih membasahi pipi Nadrah dan aku. Suasana yang amat menyedihkan. Kehilangan ibunya serta bapanya yang menghilangkan diri hampir 2 tahun membuatkan Nadrah sebagai anak tunggal tinggal keseorangan. Bersabar dengan dugaan yang dilalui oleh Nadrah. Hanya mampu mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Penyayang. Amin..

Sudah sebulan Nadrah tinggal bersama dengan keluarga pakcik saudara aku yang sudi menjadikan  Nadrah sebagai anak angkatnya. Namun, perasaan sebak dan sedih masih lagi menghantui ruang kotak pemikiran Nadrah atas peristiwa kehilangan ibunya yang tercinta. Raut wajah yang tidak pernah senyum setiap hari ke sekolah dan selera makan yang tidak menarik nafsunya membuatkan hati aku mulai risau akan keadaan dia sedemikian. Prestasi Nadrah didalam peperiksaan percubaan SPM mulai merosot. Diberi bimbingan oleh guru kaunseling dan suntikan semangat dari rakan-rakan tidak dapat mengubah pendirian Nadrah. Suatu masa, aku berbincang dengan dirinya, memujuk hatinya untuk kembali kepada diri dia sebelum ini, dan memberikan semangat padu menjelang SPM tidak lama lagi. Wajahnya tetap sebegitu, seolah-olah dia sedang memikirkan untuk bagaimana mencari konklusi yang dilitupi oleh cahaya kegelapan. Dia mahukan cahaya sinaran yang mampu menggembirakan hati, tetapi aku tidak tahu dan sukar untuk aku membaca setiap noktah-noktah yang bermain difikirannya. Sewaktu aku bersama dengan dia di kantin sekolah, berbekalkan nasi lemak kukus dari rumah dan air teh ais yang dibeli di kantin tersebut mampu mengukir senyuman Nadrah. Namun ianya tidak berjaya. “Awak.. Jangan begini. Sampai bila ianya hendak berterusan. Saya kan ada menemani awak sewaktu awak dalam kesusahan dan kesedihan. Sudahlah awak. Tak elok difikirkan berlanjutan tentang peristiwa itu. Kita kena terima ketentuan dari Ilahi, terima Qada’ dan Qadr. Kita yang hidup ini perlu diteruskan kehidupan dan cuba menjadikan kehidupan itu amat bermakna bagi diri kita,” ujar diri aku pada Nadrah yang masih lagi dalam kesedihan. Aku bukanlah dari seorang alim ulama yang tinggi ilmu, tetapi aku ini hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan tiada keistimewaan. Nadrah masih lagi berdiam depan aku, sepatah kata tidak kedengaran dari bibirnya. Hanya yang aku dapat saksikan adalah linangan airmata kecil di mata Nadrah. Lagi 5 minit sebelum loceng sekolah kedengaran menandakan tamat waktu rehat, tiba-tiba lidahnya kelu untuk menyebut sesuatu. Matanya berwarna coklat perang itu mulai memandang kearah mataku. Bibir terketar untuk menyebut. Hati aku merasakan ada yang tidak kena. Aku bertanya kepada dia, “Awak kenapa ni? Ada perkara yang ingin dikongsi bersama?” Bibir Nadrah ingin berkata tetapi seperti sukar untuk sampaikan kepada aku. “Sebenarnya, saya…..” Tunjuk mukanya memaling memandang wajah aku ini. “Sebenarnya apa awak?” Tanya lagi aku yang cuba mengorek rahsia yang dia pendam. “Saya suka awak…(kring!!!) Nadrah berkata pada aku dalam masa serentak bunyi loceng kedengaran. Aku tidak dapat mendengari kata yang dia sampaikan, dan aku tidak dapat membaca pergerakkan bibirnya setiap bait kata-katanya. Sejurus tamat bunyi loceng sekolah itu, aku bertanya kembali, “Tadi apa yang awak cakap pada saya?” “Tidak ada apa-apalah” lantas segera dia meninggalkan aku kembali ke kelasnya. Hati aku kecewa apabila tidak dapat mendengar apa yang dia perkatakan atau lafaz kepada aku. Mungkin nasib aku tidak menyebelahi pihak aku.

SPM telah bermula, persiapan dan persediaan sebelum ini sudah ada didada aku. Perasaan rasa sayang aku tolak ketepi, fokus kepada SPM. Aku ingin membawa pulang kecemerlangan yang tinggi untuk membanggakan keluarga aku. Aku kini bertawakkal kepada Allah diatas usaha aku selama ini bagi mendapatkan keputusan cemerlang. 9A didalam tangan aku. Tamatnya kertas terakhir iaitu Kesusasteraan Melayu, aku tunggu Nadrah di tangga sekolah untuk berjumpa dengan dirinya. Kelihatan dia menuruni tangga ke arah aku dalam keadaan wajah yang ceria. Baru aku dapat melihat wajahnya yang ceria selepas hampir 2 bulan dia bersedih sahaja. Mungkin ada sesuatu perkara yang membuatkan dia senyum pada hari terakhir SPM. Tetiba dia genggam tangan aku dan membawa aku terus ke pondok dimana bermulanya tempat berjumpa dengan dia. Jantung aku berdegup dengan laju, tidak dapat menafsirkan kelajuan yang tidak dijangkakan. “Ada apa ni awak?” tanya kepada Nadrah didalam genggaman tangan yang erat sangat. Dia tidak melepaskan tangan aku dari tadi. Kemudian dia lafaz pada aku, “Razak, saya mahu kahwin dengan awak. Saya sayang dan cinta sepenuh hati pada awak. Awak la orang pertama yang berada dihati saya. Awak selama ini baik sangat dan mengambil berat tentang saya. Dan saya pernah menyatakan pada awak yang saya suka pada awak sewaktu dikantin dahulu. Diwaktu itu sebenarnya sudah lama saya memendam hati ini untuk berahsia dengan awak. Dan kini, saat ini saya tidak mampu menanggung hati yang merana dan akhirnya saya lafazkan pada awak hari ini. Jangan tinggalkan saya, saya ingin sangat bersama dengan awak sehingga akhir hayat.” Kemam mulut saya rapat-rapat. Adakah aku bermimpi lagi? Adakah benar apa yang dilafazkan oleh dia. Ayat-ayat cinta dia membuka hati aku untuk menerima dirinya. Dan dari situ, bermulalah perjalanan cinta.

* Cinta mereka berdua telahpun bermula, tetapi dapatkah mereka mengekalkan cinta mereka itu sehingga ke akhir hayat? Apa yang akan berlaku selepas ini? Nantikan keluaran seterusnya.


bersambung...
Read more

Cintaku Dibelenggu Rindu (Novel Pendek) - part 1

Saturday, January 16, 2010



Genap umur 21 tahun menjelma, kematangan dan kecekalan akal yang telah dikurniakan oleh Tuhan membuatkan diri aku lebih bersyukur. Begitu pantas masa berlalu. Teringat lagi zaman kanak-kanak yang mencuit hati sehinggalah aku berumur 18 tahun. Zaman yang pasti semua orang tidak dapat melupakannya sehingga akhir hayat. Tetapi hatiku berasa sayu ketika itu umpama dedaun yang kering ditiup oleh angin bayu laut. Nostalgia yang aku tidak dapat melupakan peristiwa pahit yang telahpun ditimpa oleh aku dan Nadrah 3 tahun yang lepas. Pelbagai perasaan aku sudahpun merasa. Fobia, takut, sedih, sebak telah menghantui pemikiran aku. Namun, aku redha akan pemergian Nadrah walaupun aku tidak sanggup menerimanya pada dahulu tetapi aku pujuk hatiku untuk menerima Qada' dan Qadar.

"Kring!!!!" loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu berehat. Aku ditempatkan di salah sebuah sekolah menengah terkemuka di Kuala Lumpur. Aku bukanlah seorang insan yang mewah namun perbelanjaan sekolah semuanya ditanggung oleh pakcik saudara aku. Sewaktu itu aku berada di Tingkatan 5 mengambil aliran Kesusasteraan Melayu. Persediaan menghadapi peperiksaan SPM amat teliti susunan carta aliran pelajaran aku. Sikap kebudak-budakkan membuatkan segelintir remaja pada masa itu mentafsirkan diri aku sebagai orang kurang siuman. Namun, aku adalah aku. Aku lupakan apa jua perkataan-perkataan negatif yang dilontarkan oleh orang lain terhadap diri aku. "Suka hatilah aku nak sifat budak-budak. Yang kamu semua ni kenapa? Jeles?" jerit hati aku yang sedang marah. Hatiku tersinggung melihat karenah mereka. Perubahan yang ketara pada rakan aku Said yang dahulunya seorang yang pendiam, berdedikasi, peramah. Namun hanya sementara yang aku dapat melihat dan mengenali beliau. Kini Said berada di dalam genggaman pelajar-pelajar gangster, vandalisme, terlibat dengan perjudian. Inikah yang aku lalui? Mengapa perlu terjadi pada diri aku? Dimanakah sebenarnya yang aku tercari-cari? Pada masa itu, aku telah dikejutkan dengan pelbagai surat layang. Yang pasti, datang dari kaum Hawa yang ingin mengenali diri aku. Aku sering diterima surat-surat cinta yang bernadakan romantis dan juga puitis.

Kehadapan Shahrul Razak :

Assalammualaikum wahai cinta. Apa khabar? Saya harap awak dalam keadaan sihat wal-afiat selalu. Bagaimana dengan kehidupan kamu? Saya dapat tahu yang awak merupakan anak tunggal dalam keluarga awak. Betul ke? Mungkin saya salah anggap pada diri awak yang awak ini anak orang kaya bila saya ternampak awak dihantar  ke sekolah menaiki kereta Porche. Tapi rahsia awak saya ketahui dari cikgu Munirah yang awak berasal dari keluarga yang susah. Yang menghantarnya adalah pakcik saudara awak kan? Saya benar-benar minta maaf kerana saya ingat awak orang mewah dan nampak sombong, tetapi bila dapat mengetahui yang awak bukan orang seperti itu terasa bersalah sangat. Maafkan saya. Jika ada masalah yang ingin dikongsi bersama silalah berjumpa saya. Saya sedia menjadi teman pendengar masalah awak. Saya harap apa yang saya pernah mengata mengenai awak depan rakan-rakan saya, saya mohon maaf atas kesilapan saya.

Yang benar,
NADRAH

Nadrah seorang perempuan yang suka mengambil tahu tentang seseorang. Beliau memerli diri aku sewaktu saya berada di Tingkatan 4. Namun sifatnya ketara berubah apabila mengetahui status aku. Aku bukanlah ingin mengambil simpati terhadap orang lain. Dahulunya bersifat kekasaran kepada kelembutan. Adakah aku yang menyebabkan dia berubah?  Lantas aku segera berjumpa dengan Nadrah walaupun dalam keadaan segan silu tetapi ada hajat yang aku ingin sampaikan. Tetapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan dia sedangkan aku tidak tahu siapakah orangnya. Aku kenal nama Nadrah adalah disebabkan rakan kelas aku menceritakan tentang perihal dia. Aku tidak pernah berjumpa dengan dia. Bagaimanakah wajahnya? Hatiku berdegup laju seolah-olah menikam perasaan apabila dia menulis surat dimulai dengan memanggil nama aku dengan nama panggilan “cinta”. Aku terpaksa membalas semula surat Nadrah.

Kepada Nadrah :

Waalaikumsalam saudari Nadrah. Saya alhamdulillah sihat. Begini la keadaan saya sekarang. Betul saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya. Saya bukanlah hendak meminta simpati dari orang lain namun apa yang pasti saya memerlukan ruang untuk meluahkan masalah saya. Saya harap awak sudi mendengar segala permasalahan dalam diri saya. Saya mahu berjumpa dengan awak boleh?

Yang Benar,
RAZAK

Hari demi hari aku kerap membalas suratnya yang ku terima dari rakan aku. Akhirnya pada satu hari aku diketemukan Nadrah di Perpustakaan didalam bangunan sekolah. Ketika itu aku sanggup pulang lewat dari sekolah semata-mata ingin berjumpa dengan dia. Jam pada masa itu tepat pada pukul 2 petang sejurus sesi persekolahan petang bermula. Aku duduk menunggu dia di sebuah meja berdua berdekatan dengan rak buku Kesusateraan Melayu. Memang aku berminat di alam sastera sejak aku berumur 11 tahun lagi. Sementara aku menunggu Nadrah, aku capai tangan aku mengambil sebuah novel pendek bertajuk Hati Cinta. Ianya mengenai suka duka bercinta didalam kampus sehingga mereka berjaya didalam hidup. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering membaca novel-novel cinta. Mungkin aku ingin mencari sesuatu yang orang lain merasainya. Hampir 1 jam aku menunggu si dia namun tidak muncul-muncul didepan aku. Lalu, rakan aku tetiba datang mencari-cari aku. Seperti hendak bergegas-gegas mencari aku. Rakan aku dekati diri aku terus menyerahkan sepucuk surat lagi. Bau yang harum seperti haruman kad perkahwinan. Lalu aku membuka sampul surat itu. Tertera nama aku dengan jumlah ayat yang agak sedikit.

Kehadapan cinta jiwaku:

Minta maaf akan diri saya membuatkan awak menunggu kehadiran saya di perpustakaan. Saya tidak dapat hadir berjumpa dengan awak kerana ibu saya kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur mengidap penyakit leukimia. Waktu ini saya sudah berada di sana. Minta maaf ya awak.

Yang benar,
NADRAH

Hati aku terusik apabila ibunya mengidap penyakit itu. Sebak membaca sepucuk surat darinya dan dari situ hati aku mulai memahami keadaan dirinya. Lalu aku meletakkan kembali novel yang aku baca kemudian beredar dari perpustakaan itu.

Keesokkan harinya, seperti biasa aku datang ke sekolah menaiki kenderaan pakcik saudara aku. Dia tidak pernah mengenal erti jemu menghantar dan menjemput aku. Pakcik saudara aku sedang bekerja di salah sebuah syarikat swasta Telekomunikasi sebagai Pegawai Pemasaran Perhubungan dan Komunikasi Setempat. Beliau menanggung segala perbelanjaan persekolahan aku dan juga keluarga aku. Susah senang kami pakcik saudara aku lah yang menangung. Aku terhutang budi dengannya. Pasti suatu hari nanti aku membalas budi pakcik saudara aku. Tiba-tiba terjah rakan kelas Khairuddin dari belakang. “Ooiitt… Bukan main lagi ya kau dapat surat layang-layang dari kayangan. Cemburu aku bila kau terima surat-surat dari gadis-gadis yang kau tidak kenal.”  Aku tidak pernah tersenyum pada sesiapa sekalipun. Sikap aku memang sebegini kurang bermesra dengan orang lain. Lalu aku menjawab, “Din, aku tidak pernah sesekali mengejar populariti. Tidak pernah meminta simpati dari orang lain. Hanya aku tidak mengetahui mengapa orang lain mengejar aku. Mengapa mencari aku. Aku tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain. Entahlah Din, aku pun tidak tahu kenapa”. Khairuddin tergamam mendengar kata-kata dari aku. Mungkinkah kata-kata aku berbinasa pada Khairuddin? Atau mungkin dia sedar akan kesilapan dia? Didalam aku mengulangkaji pelajaran aku di dalam kelas, terima nota dari Nadrah. Seperti biasa beliau meminta rakanya menghantarkan kepada aku. Kali ini aku terima nota bertuliskan

SAYA MAHU BERJUMPA DENGAN AWAK SEMASA WAKTU REHAT NANTI DI PONDOK BERDEKATAN DENGAN KANTIN. ADA PERKARA YANG INGIN DIBINCANGKAN.

NADRAH

Aku mengharapkan kali ini pasti dapat ketemukan aku dengan Nadrah. Aku juga ingin tahu mengenai status ibunya yang sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku yakin dan pasti dapat bertemu dengan dia. Aku menunggu jam 10 pagi nanti.

Jam 10 pagi, waktu berehat telahpun tiba. Aku membeli 2 buku roti coklat dan 2 botol air mineral di kantin kemudian aku menunggu Nadrah di pondok sepertimana yang dijanjikan. Tidak lama aku menunggu, Nadrah muncul dihadapan aku. Ayu orangnya, putih berseri, kecil sahaja badannya, matanya yang cerah bersinar. Entah kenapa jantung aku berdegup lain dari yang lain. Aku termenung seketika melihat wajahnya. Belum pernah hatiku berkata-kata sebegitu betapa manisnya wajah Nadrah. Beliau memberi salam pada aku dengan nada malu-malu dan lemah lembut. “Assalamualaikum Razak, kamu sihat?”.  “Waalaikumsalam. Nadrah kan? Saya alhamdulillah sihat. Kamu?”, balas pertanyaan aku terhadap dia. Kami bertemu mata mengenali diri antara satu sama lain. Tanpa segan silu bertalu-talu pertanyaan soal hati ke hati. Tiba saat yang tidak dijangka, Nadrah dengan malunya bertanya kepada aku, “Awak, selama ini ada atau tidak sesiapa di hati awak?” Hairan persoalan yang dilontarkan kepada aku tetapi secara jujurnya hati aku mulai suka pada dia. Inikah perasaan yang sering dihadapi oleh orang yang hadirnya percintaan? Betulkah diri aku ini? Lidah terkelu untuk menjawab soalan Nadrah. “Awak ok ke? Macam tidak senang duduk je berjumpa dengan saya.”, ujar lagi pertanyaan Nadrah. Nafas aku mulai teresak-esak seperti ada orang cuba mencekik leher aku untuk aku sukar bernafas. Lantas aku menjawab, “Begini, betul ke awak tanya soalan sebegini? Tak percayalah”. Kerut dahi Nadrah mendengar jawapan dari mulut aku. Lalu Nadrah bergurau dengan aku. “Awak cuba cubit pipi awak itu sakit ke tidak? Kalau sakit bermakna bukan mimpi tetapi jika tidak sakit, mimpilah jawabnya.” Aku mengetahui yang ini bukanlah mimpi tetapi kenyataan. “Dihati saya belum ada sesiapa lagi yang menemani ruangan tersebut. Hanya sedang menunggu kehadiran seseorang yang mampu menemani hati saya.” Mengusik hati Nadrah apabila mendengar kata-kata seorang pelajar sastera. “Kringg!!!”




Read more

Resepi Kek Cinta

Monday, December 14, 2009

Bahan-bahan:

2 Hati
1 paket Kesetiaan
1 paket Kejujuran
1 paket Kepercayaan
1 sudu kecil Cemburu
1 acuan Kasih Sayang
Manja
Iman
Taqwa

Cara-cara menghasilkannya:

Ambil 2 Hati dan dimasukkan kedalam 1 adunan Jiwa. Sila campurkan  kesemua paket Kesetiaan, Kejujuran, Kepercayaan. 1 sudu kecil Cemburu dicampurkan juga. Jangan lupa, tambahkan lagi secubit Manja. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi dengan penuh Kemesraan sehinggalah sebati. Selepas itu, masukkan kedalam acuan Kasih Sayang dan bakarkan dengan Api Cinta. Jangan sampai hangus, nanti padah akibatnya. Akhir sekali, hiasilah dengan Iman dan Taqwa supaya KEK CINTA itu tadi lebih berseri sampai ke jinjang pelamin.


Selamat Mencuba.. =)
Read more

Coretan terlintas di fikiran kembali

Thursday, July 16, 2009


Mula-mula salam perkenalan,
kemudian perkenalan dibalas dengan senyuman.
Bila sudah ada kenalan,
tercipta satu puisi persahabatan.
Bila persahabatan sudah berkekalan,
timbul sifat kepelikan.
Bila kepelikan sudah dirasa,
bermanja-manja la pula.
Bila sudah bermanja-manja,
wujud isihati cinta.
Bila sudah mengenal isihati cinta,
pantang larang wajib dijaga.
Bila pantang larang tidak mampu dijaga,
adakan satu perjumpaan dengan keluarga.
Bila keluarga berpuashati dengan kita,
laksanakanlah akad nikah.

Read more

Keperitan Dugaan

Monday, April 27, 2009

Ayunan semangat kegoyahan dirinya
hanyutan deras kian terseksa
mimpi igauan menjadi nyata
terpaksa daku merelakannya.

Ruang memfitnah merungkai segalanya
lingkup nurani dibakar begitu sahaja
peluang kemenangan sukar diduga
peluang kekalahan pasti merana.

Waktu berlalu tidak dijangka
cuaca rakus pada tempat tujunya
tidak lalu kini menyeksa
tidak lagi mendengar suara si dia.

Hujan menimpa tidak terkira
derasnya kelajuan tidak terkata
himpunan kerjasama mungkin berbeza
tapi semangat tetap dibina.

Read more

KU PASRAH

Friday, July 25, 2008

Saat ini selalu menghampiriku
saat ini juga mencari diriku
namun diriku hanya yang tahu
kewujudan bumi yang bergolak.

Gelora kencang nafasku
menahan kesakitan dalam diriku
menyaksikan kehebatan
dan menyaksikan kekalahan.

Nafsuku telah terbuka
memikirkan jiwa dinoda
akhirnya diriku pasrah
menjadikan diriku murahan.

Namun ku telah menginsafi
kejatuhan bumi bergolak itu
kembali ke pangkal jalannya
mencari kebenarannya.
Read more