Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Perhatian pelajar akhir semester sesi Jan 2010 PSIS (Malam Senandung Budi 5)

Tuesday, May 11, 2010

Malam Senandung Budi
Musim ke - 5

Tarikh: 15 Mei 2010 (SABTU)
Tempat: Kafe Pentadbiran PSIS
Masa: 7.40 - 11.00 malam
Tema: Purple Garden

Pelbagai aktiviti dijalankan pada malam tersebut.
Sila hadirkan diri anda yang telah memberi nama dan menandatangani borang persetujuan menghadiri program tersebut.
Harap maklum....
Read more

Perhatian: Perjumpaan ahli lama JPI/PU/RPI (PSIS)

Tuesday, January 5, 2010

Assalammualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua ahli lama JPI/PU/RPI (termasuk pelajar yang baru tamat menjalani Latihan Industri), satu perjumpaan "Selamat kembali ke PSIS" akan diadakan pada

Tarikh    : 16/01/2010
Hari        : Sabtu
Waktu    : 10.00 pagi
Tempat    : Ruang Solat Pusat Islam, PSIS
Agenda    :
  • Helwa telinga.
  • Bacaan sepotong hadis.
  • Sesi Ta'aruf bersama pelajar lepasan Latihan Industri sesi Julai 2009.
  • Info Terkini Pilihan Sensasi.

*    Pelajar yang berada diluar asrama di alu-alukan hadir.
**    Pelajar yang berada didalam asrama WAJIB hadir.
***    Komitmen anda amatlah penting didalam penglibatan anda didalam menyertai organisasi

Read more

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa

Wednesday, December 30, 2009

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    :      1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat)
(Malam Tahun Baru)
Masa      :     1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Tempat  :      Perkarangan Masjid Negara.
(Berhampiran dengan Tapak Ekspo, Masjid Negara)

Aturcara Program adalah seperti berikut :

    * Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    * Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
    * Pameran Bulan
    * Solat Sunat Gerhana Bulan
    * Khutbah Khas Gerhana Bulan
    * Pertandingan Kuiz

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Bulan Separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal 1 Januari 2010 jam 1.17 hingga 5.28 pagi.
Read more

WiFi@PSIS?? Bagus tetapi berbaloikah?

Monday, December 14, 2009

SPECIAL OFFER!!!







10Mbps PSIS WiFi Broadband

Pada semester hadapan (2010), pihak Koperasi PSIS akan menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar menerusi rangkaian WiFi. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga PSIS dan boleh digunakan di mana sahaja di dalam kawasan politeknik.

Kelajuan perkhidmatan yg diperuntukkan untuk setiap pelanggan ialah 10 Mbps pada harga yang sangat berpatutan. Pakej-pakej yg ditawarkan adalah seperti berikut:

Prabayar harian = RM3
Prabayar bulanan = RM30
Prabayar semester = RM150


Promosi: Pendaftaran awal boleh dilakukan sekarang dengan mengisi borang yang boleh didapati di Koperasi PSIS. Anda juga boleh mendaftar secara online di laman web berikut:
www.sutraworlds.com/prereg.htm
Bagi semua pelanggan yang mendaftar awal, diskaun istimewa akan diberikan untuk pakej bulanan dan semester. Anda akan hanya perlu membayar RM25 sahaja sebulan atau RM120 untuk satu semester jika anda mendaftar sebelum 18 Disember 2009. Terdapat juga hadiah misteri menanti pelanggan bertuah. Jangan ketinggalan!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak koperasi atau email kepada psis@sutraworlds.com

 Pada dahulu kala masa awal Januari 2008 kot PSIS pernah ada WiFi sekitar hotspot yang tertentu. Pada mulanya laju tetapi apabila terlalu ramai orang yang menggunakannya, maka server menjadi perlahan atas sebab kapasiti yang terhad kepada 255 orang pengguna setiap 1 pencawang. Kemudian, WiFi itu ditutup atas sebab-sebab tertentu yang aku tidak perlu untuk sampaikan disini. Pada pertengahan sesi Julai 2009, penuntut di PSIS mula bertukar menggunakan broadband masing-masing dan semestinya antara yang popular adalah Celcom Broadband. Tetapi, apabila terlalu ramai yang menggunakannya khususnya pada waktu malam @ kemuncak, bermulalah line yang tidak dapat diselamatkan. Daripada laju sehinggalah dari lambat..

Maka, muncullah satu WiFi baru yang aku difahamkan akan ada piring satelit yang besar (seperti yang kamu pernah lihat di tempat stesen minyak kot) dan beberapa pencawang kecil setiap sudut blok asrama kot. Berkelajuan 10Mbps dengan harga yang berpatutan bersistemkan prabayar (prepaid). Tetapi, berbaloikah dengan kelajuan dan harga sedemikian kepada pelajar? Prepaid or Postpaid is the better???
Read more

Asrama dan Kenderaan

Wednesday, November 11, 2009

Saiz kertas A3 telah ditampal, saiz font yang jelas dibaca oleh pelajar-pelajar kamsis namun berapa ramai yang membaca rasanya tidak pasti jumlahnya. Dianggarkan hanya 60% yang peka dengan notis-notis dipapan kenyataan, 40% lagi mungkin terlepas pandang. Dengan jelas sekali notis dikeluarkan untuk peringatan pada semester hadapan. Semester hadapan?? Ya, semester hadapan bagi sesi Januari 2010. Ada apa dengan 2010? Ada kaitan ke dengan notis ke?

Begini ceritanya. Untuk makluman pelajar-pelajar termasuklah diri aku, notis tersebut menyatakan disini bahawa mulai Sesi Januari 2010 dimana pelajar-pelajar yang ditawarkan asrama maka tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan ke tempat pengajian, jika tidak dikehendaki keluar dari asrama. Disini aku dapat beberapa kebarangkalian mengapa pelajar yang ditawarkan asrama tidak dibenarkan membawa kenderaan pada semester hadapan. Mengikut pemerhatian selama satu semester sesi Julai pada tahun ini adalah diantaranya:

  • Pelajar ingkar dengan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama.
  • Segelintir pelajar masih lagi tidak mendaftarkan kenderaan di pihak pentadbiran.
  • Terdapat segelintir pelajar lelaki yang pulang ke kampung halaman masing-masing semasa solat Jumaat.
  • Terdapat segelintir pelajar lelaki yang membawa dan menghantar pelajar perempuan (terutamanya motosikal) terus ke kawasan asrama.

Dan beberapa lagi yang mungkin bagi aku terdapat banyak lagi masalah-masalah yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar itu sendiri. Aku ingat sekiranya aku ditawarkan asrama semester hadapan hendak juga membawa kenderaan ke tempat pengajian. Namun peraturan sudah dikeluarkan. Bagaimana ni? Aku hendak bawa kenderaan ada sebabnya, tidaklah perlu aku nyatakan disini. Namun, bergantung pada rezeki masing-masing.

Aku maklumkan awal-awal kepada anda semua (yang sama tempat pengajian dengan aku), maka tidaklah ternanti-nanti menunggu kemaskini dari web pengajian. Itu sahaja setakat ini, kalau ada info yang lebih fresh lagi akan dipaparkan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Waallahu’alam.
Read more

Pulang semula ke PSIS

Tuesday, August 11, 2009


KEMBALI SEMULA KE
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM

CUTI SEMINGGU BERKENAAN WABAK H1N1 SUDAH TAMAT
06 - 12 hb. OGOS 2009

Nantikan infomasi terbaru dari penulis
-FiD-

Sebarang masalah atau pertanyaan
klik disini @ disini

Read more

Pengumuman khas

Wednesday, July 29, 2009


Read more

Akan datang.. Novel pertama hasil sendiri

Saturday, May 30, 2009



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua buat para pembaca blog? Saya harap anda berada didalam keadaaan sihat sejahtera senantiasa. Minta maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini atas urusan kesibukan Latihan Industri. Yang akan bertambah sibuk juga adalah insyaAllah akan keluar novel pertama yang terbaru hasil karya saya sendiri yang berjudul "Cintaku Dibelenggu Rindu".
Ia mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai cinta yang kuat walaupun dapat bertahan selama 5 bulan kerana terlibat dalam kemalangan yang ngeri. Beliau sering teringat dan merasai rindu akan kekasih lamanya sejak beliau mulai berkahwin dengan pasangan barunya semasa umurnya 21 tahun. Namun cintanya kini sering membawa pelbagai konflik didalam rumahtangga. Apakah yang akan berlaku pada dirinya? Nantikan kemunculan novel pertama saya.

*Dijangka akan keluar pada akhir bulan Oktober 2009
Read more

Perhatian kepada semua Ahli Persatuan Ukhuwah PSIS (PU) yang sedang menjalani Latihan Industri

Tuesday, March 31, 2009

Assalamualaikum..


Diminta kesemua sahabat sekalian menghubungi saya secepat yang mungkin...
As Soon As Posible!

(Ahmad Zulhilmi)
E-mail :
rmart_gendut@hotmail.com
or
praktical_posmel@pos.com.my

Phone no: 013 - 3010158

(Mohamad Firdausi)
Email:
shinoda89_fid@yahoo.com
or
shinoda89_fid@hotmail.com

Phone no : 017-2395042

Diharap dapat memberi kerjasama anda... dan sebarkan kepada yang lain..

Sekian, Wassalam..

Yang menjalankan tugas,
Firdausi
Read more

Dragon Ball Evolution Trailer

Wednesday, February 25, 2009


Akan Datang 8hb April 2009

Read more