Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Award by Nad

Monday, June 7, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Terima kasih kepada rakan blogger aku juga merupakan satu tempat pengajian di PSIS. Setelah sekian lamanya akhirnya dapat menerima award ikhlas dari Nad. Ini dia award yang diterima oleh beliau.

Award dari Nad. Thanks.

Then dalam award itu pula disertakan dengan soalan tag. Alamak, soalan ini sudah dijawab tempoh hari yang lalu namun tidak mengapa. Soalan beserta jawapan ini dipaparkan sekali lagi. Jangan marah.

Soalannya:

1. Adakah anda happy sekarang?? 
Sudah tentulah happy. Hidup kenalah penuh dengan happy, tak kan la sedih je memanjang.

2. Kenapa anda happy?? 
Sebabnya sudah tamat pengajian di IPT, insyaAllah sekiranya tidak ada apa-apa halangan. Kemudian dapat pulang ke rumah kediaman keluarga di Selayang, lama tak balik taw. Dapat jumpa adik-beradik dan paling penting mak aku... =)

3. Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Apa jua perkara yang merasakan itulah happy

4. Pernahkah anda menerima tag?
Pernah. Dikala dahulu-dahulu punya cerita sehingga gambar pun di tag.. Hahaha...
5. Nyatakan warna yang anda suka.
Aku nyatakan dua warna kegemaran yang teratas la. Iaitu coklat dengan hijau.

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
Ala... Bukan tak nak tapi tak mahu memaksa seseorang. Hehehe... (konon tunjuk baik). Terpulang kepada individu yang sudi hendak tag ini.

7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe.
Cukup sekadar kelebihan masing-masing yang ada.

8. Adakah anda happy dengan apa yang ada??
Alhamdulillah inilah nikmat happy..
Read more

Award dari Zatil

Saturday, June 27, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Fid dapat anugerah lagi. Kali ini dari saudari Zatil. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau. Walaupun ianya sudut maya tetapi pegertian disebalik anugerah itu amat bermakna.


Neno's Award.

Peraturan yang perlu dipatuhi :


1. Letak award di blog

Sudah dimuatkan didalam blog Fid

2. Beri award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda

3. Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka...

Proses ini akan dilakukan satu demi satu.


Read more

Terima Award lagi

Saturday, June 20, 2009

SELAYANG. 20 JUN - Satu fenomena yang ganjil berlaku disekitar Taman Bidara, Selayang dimana terdapat 2 kes melaporkan muncul dengan tiba-tiba sejak awal pagi tadi. Saksi kejadian, Mohamad Firdausi, 20, dipercayai menjadi saksi kejadian fenomena tersebut. Saksi memberitahu bahawa terdapat dua orang yang terlibat didalam kes yang berbeza. Ia melibatkan lelaki dan wanita. Kes pertama dipercayai muncul di kawasan terlebut seminggu yang lalu melibatkan seorang perempuan hilang secara tiba-tiba manakala kes kedua terlibat dengan kes mengejut melibatkan seorang lelaki berkaca mata. Kedua-dua suspek bagaimanapun telah ditemui didalam web mereka. Tambahan pula, kedua-dua suspek telah meninggalkan kesan nota yang cantik dan berwarna untuk diberikan kepada saksi kejadian tersebut.




(Suspek tersebut Nadia dan Rmartz)


Hehehe.. Terima kasih kepada kedua suspek diatas saudara Nadia dan Ahmad Zulhilmi (rmartz) kerana menjayakan artikel surat khabar ini sudi memberi penganugerahan berprestij ini. Walaupun di alam maya namun mempunyai maksudnya yang tersirat. Jangan marah ye..
Read more

Penerimaan Anugerah dari rakan Blogger

Sunday, May 24, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berita utama... Terdapat pelbagai jenis anugerah yang saya terima. Walaupun di ruangan maya namun ianya cukup bermakna bagi diri saya.. Harap maaf sekiranya menampal dahulu di blog saya baru nak promote.. Hehehe.. Anyway... Inilah anugerah yang berprestij ini..


Dari Ayie


Dari Nadia

Dari Nur Asyikin

Dari Aqila



Terima kasih yang memberi..... Keep it up... =)
Read more

Award untuk semua bersempena entri ke-100

Monday, May 11, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dimensi : 300 x 380px

Diam tak diam dah masuk entri ke-100. Baru nak masuk entri ke-100, mesti yang lain dah lebih dari saya kan. Huhu.. Anyway.. This is gift for all followers. Ikhlas dari saya untuk anda. Bukan followers pun dibenarkan mengambilnya. Apa tunggu lagi. Dapatkanlah sementara stok masih ada.
Read more

Terima Award dari Saya

Sunday, April 26, 2009



Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan..


Untuk kali ini saya dengan rasa murah hati memberikan anda satu pingat/award percuma dari saya khas buat blogger-blogger yang mengikuti perkembangan dan isu-isu semasa blog saya. Terimalah award yang tidak seberapa ini buat anda. Ikhlas dari saya.



Ahmad Zulhilmi
Azmi
Suhaimi
Dzulmajdi
Fiqri
Helmi
Wanhazel
Mahir Danial
Haninah
Izan Karmila
Fatin Hashim
Fafa
Fafaz
Sufy
Nadia
Zahidah
AkuAyie
Tia
Puddingpie
Aqila
Wafi


*dan ramai lagi. Yang tidak follow saya pun tetapi membuat bookmark pun dipersilakan ambil sebagai cenderahati...
Read more