Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Tokyo DOGS (JDrama)

Tuesday, June 8, 2010

Takakura So telah menyaksikan pembunuhan ayahnya pada usia muda. Dia berjanji untuk menangkap pembunuh itu, maka dia membesar menjadi polis elit di New York City, tempat tinggal jenayah. Wataknya adalah berkepala dingin dan disiplin, namun menyesuaikan diri dengan baik. Dia dihantar ke Tokyo untuk melakukan siasatan bersama dengan polis Jepun. Di sana, ia akan bekerja sama dengan Kudo Maruo, seorang detektif dari bahagian penyelidikan khas. Maruo adalah seorang ahli pertempuran berdarah panas kerana hari sebelumnya perwatakkan nakal. Keperibadiannya, minat, dan kaedah penyiasatan benar-benar berpadanan dengan Takakura, tapi kedua-dua sukar bekerjasama untuk menyelesaikan kes mereka telah diberikan. Dengan penampilan dari seorang wanita Matsunaga Yuki yang kehilangan semua memori dia tetapi ia seperti ada kaitan dengan pembunuh ayah Takakura. Maka perjalanan kerjasama antara elit New York dan detektif Jepun bermula ...

Pelakon utama:
Oguri Shun sebagai Takakura So











Mizushima Hiro sebagai Kudo Maruo










Yoshitaka Yuriko sebagai Matsunaga Yuki











Link Muatturun:
Mediafire share folder

atau
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod Terakhir
Read more

Perhatian kepada semua pengguna web sosial seperti Facebook

Saturday, May 22, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

PERINGATAN untuk diri aku dan juga rakan-rakan yang lain. Harap dapat sebarkan kepada semua jika boleh. Minta kita semua termasuk aku untuk tutup Facebook masing-masing pada hari ini (jika boleh kurangkan penggunaan Facebook untuk masa akan datang) kerana terdapat golongan kafir laknatullah sedang melukis karikatur nabi kesayangan kita di FB dan semua web sosial ciptaan mereka. Sekiranya semua pengguna FB atau mana-mana web sosial tidak membuka, maka mereka akan mengalami kerugian yang cukup besar.

Sumber: Hamba Allah yang menghantar mesej kepada aku untuk disebarkan kepada semua. Terpulang kepada anda samaada hendak membuka ataupun tidak. Sedikit pandangan dari aku, lebih bagus kalau kita kurangkan login FB kerana setiap masukkan mahupun tempoh masa yang lama di FB mampu merugikan pencipta laman web sosial.. So, better kita sama-sama kurangkan penggunaan dimana-mana laman web sosial seperti Myspace, Facebook, Tagged, atau apa jua media sekalipun.. Sekadar pandangan...
Read more

Hati dalam diri

Thursday, April 22, 2010

Dalam penantian ini
terdapat keanehan dalam diri
yang tidak mampu mengenalpasti
akan sesuatu yang diduga hari ini
mencari cinta yang hakiki.

Kesusahan dilanda yang pasti tidak dijangka
hilangnya permata tidak dijaga
namun perhiasan pasti dirasa
akan keindahan wajah pesona
nan jauh ku bersua.

Sentuhan jiwa yang pasti ku harapkan
akan cintamu yang tiada tolok bandingan
namun ku harus pasrah akan perhubungan
kerana diri ini yang penuh penghinaan
dan juga dipenuhi dengan cabaran.

Perkara lain yang perlu diberi fokus
adalah merasakan hati yang gratis
yang memerlukan jiwa yang puitis
yang juga memerlukan pemikiran yang kritis
agar hati hitam dapat dikikis.
Read more

Kopi Penyegar & Risikonya

Thursday, February 18, 2010

Sebenarnya tabiat minum kopi dalam kalangan muda-mudi semakin meningkat kebelakangan ini. Jika sebelum ini, minum kopi cukup sinonim bagi orang dewasa terutama di kawasan luar Bandar yang menjadikan kedai kopi tempat mereka bersantai selepas penat melakukan pelbagai kerja kampong, kini situasi yang sama turut dialami warga kota. Walau begitu rancaknya perkembangan industry minuman kopi di negara kita, namun kesan negative pengambilan kopi (yang sinonim dengan kafeina) terhadap kesihatan tubuh badan tidak dapat dinafikan. Namun bagaimanapun kesan pengambilan kafeina pada setiap individu berbeza. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafeina kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa.

Kesan Kafeina

Berbanding the (20 – 200mg), minuman coklat (10mg), minuman berkarbonat (30 – 75mg), kopi mengandungi paling banyak kandungan kafeina iaitu sebanyak 200 – 250mg. Kafeina adalah bahan bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan). Sifat sebegini menyebabkan individu yang mengambil kafeina akan kerap membuang air kecil. Ada juga berpendapat meminum kopi lebih daripada tiga (3) cawan boleh meningkatkan risiko barah. Walaubagaimanapun setakat ini tiada kajian saintifik menyokong kenyataan ini. Apa yang pasti, kesan kafeina kepada kesihatan manusia bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan tersebut. Antara lain implikasi pengambilan kafeina dalam kehidupan seharian seperti berikut:

Kesan pengambilan kafeina yang sedikit:
-    Mengganggu corak tidur.
-    Meningkatkan degupan jantung.
-    Meninggikan tekanan darah.
-    Tangan terketar-ketar perlahan.
-    Kurang selera makan.

Kesan pengambilan kafeina yang berlebihan:
-    Resah dan gelisah.
-    Sukar menumpukan perhatian.
-    Sakit kepala.
-    Sukar tidur.
-    Keliru.


Manfaat Kopi

Selepas minum kopi, daya intelektual individu tersebut akan meningkat dan sekiranya di tempat kerja, dia mampu meluahkan idea lebih baik, menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas, teliti, kurang melakukan kesilapan seperti ketika menaip dan sebagainya. Selain itu, kajian terbaru mendapati tabiat minum minuman berkafeina juga ada faedahnya kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan mengelakkan risiko kematian akibat serangan jantung, terutamanya warga emas.

Antara lain manfaat kerana:
-    Ada kajian menunjukkan kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus.
-    Kebanyakan penyelidik mendapati lebih banyak pengambilan kafeina, lebih baik untuk kesihatan kerana mampu merendahkan risiko kanser usus (25%), sirosis hati (80%) dan batu karang sebanyak (50%).
-    Mengandungi methlzentin; iaitu bahan yang digunakan dalam ubat asthma.

Melihat kepada kenyataan diatas, hakikatnya kesan kafeina ada kebaikan dan ada juga keburukkan. Walaupun tiada kajian saintifik yang mengesahkan, namun sebaik-baiknya sifat sederhana adalah lebih baik. Ini bukan sahaja khusus kepada pengambilan kafeina, bahkan dalam apa jua pengambilan makanan sekalipun. Setiap minuman atau makanan akan diperoleh manfaatnya jika diambil secara sederhana dan ingatlah, apa juga yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan.



Tip kurangkan pengambilan kafeina

Bukan suatu yang mudah untuk mengelak atau mengurangkan minum kopi apatah lagi untuk berhenti terus daripada meminumnya. Jika selama ini anda sudah terbiasa minum empat hingga lima cawan kopi setiap hari, mungkin anda bagaikan tidak kena sahaja sepanjang hari andai terpaksa menghadkan kuantiti minuman tersebut. Aromanya yang begitu mengasyikkan itu sahaja sudah cukup membuatkan hati tidak keruan. Sebagai alternatif, anda boleh mencuba panduan mengurangkan pengambilan kafeina didalam kopi seperti berikut:
1.    Fokus kepada menikmatinya. Ini adalah taktik baik bagi mereka minum terlalu banyak kopi di tempat kerja. Daripada buat kopi menggunakan mesin pembuat kopi automatik, apa kata anda bancuh kopi dalam cawan kecil secara manual. Sewaktu membancuh, tumpukan pada aroma dan keadaannya yang cukup memikat ketika masih panas sebelum meminumnya.
2.    Sekiranya anda tidak dapat menghilangkan rasa ketagih, anda disarankan supaya membeli kopi yang mengandungi rendah kafeina. Lazimnya kopi berjenama (yang mahal) mempunyai kandungan yang rendah kafeina berbanding konvensional kopi.
3.    Akhir sekali, anda boleh menikmati sepenuhnya rasa kopi walaupun menggunakan kopi rendah kafeina dengan membancuhnya bersama kopi tanpa kafeina.

Info Kopi

Kopi adalah…
-    Produk yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia selepas minyak.
-    Dianggarkan sebanyak 1,400 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia.
-    Minuman kedua paling banyak diminum selepas air.
-    Pokok kopi mempunyai nilai hayat selama 50 hingga 70 tahun.
-    Sekiranya hidung anda tidak selesa selepas mencuba pelbagai minyak wangi, hidu sedikit kopi untuk menyegarkan kembali organ bau anda itu.
-    Bagi menghalang tanaman anda menjadi habuan serangga perosak seperti siput dan ulat, taburkan serbuk kopi di sekitar kawasan terlibat.


Ilusi dan Realiti
Read more

Perjuangan dan Dugaan Semester Akhir

Thursday, January 28, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Terlebih dahulu ingin aku mohon maaf atas kelewatan yang amat sangat mengemaskini blog ini. Ternanti-nanti artikel baru dari aku. Hohoho.. Untuk pengetahuan pada semua pembaca, blog ini mengalami kelewatan mengemaskini blog bukan kerana ketiadaan idea tetapi masa mencemburui untuk menulis apa jua yang terlintas difikiran aku. Maklumlah, semester akhir ini aku perlu fokus sepenuhnya. Fokus kearah pembikinan projek akhir semester. Sudah banyak yang aku tinggalkan kali ini, antaranya adalah memberikan mandat tugas organisasi kepada pelapis yang baru. Semester ini aku ditugaskan menyandang jawatan Majlis Eksekutif sahaja dimana skopnya hanya memberi pandangan, cadangan, komen, dan kritikan sahaja. Segala keputusan hanya ditentukan oleh Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi Januari 2010.

Bila sudah diserahkan tugas yang berat ini kepada orang baru, terasa rindu pula hendak lakukan kerja-kerja yang membuatkan diri aku aktif. Sejak penyerahan, aku semakin tidak aktif. Hendak diikutkan hendak pegang jawatan lagi, bukan kerana gila kuasa tetapi ada perkara yang rasa tidak selesai lagi. Tapi, kali ini aku perlu fokus kepada projek akhir semester. Aku tidak boleh abaikan, melibatkan permarkahan aku gak. Maka, sebab itulah aku serah tugas yang pernah aku sandang sebelum ini kepada orang baru. Kalau hendak mengetahui siapa pucuk pimpinan  kali ini, lawati blog Rakan Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah.

Aku mengharapkan sepenuh komitmen dari Majlis Tertinggi serta ahli-ahlinya untuk menyambung perjuangan kami  yang pernah jatuh dan bangkit selama hampir 6 semester. Jadi, lakukan yang terbaik dari kami. Buktikan yang anda semua mampu lakukan dan ukirkan kepada kami senyuman yang paling manis sejurus kami melangkah keluar meninggalkan perkampungan pembelajaran. Aku dan juga senior-senior tidak mengharapkan wang sebagai balasan tetapi senyuman yang kami mahukan. InsyaAllah, kita bersama-sama berganding bahu didalam membentuk dan menyelaraskan organisasi dengan sempurna.

Tetapi, aku diberi implikasi yang sangat besar bagi semester akhir ini. Pelbagai dugaan aku perlu tempuhi. Antaranya, "Fast Forward" projek akhir semester yang perlu disiapkan pada pertengahan bulan Mac, salah faham antara beberapa pihak, paper repeat Sistem Elektronik Berdigit semester 3 yang belum lagi diambil untuk dilaksanakan pada semester ini juga dan sebagainya. Inilah ujian yang Allah berikan untuk hambaNya mampukah menempuhi dugaan-dugaan bagi semester akhir. Mohon sokongan dari anda untuk aku dapat berdiri tanpa dipapah oleh orang.

Rasa itu sahaja luahan bagi mengemaskini blog ini.  Ada banyak lagi hendak dicerita tapi kena "Follow the Flow". Sekian, nantikan lagi artikel-artikel yang menarik ok..

p/s: Novel pendek dalam penghasilan sambungan jalan cerita Cintaku Dibelenggu Rindu. Nantikan sambungannya..
Read more

Perhatian: Perjumpaan ahli lama JPI/PU/RPI (PSIS)

Tuesday, January 5, 2010

Assalammualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua ahli lama JPI/PU/RPI (termasuk pelajar yang baru tamat menjalani Latihan Industri), satu perjumpaan "Selamat kembali ke PSIS" akan diadakan pada

Tarikh    : 16/01/2010
Hari        : Sabtu
Waktu    : 10.00 pagi
Tempat    : Ruang Solat Pusat Islam, PSIS
Agenda    :
  • Helwa telinga.
  • Bacaan sepotong hadis.
  • Sesi Ta'aruf bersama pelajar lepasan Latihan Industri sesi Julai 2009.
  • Info Terkini Pilihan Sensasi.

*    Pelajar yang berada diluar asrama di alu-alukan hadir.
**    Pelajar yang berada didalam asrama WAJIB hadir.
***    Komitmen anda amatlah penting didalam penglibatan anda didalam menyertai organisasi

Read more

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa

Wednesday, December 30, 2009

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    :      1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat)
(Malam Tahun Baru)
Masa      :     1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Tempat  :      Perkarangan Masjid Negara.
(Berhampiran dengan Tapak Ekspo, Masjid Negara)

Aturcara Program adalah seperti berikut :

    * Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    * Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
    * Pameran Bulan
    * Solat Sunat Gerhana Bulan
    * Khutbah Khas Gerhana Bulan
    * Pertandingan Kuiz

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Bulan Separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal 1 Januari 2010 jam 1.17 hingga 5.28 pagi.
Read more

Contest "Anda Boleh Menjadi Pemenang"

Thursday, December 17, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..



PERHATIAN!!

Contest ini adalah kali pertama diadakan. Maka contest ni ada kaitan dengan blog Ilusi dan Realiti. Khas kepada semua orang yang rajin dan sudi membaca semua artikel-artikel yang aku pernah paparkan dalam blog ini..

SOALANNYA:
1. Berapa jumlahkah artikel yang sudah dipaparkan dalam blog Ilusi dan Realiti?
2. Kategori yang manakah kedua tertinggi dicatatkan dalam blog Ilusi dan Realiti?

HADIAH:
Kredit masa berbual sebanyak RM20

TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
15 Januari 2010


Sila nyatakan jawapan anda diruang komen. Sekiranya tiada akaun Google, anda boleh menghantar email ke alamat shinoda89_fid@hotmail.com
Pemenang akan dimaklumkan sejurus tarikh tutup penyertaan. Jawapan yang tepat dan yang terdahulu bakal meraih hadiah yang diberikan ikhlas dari aku. Jikalau jawapan hampir tepat, akan dipertimbangkan.

Nota: Artikel yang terkini selepas artikel contest tidak dikira didalam penjumlahan.
Read more

WiFi@PSIS?? Bagus tetapi berbaloikah?

Monday, December 14, 2009

SPECIAL OFFER!!!







10Mbps PSIS WiFi Broadband

Pada semester hadapan (2010), pihak Koperasi PSIS akan menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar menerusi rangkaian WiFi. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga PSIS dan boleh digunakan di mana sahaja di dalam kawasan politeknik.

Kelajuan perkhidmatan yg diperuntukkan untuk setiap pelanggan ialah 10 Mbps pada harga yang sangat berpatutan. Pakej-pakej yg ditawarkan adalah seperti berikut:

Prabayar harian = RM3
Prabayar bulanan = RM30
Prabayar semester = RM150


Promosi: Pendaftaran awal boleh dilakukan sekarang dengan mengisi borang yang boleh didapati di Koperasi PSIS. Anda juga boleh mendaftar secara online di laman web berikut:
www.sutraworlds.com/prereg.htm
Bagi semua pelanggan yang mendaftar awal, diskaun istimewa akan diberikan untuk pakej bulanan dan semester. Anda akan hanya perlu membayar RM25 sahaja sebulan atau RM120 untuk satu semester jika anda mendaftar sebelum 18 Disember 2009. Terdapat juga hadiah misteri menanti pelanggan bertuah. Jangan ketinggalan!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak koperasi atau email kepada psis@sutraworlds.com

 Pada dahulu kala masa awal Januari 2008 kot PSIS pernah ada WiFi sekitar hotspot yang tertentu. Pada mulanya laju tetapi apabila terlalu ramai orang yang menggunakannya, maka server menjadi perlahan atas sebab kapasiti yang terhad kepada 255 orang pengguna setiap 1 pencawang. Kemudian, WiFi itu ditutup atas sebab-sebab tertentu yang aku tidak perlu untuk sampaikan disini. Pada pertengahan sesi Julai 2009, penuntut di PSIS mula bertukar menggunakan broadband masing-masing dan semestinya antara yang popular adalah Celcom Broadband. Tetapi, apabila terlalu ramai yang menggunakannya khususnya pada waktu malam @ kemuncak, bermulalah line yang tidak dapat diselamatkan. Daripada laju sehinggalah dari lambat..

Maka, muncullah satu WiFi baru yang aku difahamkan akan ada piring satelit yang besar (seperti yang kamu pernah lihat di tempat stesen minyak kot) dan beberapa pencawang kecil setiap sudut blok asrama kot. Berkelajuan 10Mbps dengan harga yang berpatutan bersistemkan prabayar (prepaid). Tetapi, berbaloikah dengan kelajuan dan harga sedemikian kepada pelajar? Prepaid or Postpaid is the better???
Read more

2012 (part 3)

Tuesday, November 3, 2009



* sambungan dari artikel 2012 (part 2)

Apakah itu Zon Foton?

Zon Foton adalah daerah yang terdiri dari partikel cahaya foton. Cahaya foton adalah akibat dari perlanggaran anti elektron dengan elektron. Perlanggaran itu menyebabkan kedua partikel itu saling menghancurkan yang kemudian menimbulkan tenaga foton atau partikel cahaya. Kelak kemudian hari foton akan menjadi sumber tenaga utama untuk memenuhi keperluan tenaga, selain tenaga nuklear tentunya.

Sebenarnya ada suatu rahsia alam semesta yang selama ini mungkin belum diketahui oleh banyak orang.

Seperti yang kita ketahui,bahwa setiap sistem galaksi dan sistem suria tentu mempunyai suatu pusat,misalnya Galaksi Bima Sakti kita (The Milky Ways) yang berpusat pada Matahari.
Tapi tahukah anda, bahwa selain berputar mengelilingi matahari, dikatakan Bumi juga mengitari suatu matahari pusat alam semesta (Central Sun) yang berada pada gugus bintang Pleiades.
Semua bintang dan planet di alam semesta, tak terkecuali Matahari juga berputar mengitari Central Sun.Para astronomi menamai Central Sun ini ALCIONE.

Galaksi kita (The Milky Ways) berikut planet-planetnya termasuk bumi memerlukan waktu 25.860 tahun untuk mengitari ALCIONE itu, maka tiap 12.500 tahun sistem suria kita berlanggar dengan Zon Foton. Untuk melintasi Zon Foton diperlukan 1000-2000 tahun.

Sejak 1961 sistem suria kita sudah mulai memasuki Zon Foton. Dan akan berada di pusatnya pada tahun 2011-2012. Masuknya sistem suria kita ke dalam Zona Foton akan memberikan peningkatan frekuensi getaran bumi dan peningkatan kesedaran manusia, yang selanjutnya memacu perubahan besar dalam kehidupan di planet bumi.

Lalu apakah yang terjadi pada Bumi di saat masa-masa transisi tersebut?

Di tepi Zon Foton terdapat suatu dinding pembatas yang disebut Zon Nil. Di Zon Nil tersebut terjadi pemampatan tenaga yang sangat dahsyat, di mana medan magnetik sangat padat sehingga segala sesuatu yang melintasi Zon tersebut pasti mengalami perubahan.
Bererti juga medan magnetik bumi dan matahari akan berubah mengalami jenis magnetik yang baru., yakni magnetik antaradimensi yang mengakibatkan perubahan drastik pada medan elektrik magnetik dan graviti bumi. Dapat dibayangkan pengaruhnya pada semua alat elektrik yang kita kenali sekarang, semua tak akan berfungsi, kenderaan dan pesawat tidak berfungsi, pendingin ruangan akan mati total, lampu-lampu elektrik tak lagi menyala.

Selain itu, kesan peningkatan frekuensi getaran alam akibat tenaga foton akan meningkatkan aktiviti gelombang laut, gunung berapi, gempa bumi, perubahan cuaca/ilklim, pemanasan global dan terciptanya lobang-lobang ozon.



Diperkirakan penghuni bumi menghadapi suatu kehidupan dan kegelapan yang tak dapat difahami diantara akhir Zon Foton nanti (2011-2012).

Hari 1-2: Matahari tidak bersinar dan bumi menjadi gelap gelita dan dingin yang dahsyat.

Hari 3-4: Tampak cahaya muncul, bagai fajar, bintang-bintang mulai muncul di langit

Hari 5-6. Menghadapi hari yang bercahaya benderang selama 24 jam terus menerus. Seluruh mahluk bangkit dengan semangat baru.Menerima tenaga baru. Kemampuan supernatural muncul suatu era zaman baru.

Tanda-tanda transisi mudah kita lihat dengan berbagai rentetan peristiwa yang ditayangkan media massa maupun media elektronik.
Hidup yang semakin sulit dan banyak tentangan dan masalah, masa depan yang suram, kehidupan sosial politik dan ekonomi yang hiruk pikuk dan heboh. Banyak orang yang gelisah dan dirundung kecemasan, dan tekanan jiwa, gelisah, kekalutan mental, tindakan kekerasan, kekejaman, atau pemberontakan untuk mencapai kebebasan dan reformasi (Zaman Edan telah mencapai puncaknya)

Zon Foton dikenal juga dengan sebutan Nebula Emas. Di mana manusia akan menikmati zaman keemasan. Manusia-manusia yang dapat tetap hidup dan lolos dari tahap aKhir Galactic Synchronization nanti akan memiliki tingkat kesedaran yang tinggi. Mungkin inilah saatnya yang dinyatakan dalam Al-Qur'an maupun Bible bahwa manusia akan berubah dalam sekejap mata.

Kemampuan-kemampuan spiritual seperti telekenesis, clairvoyance, clairaudience dan kemampuan-kemampuan spiritual yang hanya dimiliki orang-orang tertentu akan menjadi milik setiap orang. Penghuni bumi akan menjadi makhluk 'superbeing', atau 'superman' (atau lebih tepat seakan-akan cerita X-Men).

Apa yang ditulis di atas adalah andaian pengkaji sahaja untuk menggali seberapa banyak kemungkinan dari misteri ini. Bukanlah dibuktikan tepat 100%. Fikir, renung dan pertimbangkanlah.

Badan jasmani manusia yang berhasil melampaui masa transisi dan tetap hidup, akan mengalami perubahan. Keperluan jasmani juga berkurang, tidak seperti manusia zaman sekarang yang terlalu banyak menuntut gaya hidupnya. Kehidupan di Zaman Baru akan memberikan kekuasaan manusia berkesempatan dan berkemampuan untuk meremajakan diri jasmaninya dan hidup tanpa batas waktu.

Bangsa Manusia Baru akan mempunyai pemimpin yang memiliki kesadaran multidimensional, memimpin manusia menuju kehidupan yang damai, sejahtera, dan bahagia sesuai dengan rencana Tuhan.

Sekali lagi ini adalah andaian dari kajian para saintis. Kemungkinan perubahan itu berkaitan dengan tanda-tanda akhir zaman atau kronologi hari akhirat seperti yang kita pelajari dari kitab-kitab dan ulamak-ulamak kita contohnya kebangkitan di padang mahsyar, malam yang panjang dan matahari terbit dari barat.

Sejarah planet bumi dan asal-usul manusia akan terungkap. Sejarah yang selama ini dibayangkan atau ditemukan oleh ahli-ahli sejarah sangat berbeza dengan kejadian yang sesungguhnya. Akhirnya manusia akan memahami jati dirinya, tahu siapa dirinya di masa silam dan apa tugas serta takdirnya, tidak semata-mata sebagai manusia bumi, tetapi sebagai manusia galaktik yang memiliki kesedaran kosmik.


Firdausi : Sejauh mana bekalan amalan kita untuk akhirat nanti? Adakah bekalan kita full? Adakah bekalan kita half? Ataupun bekalan kita empty? Tepuk dada tanya diri iman anda.
Read more

2012 (part 2)

Monday, November 2, 2009



* bersambung dari artikel 2012 (part 1)

Jika anda menambahkan semua senario bencana yang mungkin terjadi, anda dengan mudah mengatakan dengan pernyataan ini, Bumi menjadi tempat yang tidak sesuai untuk ditinggal peradaban manusia pada 2012 ataupun mereka yang hidup dekat lapisan luar bumi. Hal ini mungkin saja dapat terjadi pada Marikh jutaan tahun yang lalu.

Mungkin benar adanya apa yang dikatakan Bangsa Maya mengenai kehancuran peradaban manusia di tahun 2012 esok,hal tersebut tentunya dapat kita lihat dari sifat-sifat manusia zaman sekarang yang anda sudah maklum bagaimana moralnya,kelakuan dan sebagainya malahan alam pun kelihatannya semakin tidak 'bersahabat' dengan kita.

Ramalan serupa juga diutarakan oleh beberapa Biksu di Tibet yang terkenal dengan penguasaan clairvoyance(keupayaan merenung,meramal,menilik-psikik)nya yang sangat baik.Mereka mengatakan pada awal tahun 2012 merupakan tahun paling mendebarkan bagi umat manusia di muka Bumi,dimana pada permulaan tahun,beberapa fenomena aneh akan banyak muncul. Namun dalam penutupnya,para Biksu mengatakan Bumi akan terselamatkan oleh sebuah kekuatan besar yang melindungi mereka secara ghaib ,sehingga memungkinkan peradaban manusia tidaklah sepenuhnya musnah.

Dalam tulisan di atas ada disebutkan mengenai penyelarasan Galaksi (Galatic Synchronization) yang diramalkan bangsa Maya akan benar-benar memasuki tahap puncaknya di tahun 2012 nanti.
Telah juga dihuraikan juga pada sebelumnya, bahwa kitaran penyelarasan galaksi ini memang terjadi setiap 5125 tahun sekali,titik permulaannya adalah pada tahun 3113 SM dan mencapai titik puncaknya di tahun 2012 M (3113 + 2012 = 5125).
Selama kitaran besar ini berjalan, setidaknya ada 13 tahap paling utama yang dilalui oleh kehidupan manusia diantara jenjang waktu 5125 tahun itu.

Perlu diingat bahawa ini adalah hasil andaian atau kajian dari para pengkaji yang cuba menelah rahsia di sebalik kalendar misteri ini. Jadi kita cuma ambil pengetahuan darinya dan bersama memikirkan kebenarannya.

Pada setiap Baktun terdiri dari 144,000 hari. Namun sampai saat ini belum ada kepastian mengenai bilakah tarikh perputaran Baktun ini dimulai. Para Sarjana banyak yang berbeza pendapat mengenai hal ini,ada yang mengatakan mulai pada tarikh 13 Ogos 3113 SM, ada juga yang mengatakan 11 Ogos 3113 SM.

Kemudian, di setiap Baktun akan dihuraikan beberapa kejadian besar yang pernah dan yang akan dilalui oleh peradaban manusia ke-5 dibumi ini, iaitu dimulai dari Baktun pertama (3113 SM) sampai Baktun paling puncak/terakhir (2012 M).



Berikut ini ditampilkan rentetan kejadian-kejadian besar tersebut secara berurutan:

1.Baktun 0 = "Baktun of the Star Planting" (Periode 3113-2718 SM) 13.0.0.0.0
*Masuknya Bumi pada "Galactic Synchronization Beam" tahap awal
*Masuknya Bumi pada siklus "Star transmission" baru di alam semesta
*Peradaban manusia baru (ke-5) dimulai
*Bangsa Mesir Kuno muncul 3100 SM
*Penguasaan Sumeria 3000 SM
*Pembinaan awal Stonehenge dimulai 2800 SM

2.Baktun 1 = "Baktun of the Pyramids" (Periode 2718-2324 SM) 1.0.0.0.0
*Pembinaan awal Piranid Agung Giza 2700-2600 SM
*Penyebaran Peradaban Sumeria di Timur Tengah
*Pengembangan perkakas Perunggu
*Peradaban Harapa India dimulai
*Masa bercucuk tanam berkembang pesat di China,Mesoamerica,dan Andes

3.Baktun 2 = "Baktun of the Wheel" (Periode 2324-1930 SM) 2.0.0.0.0
*Roda ditemukan
*Alat pengangkutan beroda muncul
*Kod hukum ditulis
*Mulainya Empayar Babilon pertama
*Era of Legendary Emperors China
*Peradaban Minoa,Crete dimulai

4.Baktun 3 = "Baktun of the Sacred Mountain" (Periode 1930-1536 SM) 3.0.0.0.0
*New Kingdom di Mesir
*Kerajaan Mesir mengabadikan mengenai kekuasaan keturunan Raja,memperkuat pola pertahanan kerajaan sebagai norma untuk kehidupan yang beradab
*Hancurnya peradaban Minoan (peradaban indus) oleh Bangsa Arya

5.Baktun 4 = "Baktun of the Shang" (Periode 1536-1141 SM) 4.0.0.0.0
*Dinasti Shang China berdiri,doktrin pengucapan Yin Yang, kemajuan pengetahuan akan pengolahan perunggu
*Peradaban Vidic India dimulai
*Kemunculan Peradaban Chavin,Olmec,Mesoamerica
*Masa kenabian Ibrahim sampai Musa
*Munculnya peradaban Mesopotamia

6.Baktun 5 = "Baktun of the Imperial Seal" (Periode 1141-747 SM) 5.0.0.0.0
*Empayar Babilon-Assyirian dimulai
*Perkenalan persenjataan Besi
*Kenaikan Mycenean Yunani di Mediterania
*Awal Dinasti Chou di China
*Kuda digunakan pertama kali untuk berperang,dan munculnya pola gemar berperang pada setiap kerajaan

7.Baktun 6 = "Baktun of the Mind Teachings" (Periode 747-353 SM) 6.0.0.0.0
*Gelombang jangkamasa pertama Peradaban Maya di Mesoamerika
*Empayar Parsi dimulai
*Zaman-zaman bagi para filusuf Yunani (Plato,Socrates dan Aristoteles)
*Six Schools of Vedic thought
*Mahavira dan Budha,kehidupan Confucius,Lao Tze,Chang Tzu di China
*Sistem Kalendar Bangsa Maya diciptakan

8.Baktun 7 = "Baktun of the Annoited One" (Periode 353 SM - 41 M) 7.0.0.0.0
*Alexander The Great,Rise of Rome
*Teknologi Besi diperkenalkan
*Permulaan Dinasti Han
*Pembinaan The Great Wall China
*Penyebaran Budha sebagai Agama Kosmopolitan di India sampai Asia Tengah
*Masa Kenabian Isa Almasih/Yesus Kristus
*Kemunculan Olmec dan permulaan dari Teotihuacan

9.Baktun 8 = "Baktun of The Lords of Red and Black" (Periode 41-435 M) 8.0.0.0.0
*Pembinaan akhir Piramid Teotihuacan
*Penggabungan kebudayaan Mesoamerika
*Ajaran Lord and Black pertama muncul di Quetzalcoatl
*Peradaban Nazca dan Easter Island
*Pengembangan dan masa kemunduran Kerajaan Romawi
*Munculnya Kristian sebagai suatu keyakinan/agama
*Dinasti Han runtuh
*Buddha tersebar ke wilayah Asia Tenggara

10.Baktun 9 = "Baktun of The Maya" (Periode 435-830 M) 9.0.0.0.0
*Gelombang kedua Galactic Maya Civilization
*Masa Kenabian Muhammad SAW dan munculnya Islam sebagai suatu keyakinan/agama
*Kristian menyebar ke Eropa,Kristian Rom di Eropa Barat dan Ortodoks di Eropa Timur
*Hindu menjadi agama dominan di India
*Ajaran Budha tersebar ke wilayah Korea dan Jepun
*Masa Dinasti T'ang
*Kejayaan Kerajaan2 di wilayah Asia Tenggara,Indonesia
*Kedudukan penting Tiahuanaco,Andes
*Munculnya peradaban Polinesia,Oceania dan Nigeria

11.Baktun 10 = "Baktun of the Holy Wars" (830-1224 M) 10.0.0.0.0
*Kehancuran Peradaban Maya dan Central Mexico
*Masa keemasan peradaban Toltecs
*Munculnya peradaban Chimu di Andes
*Perang salib
*Berjayanya peradaban Tibet
*Munculnya Peradaban Khemer di Asia Tenggara

12.Baktun 11 = "Baktun of Hidden Seed" (1224-1618 M) 11.0.0.0.0
*Penyebaran Islam Ke India , Asia Tenggara , dan Afrika Barat
*Kejayaan Orang-orang Turki
*Puncak perkembangan Kristian di Eropa Barat
*Puncak perkembangan Kristian Ortodoks di Eropa Timur
*Peradaban Eropah berhasil menaklukkan Bangsa Inca dan Aztec

13.Baktun 12 = "Baktun of The Transformation of Matter" (Periode 1618-2012 M) 12.0.0.0.0
*Zaman Imperialisme dan Kapitalisme
*Revolusi Industri
*Revolusi Amerika
*Kolonialisme di Afrika,Amerika Latin dan Asia
*Revolusi Prancis
*Industrialisasi di Jepun
*Fahaman Marxisme oleh Karl Marx
*Revolusi Komunis Rusia dan China
*Perang Dunia 1 dan 2 meletus,era bom atom
*Era Nuklear dimulai
*Keganasan mulai bermaharajalela secara global
*Kejayaan Islam dan Munculnya kekuatan baru di India dan Timur Tengah
*Mulai tidak stabilnya peradaban di Bumi
*Bumi memasuki era ahir global regeneration
*Bumi memasuki Zon Foton tahap ahir
*Akhir Galactic Synchronization (December 2012)

Jika kita lihat dari kitaran Baktun di atas,maka benar tahun 2012 merupakan titik akhir dari Galactic Synchronization dan Zon Foton.Cuba perhatikan pada huraian Baktun 12 diatas, garis Era Nuklear dan akhir Galactic Sychronization merupakan tahun di mana saat ini kita masih bernafas, sampai jangka waktu tahun-tahun kedepannya (2008-2012).

* klik disini untuk sambungan artikel 2012 (part 3)
Read more

2012 (part 1)

Sunday, November 1, 2009




Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba di Amerika Selatan. Maya terkenal dengan piramidnya, dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga. Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi; yang dari itu terhasillah kalendar Maya yang penuh rahsia ini. Kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada dibumi sampai sekarang.

Pada sistem haribulan di dalam kalendar Maya ini, para pengkaji telah menemui satu perkara yang aneh di mana kalendar ini berakhir pada tarikh 21 Disember 2021 Masehi. Kalendar ini bermula pada tahun 3113 Sebelum Masehi dimana kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabtun.
Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari. 19 kin atau 19 hari bersamaan 1 uinal. 359 hari = 1 tun. 7,200 hari = 1 katun.
144,002 hari = 1 baktun. 1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian). 2,880,025 hari = 1 piktun dan 57,600,025 hari =1 kalabtun.
Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan.

Kalendar kaum Maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar ‘kodex’ oleh jururamal atau Shamans. Dua kodex yang terkenal ialah kodex Tro Cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa mereka. Kalendar Maya memang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa.



Bangsa Maya merasmikan kalendar mereka bermula dari tarikh 20 September 3113 Sebelum Masehi yang digelar sebagai "Era Maya". Tahukah anda bahawa kaum Maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch Kejadian adalah satu hari di mana "alam ini diperbaharui" yang antara lain bermaksud satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa manusia. Sama ada percaya atau tidak tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan -tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya. Bukti-buktinya memang telah lama termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap tamadun dunia yang lain. Kaum Maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu saat majal atau kecelakaan (bad omen) yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliacle rising of the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.

Satu Epoch Kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun Maya bermula dari 20 September 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh 23 Disember 2012 M Gregorian!Bangsa Maya dikatakan telah menyatakan pada tahun 2012, tepatnya tanggal 21 Disember 2012 merupakan "End of Times". Maksud dari "End of Times" itu sendiri masih diperdebatkan oleh para ilmuwan dan ahli arkeologi. Jangan pula anda menganggap ini adalah tarikh berlakunya kiamat, masih terlalu awal untuk membuat andaian, masih banyak lagi rahsia yang perlu digali dan ditafsir dari kalendar Maya ini.

Ada yang menyatakan bahwa maksudnya adalah :

1. Berhentinya waktu (bumi berhenti berputar)
2. Peralihan dari Zaman Pisces ke Aquarius
3. Peralihan dari Abad Silver ke Abad keemasan
4. End of Times = End of the World as we know it
5. Akan ada sebuah galactic Wave yang besar, yang memberhentikan semua kegiatan di muka bumi ini, termasuk kemusnahan manusia
6. Perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4, bahkan 5
7. Kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3, ke 4, DNA manusia meningkat dari strain 2 ke 12, sehingga manusia dapat menggunakan telepati bahkan telekinesis
8. Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa
9. Ada yang menyatakan waktu sudah tidak akan berlaku, jadi waktu tidak linear, tetapi bisa berubah2, sesuai dengan waktu yang kita alami, kerana ditemukannya mesin waktu
10. Ditemukannya mesin waktu dan stargate
11. Manusia sudah dapat melakukan transportasi ke galaksi lain, melalui stargate
12. Bangkitnya messiah, yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran
13. Kebangkitan Isa AS / Jesus
14. First Contact pertama kali peradaban manusia dengan Alien/UFO
15. Manusia bergabung dengan komuniti antara galaksi pertama kali, manusia = galaxy being.


Dalam kalender bangsa Maya yang sangat tersohor itu, diramalkan bahwa pada jangkamasa 1992-2012 bumi akan dibersihkan, selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.

Dalam sejarah peradaban kuno dunia, bangsa Maya dikenal menguasai pengetahuan tentang ilmu falak yang khusus dan mendalam, sistem kalendar yang sempurna, penghitungan perbintangan yang rumit serta cara pemikiran abstrak yang tinggi. Kesempurnaan dan ketepatan dari pada kalendarnya membuat orang takjub.

Sekelompok masyarakat yang misteri ini tinggal di wilayah selatan Mexico sekarang (Yucatan) Guetemala, bagian utara Belize dan bagian barat Honduras. Banyak sekali piramid, kuil dan bangunan-bangunan kuno yang dibangun oleh Maya yang masih dapat ditemui di sana. Banyak juga batu-batu pahatan dan tulisan-tulisan misteri pada meja-meja yang ditinggalkan mereka.

Para arkeologi percaya bahwa Maya mempunyai peradaban yang luar biasa. Hal itu boleh dilihat dari peninggalannya seperti buku-bukunya, meja-meja batu dan cerita-cerita yang bersifat mistik. Tetapi sayang sekali buku-buku mereka di perpustakaan Mayan semuanya sudah dibakar oleh tentara Sepanyol ketika menyerang sesudah tahun 1517. Hanya beberapa tulisan pada meja-meja dan beberapa sistem kalendar yang membingungkan tersisa sampai sekarang.

Seorang sejarahwan Amerika, Dr. Jose Arguelles mengabdikan dirinya untuk meneliti peradaban bangsa ini. Ia mendalami ramalan Maya yang dibangun di atas asas kalendar yang dibuat bangsa itu, dimana ramalan semacam ini seperti cara penghitungan orang-orang Cina, ala Zhou Yi. Kalendarnya, secara garis besar menggambarkan kitaran hukum benda langit dan hubungannya dengan perubahan manusia.

Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technology yang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalam kalendar Maya tercatat bahwa sistem galaksi kita sedang mengalami 'The Great Cycle' (kitaran besar) yang berjangkamasa lima ribu dua ratus tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam kitaran besar ini, sistem suria dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinar galaksi (Galatic Beam) yang berasal dari inti galaksi. Diameter sinar secara mengufuk ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalau bumi melintasi sinar ini akan memakan waktu 5125 tahun lamanya.

Orang Maya percaya bahwa semua benda angkasa pada galaksi setelah selesai mengalami reaksi dari sinar galaksi dalam kitaran besar ini, akan terjadi perubahan secara total, orang Maya menyebutnya, penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Kitaran besar ini dibagi menjadi 13 tahap, setiap tahap evolusi pun mempunyai catatan yang sangat terperinci. Arguelles dalam bukunya itu menggunakan banyak sekali diagram-diagram untuk menceritakan kondisi evolusi pada setiap tahap. Kemudian setiap tahap itu dibagi lagi menjadi 20 masa evolusi. Setiap masa itu akan memakan waktu 20 tahun lamanya.

Dari masa 20 tahun antara tahun 1992-2012 itu, bumi kita telah memasuki tahap terakhir dari fasa Kitaran Besar, bangsa Maya menganggap ini adalah jangkamasa penting sebelum masa pra-Galatic Synchronization, mereka menamakannya: The Earth Generetion Priod (Jangkamasa Regenerasi Bumi). Selama jangkamasa ini bumi akan mencapai pemurnian total. Setelah itu, bumi kita akan meninggalkan jangkauan sinar galaksi dan memasuki tahap baru: penyelarasan galaksi.

Pada 21 Desember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia kali ini, dalam perhitungan kalender Maya. Sesudah itu, umat manusia akan memasuki peradaban baru total yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan peradaban sekarang. Pada hari itu, tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah "Pintu Langit" saja bagi umat manusia.

Mulai 1992, bumi memasuki apa yang oleh bangsa Maya disebut 'Jangkamasa Regenerasi Bumi". Pada jangkamasa ini, Bumi dimurnikan, termasuk juga hati manusia, (ini hampir mirip ramalan orang Indian Amerika-Utara terhadap orang sekarang ini), elemen-elemen yang tidak baik akan disingkirkan, dan elemen-elemen yang baik dan benar akan dipertahankan, akhirnya selaras dengan galaksi (alam semesta), ini adalah singkapan misteri dari gerakan sistem galaksi kita yang diperlihatkan oleh bangsa Maya.

Sejak tahun 1992 sampai 2012 nanti, bagaimana terjadi "pemurnian" dan bagaimana pula terjadi "regenerasi" pada bumi kita ini, tidak disebutkan secara terperinci oleh bangsa Maya. Dalam ramalan mereka pun tidak menyinggung tentang apa hal konkrit yang memberikan semangat manusia untuk bangkit dari kesedaran dan bagaimana bumi mengalami permurnian, yang ditinggalkan oleh mereka kepada anak cucunya (barangkali tidak tercatat). Lantas, fenomena baru apa yang sudah bisa kita lihat sejak tahun 1992 sampai sekarang yang bisa kita kaitkan dengan ramalan bangsa Maya yang beradab itu?

Mungkin sudah diatur, bahwa kalender Maya tidak hilang dan sejarah manusia, dan harus dihuraikan dengan kod oleh manusia sekarang. Namun ia tetap saja harus dilihat, apakah umat manusia yang terpesona oleh konsepnya yang terbentuk sesudah kelahiran dapat menembus batas-batas untuk mengingatkan dan memahami kebenaran yang melampaui sistem pengetahuan kita.

Sebenarnya, jika ditinjau dari beberapa penelitian yang telah dilakukan saat ini. Memang pada beberapa dua dasawarsa belakangan ini,bumi sedang mengalami suatu kitaran yang dinamakan pembalikan daya magnet kutub. Pembalikan daya magnet kutub adalah proses yang terjadi pada waktu kutub utara dan kutub selatan saling bertukar posisi. Ketika ini terjadi, untuk beberapa saat medan magnet bumi mencapai Gauss nol, yang berarti bumi pada waktu itu punya daya magnet kosong. Ketika ini terjadi bersamaan dengan perbalikan orbit sebelas tahunan kutub matahari, masalah besar akan terjadi.

Menurut perhitungan komputer Hyderabad, pembalikan kutub Bumi dan Matahari dapat mengakibatkan masalah besar selain elektronik tidak bekerja dengan semestinya, burung yang bermigrasi kehilangan haluan, dan bermacam-macam:

1. Sistem ketahanan tubuh semua haiwan dan termasuk manusia akan banyak melemah.
2. Lapisan luar bumi akan mengalami pertambahan gunung berapi, pergerakan tektonik, gempa bumi, dan tanah runtuh.
3. Medan magnet Bumi akan melemah dan radiasi alam semesta berasal dari matahari bertambah berlipat ganda mengakibatkan bahaya radiasi seperti kanser dan sebagainya tidak dapat dihindari
4. Benda-benda angkasa akan tertarik masuk ke Bumi
5. Daya graviti Bumi akan mengalami perubahan meskipun tidak diketahui bagaimana ia akan berubah


* klik disini untuk sambungan artikel 2012 (part 2)
Read more

Jamuan Berbuka Puasa bersama rakan kelas DTK 5

Friday, September 11, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini (11/09/2009) Fid mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan sekelas Fid di Kafe Pentadbiran PSIS. Tahun lepas Fid tidak menyertainya atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya Fid dah berazam untuk berbuka bersama dengan mereka awal tahun ini, dan alhamdulillah termakbul azam Fid. Syukur alhamdulillah. Walaupun Fid tidak seberapa mesra dengan beberapa orang namun mereka juga adalah rakan sekelas Fid yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Gambar-gambar yang sempat Fid captured menggunakan telefon bimbit berkamera, berebut-rebut mereka ingin masuk gambar mereka didalam blog Fid. Sebagai permintaan rakan-rakan Fid, Fid dah upload gambar-gambar anda tetapi dari telefon bimbit Fid jelah.. Kalau nak lagi banyak, send kat Fid.

Klik disini:
Jamuan Berbuka Puasa bersama rakan sekelas DTK5 2009
Read more

Air Tebu

Monday, September 7, 2009




Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Artikel kali ini Fid ingin berkongsi dengan anda tentang air tebu. Ia menjadi kegemaran masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadhan. Di tempat pengajian Fid, ramai yang meminati air tebu ini termasuklah diri Fid. Memang sedap, lazat, manis yang tidak terkata. Hehehe.. Tetapi harus diingatkan, jangan terlalu mengikut hawa nafsu anda. Nanti hendak mengerjakan solat terawih, tak larat pula. Air tebu ini sudah menjadi kewajiban dan juga menjadi menu air utama bagi penggemar air tebu. Apa kata kita berkongsi ilmu berkenaan dengan air tebu ini. Mari kita lihat penjelasan dari Wikipedia.





Tebu merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula. Terdapat beberapa spesies tebu, tetapi yang paling biasa dilihat adalah tebu kuning. Terdapat juga tebu hitam.


Penanaman dan kegunaan

Kira-kira 107 buah negara menanam pokok tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan (melebihi enam kali jumlah bit gula yang dihasilkan). Pengeluar-pengeluar terbesar ialah Brazil, India, China, dan Pakistan, dan merupakan melebihi 50% daripada pengeluaran dunia.


Sejarah

Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-oramg Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.

Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.

Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.

Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.


Penanaman

Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim]. Dalam wilayah penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari.

Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman.

Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip.

Tebu boleh dituai menggunakan tangan atau mekhanikal. Penuaian menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari pengeluaran dunia, dan amat berleluasa di negara membangun. Apabila dituai dengan tangan, ladang tebu akan dibakar. Api merebak dengan cepatnya, membakar daun, tetapi membiarkan batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Penuai kemudian memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang mahir mampu memotong 500 kg tebu sejam.

Mesin penuai gabungan tebu, atau penuai pemotong, adalah mesin tuaian yang pada asalnya dimajukan di Australia. Mesin penuai memotong tebu pada pangkal batang, menceraikan tebu dari daunnya, dan kemudiannya meletakkan batang tebu kedalam pedati sementara menghembus daun yang dipotong kembali keladang. Mesin sedemikian mampu menuai 30 tan tebu sejam, tetapi tebu yang dituai menggunakan mesin sedemikian perlu dihantar kekilang dengan cepat; apabila dipotong tebu mula kehilangan kandungan gulanya, dan kerosakan pada batang tebu semasa tuaian mekhanikal hanya mempercepatkan penguraian ini.


Pemprosesan

Secara traditional, tebu akan diproses dalam dua tahap. Kilang tebu di kawasan pengeluaran tebu, mengeluarkan gula dari tebu yang dituai segar, menghasilkan gula mentah bagi pemprosesan semula, dalam bentuk gula kilang putih bagi kegunaan tempatan. Pengilang gula, sering kali terdapat dalam kawasan pengguna gula yang tinggi seperti Amerika Utara, Europah, dan Jepun, kemudiannya akan menghalusi gula mentah bagi menghasilkan gula putih halus, keluaran yang lebih dari 99% sucrose sepenuhnya. Kedua tahap ini perlahan-lahan semakin kabur. Peningkatan kekayaan di kawasan tropik pengeluar gula mendorong kepada peningkatan bagi gula halus di kawasan tersebut, dan terdapat trend kearah menggabung pengilangan dan penghalusan di kawasan tersebut.


Pengilangan

Di kilang tebu, tebu dibasuh, dan kemudiannya dipotong dan dicincang oleh mata pisau yang berputar. Tebu yang dicincang kemudiannya dicampurkan berulang kali dengan air dan digelek antara penggelek; air tebu yang terkumpul (dikenali di Brazil sebagai garapa) mengandungi 10–15% sucrose, sementara pepejal berfiber yang tinggal, dikenali sebagai hampasinggeris: bagasse, dibakar sebagai bahan api. Hampas menjadikan kilang gula lebih dari berdikari dari segi penggunaan tenaga; hampas lebihan kemudiannya boleh digunakan sebagai makanan haiwan, dalam penghasilan kertas, atau dibakar bagi menghasilkan eletrik bagi grid tenaga tempatan.

Air tebu kemudiannya dicampurkan dengan batu kapur bagi menyesuaikan pHnya kepada 7. Ini menghalang penguraian sucrose kepada glucose dan fructose, dan menyingkir keluar sebahagian kekotoran. Campuran ini kemudiannya diheningkan, membenarkan kapur dan pepejal terapung lain mendak dan cecair yang l;ebih jernih ini dipekatkan dalam pengeluwap pelbagai kesan (multiple-effect evaporator) bagi menghasilkan sirap dengan kandungan sucrose sekitar 60% menurut berat. Sirap ini kemudiannya dipekatkan dalam vakum sehingga ia menjadi superpekat, dan kemudiannya disemai dengan kristal gula. Apabila disejukkan, gula berkristal keluar dari sirap. Mesin (centrifuge) digunakan bagi mengasingkan gula dari cecair yang tinggal, atau molasses. Pengkristilan tambahan mungkin dilakukan bagi mengeluarkan lebih banyak gula dari molasses; baki molasses selepas kesemua gula yang boleh dihasilkan telah dikeluarkan secara kos-efektif dikenali sebagai blackstrap.

Gula mentah berwarna kuning hingga gula perang. Sekiranya gula putih diperlukan buih sulfur dioxida mungkin ditiup melalui air tebu sejurus sebelum pengelowapan. Peluntur ini menjadikan bahan cemar bewarna menjadi tanpa warna. Gula yang diluntur menjadi putih melalui proses sulfitation ini dikenali sebagai putih kilang, putih ladang atau gula kristal. Gula dalam bentuk ini merupakan bentuk gula yang paling banyak digunakan dinegara penanam tebu.


Penapisan

Dalam penulinan gula, gula kasar ditulinkan lebih lanjut. Mula-mula gula kasar dicampurkan dengan sirap pekat dan dibersihkan secara centrifuge. Proses ini dikenali sebagai affination; tujuannya adalah bagi membersihkan selaput luar kristal gula kasar, yang kurang tulin berbanding bahagian dalam kristal. Baki gula kemudian dilarutkan bagi menghasilkan sirap, sekitar 70% menurut berat pepejal.

Larutan gula ini kemudiannya dijernihkan melalui campuran asid phosphorik dan kalsium hidrosida, yang bergabung bagi mengeluarkan kalsium phosphate. Partikel calcium phosphate memerangkap sebahagian bahan cemar dan menyarap yang lain, dan kemudiannya terapung di bahagian atas tangki, di mana ia akan diceduk buang. Pilihan lain kepada teknik phosphatation adalah karbonatation, yang hampir serupa, tetapi menggunakan karbon dioksida dan kalsium hidroksida bagi menghasilkan penyingkiran kalsium karbonat .

Selepas sebahagian baki pepejal ditapis keluar, sirap jernih ini dinyahwarna melalui penapisan melalui lapisan karbon aktif. Sesetengah baki cemaran bewarna diserap dalam tapisan karbon. Sirap yang ditulinkan kemudiannya dipekatkan lagi menjadi amat pekat dan dikristalkan dalam keadaan hampagas, bagi menghasilkan gula putih tulin. Sebagaimana di kilang gula, kristal gula dipisahkan dari molasses melalui centrifugation. Gula tambahan diambil dengan mencampur baki sirap dengan basuhan dari affination dan dikristalkan sekali lagi bagi menghasilkan gula perang. Apabila tiada lagi gula dapat dihasilkan dengan mudah, molasses terakhir masih mempunyai 20–30% sucrose, termasuk 15–25% glukos dan fructos.

Untuk menghasilkan gula kasar dari mana bijian gula individual tidak melekat sesama sendiri, gula perlu dikeringkan. Ini dicapai dengan mula-mula mengeringkan gula dalam pengering pemutar panas, dan kemudian merawat gula tersebut dengan meniup udara sejuk melaluinya selama beberapa hari.
Read more

Pulang semula ke PSIS

Tuesday, August 11, 2009


KEMBALI SEMULA KE
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM

CUTI SEMINGGU BERKENAAN WABAK H1N1 SUDAH TAMAT
06 - 12 hb. OGOS 2009

Nantikan infomasi terbaru dari penulis
-FiD-

Sebarang masalah atau pertanyaan
klik disini @ disini

Read more

Tiba dan Saat masanya

Tuesday, July 28, 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Setelah 7 bulan lebih Fid berada di Selayang (6 bulan Latihan Industri, 1 bulan cuti), tibalah masanya untuk Fid berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah pada 30hb Julai 2009 (Khamis) di Sabak Bernam yang terletak nun dihujung negeri Selangor berdekatan dengan Selat Melaka selama 2 semester lagi insyaAllah. Terdapat banyak peristiwa-peristiwa sepanjang Fid berada di Selayang dan ada satu peristiwa pahit yang Fid tidak dapat dilupakan sehinggalah kini. Hanya diri Fid sahaja yang tahu disebalik peristiwa itu.

Barang-barang sudahpun dikemas. Banyak la juga barang-barang yang hendak dipindahkan. Lagi-lagi semester ini dekat dengan bulan Ramadhan. Kejap sahaja masa berlalu. Nanti amat sibuklah berada disana dengan menghadiri kuliah, mesyuarat sana sini, merangka program, melaksanakan dan menguruskan program, menyertai program, dan sebagainya. Blog Fid ini juga akan tidak dikemaskinikan untuk beberapa tempoh yang lama. Bergantung kepada internet di PSIS.



InsyaAllah dalam tempoh itu juga Fid akan cuba mengumpulkan beberapa info-info yang boleh kita berkongsi bersama. Dan berkemungkinan besar akan wujud satu komuniti PSIS Blogger dimana hasil cadangan dari Saudara Dzulmajdi dan Saudara Adie berkaitan mewujudkan satu platform komuniti khas untuk para pelajar PSIS yang mempunyai blog mahupun website untuk menjadikan pusat sumber maklumat disamping menghubungkan lagi jaringan antara IPTA mahupun IPTS yang lain.

Nantikan kemunculan info-info terbaru buat tatapan anda semua dan teruskan membaca blog Ilusi dan Realiti. Jika ada sebarang pertanyaan atau apa jua yang ingin anda salurkan, hantarkan ke alamat email Fid yang terletak di Biografi Penulis. Klik disini.
Read more

Ulangtahun Berblogging

Monday, July 13, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para blogger tidak kira usia dan dimana jua anda berada. Semoga anda senantiasa diberi pelindungan dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t.

Fid memohon maaf terlebih dahulu kerana sudah lama tidak mengemaskini blog Fid. Fid baru-baru ini terlibat dengan Minggu Suai Kenal sesi Julai 2009 di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam sebagai Pembantu MSK (wakil Persatuan Ukhuwah). Keletihan juga menjaga dari pagi sehinggalah ke malam adik-adik baru ini. Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya. Untuk lebih lanjut boleh klik disini.



Sedar tidak sedar rupa-rupanya sudah setahun Fid bertapak sebagai blogger. Bermula tidak silap Fid dalam pertengahan bulan Julai 2008 dimana Fid mula berjinak-jinak dengan dunia maya ini iaitu blog semasa senior Fid menjemput Fid ke dalam blog Pusat Islam PSIS. Kini blog tersebut tidak lagi digunapakai kerana sudah bina link blog baru iaitu Ukhuwah Society PSIS. Didalam masa setahun ini, pelbagai maklumat yang Fid terima disamping Fid mendalami lagi ilmu blog ini dengan bantuan dari rakan-rakan blogger yang lain. Fid teringin hendak menyertai Nuffnang apabila segalanya Fid selesai urusan dan menjalani setahun berblogging namun sudah terlewat Fid rasa kerana tidak lama lagi Fid akan sambung study lagi untuk semester 5 di PSIS penghujung Julai ini. Mungkin Fid akan menyertai Nuffnang selepas tamat pengajian di PSIS rasanya. Setahun lagi untuk meneruskan perjuangan ilmu di PSIS ini insyaAllah doakan Fid agar semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya di menara gading ini.

Segala bentuk penulisan tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung Fid memohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut sekiranya apa jua yang terdapat didalam blog Fid ini menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati, dendam, marah, sedih, dan pelbagai sifat negatif. Fid cuma ada sedikit kelebihan tetapi paling banyak kelemahan. Yang buruk itu datang dari kesilapan Fid sendiri dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t. Apa Fid luahkan ini adakala berkait dengan pemikiran Ilusi Fid sendiri dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku menjadikan ianya Realiti. Itulah dia Ilusi dan Realiti.

Fid ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog Fid yang tidak seberapa ini namun menjadikan media perkongsian dengan anda disamping merapatkan lagi ikatan persahabatan antara blogger yang lain. Terima kasih yang sudi mengikuti blog Fid entri demi entri tanpa rasa jemu. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan komen, pandangan, cadangan, mahupun semangat Fid yang dahulu Fid jatuh kerana perkara-perkara tertentu. Tanpa anda semua mungkin bagi Fid agak sukar untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh Fid. Fid harap anda teruskan berblogging dan kepada yang baru lagi anda jangan mudah putus asa okey..

Wassalam..
Read more

Perjumpaan Khas PU PSIS di Masjid Negara, Kuala Lumpur

Saturday, June 27, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah pada hari ini (27/06/2009) Fid telah hadir didalam satu perjumpaan khas Persatuan Ukhuwah PSIS dimana Fid juga merupakan host bagi program tersebut. Walaupun yang hadir pada hari ini kurang dari jangkaan Fid yang meramalkan ramai yang turut hadir namun disebabkan kekangan masing-masing tidak dapat hadir pada program tersebut. Seramai 5 orang yang hadir iaitu Fid, Ahmad Zulhilmi, Naqib, Kak Teha, dan Rohani namun intipati program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiba di Masjid Negara pada jam 11 pagi dan bermulanya sesi perbincangan pada jam 11.40 pagi.

Kami membincangkan perihal organisasi, perancangan akan datang, penglibatan dan penerapan ahli persatuan, cadangan program, masalah-masalah berbangkit, infomasi-infomasi bermanfaat, dan berkongsi pendapat. Bernula sesi tersebut sehingga jam 1.00 petang terus menunggu untuk masuk waktu Zohor dan berjemaah di Masjid Negara. Selepas solat Zohor, kami menyambung perbincangan. Sejurus itu juga, Saudara Naqib telah menyampaikan amanat dari senior Fid iaitu Saudara Ismail melalui pesanan ringkas (SMS) menyatakan 3 perkara yang amat penting sekali. Perkara tersebut akan dipaparkan sekiranya beliau membenarkan amanat itu dipaparkan.

Sesi perbincangan tamat pada jam 2.30 petang dan akan dibawa semula didalam mesyuarat penuh Persatuan Ukhuwah sewaktu di PSIS nanti. Sebelum kami berangkat pulang, sempat lagi Fid, Ahmad Zulhilmi, dan Naqib menangkap gambar-gambar telatah kami bertiga.

Gambar - Klik disini
Read more

Perhatian kepada semua ahli PU. Penting!!

Wednesday, June 17, 2009

Pengumuman diambil dari web blog Persatuan Ukhuwah PSIS

HARI PERJUMPAAN KHAS
PERSATUAN UKHUWAH PSIS

Tarikh : 27hb Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur


Agenda

1. Membincangkan strategi baru untuk pemulihan organisasi.
2. Mencadangkan program-program akan datang.
3. Mencari penyelesaian masalah organisasi.
4. Idea is creative.


Tujuan

1. Mendapatkan kata sepakat didalam organisasi.
2. Memperbaiki ikatan didalam organisasi.
3. Mengenalpasti arah tujuan di dalam organisasi untuk jangka masa pendek dan panjang.


Penglibatan

Semua ahli Persatuan Ukhuwah termasuk bekas ahli Jawatankuasa Pusat Islam, bekas ahli Persatuan Ukhuwah.


Kehadiran

Digalakkan.
Read more

Keratan Akhbar Sinar

Wednesday, May 20, 2009



Khamis 07 Ogos 2008

______________________________________________________________________________________
PARIT 12 TIMUR - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 11 dan PArit 12 Timur bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Sabak menerima kehadiran 56 pelajar daripada Organisasi Jawatankuasa Pusat Islam, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi menganjurkan Program Khidmat Masyarakat.

Pengerusi Organisasi Jawatankuasa Pusat Islam, Mohamad Firdausi Bin Mohamad Jais berkata, program itu adalah bertujuan untuk mendidik serta melahirkan mahasiswa yang bersahsiah tinggi dan mampu berdikari serta bersedia menjalinkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat bagi meningkatkan imej PSIS.

"Mahasiswa hari ini harus memahami kepentingan hidup dalam masyarakat dimana mereka perlu diberi peluang menikmati kehidupan bermasyarakat dan memahami masalah masyarakat serta mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial. Setiap remaja harus sedar masalah-masalah yang dialami di kampus turut berlaku didalam komuniti remaja di luar kampus."

"Sebagai remaja dan juga mahasiswa, kita seharusnya mampu membina kebolehan menabur khidmat untuk masyarakat sebagai generasi baru yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial dan mengutamakan kepentingan masyarakat,"katanya.

Beliau turut berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan sesama pelajar dan sebagai satu cara mendekati masyarakat dalam usaha mengubah persepsi negatif terhadap remaja dan belia.

Sementara itu Pengerusi JKKK berkenaan, Abd Latif Tugiran berkata, warga Parit 11 dan Parit 12 Timur sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelajar PSIS dan bersedia memberikan komitmen untuk mereka menjayakan program yang dianjurkan.

"Ini adalah kali ke-2 pelajar PSIS datang ke sini untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat. Ia secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan warga kampung biarpun dilaksanakan dalam masa sehari saja." "Masa yang ada diisi dengan sepadatnya dan antara pengisian yang kami sediakan adalah Ceramah Israk Mikraj daripada Setiausaha Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sabak, Jamsari Marsom selain JKKK dan peserta program mengadakan gotong-royong membersihkan surau dan menyediakan makanan," katanya.

Beliau juga berharap pengisian yang disediakan kepada pelajar dapat memberi manfaat dan pengalaman berharga serta dapat menyelami dengan lebih mendalam semangat kekitaan di kalangan penduduk.
______________________________________________________________________________________

Ini adalah keratan akhbar tahun lepas dimana saya dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Islam (yang kini Persatuan Ukhuwah) terlibat didalam satu program yang dikelolakan oleh Saudara Zahidi merangkap Pengarah Program Khidmat Masyarakat. Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar. Memang seronok la pada hari itu. Dari sini juga dapat mengenali ahli-ahli baru dengan lebih rapat disamping merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk kampung tersebut. Teringin hendak mengadakan lagi program sebegini akan datang.
Read more