Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tips Membina Kepimpinan Dalam Diri

Sunday, May 9, 2010

Bagi anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap anda, mereka perlu kagum dengan anda, atau segan sedikit bila terlihat anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati anda. Nak membuat orang kagum dengan anda, cara pertama adalah:

1. Suarakan suara anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional. Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan anda atau staff-staff anda jika ada perbuatan anda (atau sikap anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada anda. Pergunakan sikap diplomasi untuk anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri anda. Jika anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit. Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah anda. Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada anda, lalu menganggap anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

Sumber: http://www.rileks.info/
Read more

Metafora Kuih

Thursday, April 1, 2010

Untuk lebih mudah difahami, mari kita lihat metafora ini. Katalah, melihat kuih.... Kita boleh melihatnya dengan empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan rupabentuknya. Itu pandangan mata biasa.

Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (samaada chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganalisis. Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, kemahiran mengadunnya, kemahiran menguli dan membakarnya?

Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan biasa.

Lain pula keadaanya dengan orang yang memandang kuih itu dengan penuh pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil pusing langsung apakah bentuk, nama atau cara pembuatan kuih tersebut. Yang penting, makan dahulu. Hinggalah dengan kegelojohan itu dia tidak sempat bertanya pun siapa yang empunya. Inilah buruknya pandangan nafsu. Yang dipentingkan hanya kesedapan dan keseronokan.

Bagaimana pula melihat kuih itu dengan pandangan mata hati? Melihat dengan pandangan hati akan menyebabkan kita seolah-olah dapat melihat pembuat kuih tersebut. Katakanlah, anda sedang berada di luar negara. Tiba musim Hari Raya, anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Apabila bungkusan itu dibuka dan anda melihat kuih di dalamnya, dengan tidak semena-mena air mata anda mengalir. Apabila melihat sahaja kuih itu, hati anda sedih. Kenapa?

Ya, kerana anda melihat wajah ibu (pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Anda terkenang kasih sayang, keprihatinan, kelembutan dan segala-galanya yang terbaik dari ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih bererti bukan sekadar dari tulang, daging, dan urat ibu kita tetapi kepada yang lebih bermakna iaitu budi, kasih dan sayangnya. Tanyakan hati kita, manakah pandangan yang lebih tepat dan murni? Pastinya hati kita akan menjawabnya, itulah pandangan hati!
Read more

Motivations of Life

Friday, February 12, 2010

The most difficult person to FACE  in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day.
Read more

Muhasabah sebagai "Charger" Kehidupan

Wednesday, November 4, 2009



Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dhaif. Walaupun manusia dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan, ia tidak dicipta sempurna dalam segenap sudut. Dalam kedhaifan itu, Allah menghantar Rasul sebagai pembawa kebenaran dan membekalkan al-Quran sebagai panduan.

Kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan cubaan. Adakala manusia berjaya mengharunginya dan adakalanya manusia tewas. Ramai orang tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bagi seorang pejuang, hidup di dunia ini hanyalah sementara dan ia akan ditinggalkan untuk beralih ke alam yang kekal abadi.

Dalam menyelusuri kehidupan seorang pejuang, sudah pasti lebih banyak dugaan yang dihadapi. Lebih banyak daripada manusia yang biasa. Di samping tugas dan bebanan yang sememangnya agak berat untuk ditanggungi, pejuang merupakan ikon agama kepada orang kebanyakan. Sudah pasti perkara ini agak mencabar kemampuan pejuang. Islam yang diperjuangkan dan al-Quran yang ingin didaulatkan memerlukan roh perjuangan yang kuat dan stabil.

Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang pejuang ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang”

Kita tidak lepas daripada alpa dan lalai. Lantas amatlah wajar kita sentiasa menilai diri kita sejauh mana kesungguhan kita dalam mentaati Allah. Apakah kita masih layak digelar hamba Allah sedangkan kita pun tidak tahu siapa Allah di hati kita? Apakah kita layak untuk mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad sedangkan amalan sunnahnya diambil begitu enteng oleh kita? Apakah kita masih layak untuk menganggap kita sebagai pejuang di jalan Allah sedangkan perangai dan akhlak sama sahaja seperti orang yang merempat tiada tarbiah? Adakah amalan kita dah mencukupi sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita? Seandainya kita masih belum melepasi soalan-soalan asas itu, kita sendiri boleh menilai berapa ‘bintang’ yang boleh diberi kepada kita.

Muhasabah dan menilai mampu membangkitkan semangat dalam diri kita untuk terus berubah dan menjadi yang lebih baik dalam kehidupan. Muhasabahlah yang akan menjadikan diri kita terlalu kerdil di sisi Allah dan tidak ego apabila berdamping sesama manusia. Amalan muhasabah ini sekiranya ditinggalkan, mungkin akan menyebabkan kita lalai lalu gagal dalam mendepani cabaran hidup. Ramai antara orang yang menganggap diri mereka sebagai pejuang sering melupakan muhasabah. Maka tidak hairanlah banyak orang bercakaran sesama sendiri walaupun mereka semua pada asalnya ‘ingin memperjuangkan Islam’. Ego dan sombong akan menguasai diri dan tawadhu’dan rendah diri akan hilang.

Muhasabah sebagai charger kehidupan adalah bertujuan supaya kita sentiasa merendah diri, berkasih sayang sesama kita dan menjauhi sifat ego. Ia juga akan menjadi penyuntik semangat kepada kita supaya terus menguatkan dan memperbaiki diri serta amalan ruhiyyah yang mungkin pada pendapat sebahagian orang ia adalah enteng. Semoga dengan amalan muhasabah ini akan sentiasa mengecas bateri kehidupan kita yang seringkali ‘kong’ apabila banyak digunakan.

Sumber :
http://ilmuanmuda.wordpress.com
Read more

Bermatlamat Tangga Kejayaan

Sunday, October 18, 2009

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!



Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.

Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.


Mutiara kata
“Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…”
(Imam Ghazali)
Read more

6 Perkara "Warisan Kita"

Wednesday, October 7, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua para pembaca setia blog Fid? Fid harap anda semua didalam keadaan sihat wal-afiat sejahtera senantiasa. Lama juga tidak kemaskini blog Fid, semalam mengalami perubahan dimana menukarkan URL blog Fid (www.shinodafid.blogspot.com) kepada domain yang baru iaitu (www.pidot.co.cc). Ia merupakan domain percuma. Fid ingin menukarkan domain kerana sepertimana feedback-feedback dahulu mengatakan URL blog Fid agak panjang sedikit dan sukar untuk menyebutnya. Maka, Fid beralihlah ke domain yang singkat dan simple, selaras dengan panggilan Fid di tempat pengajian disini. Dan insyaAllah, jikalau ada rezeki Fid akan beralih ke domain yang berbayar iaitu .com ke, .net ke, .org ke.. Tetapi bukanlah dalam masa terdekat ini. Mungkin memakan masa yang agak lama.

Berkesempatan ini Fid ingin berkongsi ilmu apa yang Fid peroleh sendiri untuk anda. Tiada sumber-sumber dari mana-mana link tetapi pada konteks pandangan Fid sendiri. Dan mungkin juga ada diantara kalian yang mempunyai idea atau pandangan yang tersendiri boleh sahaja kita berkongsi ilmu di topik ini. Penekanan tajuk adalah dari sudut aspek diri kita kepada orang lain. Khususnya kepada pembentukkan dan pemangkin kepimpinan seseorang didalam sesuatu perkara mahupun organisasi sekalipun. Antara 6 aspek yang Fid dapat sampaikan dan berkongsi dengan anda adalah :


1. Keyakinan

Betapa pentingnya elemen keyakinan didalam setiap diri manusia seseorang. Tetapi didalam keyakinan ini, tidak boleh terlalu tinggi keyakinan dan juga tidak boleh terlalu kurang keyakinan. Hendaklah seimbang didalam elemen ini. Kerana, apabila tahap keyakinan kita terlalu tinggi mahupun rendah boleh mengakibatkan parahnya sesuatu perkara yang kita hendak laksanakan. Contohnya, kita hendak laksanakan sesuatu program. Kita yakin yang Orang A mampu lakukan. Kita menaruh harapan keyakinan yang tinggi terhadap Orang A, namun disebaliknya perkara-perkara yang tidak diduga berlaku pada Orang A. Begitu juga dengan kurang keyakinan, apabila kurang keyakinan didalam seseorang pasti sesuatu perkara tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Atau erti kata lain, paused on working.
2. Ukhwwah diantara satu sama lain

Elemen ini perlu ada didalam diri seseorang. Ukhwwah ini menjurus kepada nilai-nilai perhubungan yang dibentuk, dijalinkan, dan dikekalkan. Sebenarnya agak sukar jika elemen ini tidak dijaga dengan sebaiknya. Perhubungan ini ada dimana sahaja anda berada. Perhubungan dengan keluarga dan sanak sadara, jiran-jiran, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan dan sebagainya. Tetapi, didalam membentuk elemen ini, diingatkan untuk menjaga batas-batas dan tingkahlaku kita dengan orang lain. Untuk mengekalkan elemen tersebut, terdapat beberapa cara sebenarnya. Apa yang Fid mengetahui perkara ini, cara yang terbaik adalah dengan cara kita mengajak dan bersama-sama melakukan ibadah yang baik seperti bersama-sama solat berjemaah di masjid, usrah, dan sebagainya. Makan bersama-sama pada satu meja itu pun sebenarnya boleh elemen ukhwwah terbentuk dan terbina namun dari sudut pengekalan mungkin peratusan yang agak tipis.
3. Bertegas didalam sesuatu perkara

Elemen ini mungkin jarang dilihat pada setiap diri kita. Mungkin ada segelintir yang mempunyai elemen seperti ini. Ketegasan itu penting didalam merangka atau melaksanakan sesuatu perkara tetapi ketegasan itu ada pada tempatnya. Tidak semestinya senantiasa bertegas, tetapi ada masa yang sesuai dan perkara yang ingin disampaikan berbentuk ketegasan, maka elemen ini boleh digunakan.

4. Tanggungjawab 1 versus 1

Elemen terpenting didalam kehidupan kita adalah tanggungjawab. Setiap orang ada tanggungjawabnya. Tanggungjawab pada Allah, keluarga, diri, dan orang lain. Tanpa tanggungjawab, dosa-dosa terkumpul pada diri kita. Lebih-lebih lagi tanggungjawab pada Allah yang menyuruh kita sebagai hambaNya melakukan apa yang diperintahkan olehNya dan melarang apa yang dilarangNya. Tanggungjawab hendaklah dipikul oleh setiap orang, dan tiada yang terkecuali elemen ini.

5. Kerohanian & Kebajikan

Elemen diatas menjadi satu platform dimana kedua-dua perkara memainkan peranan didalam diri seseorang. Sudut kerohanian perlulah dijaga dan dalam masa yang sama juga dari sudut kebajikan pun diambil kira. Jika kerohanian kosong ataupun kurang, maka dari sudut kebajikan juga terlibat. Ini adalah disebabkan kita (ingatan buat diri Fid sendiri) kurang peka terhadap elemen kerohanian dan juga kebajikan. Bagi mengisi ruang-ruang kosong yang ada didalam hati kita, maka semangat kerohanian mesti ada.

6. Semangat Kental

Fid teringat lagi tidak silap Fid ada didalam iklan media elektronik. "SEMANGAT".. Hehehe.. Ya, memang betul semangat perlu ada didalam diri kita. Bahkan, didalam mengejar sesuatu yang kita ingin kecapi pun secara automatik kita menjadi semangat. Tetapi, semangat boleh sahaja pudar sekiranya ada perkara-perkara lain yang cuba mengganggu pemikiran kita yang boleh menyebabkan kita kurang atau tidak ada semangat.

Ini sahaja yang mampu Fid berkongsi dengan anda. Sekiranya anda mempunyai pandangan yang berbeza boleh sahaja tinggalkan pandangan anda diruangan komen mahupun emailkan kepada alamat shinoda89_fid@hotmail.com

Segala pandangan anda amatlah Fid hargai..
Read more

4 Tanda Orang Gembira dan Dosa

Sunday, October 4, 2009

EMPAT TANDA ORANG GEMBIRA DAN BERDOSA

Sabda Rasulullah SAW:

"Tanda-tanda orang yang merana (celaka) di dunia ada empat iaitu lupa kepada dosa-dosanya di masa silam, sedangkan cacatannya terpelihara oleh ALLAH, suka mengingati kebaikan-kebaikannya di masa lalu, sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah kebaikannya itu diterima ALLAH, suka melihat orang yang di atasnya dalam masalah dunia dan suka melihat orang di bawahnya dalam masalah agama."

ALLAH berfirman maksudnya:

“Aku mahukan dia tetapi dia tidak mahukan aku, maka kau tinggalkan dia”.


Manakala tanda-tanda orang yang beroleh kegembiraan dan kebahagiaan di dunia juga ada empat,iaitu:
• suka mengenang dosa-dosa yang dilakukan di masa lalu dan lampau,
• tidak mahu mengingatkan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukannya,
• senang melihat orang yang di atasnya dalam masalah agama dan
• suka melihat orang di bawahnya dalam masalah dunia.

Empat perkara Rasulullah tekankan dalam hadis ini kepada kita agar sentiasa berwaspada, jangan mudah tertipu dalam segenap perkara, agar kita menjadi manusia yang terbaik dengan landasan dan aturan yang telah diajarkan kepada kita.

Pertamanya dalam masalah amalan kebaikan dan keburukan (dosa) yang kita lakukan. Bagi kita adalah bertuah dan beruntung jika kita sedar dan ingat setiap kesalahan yang kita lakukan sendiri. Sebaliknya dengan melupakan kejahatan dan keburukan yang pernah kita lakukan akan menyebabkan kita lupa diri dan sentiasa berasa betul dan benar.

Walhal kita ini penuh dengan dosa dan noda. Sebaliknya dengan mengingati kejahatan akan membuatkan kita ingat siapa diri kita ini pada pandangan ALLAH. Oleh itu kita akan sentiasa patuh dan menginsafi setiap yang telah kita lakukan. Jangan kita pula sentiasa mengingati keburukan orang lain dan melupakan keburukan sendiri. Kerana ini bersalingan dengan maksud dan hasrat hadis di atas.

Begitu juga dalam hal kehidupan yang sebenarnya menceritakan tentang kesenangan dan kepayahan hidup. Bukanlah kekayaan itu adalah ukuran bagi setiap perkara.Tidak perlu kita mengukurkan kekayaan yang ada pada kita dengan kekayaan orang lain (membanding-bandingkan), sebaliknya kita ini miskin pada amalan.

Wang ringgit tidak akan dimasukkan bersama di dalam kubur kita, sebaliknya amalan yang akan mengiringi kita di sana. Segala anggota badan kita akan memainkan peranannya. Apabila mulut sudah dikunci, tangan akan menceritakan sama ada dia diarahkan meraba anak dara (teruna) orang atau mencuri, amatlah malangnya kita. Sebaliknya jika tangan ini sentiasa menghulurkan derma dan digunakan untuk mengira zikir kita kepada ALLAH amatlah bertuahnya kita.

Renung dan ingatlah, dengan ini mampu memberi kesedaran. Mampu menyedarkan kita dari terus leka dan hidup dalam kepura-puraan. Perbaiki sekarang sebelum terlambat, sesal tiada guna. Untung bagi yang beringat kerana segalanya dalam keredhaan Ilahi..
Read more

Andai Ini Ramadhanku yang Terakhir

Sunday, September 6, 2009

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dengan berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………
Read more

Berpakaianlah

Tuesday, September 1, 2009

Antara perbezaan yang sangat ketara dalam mengukur kehidupan yang berteraskan sistem kapitalis atau Islam ditinjau dari sudut persoalan sosial dan rumahtangga adalah mereka (kapitalis) menganggap ianya sebagai masalah ekonomi. Sedangkan di sisi sistem Islam pula meninjau perkara ini dalam konteks yang lebih terperinci iaitu tidak terlepasnya dari hukum-hakam syara’. Kita seringkali mendengar bagaimana dalam sistem kapitalis, perlakuan sumbang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan melakukan seks bebas, masih tidak dikira sebagai zina apalagi sekiranya perlakuan tersebut dilakukan secara suka sama suka. Malah lebih jauh dari itu perlakuan seks yang menyimpang seperti homoseks dan lesbian juga menjadi suatu perkara biasa kerana masyarakat dapat menerima keadaan tersebut dan kegiatan tersebut dapat memberikan ganjaran atau keuntungan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya dikira pelecehan seksual dan mereka yang melakukannya akan diseret ke mahkamah jika seorang lelaki (suami) mengasari atau melakukan seks tanpa persetujuan dari pihak isteri. Sebab itulah terjadi perselisihan antara pengikut fahaman kapitalis ini dengan penganut ajaran islam, mereka menganggap pakaian merupakan satu ungkapan keperibadian, sebagai unsur ekonomis yang dapat menarik perhatian lawan sejenis untuk menggoda, samada kepada bentuk badan seorang wanita itu atau apa jua produk yang di lampirkan bersama dengan wanita itu, sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di papan-papan iklan hampir 90% berorientasikan kepada wanita samada kejelitaannya atau bentuk badannya yang menggiurkan.
Kadang-kadang iklan yang mempergunakan wanita ini sampai kepada tahap tak masuk akal, bila kita lihat nak jual alat pertanian pun diguna wanita seksi, bateri kereta dengan menampilkan wanita bogel, iklan dobi juga tidak terlepas dengan penampilan wanita seksi. Semuanya ini pastinya adalah demi mengharapkan nilai-nilai ekonomi tanpa memperdulikan karekteristik asal penciptaan wanita itu sendiri. Adapun Islam menganggap pemakaian di badan seorang wanita itu jauh sekali dari nilai ekonomis apalagi yang mampu mengarahkan kepada rendahnya maruah seorang insane yang bernama wanita dan sebagai makhluq Allah yang keberadaannya yang sebenar adalah sangat tinggi, Kerana itu Islam menggariskan:

1. Pakaian yang dipakai samada oleh muslimin mahupun muslimah tidak lebih dari pernyataan ketaatan dan kepatuhan kepada yang mengarahkannya berbuat demikian, iaitu Allah. Dalam Islam jelas, segala perkara yang dilakukan, baik berpakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya tidak terlepas dari sistem nilai. Yang mana untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut tidak lepas dari ibadah. Sebab itulah dalam berpakaian pun kita dikehendaki mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Pun begitu Islam tidaklah terlalu rigid untuk menetapkan nilai pakaian, corak, jenis kain dan sebagainya. Bahkan terpulang kepada kebudayaan dan adab sopan masing-masing umat, asalkan tidak terkeluar dari peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’

2. Islam menetapkan, tahap kemuliaan seseorang itu bergantung terus kepada sejauh mana nilai ketaqwaan seseorang itu tanpa sedikitpun melihat kepada aspek berpakaian, kekayaan mahupun kemiskinannya. Harus di ingat, penetapan syara’ berkenaan cara berpakaian itu adalah semata-mata mahukan kemuliaan hambanya berkekalan dan sesuai dengan nilai keinsanan.



Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Thin:

“sesungguhnya kami jadikan kamu sebagai sebaik-baik kejadian”

Namun sebaliknya... tidak mengikut cara berpakain yang telah ditetapkan oleh syara’ menyebabkan kemuliaan yang telah diberikan itu ditukar menjadi kehinaan.
Alangkah indahnya sekiranya aturan Allah ini di ikuti tanpa ada rasa kesangsian yang akan menyebabkan kemurkaan Allah swt. Lebih dari itu bukankah tersangat indah andai dalam berpakaian pun kita sentiasa mendapat keredhaan Allah swt. Selebihnya terpulanglah kepada diri pembaca masing-masing untuk samada mengabdikan diri kepada Allah melalui berpakaian ataupun mencari kebencian Allah. (nauzubillahi min zalik) Sekiranya kita mengaku beriman dan ingin mengabdikan diri kepada Allah swt, sedangkan dari segi berpakaian masih lagi mengikut telunjuk kapitalis iaitu sebagai unsur penarik kearah perlakuan maksiat samada diri sendiri mahupun orang lain ataupun untuk mempamerkan nilai ekonomis dari pemakaian anda, percayalah...kita belum lagi termasuk sebagai hamba Allah yang mentaati perintahNya, lebih menyedihkan kita sebenarnya telahpun diperhambakan oleh nilai-nilai kemodenan yang sengaja diprolemirkan oleh yahudi dan nasrani atau lebih tepat sebagai mangsa peradaban bahkan sebagai rakan sekutu syaitan yang ikut sama menyesatkan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat. Saya pasti kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan ini kan? Maka...inilah saatnya seorang muslim dan muslimah sejati tidak akan berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badannya walaupun dilapisan kulitnya telah dibaluti dengan pakaian. Jangan jadikan perempuan lain sebagai mangsa syahwat dari lawan sejenis yang sebenarnya bermula dari anda.
Read more

Bila Kesunyian Datang

Monday, August 10, 2009

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.



Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Sumber : ILuvislam.com
Read more

Ibarat Tempayan Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.



Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.



Sumber : Iluvislam
Read more

Kisah-Kisah Motivasi

Thursday, July 16, 2009

1. KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan. Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar! Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syarikat perikanan ini terus bertungkus-lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.



Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan. Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif. Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita " seekor ikan jerung kecil" dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

لَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)




2. KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya,"Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan. Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain. Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita." "Saya tak paham la ayah",kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.


Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah! Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi "biji benih" kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

الَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)


*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar


Sumber : www.iluvislam.com : Hasmilia
Read more

Tingkatkan Daya Ingatan

Wednesday, June 17, 2009

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta-fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.



Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


*dipetik dari web www.iluvislam.com
Read more

Secawan Kopi

Sunday, May 10, 2009

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.



Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh". Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti."


Sumber diambil dari web ILuvIslam.Com
www.iluvislam.com
Read more

10 Cara Membina Motivasi Diri

Tuesday, April 28, 2009

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:


1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.

Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.


4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.



5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.


Sumber dipetik dari laman web www.iluvislam.com
Read more

Cara Mengurus Kemarahan

Wednesday, March 25, 2009

Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.



CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:

a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh

a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.

b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir.

c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman.

d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat.

e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat.

f) Urut bahagian dada dan perut.

g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu.

h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu.


3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak.

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.


“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-

“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-
Read more

Hatiku Sebesar Cawan

Sunday, March 8, 2009

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.



" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral of the story: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.
Read more

Perkara Ajaib Tersembunyi Didalam Minda

Saturday, February 28, 2009


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda


Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."



2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.


3) Daya magnet dalam fikiran beremosi


Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Read more

Analogi Kunci Kepada Kehidupan


Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan terlepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.



Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama'.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu demi satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? Doa? Tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000).

Maka ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.
Read more

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Tuesday, February 24, 2009

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.



4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Read more