Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah

Sunday, February 28, 2010

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu senantiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu senantiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan senantiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah”. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu”.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, disamping itu suaminya melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Ilusi dan Realiti
Read more

Menghayati Maulidur Rasul

Thursday, February 25, 2010

Melalui catatan sejarah, kita sedia maklum bahawa sebelum kedatangan syiar Islam, masyarakat pada masa itu hidup dalam kejahilan dan kegelapan. Kehidupan yang dikuasai oleh hawa nafsu menyebabkan kemungkaran, kezaliman dan kemaksiatan yang berleluasa. Orang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah dan undang-undang pula hanya mengikut hawa nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga manusia bercelaru dan hilang pedoman.

Dalam keadaan hidup yang penuh kejahilan itu, Rasulullah s.a.w. telah diutus oleh Allah s.w.t untuk membawa ajaran agama Islam yang benar. Rasulullah s.a.w. adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah s.w.t bukan setakat untuk membawa dan memimpin kaumnya iaitu kaum Quraisy ke jalan yang lurus dan diredhai Allah, bahkan untuk seluruh umat manusia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesabaran baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sesungguhnya perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan antaranya penghinaan, ejekan, cemuhan, bantahan, penyiksaan, penindasan, kezaliman dan sebagainya. Namun baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya walaupun setelah berbelas tahun lamanya. Baginda tidak pernah jemu dalam menyebarkan agama Islam jauh sekali untuk berputus asa. Bukan itu sahaja, bahkan apa yang menimpa dirinya turut dirasai oleh para sahabat dan pengikut baginda.

Sesungguhnya kecintaan, kepercayaan, pembelaan, dan kesetiaan para sahabat dan pengikut baginda amat mengkagumkan kita. Semua itu adalah kerana mereka sangat saying dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban nyawa dan harta pada jalan Allah. Oleh itu, sudah sepatutnya kita turut mencontohi kecintaan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat. Mengasihani baginda bukan sekadar ucapan di mulut sahaja tetapi buktikan ia dengan mentaati ajaran yang dibawa oleh baginda, berselawat ke atas dirinya serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta kita teruskan perjuangan baginda dengan menyebarkan dakwah Islamiah serta memeliharanya dari sebarang cubaan atau ancaman yang hendak melemahkan kesatuan dan akidah umat Islam.

Akhirnya marilah kita senantiasa mengingati jasa serta pengorbanan Rasulullah s.a.w. dengan mentaati ajaran Islam yang dibawa oleh baginda. Kita perbanyakkan selawat dan menjaga syiarnya.

Ilusi dan Realiti
Read more

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat

Thursday, January 7, 2010

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.

Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah. 
Read more

Program Gerhana Bulan Separa 1 Januari 2010 dapat sambutan hangat

Thursday, December 31, 2009



Program Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara yang berlangsung di ambang tahun baru 2010 iaitu mulai jam 1.00 hingga 6.00 pagi disertai hampir 1500 orang awam.

Program yang diadakan di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran tapak expo) ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, Pn. Azreena Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa (ANGKASA), dan Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Kira-kira 10 buah teleskop disediakan untuk memastikan orang awam berpeluang menyaksikan fenomena ini secara lebih dekat. Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan teleskop ialah ANGKASA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Persatuan Astronomi Star Hunter dan Persatuan Falak Syari Malaysia.

Seawal jam 10.00 malam orang ramai mulai membanjiri perkarangan luar Masjid Negara bagi memastikan mereka berpeluang menyaksikan fenomena ini di lokasi yang strategik. Pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang ianya berlangsung antaranya Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh, Taklimat Gerhana dari Sudut Sains dan Sudut Islam, Kuiz Gerhana, Pameran Bulan, Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) serta Khutbah Gerhana..Tidak ketinggalan sesi astrofotografi turut dijalankan oleh semua peminat astronomi dan pihak media.

Siaran langsung fenomena ini turut disaksikan menerusi laman web ANGKASA di www.angkasa.gov.my bagi mermberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menyaksikan fenomena khususnya bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Masjid Negara.

Faktor cuaca yang berawan iaitu mulai jam 1.00 pagi hingga 3.20 pagi menyukarkan kenampakan fenomena ini dan rata-rata orang awam kecewa kerana tidak berpeluang melihat perubahan fenomena Gerhana Bulan untuk kali ini. Manakala pada jam 3:20 pagi hingga 5:30 pagi planet Zuhal dan Marikh berjaya dicerap menerusi teleskop dan ianya meredakan kekecewaan orang ramai.Program yang mendapat sambutan hangat ini akan diteruskan bagi memastikan minat serta penglibatan rakyat Malaysia terhadap astronomi ini berterusan dan secara tidak langsung memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan sosioekonomi Negara.





















































































Sumber: ANGKASA
Read more

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa

Wednesday, December 30, 2009

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    :      1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat)
(Malam Tahun Baru)
Masa      :     1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Tempat  :      Perkarangan Masjid Negara.
(Berhampiran dengan Tapak Ekspo, Masjid Negara)

Aturcara Program adalah seperti berikut :

    * Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    * Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
    * Pameran Bulan
    * Solat Sunat Gerhana Bulan
    * Khutbah Khas Gerhana Bulan
    * Pertandingan Kuiz

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Bulan Separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal 1 Januari 2010 jam 1.17 hingga 5.28 pagi.
Read more

Pantun Tutup Aurat

Thursday, December 10, 2009

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima(lah) Kasih





Sumber: keichan@syok.org

Read more

Airmata Keinsafan (PSIS)

Monday, November 30, 2009


Assalammualaikum w.b.t

Bersempena dengan Peperiksaan Akhir Semester Sesi Julai 2009 bakal tiba tidak lama lagi, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan usahasama Rakan Pusat Islam (RPI) menjemput seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bagi menghadiri dan menyertai Program Solat Hajat & Qiammulaill pada:

Tarikh:
3 & 4 Disember 2009

Tempat:
Pusat Islam, PSIS

Tema:
Airmata Keinsafan

Penceramah Jemputan:
Ustaz Sabri bin Abdul Rani

Penglibatan:
Wajib kepada pelajar asrama semester 1 dan dialu-alukan pada pelajar asrama semester 2 keatas serta warga PSIS


Berikut adalah tentatif program tersebut:

3 Disember 2009 (Khamis)

6.30 petang - Ketibaan pelajar dan pengambilan kehadiran pelajar semester 1
7.05 malam - Solat Maghrib secara berjemaah
7.30 malam - Ceramah Perdana disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Abdul Rani
9.30 malam - Solat Isyak secara berjemaah
9.50 malam - Bersurai


4 Disember 2009 (Jumaat)

2.30 pagi - Ketibaan pelajar dan pengambilan kehadiran pelajar semester 1
3.00 pagi - Solat sunat Tahajjud, Solat sunat Tasbih, Solat sunat Taubat, Solat sunat Hajat
5.45 pagi - Solat Subuh secara berjemaah
6.00 pagi - Kuliah Subuh
7.00 pagi - Bersurai

* sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin
Read more

Isu pemakaian Niqab (Purdah)

Thursday, November 26, 2009

Disini aku bukanlah hendak tunjuk alim, warak, ataupun sama waktu dengannya namun apa yang hendak berkongsi dengan anda adalah ada kaitannya di tempat institusi pengajian tinggi. Isu berkaitan dengan pemakaian Niqab atau lebih dikenali dengan Purdah (sekiranya tidak tahu apa itu Niqab). Isu ini sebenarnya sudah lama kedengaran tetapi pada masa itu tidak sepopular yang anda sangkakan. Tetapi kali ini, isu ini makin rancak didengar dicorong-corong telinga radio pelajar.

Bagi pandangan aku la kan, tidak salah sebenarnya pemakaian niqab ini dilaksanakan. Terdapat banyak fadhilat-fadhilat atau senang cerita sebab-sebab mengapa niqab ini wujud. Namun persoalannya disini, mengapakah niqab ini tidak perlu dipakai disini?? Aku tidak tahu apa yang bermain difikiran manusia yang terlalu berfikrahkan tentang politik tetapi tidak pada Islamik. Apa yang aku dapat dengar-dengar adalah antaranya:

  • mengelakkan dari menjadi penyamar seperti menyamar sebagai pengebom, penjenayah yang dikehendaki, dan sebagainya.
  • Mengelakkan dari simpan nota-nota (orang sini kata bawa toyol) disebalik niqab
dan banyak lagi lah... Tetapi, cuba kita fikirkan semula. Mengapa niqab perlu dihadkan penggunaanya sedangkan pemakaian tudung @ jenis tudung @ pemakaian pelajar perempuan dianggap remeh?? Baru sekarang terkejar-kejar meeting sana meeting sini. Kalau pasal mengetatkan lagi undang-undang pemakaian, baguslah. Tetapi, jalan penyelesaian yang bagaimana hendak diberi impak yang maksimum bagi pelajar-pelajar ini akur dengan peraturan Allah yang telah disyariatkan berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah? Kini di pengakhiran zaman, kita perlu ambil berat tentang hal-hal ini. Bukannya diambil sambil lewa sahaja.. Aku beri pandangan ini bukanlah niat untuk memburukkan nama tetapi kita sebagai umat Islam saling bertegur dan beringat. Apa yang buruk itu datang dari aku sendiri yang menjadi insan yang senantiasa dengan kekhilafan, dan yang baik itu datang dari Allah. Sama-sama kita memperjuangkan dan membangkitkan kembali Islam dijalannya. Percaya atau tidak, Islam akan bangkit semula bermulanya di Asia Tenggara tapi tidak tahu bila dan dimana ia bermula. Adakah negara Jepun? China? Malaysia? Indonesia?
Read more

Kajian Pelajar PSIS Obses terhadap pakaian masa kini

Thursday, November 12, 2009

Mengikut hasil kajian pemerhatian aku dari semester ke semester, sebanyak 80% pelajar terpengaruh dengan mengikuti perkembangan fesyen dari semasa ke semasa. 10% pelajar hanya terpengaruh dengan rakan-rakan, 5% lagi pelajar hanya mengekalkan fesyen yang biasa-biasa manakala 5% lagi tidak mengikuti perkembangan fesyen terkini. Mengapa baru sekarang aku hendak paparkan artikel ini sedangkan perkara ini sudah berlarutan dan menjadi-jadi?

Yang sebenarnya, aku dan beberapa rakan aku yang lain sedang membuat beberapa kajian mengenai pemakaian pelajar di tempat pengajian aku baik lelaki (siswa) mahupun perempuan (siswi). Aku bukanlah hendak menjatuhkan maruah sebenarnya, cuma kita sama-sama lihat dan cuba memikirkan beberapa faktor yang rasional berkenaan fesyen zaman sekarang. Bila dibicarakan tentang soal pemakaian, terdapat beberapa suara-suara sumbang kedengaran contohnya:

“Ala. Kita kena ikut trend sekarang. Mana ada orang guna trend yang dulu ni.”

Macam-macam style ada. Ada yang ikut gaya artis, ada yang ikut gaya pengacara TV, dan banyak lagi lah. Sedangkan tidak sedar akan perhiasan diri (maruah) dipra-tonton pada tontonan umum yang lain terutama sekali lelaki. Dari situ sudah create zina mata. Subhanallah. Aku bukanlah hendak tunjuk alim, tetapi sedih sebenarnya melihat beberapa kaum Hawa yang terjerumus dalam kancah permasalahan sebegini. Sukar hendak ditafsirkan keperibadian seseorang tetapi dengan pakaian mahupun fesyen, kita sudah boleh kenal keperibadian seseorang itu yang bagaimana. Minta maaf kerana bahasa agak menyinggungkan tetapi inilah hakikatnya apa yang aku perhatikan selama ini.

Untuk makluman, kita sebenarnya termakan hasutan orang-orang barat. Mereka berjaya menawan kita dengan hanya mempromosikan pakaian yang selama ini kita terlepas pandang akan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Kita terpengaruh dengan budaya barat yang kini lupa akan budaya ketimuran. Aku pernah tegur dikalangan muslimat (perempuan) berkenaan dengan pakaian. Lebih-lebih lagi apabila kita hendak pergi ke Pusat Islam. Pada mulanya, ramai yang berpakaian yang menutupi tetapi dalam keadaan singkat, sendat, dan ketat. Aku tegur buat diri aku, dan aku sampaikan apa yang perlu sampaikan. Termasuk sekali apabila kita hendak pergi kemana sahaja tidak kira didalam tempat pengajian mahupun diluar tempat pengajian. Ada yang tergelak, ada yang “ALA…”, dan macam-macam lagi. Terpulang pada anda, anda mahukan pahala ataupun dosa. Fikir-fikirkanlah buat kebaikan dan keselamatan diri anda dan juga orang lain.



Pakaian itu ada hubungannya dengan ibadat seperti ibadat dalam sembahyang di mana diwajibkan menutup aurat. Sebenarnya pakaian itu sendiri adalah ibadat kerana ia termasuk dalam suruhan agama yang ada nilai pahala dan dosa, kerana itu orang Islam yang menutup auratnya ianya telah mematuhi dan mentaati tuntutan dan suruhan agamanya. Menutup aurat itu ada had dan ketentuan dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

Pakaian itu sebenarnya gambaran zahir keperibadian seseorang. Pengaruh pakaian dapat dilihat seperti, ahli perniagaan untuk mereka dapat mengaut keuntungan ialah dengan mempermodelkan atau menunjukkan fesyen pakaian yang akan diharapkan dapat menjadi tarikan atau pengaruh untuk dibeli oleh pengguna-pengguna.

Pengaruh pakaian ini amatlah jelas. Sebab itu pereka fesyen pakaian akan sentiasa merubah corak-corak fesyen pakaian itu dari masa ke semasa, khususnya pakaian perempuan. Tetapi sayang, fesyen pakaian perempuan hari ini banyak yang tidak memenuhi kehendak Islam.

Jika pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan Islam itu tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam, maka ia menggambarkan sejauh mana kekukuhan aqidahnya. Pakaian itu mempunyai hubungkait dengan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud “Dan pakaian taqwa adalah yang lebih baik.”(Surah Al-A‘râf: 26)

Pakaian mempunyai hubungan dengan ibadat, malah menjadi gambaran bagi aqidah dan akhlak pemakainya. Jika demikian halnya, pakaian perempuan Islam tidak boleh diabaikan. Dan tiada satu mazhab pun yang tidak mewajibkan menutup aurat atau mengharuskan pendedahannya, termasuk rambut, leher tengkok, dada dan betis sehingga ke tapak kaki perempuan di hadapan lelaki asing yang bukan mahramnya. Hukumnya jelas melalui sumber al-Qur’an dan hadis sebagaimana akan datang keterangannya. Di bawah ini disebutkan panduan atau garis pandu mengenai pakaian-pakaian perempuan Islam:


  • Hendaklah pakaian itu menutup seluruh badan termasuk kepala, rambut, leher, dada, lengan, dan betis dari anggota perempuan itu. Bahkan wajib menutup tapak kakinya melainkan di dalam keadaan darurat seperti banjir, atau keadaan lecak atau berlumpur atau seumpamanya. Tidak wajib ditutup muka dan dua tapak tangan dari hadapan belakang sehingga dua pergelanggan tangan sahaja yang boleh nampak. Ini adalah dalam keadaan biasa. Adapun dalam keadaan yang boleh mendatangkan fitnah atau keadaan keganasan, maka wajib ditutup seluruh anggota tubuh badannya. Tidak menutup anggota badan adalah dilaknat oleh Allah Ta‘ala dan dosa besar yang wajib dielakkan.
  • Hendaklah pakaian itu tebal yang menutup seluruh tubuh badan perempuan supaya tiadak nampak warna kulit dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
  • Hendaklah pakaian perempuan itu luas, lebar tidak sempit dan tidak ketat yang boleh menampakkan segi-segi susuk badan perempuan. Pakaian yang ketat itu ialah seperti menampakkan susuk buah dada dan punggung dan lain-lain segi anggota yang mendatangkan fitnah atau keinginan syahwat.
  • Jangan pakaian itu menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki, kerana adalah haram dan dosa besar perempuan memakai pakaian yang serupa dan seakan-akan dengan lelaki.
  • Jangan pakaian itu wangi atau harum, kerana wangi atau harum itu membawa fitnah dan kerosakan yang boleh membangkitkan nafsu dan perhatian orang dan kejahatan yang wajib dihindarkan oleh perempuan-perempuan. Memakai pakaian yang berwangi atau harum itu adalah dosa besar sekalipun dibenarkan oleh suami.
  • Jangan pakaian itu berhias, kerana pakaian yang berhias itu menarik pandangan orang dan membawa fitnah dan kerosakan kepada perempuan dan kepada yang memandang itu. Orang-orang Bani Isra’il Yahudi telah dilaknat oleh Allah Ta‘ala kerana mereka membiarkan perempuan-perempuan mereka keluar rumah, ke masjid, ke pasar dan ke kedai-kedai dengan berhias dan bergaya.
  • Jangan pakaian itu bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kerana itu perbuatan takabbur dan ‘ujub yakni merasa tinggi diri, Ia adalah dosa besar.

Firman Allah Ta‘ala:

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Nûr: 31)

Oleh itu, aku nasihatkan buat diri aku sendiri dan juga anda yang membacanya, marilah kita bersama-sama muhasabah akan diri kita moga-moga Allah memberi petunjuk pada diri kita untuk dunia dan akhirat. Sekiranya kita telah melihat sesuatu kemungkaran dihadapan mata kita, maka kita perlu mengubahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu, maka kita lakukan dengan cara lisan. Sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatilah caranya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Waallahu'alam..
Read more

Muhasabah sebagai "Charger" Kehidupan

Wednesday, November 4, 2009



Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dhaif. Walaupun manusia dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan, ia tidak dicipta sempurna dalam segenap sudut. Dalam kedhaifan itu, Allah menghantar Rasul sebagai pembawa kebenaran dan membekalkan al-Quran sebagai panduan.

Kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan cubaan. Adakala manusia berjaya mengharunginya dan adakalanya manusia tewas. Ramai orang tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Bagi seorang pejuang, hidup di dunia ini hanyalah sementara dan ia akan ditinggalkan untuk beralih ke alam yang kekal abadi.

Dalam menyelusuri kehidupan seorang pejuang, sudah pasti lebih banyak dugaan yang dihadapi. Lebih banyak daripada manusia yang biasa. Di samping tugas dan bebanan yang sememangnya agak berat untuk ditanggungi, pejuang merupakan ikon agama kepada orang kebanyakan. Sudah pasti perkara ini agak mencabar kemampuan pejuang. Islam yang diperjuangkan dan al-Quran yang ingin didaulatkan memerlukan roh perjuangan yang kuat dan stabil.

Suatu perkara yang wajar dilakukan oleh seorang pejuang ialah sentiasa menilai dan memuhasabah diri sebagai charger kehidupan. Ini selaras dengan kata-kata Saidina Umar :

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang”

Kita tidak lepas daripada alpa dan lalai. Lantas amatlah wajar kita sentiasa menilai diri kita sejauh mana kesungguhan kita dalam mentaati Allah. Apakah kita masih layak digelar hamba Allah sedangkan kita pun tidak tahu siapa Allah di hati kita? Apakah kita layak untuk mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad sedangkan amalan sunnahnya diambil begitu enteng oleh kita? Apakah kita masih layak untuk menganggap kita sebagai pejuang di jalan Allah sedangkan perangai dan akhlak sama sahaja seperti orang yang merempat tiada tarbiah? Adakah amalan kita dah mencukupi sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah yang memberi nikmat kepada kita? Seandainya kita masih belum melepasi soalan-soalan asas itu, kita sendiri boleh menilai berapa ‘bintang’ yang boleh diberi kepada kita.

Muhasabah dan menilai mampu membangkitkan semangat dalam diri kita untuk terus berubah dan menjadi yang lebih baik dalam kehidupan. Muhasabahlah yang akan menjadikan diri kita terlalu kerdil di sisi Allah dan tidak ego apabila berdamping sesama manusia. Amalan muhasabah ini sekiranya ditinggalkan, mungkin akan menyebabkan kita lalai lalu gagal dalam mendepani cabaran hidup. Ramai antara orang yang menganggap diri mereka sebagai pejuang sering melupakan muhasabah. Maka tidak hairanlah banyak orang bercakaran sesama sendiri walaupun mereka semua pada asalnya ‘ingin memperjuangkan Islam’. Ego dan sombong akan menguasai diri dan tawadhu’dan rendah diri akan hilang.

Muhasabah sebagai charger kehidupan adalah bertujuan supaya kita sentiasa merendah diri, berkasih sayang sesama kita dan menjauhi sifat ego. Ia juga akan menjadi penyuntik semangat kepada kita supaya terus menguatkan dan memperbaiki diri serta amalan ruhiyyah yang mungkin pada pendapat sebahagian orang ia adalah enteng. Semoga dengan amalan muhasabah ini akan sentiasa mengecas bateri kehidupan kita yang seringkali ‘kong’ apabila banyak digunakan.

Sumber :
http://ilmuanmuda.wordpress.com
Read more

4 Tanda Orang Gembira dan Dosa

Sunday, October 4, 2009

EMPAT TANDA ORANG GEMBIRA DAN BERDOSA

Sabda Rasulullah SAW:

"Tanda-tanda orang yang merana (celaka) di dunia ada empat iaitu lupa kepada dosa-dosanya di masa silam, sedangkan cacatannya terpelihara oleh ALLAH, suka mengingati kebaikan-kebaikannya di masa lalu, sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah kebaikannya itu diterima ALLAH, suka melihat orang yang di atasnya dalam masalah dunia dan suka melihat orang di bawahnya dalam masalah agama."

ALLAH berfirman maksudnya:

“Aku mahukan dia tetapi dia tidak mahukan aku, maka kau tinggalkan dia”.


Manakala tanda-tanda orang yang beroleh kegembiraan dan kebahagiaan di dunia juga ada empat,iaitu:
• suka mengenang dosa-dosa yang dilakukan di masa lalu dan lampau,
• tidak mahu mengingatkan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukannya,
• senang melihat orang yang di atasnya dalam masalah agama dan
• suka melihat orang di bawahnya dalam masalah dunia.

Empat perkara Rasulullah tekankan dalam hadis ini kepada kita agar sentiasa berwaspada, jangan mudah tertipu dalam segenap perkara, agar kita menjadi manusia yang terbaik dengan landasan dan aturan yang telah diajarkan kepada kita.

Pertamanya dalam masalah amalan kebaikan dan keburukan (dosa) yang kita lakukan. Bagi kita adalah bertuah dan beruntung jika kita sedar dan ingat setiap kesalahan yang kita lakukan sendiri. Sebaliknya dengan melupakan kejahatan dan keburukan yang pernah kita lakukan akan menyebabkan kita lupa diri dan sentiasa berasa betul dan benar.

Walhal kita ini penuh dengan dosa dan noda. Sebaliknya dengan mengingati kejahatan akan membuatkan kita ingat siapa diri kita ini pada pandangan ALLAH. Oleh itu kita akan sentiasa patuh dan menginsafi setiap yang telah kita lakukan. Jangan kita pula sentiasa mengingati keburukan orang lain dan melupakan keburukan sendiri. Kerana ini bersalingan dengan maksud dan hasrat hadis di atas.

Begitu juga dalam hal kehidupan yang sebenarnya menceritakan tentang kesenangan dan kepayahan hidup. Bukanlah kekayaan itu adalah ukuran bagi setiap perkara.Tidak perlu kita mengukurkan kekayaan yang ada pada kita dengan kekayaan orang lain (membanding-bandingkan), sebaliknya kita ini miskin pada amalan.

Wang ringgit tidak akan dimasukkan bersama di dalam kubur kita, sebaliknya amalan yang akan mengiringi kita di sana. Segala anggota badan kita akan memainkan peranannya. Apabila mulut sudah dikunci, tangan akan menceritakan sama ada dia diarahkan meraba anak dara (teruna) orang atau mencuri, amatlah malangnya kita. Sebaliknya jika tangan ini sentiasa menghulurkan derma dan digunakan untuk mengira zikir kita kepada ALLAH amatlah bertuahnya kita.

Renung dan ingatlah, dengan ini mampu memberi kesedaran. Mampu menyedarkan kita dari terus leka dan hidup dalam kepura-puraan. Perbaiki sekarang sebelum terlambat, sesal tiada guna. Untung bagi yang beringat kerana segalanya dalam keredhaan Ilahi..
Read more

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Monday, September 28, 2009

Sumber: iLuvislam.com

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.



Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP). Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175.

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini.

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.

Read more

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

Friday, September 25, 2009

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH
AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah Ta'ala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Nota penulis :
Agak sukar sekali untuk mencari lelaki yang betul-betul lelaki bernama kekasih. Maksudnya disini, lelaki yang taat akan agamanya iaitu agama Islam. Even, Fid sendiri pun banyak sebenarnya kelemahan yang ada didalam diri Fid, dan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Kepada para muslimah, carilah lelaki yang boleh membimbing anda. Bukan membiarkan anda..
Read more

Iman, Ihsan, Taqwa

Sunday, September 13, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita sudahpun berada dipenghujung Ramadhan, dan juga malam yang kita perlu kejar sekarang ini iaitu Malam Lailatul Qadr. Malam semalam (13/09/2009) Fid dan beberapa rakan yang lain menyertai satu majlis ilmu selepas solat sunat Terawih. Pada malam itu Ustaz Amir bin Berau yang menyampaikan ceramah. Lama juga tidak jumpa Ustaz Amir ni. Gayanya dan penyampaiannya memang menarik perhatian Fid. Amat rugilah pada sesiapa yang tidak sertai majlis ilmu pada malam itu. Apa yang beliau sampaikan cukup banyak sebenarnya. Antara yang Fid tertarik adalah apabila manusia ada Iman, Ihsan, dan Taqwa pasti tiada masalah. Serba sedikit yang Fid ingin kongsi dengan anda semua berkenaan 3 perkara yang Fid sebutkan tadi.



Iman

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud:

"Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata:

"Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."


Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah:

"Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.


Ihsan

Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab). Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu.

Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.


Taqwa

Taqwa (bahasa Arab: التقوى‎, at-taqwá) ialah memelihara hubungan yang baik dengan Allah, memelihara diri jangan sampai terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T., memelihara segala perintahnya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangannya supaya dapat dijauhi.

Taqwa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

1. Taqwa Awami: taqwa kebanyakan orang yang masih dipengaruhi oleh runtunan syahwat, masih terpukau oleh godaan dunia dan berhadapan dengan tipu daya syaitan. Namun mereka berjuang menentang unsur-unsur negatif yang tersebut dengan semangat taqwa.

2. Taqwa Khowasi: taqwa yang lebih tinggi kualitinya daripada Taqwa Awami kerana orang yang bertaqwa pada tahap ini telah dapat melaksanakan diri daripada belenggu nafsu amarah, dorongan untuk melakukan maksiat dapat dihindari dan maksiat-maksiat zahir seperti maksiat mata dan lidah dapat dijauhi.

3. Taqwa Khowasu Khowasi: tahap taqwa yang tertinggi. Orang yang berada pada taqwa tahap ini telah terlepas daripada lingkaran maksiat zahir dan maksiat batin, bebas pengaruh nafsu amarah dan nafsu lauwwamah. Mereka telah mencapai ke tahap nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang).


Coretan ringkas dari Fid:

Oleh itu saudara dan saudari, ketiga-tiga aspek ini amat memainkan peranan yang penting didalam kehidupan kita sebagai umat Islam di mukabumi ini. Tanpa ada ketiga-tiga aspek ini, sukar bagi kita hendak menggambarkan situasi bagaimanakah perkara ini akan berlaku di masa akan datang. Jika kita ada Ihsan dan Taqwa tetapi Iman kita kurang, maka kita berazam untuk meningkat tahap ketaqwaan didalam diri kita terhadap Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya. Jadi, disaat-saat Ramadhan meninggalkan kita untuk tahun 1430H, sama-samalah kita bangkit dan memperbaiki segala kelemahan yang kita ada didalam bulan Ramadhan ini. Moga-moga Ramadhan kali ini dapat mengubah perilaku dan sikap kita di masa akan datang insyaAllah.
Read more

Alhamdulillah.. Selesai

Friday, September 11, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar anda diluar sana? Harap anda berada didalam keadaan sihat sejahtera senantiasa. Fid alhamdulillah setakat ini sihat cuma kekurangan tidur dan kena sengatan "charlie". Kekurangan tidur adalah disebabkan sepanjang 2 minggu didalam bulan Ramadhan terlibat dengan persediaan program, semasa program, dan selepas program. Alhamdulillah program terakhir anjuran Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) dan Persatuan Ukhuwah (PU) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK) adalah program Qiamulaill Perdana bertemakan "Malam Aku Tersungkur Pada CintaMu" pada hari sabtu (12/09/2009). Dipimpin oleh Ustaz Khir Johari bin Abbas, merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am PSIS. Juga merupakan bekas Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti di Negeri Sembilan. Dibawa alunan zikir sebelum Qiamulaill Perdana dan selepas solat sunat Taubat, iaitu Fid sendiri yang membawa alunan zikir menggemakan alam di PSIS bermula jam 2.40pagi.

Pelajar asrama di PSIS mulai hadir pada jam 2.50pagi. Itupun yang Fid nampak masa itu kaum Hawa. Kaum Adam dimana? Ada tetapi segelintir, walaupun jumlah pelajar lelakinya agak menyedihkan berbanding jumlah pelajar perempuan yang Fid dapat merasakan dan menganggarkan hampir 99% turun ke Pusat Islam bersama-sama menyertai Qiamulaill Perdana termasuklah yang uzur, mendengar alunan zikir dan kuliah subuh, namun orang yang hadir pada program tersebut adalah orang yang dipilih oleh Allah s.w.t. Walaupun diwajibkan hadir dan kedatangan diambil, namun masih ada lagi yang mengendahkannya.


Penyertaan kalangan pelajar hambar?

Ya, Fid tahu ia tidak boleh memaksa. Fid dapat rungutan dari kalangan pelajar lebih-lebih lagi segelintir senior. Kenapa senior? Kerana sejak dahulu lagi mereka sudah masak dengan program-program yang tidak diwajibkan. Kali ini, pihak pengurusan mahukan perubahan dari segi penglibatan pelajar didalam program. Kita bayar yuran asrama dengan yuran pengajian, jikalau anda tidak melibatkan diri didalam sebarang aktiviti samaada dari HEP, JPP, JPI, PU, JPK, PRSP atau mana-mana organisasi yang dianjurkan dan ia dijadikan program wajib, sebenarnya anda telah rugi besar. "Burn" macam itu sahaja. Kita membayar yuran-yuran tersebut bukan sahaja untuk asrama mahupun pengajian mengikut modul yang berdasarkan Jabatan masing-masing, namun kita membayar sekali dengan aktiviti-aktiviti pelajar. Tidakkah anda rasa rugi duit yuran yang anda bayar melayang begitu sahaja tanpa penyertaan dari mana-mana program? Fikir-fikirkanlah.


Program sebegini perlu diteruskan

Berbalik kepada program Qiamulaill Perdana, kami mula melakukan 4 solat sunat pada jam 3.50pagi iaitu Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, dan penutup solatnya Solat Sunat Witir. Hendak diikutkan diteruskan lagi dengan Solat Sunat Tasbih tetapi masa tidak mengizinkan untuk melakukannya. Tepat program Qiamulaill Perdana tamat pada jam 5 pagi, disusuli dengan solat Subuh kemudian diikuti dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Khir sendiri. Beliau lebih menceritakan bagaimana dan perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia. Alhamdulillah program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program Qiamulaill Perdana dan Timbalannya atas usaha anda didalam mengerakkan dan menghidupkan suasana Islam itu sendiri. Alhamdulillah, selepas ini boleh rangka program lagi. Sekali anda dah merasai dan menjadi Pengarah Program, anda akan rasa hendak buat lagi je program. Seperti Fid la. First time jadi Pengarah Program Ceramah Perdana sempena Ihya Ramadhan sesi Julai 2008, sekarang ini sudah hampir 4 cadangan program yang sudah dirangka. Bukan hendak bangga tetapi itulah realiti sebagai seorang yang berorganisasi.

Sedikit kata-kata coretan ringkas dari Fid:
Tirai Aidilfitri hampir dibuka kain rentangnya, Ramadhan kian perlahan menutup tirainya. Sejauh mana tahap keberkesanan kita didalam menambah nilai pahala "FASTING TOPUP" sepanjang Ramadhan 1430H? Adakah ini pengakhiran Ramadhan bagi umat Islam seluruh dunia? Sejauh mana amalan yang kita kumpul sepanjang bulan puasa ini? Dapatkah kita menangkap Lailatul Qadr untuk diri kita? Tanya Iman yang hibernate selama ini, 'on' kan balik sistem operasi Iman. Tambahkan RAM Taqwa sebelum berakhirnya Ramadhan, tukarkan processor Intel Inside kepada Iman Quad Inside. Akhir kata, Fid berpesan pada diri Fid, dan juga rakan-rakan yang membaca blog ini. Yang baik itu datang dari Allah s.w.t, dan yang khilaf itu datang dari diri Fid. Semoga Ramadhan 1430H kali ini, lebih bermakna dari sebelumnya.

Wassalam..
Read more

Sujud Cinta Seorang Hamba

Thursday, September 10, 2009

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu


Read more

Nuzul Quran dan Lailatul Qadr

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)



Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Sumber: JAKIM



p/s: Marilah bersama-sama kita mengejar malam yang sukar kita dapat. Sekali dalam setahun. Malam Lailatul Qadr. InsyaAllah, marilah juga kita berazam mendirikan Qiamulaill di masjid-masjid berhampiran dengan anda. Semoga kita dapat merasai dan memperoleh malam Lailatul Qadr. InsyaAllah..
Read more

Berpakaianlah

Tuesday, September 1, 2009

Antara perbezaan yang sangat ketara dalam mengukur kehidupan yang berteraskan sistem kapitalis atau Islam ditinjau dari sudut persoalan sosial dan rumahtangga adalah mereka (kapitalis) menganggap ianya sebagai masalah ekonomi. Sedangkan di sisi sistem Islam pula meninjau perkara ini dalam konteks yang lebih terperinci iaitu tidak terlepasnya dari hukum-hakam syara’. Kita seringkali mendengar bagaimana dalam sistem kapitalis, perlakuan sumbang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan melakukan seks bebas, masih tidak dikira sebagai zina apalagi sekiranya perlakuan tersebut dilakukan secara suka sama suka. Malah lebih jauh dari itu perlakuan seks yang menyimpang seperti homoseks dan lesbian juga menjadi suatu perkara biasa kerana masyarakat dapat menerima keadaan tersebut dan kegiatan tersebut dapat memberikan ganjaran atau keuntungan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya dikira pelecehan seksual dan mereka yang melakukannya akan diseret ke mahkamah jika seorang lelaki (suami) mengasari atau melakukan seks tanpa persetujuan dari pihak isteri. Sebab itulah terjadi perselisihan antara pengikut fahaman kapitalis ini dengan penganut ajaran islam, mereka menganggap pakaian merupakan satu ungkapan keperibadian, sebagai unsur ekonomis yang dapat menarik perhatian lawan sejenis untuk menggoda, samada kepada bentuk badan seorang wanita itu atau apa jua produk yang di lampirkan bersama dengan wanita itu, sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di papan-papan iklan hampir 90% berorientasikan kepada wanita samada kejelitaannya atau bentuk badannya yang menggiurkan.
Kadang-kadang iklan yang mempergunakan wanita ini sampai kepada tahap tak masuk akal, bila kita lihat nak jual alat pertanian pun diguna wanita seksi, bateri kereta dengan menampilkan wanita bogel, iklan dobi juga tidak terlepas dengan penampilan wanita seksi. Semuanya ini pastinya adalah demi mengharapkan nilai-nilai ekonomi tanpa memperdulikan karekteristik asal penciptaan wanita itu sendiri. Adapun Islam menganggap pemakaian di badan seorang wanita itu jauh sekali dari nilai ekonomis apalagi yang mampu mengarahkan kepada rendahnya maruah seorang insane yang bernama wanita dan sebagai makhluq Allah yang keberadaannya yang sebenar adalah sangat tinggi, Kerana itu Islam menggariskan:

1. Pakaian yang dipakai samada oleh muslimin mahupun muslimah tidak lebih dari pernyataan ketaatan dan kepatuhan kepada yang mengarahkannya berbuat demikian, iaitu Allah. Dalam Islam jelas, segala perkara yang dilakukan, baik berpakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya tidak terlepas dari sistem nilai. Yang mana untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut tidak lepas dari ibadah. Sebab itulah dalam berpakaian pun kita dikehendaki mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Pun begitu Islam tidaklah terlalu rigid untuk menetapkan nilai pakaian, corak, jenis kain dan sebagainya. Bahkan terpulang kepada kebudayaan dan adab sopan masing-masing umat, asalkan tidak terkeluar dari peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’

2. Islam menetapkan, tahap kemuliaan seseorang itu bergantung terus kepada sejauh mana nilai ketaqwaan seseorang itu tanpa sedikitpun melihat kepada aspek berpakaian, kekayaan mahupun kemiskinannya. Harus di ingat, penetapan syara’ berkenaan cara berpakaian itu adalah semata-mata mahukan kemuliaan hambanya berkekalan dan sesuai dengan nilai keinsanan.



Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Thin:

“sesungguhnya kami jadikan kamu sebagai sebaik-baik kejadian”

Namun sebaliknya... tidak mengikut cara berpakain yang telah ditetapkan oleh syara’ menyebabkan kemuliaan yang telah diberikan itu ditukar menjadi kehinaan.
Alangkah indahnya sekiranya aturan Allah ini di ikuti tanpa ada rasa kesangsian yang akan menyebabkan kemurkaan Allah swt. Lebih dari itu bukankah tersangat indah andai dalam berpakaian pun kita sentiasa mendapat keredhaan Allah swt. Selebihnya terpulanglah kepada diri pembaca masing-masing untuk samada mengabdikan diri kepada Allah melalui berpakaian ataupun mencari kebencian Allah. (nauzubillahi min zalik) Sekiranya kita mengaku beriman dan ingin mengabdikan diri kepada Allah swt, sedangkan dari segi berpakaian masih lagi mengikut telunjuk kapitalis iaitu sebagai unsur penarik kearah perlakuan maksiat samada diri sendiri mahupun orang lain ataupun untuk mempamerkan nilai ekonomis dari pemakaian anda, percayalah...kita belum lagi termasuk sebagai hamba Allah yang mentaati perintahNya, lebih menyedihkan kita sebenarnya telahpun diperhambakan oleh nilai-nilai kemodenan yang sengaja diprolemirkan oleh yahudi dan nasrani atau lebih tepat sebagai mangsa peradaban bahkan sebagai rakan sekutu syaitan yang ikut sama menyesatkan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat. Saya pasti kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan ini kan? Maka...inilah saatnya seorang muslim dan muslimah sejati tidak akan berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badannya walaupun dilapisan kulitnya telah dibaluti dengan pakaian. Jangan jadikan perempuan lain sebagai mangsa syahwat dari lawan sejenis yang sebenarnya bermula dari anda.
Read more

Ramadhan Sia-Sia Tanpa Fokus

Sepertimana yang telah kita ketahui, bulan Ramadhan ada kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat di dalam bulan-bulan lain disamping tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa yang menjadi trademark bulan Ramadhan. Kelebihan yang ada merupakan salah satu daripada banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita diantaranya, Allah menjadikan setiap bulan-bulan Islam itu ada kelebihan dan ceritanya yang tersendiri. Bagi bulan Ramadhan, ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berganda. Ianya juga menjadi titik tolak kepada keberjayaan seseorang dalam mencapai pangkat 'muttaqin' sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah s.w.t :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah Al-Baqarah, ayat ke-183).

Ya! Taqwa menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang itu sebagai hamba Allah. Tanpa taqwa , hidup seribu tahun pun ia tetap tidak berguna. Maka apakah kunci taqwa? Salah satu jawapan yang boleh saya kongsi ialah 'fokus'.



Sebenarnya setiap ibadah yang dilakukan samaada di dalam bulan Ramadhan mahupun diluar bulan Ramadhan perlu kepada fokus. Ibaratnya seperti pertandingan menembak. Mata yang memerhati objek itu tidak boleh hilang fokusnya. Sekiranya si penembak gagal mengawal matanya serta anggotanya supaya sentiasa di dalam keadaan fokus, maka objek yang ditembak pasti tidak mengena. Maknanya di sini, fokus boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Diantaranya ialah khusyu' dan kata kuncinya ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Engkau beribadah seolah-olah engkau melihat Allah, maka sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Di awal surah Al-Mukminun, ada menyatakan bahawa fokus itu merupakan salah satu kunci yang membawa kepada kejayaan.

"Berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' di dalam solatnya."

Jika kita lihat, semasa bulan Ramadhan, antara ibadah-ibadah utama yang dituntut untuk dilaksanakan ialah berterawih, membaca Al-Quran dan bersedekah. Maka, yang dikatakan pahala amalan akan digandakan ketika bulan Ramadhan adalah bergantung kepada kualiti dan kuantitinya. Kalau terawih kuantiti rakaatnya banyak akan tetapi fokusnya sedikit , maka ganjarannya berdasarkan apa yang dilaksanakan. Apatah lagi, kalau tiada fokus langsung, maka ibadah tersebut menjadi sia-sia. Saya kadang-kadang terfikir, apakah matlamat kita sebenarnya? Kalau kita kata, kita inginkan keampunan, maka keampunan itu tidak akan diperolehi tanpa fokus.

Contohnya, fokus kita hilang ketika berpuasa atau ketika menunaikan solat terawih. Kita mengisi waktu puasa kita dengan perkara sia-sia bahkan lebih teruk lagi kita tuliskan di buku catatan amalan puasa kita dengan perkara-perkara dosa. Sedangkan, jika keampunan adalah matlamat kita, maka fokuslah kearahnya. Manakala solat yang tidak khusyuk itu sebenarnya tidak lebih hanya menyakitkan pinggang kita dan melenguhkan sendi-sendi kaki yang menahan bebanan berat badan. Maka solat kita musnah tanpa sebarang kesan akibat tiada fokus atau kekhusyukan.

Mungkin ada diantara kita, pernah melalui situasi ini, maka beristighfarlah. Saya yakin, syaitan pasti menyukainya. Diantara janji syaitan ialah mereka ingin melihat manusia berada di dalam keadaan faqir. Iaitu faqir pahala manakala sebaliknya mereka berjanji untuk menjadikan kita orang yang kaya dengan dosa. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Orang kata syaitan tidak ada, tapi kita tahu nafsu masih ada dan takkan melepaskan kita kecuali maut telah tiba. Dan disitulah peranan jihad.

Jihad juga memerlukan fokus kerana jihad tidak terjadi andai tiada ujian dan cabaran. Maka, nafsu adalah cabaran utama bagi orang yang berpuasa. Contoh fokus di dalam jihad ialah, tidak membiarkan minda kita dikuasai kehendak nafsu yang mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa ketika kita menurut kehendaknya yang tidak pernah puas. Puasa adalah perisai. Maka fokus adalah perlu bagi memperolehi puasa yang bermakna. Kalau hampir 14 jam kita menahan lapar dalam sehari, janganlah dengan sekelip mata di waktu berbuka, kita menjadi gelojoh. Sebaiknya berbukalah dengan cara sederhana supaya fokus kita berterusan tanpa gangguan nafsu yang sentiasa menggoda. Oleh sebab itu perut yang lapar dapat menajamkan fikiran manakala perut yang kenyang adalah sebaliknya.

Pengalaman berbuka puasa di dalam bulan Ramadhan adakalanya tidak membawa erti apa-apa jika tidak bersederhana. Natijahnya apabila tiba waktu menunaikan solat terawih, kita gagal memberi fokus melainkan hanya merelakan anggota digerak-gerakkan penuh paksa.

Allah s.w.t berfirman :

"Celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai di dalam sembahyang mereka."
(Surah Al-Ma'uun : ayat ke-4 & 5)


Akhir kata, saya menyedari hal ini kerana adakalanya atau sering saja kita hilang fokus ketika bersolat begitu juga keadaannya ketika berpuasa. Sebenarnya tazkirah pada malam ini, adalah untuk kita bersama lebih-lebih lagi diri saya. Maka, istighfar dan taubatlah sebagai jalan penghapus dosa. Iaitu dosa di atas fokus yang hilang dan dosa maksiat yang telah dilakukan. Ingatlah bahawa bulan Ramadhan juga adalah bulan taubat dan pengampunan.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(HR Bukhari, no. 1901; Muslim, no. 760).

Maka, fokus menjadi aset menuju taqwa. Ramadhan yang dilalui akan menjadi sia-sia tanpa fokus. Bersama jadikan madrasah Ramadhan sebagai momentum perubahan.


p/s: Ia merupakan schedule post..
Read more

Doa hindar dari wabak H1N1

Tuesday, August 11, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sepertimana yang anda telah ketahui dunia kini dilanda satu wabak yang sedang menular iaitu wabak H1N1 atau erti kata lain wabak Influenza A (Selsema Babi). Fid sebenarnya sudah dapat keratan doa ini di rumah Fid sewaktu Fid tiba pulang ke rumah untuk cuti seminggu dari 6 hingga 12 Ogos 2009. Oleh itu, Fid sediakan link untuk anda Doa menghindari dari wabak tersebut. InsyaAllah semoga doa ini dapat melindungi diri kita dari wabak jangkitan Influenza A ini.

Link download :
Mirror 1
Mirror 2
Mirror 3
Read more