Makluman Penempatan Asrama PSIS Sesi 2010

Tuesday, June 30, 2009

Pihak pengurusan PSIS telah membuat ketetapan bahawa mulai sesi Januari 2010 dan seterusnya, semua pelajar semester 4, semester 5 dan semester 6, TIDAK DITAWARKAN penginapan asrama PSIS. Ketetapan ini juga digunapakai kepada semua pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin asrama PSIS. Sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan Pengetua Asrama PSIS

Sekian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum saya memulakan pengulasan yang lebih panjang izinkan saya memohon maaf diatas kesilapan web blog Fid yang sejak kebelakangan ini ditimpa pelbagai perubahan layout yang mungkin bagi anda memeningkan kepala. Bukan apa, Fid hendak mencuba layout yang terbaik dari segi loading page, penggunaan widget yang kurang, dan sebagainya. Oleh itu, maka layout ini digunakan. Sebenarnya layout ini sudah digunapakai di web blog Persatuan Ukhuwah PSIS atas dua orang tenaga pakar dari pelbagai skil dan pengalaman didalam menguruskan blog tersebut dan kini masih lagi ditahap pembaikpulihan dan menaiktaraf mutu web blog Persatuan Ukhuwah PSIS.

Seterusnya, Fid ingin memberitahu pada anda terutama sekali kepada pelajar PSIS dimana seperti yang Fid telah nyatakan diatas memang benar dan sumber diambil dari Web Rasmi PSIS. Mungkin tidak ramai yang sedar berita ini sudah lama ada di web tersebut. Fid sudah lama juga sedar akan berita ini namun kerana perkara ini makin kecoh, maka Fid pun hendak kecoh. Berita ini tidak silap Fid baru minggu lepas dimasukkan.

Perkara ini sepatutnya sudah lama dibangkitkan. Kita ambil contoh Politeknik lain, semester 1 sudah tentu dapat asrama. Semester 2 keatas kena duduk luar kampus. Tetapi PSIS istimewanya dahulunya PSIS memuatkan lebih daripada kapasiti sebenar. Semua semester ada di asrama kecuali yang mempunyai masalah demerit dan disiplin dikehendaki duduk di luar asrama maknanya tempat tinggal di luar kampus. Dan ternyata dahulunya 4 blok asrama Putera dijadikan mangsa 1 blok untuk dijadikan blok asrama Puteri. Maka, tinggallah 3 blok asrama Putera. Dan kini yang Fid dapat tahu samaada tinggal 2 blok atau 1 blok asrama Putera. Ternyata juga, kebanyakkan pelajar didalam PSIS adalah pelajar perempuan atau lebih sedap lagi siswi PSIS. Di PSIS, kursus yang menyebabkan ramainya siswi adalah berkemungkinan besar samaada dari Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan, dan Jabatan Perdagangan.

PSIS ingin menjadikan EDU-PELANCONGAN kerana PSIS terletak berhampiran dengan Laut Selat Melaka. Memang dekat la hendak dikatakan. Memang bagus hendak dijadikan kampus PSIS sebagai edu-pelancongan tetapi hendak seimbang. Jangan hanya melebihkan dan meramaikan kapasiti asrama sedangkan tidak tahu terdapat beberapa orang dikalangan kita yang berkeluarga tidak kemampuan, hanya mampu untuk menghantar dan membayarkan duit pengajian anaknya untuk menimba ilmu di PSIS dan tidak mampu untuk memberi duit sewa kepada anaknya untuk membayar sewa bulanan berbanding yuran asrama yang hanya bayar setiap semester.

Betapa sukarnya pelajar yang tidak bernasib baik termasuk Fid sendiri yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mencari rumah sewa disekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Juga masalah pengangkutan untuk ke kampus dan pulang ke rumah sewa yang jarak ke kampus terlalu jauh. Dengan masalah sosial yang pasti berlaku peningkatan yang amat drastik. Pengurusan Pusat Islam siapakah hendak menjaga, melaksanakan, dan sebagainya sekiranya ada dikalangan pelajar yang selama ini sudah sebati dengan menguruskan Pusat Islam terpaksa duduk di luar kampus.

Cuba kita fikirkan sejenak. Mungkin segelinti dari kalangan pelajar ada yang lebih suka berada diluar kampus. BEBAS. TIADA KENA TINDAKAN WARDEN. Dan sebagainya, namun wajib kita tahu dan ambil tahu. BEBAS akan menghasilkan BEBAS BERSOSIAL, SEKS BEBAS, BEBAS BUAT APA SAHAJA sehingga terjerumusnya akidah umat ISLAM. Berada di asrama PSIS, keselamatan dijamin, sosial dikawal, suasana pembelajaran yang selesa. Walaupun dikawal sepenuhnya oleh warden, tetapi bagi Fid masalah seperti diatas kurang. Hanya sisa-sisa masalah yang degil dan nakal sahaja membuatkan suasana PSIS kucar-kacir.

Mungkin anda sebagai pembaca terkejut dengan kata-kata yang Fid lontarkan tetapi bukan Fid seorang sahaja yang melontarkan rasa kekecewaan dan sebagainya tetapi ramai pelajar PSIS diluar sana yang berfikiran dan berperasaan seperti apa yang Fid kini rasakan.

Jadi, fikir-fikirkanlah..

18 comments:

.::izan karmila::. said...

btol3...
izan setuju 98%..
hehehe...
pape ntah psis nih,,
da tau x ckp tmpt,, yg die amek dak rmai2 nak wat per..
gram nih..

.::izan karmila::. said...

btol3...
izan setuju 98%..
hehehe...
pape ntah psis nih,,
da tau x ckp tmpt,, yg die amek dak rmai2 nak wat per..
gram nih..

eykn said...

sgt setuju ngn izan,
PSIS pon 1,dh tau asrama x ckup,
nak ag amk student vru sampai 1500 owg,
yg ada pon x terjaga,nak amik banyak2 ag wat pe...
masalah tol la..
dh nak merempat kat ne lak sem ni...
mara ni..

Mr x7 said...

HIDUP POLI!!!
I LOVE YOU~ Muuuuahhh

Mr x7 said...

HIDUP POLI!!!
I LOVE YOU~ Muuuuahhh

Zulhilmi said...

bagi rmartz, mengenai masalah duduk dalam atau luar mungkin tidak menjadi persoalan.. tetapi penempatan asrama haruslah seimbang kuantiti lelaki dan perempuan.. sebab jika dah semua perempuan duduk asrama dan lelaki duduk luar.. memang solat jumaat - perrempuan.. lelaki semestinya semayang kat masjid luar.. lagi selesa.. dan siapa yang nak membantu pihak poli seperti mengangkat meja/kerusi untuk program besar.. tak kan perempuan jugak?? kalau perempuan larat.. kalau tak larat.. lect sendiri lah jugak buat kerja..
itu jer kot.. tak der idea nak tembak nih..

ps: 2 org tenaga pakar?? sape tuh.. hehe

Firdausi said...

Pihak atasan memandang perkara ini sebagai perkara yang enteng didalam penstrukturan pentadbiran. Sewajarnya diseimbangkan antara lelaki dan juga perempuan. Jika semuanya perempuan di PSIS, sudah tentu perkara HISTERIA pasti berlaku..

dan siapa yang ingin bertangung jawab jika kes histeria ini berlaku.. ustazah kurang.. tak kan para ustaz kot.. jika kes tersebut makin besar.. pihak media juga akan datang ke poli buat liputan.. and then.. POLI FEMES... huhu.. itu yang pihak PSIS nak kan???

Fid setuju sangat-sangat zulhilmi. Ustaz pun kurang juga di poli. Siapa lagi yang hendak bertanggungjawab kes histeria. Adakah perempuan juga yang akan menyelesaikannya? Bagi Fid tidak semua yang boleh selesaikan kes histeria. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja dipilih oleh Allah s.w.t.

Jadi, poli dahulu pun berhasrat juga hendak popular di kalangan politeknik-politeknik lain. Mungkin ini caranya untuk poli masuk di kaca televisyen menjadikan tumpuan ramai tetapi disebaliknya perit sekali.

haha..setuju giler ngn korang sume!!
hoho...
nak fames pon cm x de cara lain lak...

eykn said...

haha..setuju giler ngn korang sume!!
hoho...
nak fames pon cm x de cara lain lak...

Firdausi said...

Kalau hendak PSIS terkenal dikalangan politeknik-politeknik lain, maka anjurkan sesuatu program yang bermanfaat seperti adakan HALAQAH di TV9, Kem kepimpinan usahasama Majlis Agama Islam dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dan sebagainya. Peruntukkan duit program ini sudah bagus walaupun tinggi kosnya tetapi kenapa program sebegini tidak ada inisiatif untuk buat sedangkan program yang menjurus kearah kejahatan mampu melaksanakan program.