Anime : Midori no Hibi (Midori Days)

Monday, June 22, 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini Fid hendak berkongsi dengan anda cerita anime bertajuk Midori no Hibi (Midori Days). Cerita berepisod ini walaupun ada diantara kita yang sudah menyaksikannya namun Fid suka cerita ini diulang tayang seberapa banyak kali. Ia memang best. Bagi pengemar anime lagi-lagi cerita ini yang belum menyaksikan, Fid sudah sediakan link download dibawah nanti.

Serba sedikit tentang cerita ini :

Hari-hari Midori (美鳥の日々, Midori no Hibi?) ialah sejudul manga fantasi shōnen karya Kazurou Inoue, diterbit oleh syarikat Shogakukan dalam majalah Shōnen Sunday mulai September 2002 hingga Oktober 2004 serta dikumpul dalam 8 jilid tankōbon. Kisahnya mengenai seorang pelajar sekolah tinggi yang mendapati tangan kanannya diganti oleh seorang gadis bernama Midori lalu cuba memulihkan Midori ke badan asalnya.

Siri manga ini diadaptasi menjadi siri anime 13 episod oleh Studio Pierrot bersiaran di Jepun dari April hingga Jun 2004 di rangkaian TV Animax, yang juga turut menyiarkan anime ini ke saluran-saluran serantaunya di Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan dan lain-lain.



Seiji Sawamura ialah pelajar terkuat di sekolah tingginya. Prestasi pelajarannya tidak berapa memberangsangkan kerana dia asyik bergaduh dari belajar, namun dia sentiasa melindungi pelajar-pelajar lemah dari ancaman kaki buli. Dia dijadikan idola oleh sebilangan rakan-rakannya; seorang gadis bernama Midori Kasugano dari sekolah lain juga menyanjunginya senyap-senyap; tetapi yang lain cuma menggeruninya, jadi sukarlah untuknya mencari kekasih, sehingga pada suatu pagi dia menyedari Midori yang kecil terlekat di tempat tangan kanannya.

Sepanjang dua minggu seterusnya mereka berdua menyesuaikan diri dengan kerapatan yang tiba-tiba dan dipaksa ini, menimbulkan banyak kesusahan, tetapi juga berputiknya asmara. Seiji berusaha menyorok Midori dari khalayak ramai; Midori melitupi kepalanya dengan balutan sambil berpura-pura menjadi tangan cedera Seiji. Midori selalu meluahkan rasa cintanya terhadap Seiji (terutama sekali memakai gaun jahitan sendiri yang bersulamkan "I ♥ Seiji"), tetapi Seiji tidak perasan pun, khususnya apabila dia selalu mengeluh dirinya tidak akan dapat mencari seorang perempuan yang menyukainya.

Cantuman Midori dan Seiji nampaknya berada di antara pinggang Midori dan pergelangan tangan Seiji, tetapi tidak pernah diketahui dengan jelas pun (Seiji selalu berbaju lengan panjang, Midori pula biasanya memakai gaun; paling lebih pun lengkung pinggangnya). Badan Midori kelihatan berfungsi dengan normal; dia tidur dan makan seperti biasa, dan keperluan fisiologinya dipenuhi sistem perkumuhan Seiji.



Link download :

Midori no Hibi.part01.rar
Midori no Hibi.part02.rar
Midori no Hibi.part03.rar
Midori no Hibi.part04.rar
Midori no Hibi.part05.rar
Midori no Hibi.part06.rar
Midori no Hibi.part07.rar
Midori no Hibi.part08.rar
Midori no Hibi.part09.rar
Midori no Hibi.part10.rar
Midori no Hibi.part11.rar
Midori no Hibi.part12.rar
Midori no Hibi.part13.rar
Midori no Hibi.part14.rar
Midori no Hibi.part15.rar
Midori no Hibi.part16.rar
Midori no Hibi.part17.rar
Midori no Hibi.part18.rar
Midori no Hibi.part19.rar
Midori no Hibi.part20.rar
Midori no Hibi.part21.rar
Midori no Hibi.part22.rar
Midori no Hibi.part23.rar
Midori no Hibi.part24.rar

0 comments: