Selesai Tugas 6 Bulan

Friday, June 12, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera Fid ucapkan kepada semua pembaca setia blog ini. Fid memohon maaf diatas kesulitan tidak mengemaskini blog Fid bertrasformasikan dengan tema baru walaupun sebelum ini hendak dikekalkan namun kerana inginkan 3 column maka tema baru menjelma. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi setelah berjuang 6 bulan Latihan Industri di Majlis Perbandaran Selayang akhirnya bertarikh 12 JUN 2009 pada jam 5 petang diisytiharkan tamatnya Latihan Industri bagi Sesi Januari 2009. Saat manis, suka, duka, perit, dan pelbagai lagi perasaan. Selepas ini tiada lagi kedengaran arahan-arahan yang seringkali dingat difikiran Fid. Tiada lagi kerja-kerja menghantar, menyediakan, mengambil peralatan komputer. Tiada lagi membuat semakan dan servis komputer. Tiada lagi gelak tawa tiap-tiap hari sebelum ini. Hanya kesunyian mulai dirasai sejurus Fid meninggalkan Majlis Perbandaran Selayang. Cukup sedih bagi Fid kerana pertama kalinya batch kami adalah yang terbaik dari batch-batch sebelum ini. Senyuman terukir tiap kali kami tiba di Bahagian Teknologi Maklumat.

Selepas ini, kehidupan kembali seperti dahulu. Awal bulan Ogos tidak silap Fid, kembali ke PSIS untuk menyambung pelajaran semester 5 dan 6 dicampurnya lagi dengan repeat paper Sistem Elektronik Digit semester 3. Doakan Fid agar semuanya berjalan dengan lancar. Kini fokus untuk final report yang akan di hantar semasa Interview LI pada 9 Julai 2009. Banyak lagi Fid yang cerita serba ringkas mengenai perjalanan dan pengalaman Latihan Industri di Majlis Perbandaran Selayang. Gambar-gambar insyaAllah akan Fid upload kan didalam posting "Pengalaman bersama MPS" kelak. Disini satu gambar kenangan pelajar praktikal buat kami di MPS.


Sweet memories with us

Julia, Fid, Syamim, Feeya
(Practical Student Batch January 2009)

4 comments:

.::izan karmila::. said...

xpew tuh,, an leh jumpe ag kat poli,,,
rmai an dak poli yg li kat c2...

pasnih,, leh r ganti kte plak g li...
hak3...
;b~

.::izan karmila::. said...

xpew tuh,, an leh jumpe ag kat poli,,,
rmai an dak poli yg li kat c2...

pasnih,, leh r ganti kte plak g li...
hak3...
;b~

c.a.w.a.n said...

hehe . selamat kemali ke psis .;]

c.a.w.a.n said...

hehe . selamat kemali ke psis .;]