Pengalaman Bersama MPS

Monday, June 15, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini Fid ingin berkongsi pengalaman serba ringkas dengan anda semua samaada yang sudah menjalankan praktikal, yang akan menjalani praktikal, yang belum menjalani praktikal, yang tidak pernah menjalani praktikal seumur hidup.

Bermula Fid menjejakkan kaki ke Majlis Perbandaran Selayang pada 12 Januari 2009 pada jam 7.30 pagi. Bukan main awal Fid datang. Yela, takut-takut tempat letak kenderaan penuh maka awal la Fid datang. Setiba disana Fid seperti kehairanan kerana ternampak kelibat salah seorang dari pelajar PSIS. Rupa-rupanya Adi dari pelajar Kejuruteraan Awam. Fid kenal dia semasa dia bersama-sama dalam organisasi bersatu antara JPI dengan PRSP. Kemudian Fid mendaftarkan diri di Tingkat 7 Khidmat Pengurusan. Dari situ pula lihat ramai yang datang dari PSIS. Tidak pernah nampak pun di PSIS. Mungkin tidak perasan agaknya.

Mulai kenal Hafiza, Syamim, Julia, Ameera, Syafiqah apabila hari pertama berada di Bahagian Teknologi Maklumat. Fid, Hafiza, Syamim, Ameera, dan Syafiqah dari PSIS manakala Julia dari Kolej Komuniti Hulu Selangor. Yang Fid kenal adalah Julia dan Ameera kerana mereka berdua dahulunya satu sekolah menengah dengan Fid. Berubah juga mereka ini dari dahulu sehinggalah sekarang. Hafiza, Syamim, dan Syafiqah pula Fid baru kenal dengan mereka. Tapi terus terang ingin beritahu yang Fid dahulu memang malu. Yela, Fid seorang sahaja pelajar praktikal lelaki di Bahagian Teknologi Maklumat. Nak dicakap tentang apa, hal lelaki bila bercakap dengan perempuan pasti tidak selesa ataupun tidak serasi. Pada mulanya, kami ditempatkan di Bilik Mesyuarat selama rasanya seminggu. Namun, atas perbincangan kami semua selepas itu kami berpindah ke tempat yang kosong. Satu meja share 2 orang.



Fid mulai kenal dengan supervisor Fid yang boleh dikatakan agak sporting dan kadang kala gila. Tapi apa-apa pun Fid respect dia sebab dia yang mengajar Fid bagaimana untuk selesaikan masalah seperti network sharing, print sharing, tukar user admin jika wat servis, dan banyak lagi. Fid satu persatu mengenal staf-staf di IT. Mereka baik rupanya walau pada mulanya Fid melihat mereka ini sombong dan gerun melihat mereka. Kemudian dapat tugas-tugas yang agak mencabar minda iaitu memasukkan data MS ISO 9001 : 2000. Bukan senang sebenarnya, silap seperkara membawa binasa. Namun dengan tidak sabar akhirnya meletus kemarahan apabila Fid sendiri menegakkan kebenaran pada bos Fid. Beliau ini ada masa ikut angin. Bila angin dia tidak betul, maka segala yang kita lakukan pasti menyeksakan kita dengan cara menimbulkan kemarahan, menimbulkan kesilapan kita walaupun kita tidak silap.

Fid dapat suasana di alam pekerjaan sebenar. Beginilah rupanya ada yang suka, ada yang seksa, dan ada yang menyedihkan. Pertama kali Fid merasai suasana begini. Fid tiada pengalaman didalam bekerja sambilan. Dapat juga merasaanya selama 6 bulan. Bukan sekejap itu tempoh masa berada di MPS. Dari sini kita dapat mempelajari cara kita berjumpa dengan orang tertentu, bagaimana hendak memuaskan hati pelanggan, dan sebagainya. Seperkara dengan itu, Fid dapat menambah ilmu lagi tentang dunia perkomputeran. Yela, zaman kini sudah moden berteraskan teknologi-teknologi maju. Sehinggakan notebook Fid menggunakan Operating System Windows 7 Release Candidate. Tapi masih lagi tidak stabil kerana mahu main permainan online. Namun, walaupun diperingkat beta tetapi kita dapat mengenalpasti sesuatu perkara tentang pengoperasian Windows 7 tersebut.

Bila tiba disaat penghabisan praktikal, perasaan sedih mulai timbul kerana selama 6 bulan menjalani Latihan Industri disitu ikatan pasti ada. Fid mengharapkan agar staf-staf disitu teruskan bekerja disitu tanpa mengenal erti penat walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan Fid antara yang merasa perkara itu. Gambar-gambar ini la mengubat hati kerinduan Fid selepas ini.








Gambar-gambar semasa hari terakhir bersama mereka


Itu sahaja yang Fid dapat ceritakan serba ringkas. Untuk batch praktikal yang seterusnya diharap agar kenangan manis dapat diukir lagi berterusan.

12 comments:

.::izan karmila::. said...

hak3...
sdeh r tuh,, nak pisah ngan doang...
;b~

.::izan karmila::. said...

hak3...
sdeh r tuh,, nak pisah ngan doang...
;b~

Firdausi said...

mestilah sedih... nanti izan akan merasa

Firdausi said...

mestilah sedih... nanti izan akan merasa

.:izan karmila:. said...

hak3....
alor... sekuang-kuangnyew,, rmai dak psis,,
t,, bley jumpe ag,, yang izan nih,, x rmai pown dak psis...
: ( ~

.:izan karmila:. said...

hak3....
alor... sekuang-kuangnyew,, rmai dak psis,,
t,, bley jumpe ag,, yang izan nih,, x rmai pown dak psis...
: ( ~

Jepung Hunter said...

dah la....kalo ko rindu kat kami semua ko leh datang kat mps nih......ape yang ko nak sedihkan......dan kalo ko rindu kat aku dan en.mahadi ko leh datang kat siber stadiun....

Jepung Hunter said...

dah la....kalo ko rindu kat kami semua ko leh datang kat mps nih......ape yang ko nak sedihkan......dan kalo ko rindu kat aku dan en.mahadi ko leh datang kat siber stadiun....

Firdausi said...

Huhu... InsyaAllah berkesempatan nanti datang la. Huhu

Firdausi said...

Huhu... InsyaAllah berkesempatan nanti datang la. Huhu

'AQILAH said...

sedihnye..tapi lepas ni fid boleh rase alam kerja betol2..(dpt gaji)

'AQILAH said...

sedihnye..tapi lepas ni fid boleh rase alam kerja betol2..(dpt gaji)