Presentation Final Project done.. Alhamdulillah

Tuesday, April 20, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah pembentangan projek akhir yang berlangsung pada 20 April 2010 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah pada jam 10pagi waktu Malaysia. Pelbagai dugaan yang terpaksa harungi lebih-lebih lagi komen dari panel yang berkaliber. Silap sikit, maka rosak segalanya. Baru hendak bernafas, dah dipanggil untuk kumpulan pertama yang menyampaikan pembentangan. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang termasuk aku.

Sempat lagi menginstall aplikasi perisian K-Lite Mega Codec Pack kerana video projek kami menggunakan filetype .MP4 . Bagi kami ada juga perubahan dari sudut info, slide, dan sebagainya. Dan itulah yang terbaik bagi kami, tetapi bagi panel mungkin hendakkan kelainan dari pelajar-pelajar senior batch sebelum-sebelum ini. Bagi kami ada improvement dari semester lepas dimana tidak fokuskan objektif dan skop yang hendak disampaikan. Tetapi bagi semester ini, kami sudah mencapai objektif dan skop yang hendak kami sampaikan pada panel, cuma panel memberi beberapa komen berkenaan keputusan bagi setiap litar yang dihasilkan. Antara kandungan komen berkenaan keputusan adalah tidak disertakan sekali dengan spesifikasi litar, gelombang sinus yang terbentuk dalam litar Ultrasonic Motion Detector. Kemudian, panel memberikan tempoh masa untuk menghantar laporan akhir yang lengkap pada minggu hadapan sebelum Hari Politeknik peringkat PSIS bermula.

Bagi aku, bebanan sudah terlerai akhirnya. Kini hanya tinggal laporan akhir yang hendak diserahkan kepada panel dan penyelia projek. Tapi, apa-apa pun alhamdulillah kerana semuanya sudah selesai. Tetapi selepas ini pula terlibat dengan persediaan program Hari Politeknik dan juga Hari Konvokesyen PSIS, kesibukan melanda lagi.. Huhuhuhu... Rasa itu sahaja yang dapat dikongsi bersama dengan anda, kepada pelajar-pelajar PSIS semoga berjaya menempuhi segala onak halangan dalam kehidupan kita sebagai siswa dan siswi.

Waallahu'alam


p/s: Standby untuk final exam yang akan bermula pada pertengahan bulan Mei. Pengakhiran semester di PSIS insyaAllah.

0 comments: