Dulu, Kini, dan Akan Datang

Monday, April 12, 2010

Assalammualaikum dan salam perpaduan. Sudah lama penulis tidak berbicara didalam blog ini, ini disebabkan oleh kesibukan semester akhir bersama-sama dengan program-program yang telah dijalankan di tempat pengajian aku. Aku memohon maaf diatas kekangan yang dihadapi sehinggakan para pembaca tidak mendapat status kemaskini yang terkini. Dan baru-baru ini, sahabat-sahabat rapat aku yang terdiri daripada 3 orang sefikrah mewujudkan team FANZ yang berperanan didalam perbincangan dalaman yang mengaitkan perihal organisasi pelajar, isu-isu semasa dalam negara, masa depan bersama, dan lain-lain lagi.

Didalam kesibukan juga, terlintas difikiran aku akan beberapa perkara yang aku perlu fikirkan. Bukan setakat sejenak, malah lebih mendalam lagi sehingga rasa hendak migrain banyak kali. Umurku yang hendak menjangkau ke alam dewasa, maksudnya bukan lagi zaman remaja lagi dah. Tetapi semakin meningkat umur, semakin mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu dari zaman tadika sehinggalah kini. Memori yang tidak dapat dilupakan sehinggalah sekarang. Namun, ia tetap pergi dan tidak boleh diputarkan kembali zaman itu. Kini, aku sudah mula memikirkan zaman dewasa iaitu pekerjaan, tanggungjawab kepada ibu dan adik-adik, rumahtangga, ekonomi, dan sebagainya. Lebih tepat sekali, masa depan. Rasa sudah bersedia tetapi mampukah aku melaksanakan semua perkara yang perlu aku pikul?? Lagi-lagi anak sulung, berat sangat tanggungjawab aku ini yang bergelar anak, abang sulung, bakal suami, bakal ayah, bakal atuk... Waa.... Aku sudah mendalam pemikiran perihal ini. Mampukah aku??? Ya Allah, bantulah hambaMu ini yang berada didalam kebuntuan masa depan.. Tunjukkanlah jalan yang terbaik bagi diri aku. Berikan ruang nafas untuk aku bernafas. Kesempitan telah berlaku dalam hidupku.

Masa depan tidak boleh dibawa main-main, ia memainkan peranan yang utama dan besar didalam proses kesempurnaan hidup didunia mahupun diakhirat kelak.

Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..


Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...


Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerna kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa...


Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....

Perlukah aku berdiam diri?? Atau belum sesuai lagi untuk aku fikirkan tentang masa depan?

p/s: Team FANZ adalah singkatan nama bagi 4 orang sefikrah. Antaranya Firdausi (aku), Azmi, Naqib, dan Zulhilmi. FANZ - Perjuangan diteruskan....... =)

0 comments: