Ringkasan Maklumat untuk anda bakal pemimpin 24/4/2010

Saturday, April 24, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pada malam 24 April 2010 (Sabtu) yang lalu, aku dan sahabat-sahabat sefikrah aku hadir didalam pertemuan dua hala dan mungkin kali terakhir bersua. Hendak diikutkan, pada malam itu diadakan kursus Gerak Gempur Pengurusan Organisasi namun beberapa kekangan terpaksa aku akur dan digantikan dengan sesuatu yang mungkin baru bagi aku. Pada malam itu beberapa point yang ringkas dan santai kepada bakal-bakal pemimpin kelak. Antara yang aku sampaikan pada malam itu adalah:

  1. Modul Pengurusan Organisasi - untuk dijadikan bahan rujukan semua organisasi yang melibatkan manual mesyuarat sebelum, semasa, dan selepas program. Juga diselitkan beberapa unsur-unsur idea yang perlu diketengahkan, dan sebagainya. Akan berada dipasaran  khususnya di PSIS sahaja pada penggal pertama sesi Julai 2010 bermula.
  2. Fikir / Laksanakan di luar kotak - membuat sedikit soal selidik pada seorang wakil lelaki dan perempuan berkenaan dengan apa yang mereka mahukan didalam sesebuah organisasi. Terdapat dua point dari mereka iaitu konsep "UKHUWAH" dan juga aliran bidang kuasa dalam organisasi perlu tersusun dengan lebih rapi. Maka, dari situ mereka berpendapat akan sesuatu yang ingin fikirkan secara magnificantly.
  3. Senior dari LI - memberitahu kepada mereka pelajar senior yang akan tamat menjalani Latihan Industri berhasrat ingin berjumpa dan bekerjasama dengan anda semua. Jangan lupa akan senior-senior yang ideologi mereka masing-masing ada kelebihannya. Maka, rebut peluang itu dan jangan mengabaikannya.

Tiga perkara yang aku sampaikan pada malam itu, dan pengakhirannya disusuli dengan mohon maaf kepada semua yang memikirkan aku dan senior-senior yang lain merasakan tidak selesa dengan anda kerana kami tidak sempurna. Mungkin mereka lebih selesa dengan corak kepimpinan kini dari kami dahulu yang tidak se"perfect" yang anda sangkakan. Mungkin pada malam itu merupakan malam pertemuan yang terakhir bagi kami, dan insyaAllah kami tidak akan lupakan adik-adik junior yang berada di PSIS ini sewaktu kami melangkah keluar tamatnya pengajian di PSIS ini. Berkenaan dengan wasiat, mungkin hanya orang tertentu sahaja yang akan aku sampaikan khususnya tetapi umumnya kepada ahli-ahli yang lain nantikan. Banyak perkara yang kami hendak sampaikan pada anda tetapi masa tidak mengizinkan kami untuk berpeluang bersama-sama dengan anda didalam sebuah keluarga kecil ini.. Sehingga itu sahaja yang aku dapat berkongsi bersama dengan anda semua.

p/s: Sempat lagi kami melontarkan senyuman dan jenaka pada mereka, mungkin ada diantara mereka tidak pernah melihat kami seceria dan berjenaka, dan mungkin diantara mereka yang pernah melihat tetapi mungkin itu adalah kali yang terakhir mereka dapat lihat kami lakarkan senyuman manis. Senyuman manis itulah kenangan kami sebenarnya dari awal semester 1 lagi sehinggalah kini.
Read more

Hati dalam diri

Thursday, April 22, 2010

Dalam penantian ini
terdapat keanehan dalam diri
yang tidak mampu mengenalpasti
akan sesuatu yang diduga hari ini
mencari cinta yang hakiki.

Kesusahan dilanda yang pasti tidak dijangka
hilangnya permata tidak dijaga
namun perhiasan pasti dirasa
akan keindahan wajah pesona
nan jauh ku bersua.

Sentuhan jiwa yang pasti ku harapkan
akan cintamu yang tiada tolok bandingan
namun ku harus pasrah akan perhubungan
kerana diri ini yang penuh penghinaan
dan juga dipenuhi dengan cabaran.

Perkara lain yang perlu diberi fokus
adalah merasakan hati yang gratis
yang memerlukan jiwa yang puitis
yang juga memerlukan pemikiran yang kritis
agar hati hitam dapat dikikis.
Read more

Presentation Final Project done.. Alhamdulillah

Tuesday, April 20, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah pembentangan projek akhir yang berlangsung pada 20 April 2010 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah pada jam 10pagi waktu Malaysia. Pelbagai dugaan yang terpaksa harungi lebih-lebih lagi komen dari panel yang berkaliber. Silap sikit, maka rosak segalanya. Baru hendak bernafas, dah dipanggil untuk kumpulan pertama yang menyampaikan pembentangan. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang termasuk aku.

Sempat lagi menginstall aplikasi perisian K-Lite Mega Codec Pack kerana video projek kami menggunakan filetype .MP4 . Bagi kami ada juga perubahan dari sudut info, slide, dan sebagainya. Dan itulah yang terbaik bagi kami, tetapi bagi panel mungkin hendakkan kelainan dari pelajar-pelajar senior batch sebelum-sebelum ini. Bagi kami ada improvement dari semester lepas dimana tidak fokuskan objektif dan skop yang hendak disampaikan. Tetapi bagi semester ini, kami sudah mencapai objektif dan skop yang hendak kami sampaikan pada panel, cuma panel memberi beberapa komen berkenaan keputusan bagi setiap litar yang dihasilkan. Antara kandungan komen berkenaan keputusan adalah tidak disertakan sekali dengan spesifikasi litar, gelombang sinus yang terbentuk dalam litar Ultrasonic Motion Detector. Kemudian, panel memberikan tempoh masa untuk menghantar laporan akhir yang lengkap pada minggu hadapan sebelum Hari Politeknik peringkat PSIS bermula.

Bagi aku, bebanan sudah terlerai akhirnya. Kini hanya tinggal laporan akhir yang hendak diserahkan kepada panel dan penyelia projek. Tapi, apa-apa pun alhamdulillah kerana semuanya sudah selesai. Tetapi selepas ini pula terlibat dengan persediaan program Hari Politeknik dan juga Hari Konvokesyen PSIS, kesibukan melanda lagi.. Huhuhuhu... Rasa itu sahaja yang dapat dikongsi bersama dengan anda, kepada pelajar-pelajar PSIS semoga berjaya menempuhi segala onak halangan dalam kehidupan kita sebagai siswa dan siswi.

Waallahu'alam


p/s: Standby untuk final exam yang akan bermula pada pertengahan bulan Mei. Pengakhiran semester di PSIS insyaAllah.
Read more

Dulu, Kini, dan Akan Datang

Monday, April 12, 2010

Assalammualaikum dan salam perpaduan. Sudah lama penulis tidak berbicara didalam blog ini, ini disebabkan oleh kesibukan semester akhir bersama-sama dengan program-program yang telah dijalankan di tempat pengajian aku. Aku memohon maaf diatas kekangan yang dihadapi sehinggakan para pembaca tidak mendapat status kemaskini yang terkini. Dan baru-baru ini, sahabat-sahabat rapat aku yang terdiri daripada 3 orang sefikrah mewujudkan team FANZ yang berperanan didalam perbincangan dalaman yang mengaitkan perihal organisasi pelajar, isu-isu semasa dalam negara, masa depan bersama, dan lain-lain lagi.

Didalam kesibukan juga, terlintas difikiran aku akan beberapa perkara yang aku perlu fikirkan. Bukan setakat sejenak, malah lebih mendalam lagi sehingga rasa hendak migrain banyak kali. Umurku yang hendak menjangkau ke alam dewasa, maksudnya bukan lagi zaman remaja lagi dah. Tetapi semakin meningkat umur, semakin mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu dari zaman tadika sehinggalah kini. Memori yang tidak dapat dilupakan sehinggalah sekarang. Namun, ia tetap pergi dan tidak boleh diputarkan kembali zaman itu. Kini, aku sudah mula memikirkan zaman dewasa iaitu pekerjaan, tanggungjawab kepada ibu dan adik-adik, rumahtangga, ekonomi, dan sebagainya. Lebih tepat sekali, masa depan. Rasa sudah bersedia tetapi mampukah aku melaksanakan semua perkara yang perlu aku pikul?? Lagi-lagi anak sulung, berat sangat tanggungjawab aku ini yang bergelar anak, abang sulung, bakal suami, bakal ayah, bakal atuk... Waa.... Aku sudah mendalam pemikiran perihal ini. Mampukah aku??? Ya Allah, bantulah hambaMu ini yang berada didalam kebuntuan masa depan.. Tunjukkanlah jalan yang terbaik bagi diri aku. Berikan ruang nafas untuk aku bernafas. Kesempitan telah berlaku dalam hidupku.

Masa depan tidak boleh dibawa main-main, ia memainkan peranan yang utama dan besar didalam proses kesempurnaan hidup didunia mahupun diakhirat kelak.

Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..


Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...


Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerna kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa...


Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....

Perlukah aku berdiam diri?? Atau belum sesuai lagi untuk aku fikirkan tentang masa depan?

p/s: Team FANZ adalah singkatan nama bagi 4 orang sefikrah. Antaranya Firdausi (aku), Azmi, Naqib, dan Zulhilmi. FANZ - Perjuangan diteruskan....... =)
Read more

Metafora Kuih

Thursday, April 1, 2010

Untuk lebih mudah difahami, mari kita lihat metafora ini. Katalah, melihat kuih.... Kita boleh melihatnya dengan empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan rupabentuknya. Itu pandangan mata biasa.

Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (samaada chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganalisis. Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, kemahiran mengadunnya, kemahiran menguli dan membakarnya?

Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan biasa.

Lain pula keadaanya dengan orang yang memandang kuih itu dengan penuh pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil pusing langsung apakah bentuk, nama atau cara pembuatan kuih tersebut. Yang penting, makan dahulu. Hinggalah dengan kegelojohan itu dia tidak sempat bertanya pun siapa yang empunya. Inilah buruknya pandangan nafsu. Yang dipentingkan hanya kesedapan dan keseronokan.

Bagaimana pula melihat kuih itu dengan pandangan mata hati? Melihat dengan pandangan hati akan menyebabkan kita seolah-olah dapat melihat pembuat kuih tersebut. Katakanlah, anda sedang berada di luar negara. Tiba musim Hari Raya, anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Apabila bungkusan itu dibuka dan anda melihat kuih di dalamnya, dengan tidak semena-mena air mata anda mengalir. Apabila melihat sahaja kuih itu, hati anda sedih. Kenapa?

Ya, kerana anda melihat wajah ibu (pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Anda terkenang kasih sayang, keprihatinan, kelembutan dan segala-galanya yang terbaik dari ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih bererti bukan sekadar dari tulang, daging, dan urat ibu kita tetapi kepada yang lebih bermakna iaitu budi, kasih dan sayangnya. Tanyakan hati kita, manakah pandangan yang lebih tepat dan murni? Pastinya hati kita akan menjawabnya, itulah pandangan hati!
Read more