Perjuangan dan Dugaan Semester Akhir

Thursday, January 28, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Terlebih dahulu ingin aku mohon maaf atas kelewatan yang amat sangat mengemaskini blog ini. Ternanti-nanti artikel baru dari aku. Hohoho.. Untuk pengetahuan pada semua pembaca, blog ini mengalami kelewatan mengemaskini blog bukan kerana ketiadaan idea tetapi masa mencemburui untuk menulis apa jua yang terlintas difikiran aku. Maklumlah, semester akhir ini aku perlu fokus sepenuhnya. Fokus kearah pembikinan projek akhir semester. Sudah banyak yang aku tinggalkan kali ini, antaranya adalah memberikan mandat tugas organisasi kepada pelapis yang baru. Semester ini aku ditugaskan menyandang jawatan Majlis Eksekutif sahaja dimana skopnya hanya memberi pandangan, cadangan, komen, dan kritikan sahaja. Segala keputusan hanya ditentukan oleh Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi Januari 2010.

Bila sudah diserahkan tugas yang berat ini kepada orang baru, terasa rindu pula hendak lakukan kerja-kerja yang membuatkan diri aku aktif. Sejak penyerahan, aku semakin tidak aktif. Hendak diikutkan hendak pegang jawatan lagi, bukan kerana gila kuasa tetapi ada perkara yang rasa tidak selesai lagi. Tapi, kali ini aku perlu fokus kepada projek akhir semester. Aku tidak boleh abaikan, melibatkan permarkahan aku gak. Maka, sebab itulah aku serah tugas yang pernah aku sandang sebelum ini kepada orang baru. Kalau hendak mengetahui siapa pucuk pimpinan  kali ini, lawati blog Rakan Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah.

Aku mengharapkan sepenuh komitmen dari Majlis Tertinggi serta ahli-ahlinya untuk menyambung perjuangan kami  yang pernah jatuh dan bangkit selama hampir 6 semester. Jadi, lakukan yang terbaik dari kami. Buktikan yang anda semua mampu lakukan dan ukirkan kepada kami senyuman yang paling manis sejurus kami melangkah keluar meninggalkan perkampungan pembelajaran. Aku dan juga senior-senior tidak mengharapkan wang sebagai balasan tetapi senyuman yang kami mahukan. InsyaAllah, kita bersama-sama berganding bahu didalam membentuk dan menyelaraskan organisasi dengan sempurna.

Tetapi, aku diberi implikasi yang sangat besar bagi semester akhir ini. Pelbagai dugaan aku perlu tempuhi. Antaranya, "Fast Forward" projek akhir semester yang perlu disiapkan pada pertengahan bulan Mac, salah faham antara beberapa pihak, paper repeat Sistem Elektronik Berdigit semester 3 yang belum lagi diambil untuk dilaksanakan pada semester ini juga dan sebagainya. Inilah ujian yang Allah berikan untuk hambaNya mampukah menempuhi dugaan-dugaan bagi semester akhir. Mohon sokongan dari anda untuk aku dapat berdiri tanpa dipapah oleh orang.

Rasa itu sahaja luahan bagi mengemaskini blog ini.  Ada banyak lagi hendak dicerita tapi kena "Follow the Flow". Sekian, nantikan lagi artikel-artikel yang menarik ok..

p/s: Novel pendek dalam penghasilan sambungan jalan cerita Cintaku Dibelenggu Rindu. Nantikan sambungannya..

7 comments:

ana said...

hm...perjuangan dlm organisasi ataupun dlm berkumpulan...hendaklah bersatu padu....bukan sahaja tertumpu pada Majlis Executive(ME)...Semua sama.klu rujuk pd zaman Rasulullah ketika perang utk mempertahankan agama mereka sndiri...mereka x mnx pd pandangan ketua dlm kumpulan tp mnx pndngn ramai...d mana mereka xkira taraf mn pn seseorang tu tp tertumpu pd seseorang yg betul2 bg komitmen...jika ingin tahu kejutannya,kte tgk sndr PI...dlm diam2 ada 3org serangkai (hamba Allah) telah byk membantu PI tnpa d sedari...,oleh itu....utk kesimpulannya...ME perlu ada jika nak...tp bg ana,iainya xperlu kerana....rakan2 yg mempunyai jwtn terlalu riak sehingga xnk dgr kata2 o pndangan ME...serupa ME xyh wjudkn...tul x??oleh itu,arap maaf dlm kata2 kesat ana...assalamualaikum.......

FaTiN AdHa said...

salam...sedikit untuk berkongsi berkaitan entry ne, bg saya kte smue sama. ad jwtn atau tidak that is not the point.. manusia diciptakan utk menjadi khalifah di muka bumi Allah, mencegah kburukan mngajak kebaikan..
walaupun anda dari mana, semua adalah pemimpin..sya nk tnye adakah bile ada jawtan yg disandang bru kite nk berkhidmat?? adakah bile kite punyai kuasa bru kite nk bertindak?.. adkah benar ME hnya akan memberi pndgan, cdagan dan kritikan? diorg xbleh berprogram ke? diorag bkn ahli ke? byk persoalan yg bermain dbenak sya..terfikir juga adakah hnya 3 serangkai(hamba allah) itu shaja yg membantu PI selama ne? hmmm.pastinya sejarah lam akan berulang lagi, hanya kerana kata2.. "rakan2 yg mempunyai jwtn terlalu riak sehingga xnk dgr kata2 o pandangan ME" -kaji semula statment saudara kerana sy juga ME tpi adk2 sntiasa mhukan panadangan sya walaupun perkra itu sekecil zarah!. lihat diri kita, dimanakah kita meletkkan diri kita samada diatas atau dibawah.. if ada yg rase dia cukup bagus sedarlah kite ne masih kosong..jgn berbangga diri, kelak akan binasa lah diri, jangan terlalu taksub dgn kejayaan semalam, kerana akan datang tiada siapa yg tahu.. maaf jua dari saya atas komen yg mungkin ada insan yg terguris, tiada lain hnya mahu ingtkan diri sndiri. , -ME RPI

ana said...

minta maaf kepada saudari fatin adha...tujuan ana bkn utk menghina atau mencaci atau hendak membanggakan dri ini y kerdil lg binasa...tp tujuan ana memberi keterangan d ats adlh d sbbkn bahawa segelintir masyarakat sekarang terlampau mengikut adat,bangga dgn jawatan y d sandang atau lebih mengagongkan dri drpd org len.ttg soalan anta 2 pula,mmg btul anta ckp.."xkn kte nk tgg ad jwtn bru nk b'2gas?"...mmg btul...tp kte kne tgk segelintir umat islam iaitu kaum hawa dan kaum adam ketika mendapat sesuatu jwtn k...mereka lbih utamakn dri sndri,atau berdua bersama kwn beknya sahaja...mereka salunya xendahkn pndangan rmy...tentang ME,perlu ke d wjudkn??adakah d sbbkn adat?atau hanya tiruan dr senior??ataupun hanya saje2??????tentang 3 org shbt "hidden" y tlh m'bntu PI, mereka bkn riak atau hendak menunjuk2..bg ana,ianya 1 kejayaan juga...mereka bkn hendak membatu organisasi malah.........mereka membantu umat islam dan mempertahankan islam dlm poli ni...ana sndri dgr rintihan mereka..jika anata rs sejarah akn berulang,ana rs anta x perlu berkata demikian kerana kata2 yg slh akn menjadi 1 doa...Rasulullah sndr memarahi umatnya ketika umatnya meminta yg bukan2 dr nya...sehinggakan Rasul terpaksa menunjukkan balasan setelah ap yg mereka impikan,dtg dgn bala...sbnrnya,bg ana......xperlu ada MT o ME....yg perlu ada,hanyalah....komitmen,tanggungjawab,ikhlas,sentiasa rasa serba salah pd Allah ketika berpersatuan ini...begini r...ana xnk komen byk sgt...nt tuannya blog mrh plak kn?ha3...bg ana,ckup sekadar ana memerhati dr belakang..ana xlyk utk bersuara dan xlyk utk memberi pndangan...wt ms ni,ana try tlg juga adik2 ana dlm menempuh ujian Allah ni...arap maaf bg tuannya blogger n semua y membaca klu2 kata2 kesat ana ini wt sume phak tersingung...assalamualaikum

c.a.w.a.n said...

sudah2 . jgan gadoh . dalam organisasi pon, xleh sgt berselisih paham .pernah sy terbaca , andai pernah kite berdebat kerana sesuatu persoalan. die antara dua, samada kite dapat pahala atau tidak mendapat apa2. tak payahlah seakan menuding jari pada sapa2. cukuplah, yang mana ad kerkurangan ,carikanlah ia kelebihan . yang mana punya kelebihan, gunalah untuk kebaekan bersama. mt atau me , punya peranan masing2. bukan setakat me ataw mt . malahan ahli juga punya peranan. tpi, isu nya sekarang . apa tiap2 individu tue, taw peranan masing2 . ? peranan orang laen ,die nak menyebok . bile peranan sendiri entah kemana ntah . satu pekerjaan itu adalah ibadah , buatlah sebaik mungkin . MT perlu ada dalam mane2 organisasi atau dalam 1 kelompok . Sedangkan Institusi keluarga pon ade ketua . Maaf sy katakan , untuk MT kali ini . Sy nampak kurang sepakatan antara MT ikhwah n Akhawat. Mungkin sy salah , tapi itu sy dapat rasakan n saya lihat sendiri . Harap setiap kekurangan itu, diperbaek . dan kelebihan itu dimanfaatkan .

wallahualam. Salam alaik.

NaD CoMoT TaPi CoMeY said...

salam...

nk komen...tp...lebih baik diam dr berkata2 kot... yer lor..akk dh x der kene mngena dgn JPI@PU@RPI... jgn gadoh2 yer adik2...makan gado2 ok... cuba bincang dlm RPI tu sndiri..sama ade perlu wujud atau x ME.. bg akk..perlu sbb sdgkan seseorg yg menuntut ilmu perlukn guru..inikn pula berpesatuan..perlu ade org guide... pd pendpt akk lah bila dah bekerja ni.. he3..akk x terror bab2 ni... cuba bg pandangan jer..

wasalam....

Zulhilmi said...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Salam 1Malaysia, Salam Perjuangan kepada semua sahabat-sahabat ku.

atas apa yang saya baca daripada respond-respond di atas. disini saya membuat kesimpulan bahawa kita semua janganlah berkira didalam melakukan tugas masing-masing. aktif ke tidak aktif ke bergantunglah kepada kemampuan insan tersebut. yang penting lillahitaala.

Saling bantu membantu sesama ahli. MT merujuk ME. ME selalu tnya khabar MT. dan jangan lupa MT pun kena selalu jumpa M.Penasihat.

Tidak semestinya ME adalah orang-orang yang hebat didalam organisasi. dan juga MT pun bukan semua lemah dan baru. mungkin baru didalam organisasi PSIS. tetapi mungkin ada yang pernah melibatkan diri di organisasi luar yang lebih hebat dari RPI. masing2 ada kelemahannya. termasuk diri saya ini.

sekian, terima kasih. harap kita sama-sama dapat meneruskan perjuangan kita dijalan allah s.w.t.

Firdausi said...

Assalammualaikum dan salam 1Blogger...

Tuan punya blog ini sudah muncul akhirnya setelah melihat beberapa trafik yang mampu membuatkan kesesakkan lalulintas pada celcom broadband di kawasan PSIS hanya semata-mata akan topik yang baru dikeluarkan tidak silap tuan 24jam yang lalu.

Semoga apa yang didebit dan dikreditkan, tidak kira guna broadband sendiri mahupun orang lain mampu mengenal erti kelemahan kita masing-masing.

Maka, dengan itu. Kita tutup majlis komen mengomen ini dengan "Tasbih kifarah dan Surah Al-Asr".

Wassalammualaikum.. Jumpa lagi di posting artikel yang akan datang.

=)