Asrama dan Kenderaan

Wednesday, November 11, 2009

Saiz kertas A3 telah ditampal, saiz font yang jelas dibaca oleh pelajar-pelajar kamsis namun berapa ramai yang membaca rasanya tidak pasti jumlahnya. Dianggarkan hanya 60% yang peka dengan notis-notis dipapan kenyataan, 40% lagi mungkin terlepas pandang. Dengan jelas sekali notis dikeluarkan untuk peringatan pada semester hadapan. Semester hadapan?? Ya, semester hadapan bagi sesi Januari 2010. Ada apa dengan 2010? Ada kaitan ke dengan notis ke?

Begini ceritanya. Untuk makluman pelajar-pelajar termasuklah diri aku, notis tersebut menyatakan disini bahawa mulai Sesi Januari 2010 dimana pelajar-pelajar yang ditawarkan asrama maka tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan ke tempat pengajian, jika tidak dikehendaki keluar dari asrama. Disini aku dapat beberapa kebarangkalian mengapa pelajar yang ditawarkan asrama tidak dibenarkan membawa kenderaan pada semester hadapan. Mengikut pemerhatian selama satu semester sesi Julai pada tahun ini adalah diantaranya:

  • Pelajar ingkar dengan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama.
  • Segelintir pelajar masih lagi tidak mendaftarkan kenderaan di pihak pentadbiran.
  • Terdapat segelintir pelajar lelaki yang pulang ke kampung halaman masing-masing semasa solat Jumaat.
  • Terdapat segelintir pelajar lelaki yang membawa dan menghantar pelajar perempuan (terutamanya motosikal) terus ke kawasan asrama.

Dan beberapa lagi yang mungkin bagi aku terdapat banyak lagi masalah-masalah yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar itu sendiri. Aku ingat sekiranya aku ditawarkan asrama semester hadapan hendak juga membawa kenderaan ke tempat pengajian. Namun peraturan sudah dikeluarkan. Bagaimana ni? Aku hendak bawa kenderaan ada sebabnya, tidaklah perlu aku nyatakan disini. Namun, bergantung pada rezeki masing-masing.

Aku maklumkan awal-awal kepada anda semua (yang sama tempat pengajian dengan aku), maka tidaklah ternanti-nanti menunggu kemaskini dari web pengajian. Itu sahaja setakat ini, kalau ada info yang lebih fresh lagi akan dipaparkan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Waallahu’alam.

2 comments:

zA8dA said...

ouh cmni ah plak poli ni..adoiaii..

.::izan karmila::. said...

tensen nye ngan poli nih,,
pape ntah...