Pengumuman kepada Pelajar PSIS yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Julai 2009

Sunday, July 26, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Julai 2009 yang bermula pada 27hb. Julai ini, Fid mendoakan agar anda semua dapat berkhidmat dengan baik dan jayanya di mana jua anda berada. Tidak kira di sektor awam mahupun swasta. Tempuhilah dan timba pengalaman yang mencabar ini di alam pekerjaan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudah pernah merasai alam pekerjaan dan mungkin juga yang tidak pernah merasai alam pekerjaan.

Ikuti segala peraturan yang telah disediakan oleh pihak syarikat/firma. Jaga adab dan tingkah laku anda semasa anda berada di pejabat, bertemu pelanggan, berada di luar (outstation), dan sebagainya. Yang duduk di rumah sewa, harap jaga diri anda sebaik-baiknya. Janganlah anda dijadikan nasi untuk dibancuh menjadi bubur.

Ambil peluang cerah ini untuk berbakti sepenuhnya agar mungkin di suatu masa nanti jika rezeki ada, maka anda dapat meneruskan pekerjaan di syarikat/firma tersebut selepas tamatnya pengajian anda di PSIS. Kuatkan semangat, tabahkan jiwa, tingkatkan kerohanian, cerdaskan minda. InsyaAllah anda akan berjaya. Selamat menempuhi alam pekerjaan anda sebagai pelatih Latihan Industri. Jagalah nama baik PSIS, bawa nama PSIS ke persada negara MALAYSIA. PSIS pasti boleh.

Disini Fid coretkan pantun 4 kerat buat anda.
Pergi ke tasik mencari memerang,
Bermandi-manda di tepi jeti,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Semoga berjaya menjalani Latihan Industri.

Nota penulis : Ingatilah pesan keluarga. Mereka mendoakan kejayaan kita didunia dan juga diakhirat. Pengorbanan mereka cukup besar. Oleh itu, jangan hampakan mereka. Berusahalah sehinggalah berjaya. Tanpa usaha, kegagalan pasti terasa.

10 comments:

.::izan karmila::. said...

10q ek fid,, walaupown,, x tls nme izan kat c2.. hehehe..
buhsan gle td,, asyik dok melangut jerk..
hak3,, mybe hari first kot..
selamat kembali ke poli tercinta ek..
huhuhu...

.::izan karmila::. said...

10q ek fid,, walaupown,, x tls nme izan kat c2.. hehehe..
buhsan gle td,, asyik dok melangut jerk..
hak3,, mybe hari first kot..
selamat kembali ke poli tercinta ek..
huhuhu...

Firdausi said...

Sama2 Izan... Pengumuman tu untuk semua pelajar LI sesi Julai la.. Takkan la nak taip nama-nama pelajar kot. Sampai kamu semua habis praktikal baru selesai nak publish..

Biasa la hari pertama, nanti dah seminggu praktikal banyak la kerjanya diberikan. Anyway, buat yang terbaik di sana..

Jumpa lagi semester hadapan.. Jangan lupa gadoh-gadoh ye.. Hehehe

hak3,,, wat r yg specialnye,, tuk izan jerk...
kah3... gadoh2?? owrite... hu3...

.::izan karmila::. said...

hak3,,, wat r yg specialnye,, tuk izan jerk...
kah3... gadoh2?? owrite... hu3...

Firdausi said...

Nak ke yang special punya?? Tidak perlu la... Hahaha... Jangan marah... Gaduh2 nanti tahun depan punya cerita okay...

Firdausi said...

Nak ke yang special punya?? Tidak perlu la... Hahaha... Jangan marah... Gaduh2 nanti tahun depan punya cerita okay...

.::izan karmila::. said...

okey jerk..

.::izan karmila::. said...

okey jerk..