Tiba dan Saat masanya

Tuesday, July 28, 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Setelah 7 bulan lebih Fid berada di Selayang (6 bulan Latihan Industri, 1 bulan cuti), tibalah masanya untuk Fid berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah pada 30hb Julai 2009 (Khamis) di Sabak Bernam yang terletak nun dihujung negeri Selangor berdekatan dengan Selat Melaka selama 2 semester lagi insyaAllah. Terdapat banyak peristiwa-peristiwa sepanjang Fid berada di Selayang dan ada satu peristiwa pahit yang Fid tidak dapat dilupakan sehinggalah kini. Hanya diri Fid sahaja yang tahu disebalik peristiwa itu.

Barang-barang sudahpun dikemas. Banyak la juga barang-barang yang hendak dipindahkan. Lagi-lagi semester ini dekat dengan bulan Ramadhan. Kejap sahaja masa berlalu. Nanti amat sibuklah berada disana dengan menghadiri kuliah, mesyuarat sana sini, merangka program, melaksanakan dan menguruskan program, menyertai program, dan sebagainya. Blog Fid ini juga akan tidak dikemaskinikan untuk beberapa tempoh yang lama. Bergantung kepada internet di PSIS.



InsyaAllah dalam tempoh itu juga Fid akan cuba mengumpulkan beberapa info-info yang boleh kita berkongsi bersama. Dan berkemungkinan besar akan wujud satu komuniti PSIS Blogger dimana hasil cadangan dari Saudara Dzulmajdi dan Saudara Adie berkaitan mewujudkan satu platform komuniti khas untuk para pelajar PSIS yang mempunyai blog mahupun website untuk menjadikan pusat sumber maklumat disamping menghubungkan lagi jaringan antara IPTA mahupun IPTS yang lain.

Nantikan kemunculan info-info terbaru buat tatapan anda semua dan teruskan membaca blog Ilusi dan Realiti. Jika ada sebarang pertanyaan atau apa jua yang ingin anda salurkan, hantarkan ke alamat email Fid yang terletak di Biografi Penulis. Klik disini.

0 comments: