Oh Persatuan

Sunday, April 26, 2009

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kabare?? (bahasa jawa = apa khabar). Harap anda dalam keadaan waras (bahasa jawa = sihat). Terima kasih kepada komentar-komentar yang tidak jemu memberikan beberapa pandangan, cadangan, pertanyaan, komen, nasihat kepada saya. InsyaAllah apa yang anda berikan, akan saya hargai. Diam tak diam dah hampir menjelang penutupnya bulan April. Dah hampir untuk saya menamatkan latihan industri saya. Pelbagai dugaan yang saya hadapi sepertimana yang baru-baru ini digemparkan dengan perasaan meletup yang membara. Huhu..

Untuk entri kali ini bukan hendak membincangkan tentang topik PERSATUAN. Untuk lebih mengetahui istilah atau maksud tersirat anda boleh layari web rakan blogger saya [klik disini]. Sepertimana yang anda sedia maklum, saya terlibat didalam persatuan di PSIS. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger PSIS yang lain. Namun persoalannya disini, adakah perlunya saya terlibat lagi didalam persatuan? Saya bukanlah hendak menarik diri, bukan kerana tidak suka akan tetapi memikirkan jangkamasa yang singkat ini membuatkan saya sukar lagi ingin berpersatuan. Ada baiknya dan ada buruknya.

Bagi pendapat saya, kebaikan berpesatuan adalah untuk kita memantap dan mematangkan pemikiran kita lantas pengalaman terus berkembang dengan pesat. Tetapi natijah buruk berpersatuan adalah masalah pengurusan masa, pembelajaran yang semakin mundur, dan sebagainya. Bukan hendak fokus 100% pada persatuan namun kita kenalah berpada-pada untuk bahagikan peratus persatuan dengan pembelajaran iaitu akademik. Kini, selepas tamatnya latihan industri saya perlu fokus didalam projek akhir semester 6 walaupun ada lagi 2 sem lagi iaitu sem 5 dan sem 6, namun penglibatan pada persatuan kemungkinan besar akan kurang.

Terdapat ruangan undi untuk anda memberikan pandangan untuk saya. Harap anda dapat menolong saya.

Wassalam...

4 comments:

Zulhilmi said...

terpulang kepada individu... tapi aku tau ramai yang sokong kalo nak teros...tpi bagi aku... sem 6 kene kurang sket.. sem 5.. tgk keadaan...so tmbhkan satulagi tok poll tuh > no coment...hehe

Zulhilmi said...

terpulang kepada individu... tapi aku tau ramai yang sokong kalo nak teros...tpi bagi aku... sem 6 kene kurang sket.. sem 5.. tgk keadaan...so tmbhkan satulagi tok poll tuh > no coment...hehe

owner said...

Ala.. nak tambah ke no komen?? Aku tahu sape yang punya ayat no komen.. Hehehe.. jangan marah... InsyaAllah... Tengok keadaan la sama ada mampu atau tidak

owner said...

Ala.. nak tambah ke no komen?? Aku tahu sape yang punya ayat no komen.. Hehehe.. jangan marah... InsyaAllah... Tengok keadaan la sama ada mampu atau tidak