Oh Persatuan (part 2)

Thursday, April 30, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sihat? Harap anda dalam keadaan sihat wal-walafiat. Mungkin anda tertanya-tanya bilakah blog saya dipostingkan tentang tips-tips komputer. Nanti dahulu. Memang ada tetapi lewat dari masa yang dijangka. Untuk kali ini ingin saya berkongsi dengan anda tentang topik ini. Ia merupakan sambungan dari yang pertama iaitu Oh Persatuan.

Baru semalam saya berjaya mengakses atau senang cerita hack rangkaian IT di tempat praktikal saya. Disini saya berjaya membuka YM, friendster, myspace, dan sebagainya yang telah diblocked sebelum ini. Akhirnya berjaya juga. Hari ini saya membuka YM sekali lagi mana tahu ada masalah-masalah yang timbul ke.. Sehingga kan rakan PSIS yang sedang LI pelik macam mana saya dapat mengakses YM. Tetiba, saya digemparkan dengan berita terkilan dari pelajar junior PSIS saya bahawa PU akan dibubarkan dan kemungkinan besar akan digabungkan dengan JPK. Rasa terkilan sehinggakan junior saya memaksa saya untuk bertindak hadir ke PSIS untuk settlekan masalah yang dahulunya pernah berlaku pada batch kami semester Julai 2008. Saya memohon maaf kerana saya tidak dapat melakukan apa-apa. Bukan tidak mahu mengambil tindakan akan tetapi apa pandangan orang sekiranya saya sanggup mengambil cuti demi PU? Bagaimana untuk saya menjawab ketika sesi interview LI nanti? Saya harap anda faham dengan perasaan saya.

Mungkin silap dari saya juga kerana tidak fokus akan kejatuhan JPI dahulu sehingga saya tidak mengambil tindakan. Kini berulang lagi. Saya pun tidak tahu bagaimana semester hadapan nanti yang bakal diselubungi masalah konflik ini... Terasa ingin berhenti tetapi tidak sanggup akan mengenangkan kenangan-kenangan bermula semester 1 Sesi Julai 2007 sehinggalah kini. Sudah ibarat satu keluarga yang tidak mahu berpisah antara satu sama lain. Semakin tertekan diri saya akan memikirkan persatuan, latihan industri, report LI, interview LI, program semester hadapan, repeat paper Sistem Elektronik Berdigit...

Saya harapkan ianya dapat bertahan, namun goyah lagi akhirnya.. Kepada semua ahli PU yang sedang LI, harap anda terima dengan apa jua yang berlaku dan insyaAllah jika ada masa sesuai ingin saya mengajak anda untuk datang turun padang ke Kuala Lumpur kita adakah sesi Muzakarah bersama dengan ahli-ahli senior dan junior pada pertengahan bulan Jun nanti.


p/s : Minta maaf Fatin kerana anda menelefon saya bukan main lama membincangkan konflik ini. Nanti ada rezeki saya ganti balik kredit anda..
Read more

10 Cara Membina Motivasi Diri

Tuesday, April 28, 2009

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:


1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.

Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.


4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.



5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.


Sumber dipetik dari laman web www.iluvislam.com
Read more

Keperitan Dugaan

Monday, April 27, 2009

Ayunan semangat kegoyahan dirinya
hanyutan deras kian terseksa
mimpi igauan menjadi nyata
terpaksa daku merelakannya.

Ruang memfitnah merungkai segalanya
lingkup nurani dibakar begitu sahaja
peluang kemenangan sukar diduga
peluang kekalahan pasti merana.

Waktu berlalu tidak dijangka
cuaca rakus pada tempat tujunya
tidak lalu kini menyeksa
tidak lagi mendengar suara si dia.

Hujan menimpa tidak terkira
derasnya kelajuan tidak terkata
himpunan kerjasama mungkin berbeza
tapi semangat tetap dibina.

Read more

Terima Award dari Saya

Sunday, April 26, 2009



Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan..


Untuk kali ini saya dengan rasa murah hati memberikan anda satu pingat/award percuma dari saya khas buat blogger-blogger yang mengikuti perkembangan dan isu-isu semasa blog saya. Terimalah award yang tidak seberapa ini buat anda. Ikhlas dari saya.



Ahmad Zulhilmi
Azmi
Suhaimi
Dzulmajdi
Fiqri
Helmi
Wanhazel
Mahir Danial
Haninah
Izan Karmila
Fatin Hashim
Fafa
Fafaz
Sufy
Nadia
Zahidah
AkuAyie
Tia
Puddingpie
Aqila
Wafi


*dan ramai lagi. Yang tidak follow saya pun tetapi membuat bookmark pun dipersilakan ambil sebagai cenderahati...
Read more

Oh Persatuan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kabare?? (bahasa jawa = apa khabar). Harap anda dalam keadaan waras (bahasa jawa = sihat). Terima kasih kepada komentar-komentar yang tidak jemu memberikan beberapa pandangan, cadangan, pertanyaan, komen, nasihat kepada saya. InsyaAllah apa yang anda berikan, akan saya hargai. Diam tak diam dah hampir menjelang penutupnya bulan April. Dah hampir untuk saya menamatkan latihan industri saya. Pelbagai dugaan yang saya hadapi sepertimana yang baru-baru ini digemparkan dengan perasaan meletup yang membara. Huhu..

Untuk entri kali ini bukan hendak membincangkan tentang topik PERSATUAN. Untuk lebih mengetahui istilah atau maksud tersirat anda boleh layari web rakan blogger saya [klik disini]. Sepertimana yang anda sedia maklum, saya terlibat didalam persatuan di PSIS. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger PSIS yang lain. Namun persoalannya disini, adakah perlunya saya terlibat lagi didalam persatuan? Saya bukanlah hendak menarik diri, bukan kerana tidak suka akan tetapi memikirkan jangkamasa yang singkat ini membuatkan saya sukar lagi ingin berpersatuan. Ada baiknya dan ada buruknya.

Bagi pendapat saya, kebaikan berpesatuan adalah untuk kita memantap dan mematangkan pemikiran kita lantas pengalaman terus berkembang dengan pesat. Tetapi natijah buruk berpersatuan adalah masalah pengurusan masa, pembelajaran yang semakin mundur, dan sebagainya. Bukan hendak fokus 100% pada persatuan namun kita kenalah berpada-pada untuk bahagikan peratus persatuan dengan pembelajaran iaitu akademik. Kini, selepas tamatnya latihan industri saya perlu fokus didalam projek akhir semester 6 walaupun ada lagi 2 sem lagi iaitu sem 5 dan sem 6, namun penglibatan pada persatuan kemungkinan besar akan kurang.

Terdapat ruangan undi untuk anda memberikan pandangan untuk saya. Harap anda dapat menolong saya.

Wassalam...
Read more

Keinginan Lelaki vs. Perempuan part 3

Saturday, April 25, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog saya. Setelah sekian lama para pembaca ternanti-nanti dengan tajuk-tajuk yang baru. Bukan tiada idea untuk menulis didalam blog akan tetapi kekangan masa yang menghalang saya menulis blog. Apa-apa pun mari kita bicarakan tentang topik kali ini.. Kita akan membicarakan tentang "WAJAH".

Wajah telah dicipta oleh Allah s.w.t kepada kita. Ada yang hensem, ada yang bujur, ada yang comel dan sebagainya. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak bersyukur kepada Tuhan akan wajahnya yang hodoh. Ada hikmah disebalik wajah kita ini Allah ciptakan untuk kita. Kita tidak boleh mempertikaikan ciptaanNYA.

Apa yang saya ingin membicarakan adalah mengapa kita tidak kira lelaki mahupun perempuan inginkan wajah yang hensem/jelita sedangkan hati kita tidak tahu bagaimana personaliti seseorang itu. Contohnya lelaki hendak wanita yang cantik, putih, comel, dan macam-macam akan tetapi mereka tidak mempersoalkan hati seorang wanita yang bagaimana. Begitu juga dengan perempuan. Perempuan hendak jejaka yang hensem, macho, bergaya, tampan, dan sebagainya namun disebaliknya perkara negatif timbul. Disini saya bukan hendak mencari gaduh mahupun bertikam lidah akan tetapi kita ingin berkongsi ilmu disamping bertukar-tukar pendapat Mungkin terdapat segelintir golongan yang terlalu mementingkan wajah sehingga sanggup membuat perubatan wajah untuk mencantikkan lagi wajah dari yang asal.

Jadi, boleh saya berkongsi pendapat, cadangan dari anda supaya kita dapat mempelajari sesuatu pengajaran yang berguna buat diri kita dan juga rakan-rakan.
Read more

Masuk Hospital??

Tuesday, April 21, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca tidak kira pelbagai bangsa dan agama sekalipun. Pagi ini saya mendapat panggilan dari rakan saya saudara Ahmad Zulhilmi. Beliau dengan suara macam ala-ala kesedihan menanyakan pada diri saya bahawa adakah saya masuk hospital hari ini??

Saya terkejut masa bila la pula saya masuk hospital hari ini... Lalu saya bertanya balik akan siapakah yang memberikan maklumat itu. Beliau menjawab dari junior kamu Saudara Naqib bahawa saya batuk-batuk keluar darah. Ya. Memang benar. Ia adalah kesan sampingan pada diri saya sewaktu dahulu saya terlibat dalam kemalangan motosikal. Bukan orang langgar saya dan bukan saya langgar orang akan tetapi kecuaian saya membawa saya terlibat dalam kemalangan. Sewaktu itu jalan licin dan saya entah bagaimana tergelincir lalu jatuh melanggar pokok besar yang berada di pembahu jalan.

Dari situlah berlaku kini sekiranya terlalu sejuk dalam diri saya, apabila saya batuk akan mengeluarkan darah. Dahulu sudah membuat Medical Checkup namun tiada apa-apa yang berlaku pada jantung saya. Mungkin ini adalah kesan sampingan masa panjang. Namun, apa-apa pun saya disini dalam keadaan sihat.
Read more

Pergaduhan Bermula

Monday, April 20, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog. Mungkin tertanya-tanya dan terkejut akan topik ini. Ya. Memang pergaduhan bermula. Antara saya dengan orang yang pentingkan diri sendiri a.k.a gila kuasa. Ini merupakan topik yang tidak dapat menahan diri saya akhirnya diluahkan pada orang itu.

Ceritanya bermula pada pagi ini dimana saya mendapat task untuk mengikuti staff saya membantu mangangkat barang-barang yang perlu dibawa ke Pusat Siber Rakyat 2 di Dewan Seri Siantan, Sg. Tua, Selayang Baru. Namun, tiada apa-apa maklumat yang diterima semasa saya pergi melawat PSIS baru-baru ini orang gila kuasa pula suruh saya sambung tugas ISO yang sepatutnya sudah tamat 3 hari yang lepas. Mengapa ini patut berlaku pada diri saya sehingga memaksa saya untuk menunggu. Akan tetapi, cuba anda fikirkan staff saya mengharap sangat untuk membantu beliau menggangkatnya namun orang gila kuasa tersebut suruh saya tunggu. Saya lebih rela menganggkat barang dari memasukkan data ISO. Ia diluar bidang saya. Namun, saya tetap pergi membantu staff saya bersama-sama dengan rakan praktikal saya walau apa jua keadaan sekalipun.

Selepas selesai proses mengangkat barang-barang untuk dibawa pulang ke MPS, saya dan rakan saya pun pulang ke IT. Tetiba orang gila kuasa terus memarahi saya kerana saya tidak tunggu. Dan beliau meminta dokumen yang sudah dicetak. Itu bukan tugas saya untuk mencetak kerana saya tiada di MPS selama 3 hari bermula Jumaat (17/04/2009) dan saya serahkan tugas kepada rakan saya awal-awal lagi. Beliau mati akal tidak tahu hendak menanya melainkan mencari kesalahan saya padahal bukan salah saya kerana saya tidak diberitahu untuk menyambung ISO. Saya pun lawan balik tegakkan kebenaran. Berani kerana benar.

Kemudian semasa saya dan rakan saya memasang kabel LAN pada notebook yang ada ISO di bilik mesyuarat, orang gila kuasa masuk kemudian memberi warning kepada saya. Memang la orang kata jangan melawan kata-kata bos akan tetapi apabila perangainya makin menjadi saya pun tidak tahan dan berterus-terang padanya bahawa saya tidak suka akan sikapnya. Beliau menjawab bahawa pendam perasaan tidak suka, buat kat luar pejabat bukan didalam pejabat. Ternyata beliau tidak boleh menerima pendapat, komen, kutukan padanya akan tetapi beliau tidak sedar yang dirinya itu menyakitkan hati orang lain. Saya tidak akan berdiam diri selagi saya tidak puas hati. Beberapa staff IT yang saya rapat memberi sokongan pada diri saya untuk melawan balik kata-kata berlandaskan kebenaran yang ada pada diri saya sendiri. Tunggu dan lihat bahawa akan berlaku satu hari nanti membuatkan dirinya susah hati.
Read more

Berita dari PSIS

Friday, April 17, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog. Sihat? Saya harap anda didalam keadaan sihat wal-afiat. Lama la juga saya tidak mengupdate blog ini kerana sibuk dengan aktiviti di tempat praktikal saya. Kali ini saya akan memaparkan artikel ini buat anda untuk memberikan pandangan-pandangan supaya kita sama-sama berkongsi ilmu dan masalah yang dihadapi segelintir masyarakat sekarang.

Alhamdulillah, perjalanan ke PSIS berjalan dengan lancar. Saya pulang ke PSIS bersama dengan rakan seblogger saya juga merupakan pelajar PSIS. Kami pulang adalah disebabkan terdapat konflik yang timbul di PSIS. Jadi, saya dan saudara Ahmad Zulhilmi sanggup turun padang melihat sendiri dan ingin tahu perkara yang sebenarnya telahpun timbul di PSIS.

17/04/2009 (Jumaat)

Disini bukanlah saya untuk membuka aib orang akan tetapi ingin pandangan anda. Permasalahan adalah kerana seorang pemimpin tidak melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kami memberikan kepercayaan pada beliau untuk bergerak kehadapan, namun ianya menjadi sebaliknya. Perkara sedemikian tidak perlu wujud sekiranya dia yakin yang dia mampu menggerakkan. Akan tetapi, cuikup mengecewakan apabila pemimpin membiarkan, tidak mengambil berat terhadap persatuan sehingga menjadi krisis yang terburuk dalam sejarah. Ukhuwah penting dalam kehidupan tidak kira ditempat pejabat, sekolah, dan sebagainya dan ia hendaklah dipegang dengan penuh keikhlasan hati. Cukup bagi saya dan juga saudara Ahmad Zulhilmi menerima kejutan dan tempias-tempias yang drastik.

18/04/2009 (Sabtu)

Terdapat beberapa program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) yang kini dipegang oleh saudara As Suhaimi sebagai YDP JPK sesi Januari 2009. Antaranya program gotong-royong yang dijalankan pada waktu pagi, Malam Gala yang diadakan pada waktu malam, dan Fire Drill yang dijalankan pada waktu pagi-pagi buta. Hehehe... Saya dan Ahmad Zulhilmi tidak menyertai program tersebut tetapi memantau dan melihat sendiri gerak kerja JPK menjalankan program tersebut. Alhamdulillah apa yang saya dapat lihat adalah kerjasama yang diberikan oleh AJK program walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak perlu berlaku. Tetapi semuanya berjalan lancar dengan jayanya. Disini terdapat beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa program Malam Gala.







Dan beberapa gambar telatah kami sepanjang 2malam berada di PSIS





19/04/2009 (Ahad)

Tiba masanya untuk kami berdua pulang ke Kuala Lumpur kerana keesokkannya sudah mahu kerja. Banyak la kerja-kerja yang tidak settle lagi.. Kerinduan pada PSIS membuatkan kami ingin sekali lagi pulang ke sana bergantung kepada masa kesesuaian. Pagi-pagi terdapat event Malaysia yang kini hangat. Event Electcoms Jelajah Malaysia. Kami terperangkap sementara waktu untuk diberi laluan kepada pelumba-pelumba basikal yang rata-rata dari kalangan negeri-negeri lain. Sempat juga kami tangkap gambar event ini.





Read more

De Last Updated

Thursday, April 16, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog saya. Disini ingin saya ambil kesempatan memohon maaf diatas tidak mengemaskini blog saya seperti biasa. Ini adalah disebabkan oleh kesibukan di tempat praktikal dan baru-baru ini selama 3hari bermula 14/04/2009 - 16/04/2009 ditugaskan memasukkan data MS ISO 9001 : 2000 Majlis Perbandaran Selayang.

Dan pada hari esok (Jumaat 17/04/2009) insyaAllah saya dan juga rakan karib PSIS saya pulang ke kampung halaman Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Agak lama la juga saya tidak pulang ke PSIS. Last pergi bulan Februari itu pun balik hari. Kali ini tidur disana selama 2malam kerana terdapat aktiviti kerohanian disana. InsyaAllah akan saya terbitkan gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan didalam posting saya nanti. Nantikan topik-topik dari saya untuk paparan anda. Anda yang menilai dan menentukannya.

Wassalam
Read more

Lirik Minggu Ini

Saturday, April 11, 2009

Kouji Wada - Target "Akai Shougeki"
(Digimon 02 Opening Theme)


FURUSUPIIDO de mawari hajimeta SUTOORII
akaku daichi someageru
chikyuugi wa garandou ni natta PARADAISU
bokura no te de sukuidasou
hateshinaku tsuzuku sakamichi o
ima omoikiri kakenukete Far away

tachiagare! yuusha wa boku no naka ni iru
sobietatsu TAAGETTO makeru wake ni wa ikanai
moeagare! kodou wa mune o kogashiteru
wasurerareta ashita torimodoshini ikun da
atsui BATORU okose

genkai made takamatte kita ENERUGII
hikigane hiku toki ga kita
kasunderu niji no kakehashi o
ima oikakete kanetsu shite Far away

tachiagare! senshi wa boku no naka ni iru
semari kuru TAAGETTO nigeru wake ni wa ikanai
moeagare! toushi wa mune o kogashiteru
edawakare shita michi mayotte irarenainda
atsui hibana chirase

tachiagare tenshi wa boku no soba ni iru
kowaresou na yume o mamoranakya ikenainda

tachiagare! yuusha wa boku no naka ni iru
sobietatsu TAAGETTO makeru wake ni wa ikanai
moeagare! kodou wa mune o kogashiteru
wasurerareta ashita torimodoshini ikun da
atsui BATORU okose


Inginkan lagu ini? Klik disini

Read more

PELITA

Thursday, April 9, 2009

Pada suatu malam, seorang yang cacat penglihatannya meminta izin dari sahabatnya untuk pulang ke rumahnya. Sahabatnya membekalkannya dengan sebuah lentera pelita.

Sahabat yang cacat penglihatan itu terbahak berkata : "Buat apa saya bawa pelita? Kan sama sahaja bagiku! Saya masih dapat kembali ke rumah."

Dengan lembut sahabatnya menjawab,"Ini agar orang lain dapat melihat kamu, biar mereka tidak melanggarmu."

Akhirnya sahabat yang cacat penglihatan itu bersetuju untuk membawa pelita tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, semasa dalam perjalanan, seorang pejalan melanggar si cacat penglihatan.

Dalam keadaan terkejut, dia mengomel, "Hey, kamu kan ada mata!
Berilah laluan untuk aku yang buta!"

Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu.

***

Sedang dalam perjalanan, seorang pejalan lainnya melanggar si buta. Kali ini si buta bertambah marah, "Apa kamu buta!!!? Tidak dapat melihat ya!!? Aku bawa pelita ini supaya kamu dapat melihat!"

Pejalan itu membidas, "Kamu yang buta! Apakah kamu tidak melihat,pelitamu sudah padam!"



Si buta tertegun.

Menyedari situasi itu, si pejalan kaki tadi meminta maaf,"Oh, maaf,sayalah yang buta. saya tidak melihat bahawa anda adalah orang buta."

Si buta tersipu menjawab, "Tidak apa-apa, maafkan saya juga atas
kata-kata kasar saya."

Dengan tulus, si pejalan kaki membantu menyalakan kembali pelita yang dibawa si buta. Mereka pun meneruskan perjalanan masing-masing.

***

Dalam perjalanan seterusnya, ada lagi pejalan yang melanggar orang buta itu. Kali ini, si buta bersikap lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun,"Maaf,apakah pelita saya padam?"

Jawap orang yang melanggarnya, "Lah, sememangnya itu juga yang saya ingin bertanyakan kepada saudara."

Senyap sejenak.. secara beriringan mereka berkata,"Apakah anda orang buta?"

Secara serentak juga mereka menjawab, "Iya".

Sambil ketawa gelihati. Mereka pun berupaya saling membantu mencari kembali pelita mereka yang berjatuhan kerana pertembungan tadi.

***

Pada waktu itu juga, berlalu seseorang dan dalam keremangan malam, nyaris sahaja dia melanggar kedua orang buta yang sedang mencari-cari pelita tersebut. Dia pun berlalu,tanpa mengetahui bahawa mereka adalah orang buta.

Timbul pula fikiran dalam benak orang ini, "Rasanya saya perlu membawa pelita juga, jadi saya dapat melihat jalan dengan lebih baik, orang lain juga dapat ikut melihat jalan mereka."

***

Pelita melambangkan terang kebijaksanaan. Membawa pelita bererti
menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari berbagai aral rintangan ( pelanggaran! ).

Si buta pertama mewakili mereka yang diselubungi kegelapan batin, keangkuhan,kebebalan, ego, dan kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, tidak sedar bahawa lebih banyak jarinya yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dalam perjalanan pulang,dia belajar menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang dialaminya.

Dia menjadi lebih rendah hati kerana menyedari kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak lain. Dia juga belajar menjadi pemaaf.

Pelanggar pertama mewakili mereka yang pada umumnya, yang kurang kesedaran,yang kurang peduli. Kadang, mereka memilih untuk ? Menjadi Buta ? walaupun mereka dapat melihat.

Pelanggar kedua mewakili mereka yang seolah bertentangan dengan kita, yang sebetulnya menunjukkan kekeliruan kita, sengaja atau tidak sengaja. Mereka dapat menjadi guru-guru terbaik kita. Tidak seorang pun yang mahu menjadi buta, sudah selayaknya kita saling memaklumi dan saling membantu.

Orang buta kedua mewakili mereka yang sama-sama gelap batin dengan kita.Betapa sukarnya menyalakan pelita kalau kita bahkan tidak dapat melihat pelitanya. Orang buta sukar menuntun orang buta lainnya. Itulah pentingnya untuk kita terus belajar agar kita menjadi semakin celek, semakin bijaksana.

Orang terakhir yang berlalu mewakili mereka yang cukup sedar akan
pentingnya memiliki pelita kebijaksanaan.

Sudahkah kita nyalakan pelita dalam diri kita masing-masing? Jika sudah,apakah nyalanya masih terang, atau bahkan nyaris padam? JADILAH PELITA,
bagi diri kita sendiri dan sekitar kita. Sebuah pepatah ada mengatakan :

Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tidak akan pernah habis terbagi.
Read more

Kisah Sedih IRC

Wednesday, April 8, 2009

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dgn Hazlan tepat jam 12 malam dalam IRC [chatting] . Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.

Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart' . Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dgnnya di IRC.


Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf krn gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC.



Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart : Lan...
hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...
nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan tdk menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC & pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dgn kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu.
"Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? "
"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jgn terlalu rapat nanti kau kecewa," kata Samirah.
"Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam,"katanya sambil memegang tangan Samirah.

Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dgn pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam. Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dgn Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini.

Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira...awak marah saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
nurheart : Kenapa?
hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
hensemboy : Tdk ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dgn rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorg yg suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan.

Setelah memperkenalkan dirinya, dgn lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu di tafsir sebagai langgar lari.

Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi...
Read more

Lirik Minggu Ini

Sunday, April 5, 2009

Radja - Taubat

Selama ini aku jauh dari Mu
Selama ini aku ingkar pada Mu
Begitu banyak dosa yang kulakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa

Terkadang ku lupa terkadang ku ingat
Kuingin diriku bertobat
Ampuni aku dari dosa-dosa yang kulakukan
Pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan….yang kulakukan


Begitu banyak dosa yang kulakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa
Terkadang ku lupa terkadang ku ingat
Kuingin diriku bertobat

Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang kulakukan pd Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan yang kulakukan
Pada Mu ya Allah

Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang kulakukan pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan
Yang ku lakukan pada Mu ya Allah

Astaghfirullah Astaghfirullah
Ampuni aku ya Allah


Inginkan lagu ini? Klik disini
Read more

Keinginan Lelaki vs. Perempuan part 2

Friday, April 3, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Harap anda berada didalam sihat wal-afiat. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada anda yang menyokong saya tidak henti-henti. Topik kali ini bersambung dari part 1 tetapi berlainan kriterianya. Untuk part 2 ini pula, kita membincangkan tentang "KAHWIN". Saya bukan nak kahwin dalam masa terdekat ini cuma jodoh itu sampai maka kahwin la saya. Hehehe.. Sebenarnya terdapat lebih banyak faktor-faktor berkenaan kahwin ini. Tapi, saya ingin mendapatkan pandangan anda mengikut faktor-faktor tertentu antaranya :

1. Usia

Ramai yang beranggapan bahawa si lelaki perlulah mencari pasangannya iaitu si perempuan jauh lebih muda darinya. Ini kerana terdapat fakta yang benar mengatakan usia perempuan mudah cepat tua dari lelaki. Bagi saya, faktor usia tidaklah penting kerana dengan adanya keikhlasan dihati dikuatkan lagi dengan keimanan dan kasih sayang maka tiada sebablah kita untuk berkahwin dengan umur sebaya mahupun lebih tua dari kita. Kematangan dan kewarasan akal amatlah penting didalam memikirkan soal perkahwinan.


2. Pendapatan

Ini merupakan faktor yang paling penting didalam kehidupan berumahtangga. Segala aspek iaitu tempat tinggal, makanan, pakaian, dan lain-lain menjadikan nadi sesebuah keluarga. Akan tetapi, ingin mempersoalkan mahar bagi si lelaki. Mungkin menjadikan rungutan bagi si lelaki akan mahar yang terlalu tinggi. Ada yang sampai RM20,000. Kiranya atas dari RM5,000. Mengapakah mahar zaman ini terlalu mahal sedangkan dahulu kala hanya berapa ratus sahaja. Saya bukan hendak merungut akan tetapi mungkin menjadi sebab mengapa jadi begini. Bak kata Dr. Fadzillah Kamsah "Mahar janganlah terlampau tinggi, berpatut-patut la dan beringat-ingatlah".


Jadi, apa pandangan anda? Sila berkongsi pandangan anda supaya kita saling beringat dan berkongsi ilmu dari pihak lelaki mahupun perempuan.
Read more