Perasaan Sebelum dan Selepas Hari Keputusan

Wednesday, June 16, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia..

Alhamdulillah syukur kehadratMu diatas memberi aku kelapangan bagi mencoret dan berkongsi kepada semua pembaca blog ini. Juga sementara masih ada masa lagi ini, aku terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PSIS (termasuk aku) bagi sesi Januari 2010 diatas kejayaan yang dikecapi didalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan didalam menjalani kehidupan sebagai siswa di IPT. Ini juga termasuk kepada pelajar-pelajar PSIS yang baru sahaja tamat menjalani Latihan Industri selama hampir 6 bulan di firma masing-masing. Kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus-asa dan kecewa. Kuatkan semangat, jadikan kekecewaan itu satu cabaran hidup untuk anda. Teruskan usaha lagi, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Aku sering sampaikan mesej yang ringkas kepada beberapa rakan aku iaitu "Ganbatte kudasai", "Fighto OH", dan "Chaiyok". Ketiga-tiga katakunci inilah yang seringkali aku dan juga pelajar-pelajar yang lain lafazkan sebagai kata-kata semangat. Dan kepada yang masih lagi belum menyemak status keputusan peperiksaan akhir semester sesi Januari 2010 dan Asrama sesi Jun 2010, anda boleh berbuat demikian di link ini.. KLIK DISINI

Untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua perasaan aku dan juga rakan-rakan seperjuagan PSIS didalam menempuh saat-saat debaran yang bermula pada Isnin lalu (14/6/2010) sehinggalah pagi tadi jam 2 pagi dimana seluruh warga pelajar penuntut PSIS menantikan keputusan peperiksaan dan juga asrama.

Hari Isnin (14/6/2010)
Beberapa pelajar mulai merisaukan debaran itu namun dalam sejumlah yang kecil. Apabila aku menaip jangkamasa keputusan di status Facebook, lalu mereka memberikan feedback yang memberangsangkan. Ada yang tidak sabar menunggu, ada yang ceria, ada yang takut, ada yang risau, dan sebagainya. Namun pada waktu itu dapat merasakan masih boleh tenang lagi hatiku ini. Lalu pada........................

Hari Selasa (15/6/2010)
Rakan-rakan di Facebook menantikan detik-detik paparan keputusan. Didalam singgah-singgah website PSIS, tergerak hati untuk melihat link keputusan asrama sudah buka atau belum pada waktu pagi itu. Lantas ianya berjaya dibuka, lalu dengan segeranya membantu pelajar-pelajar PSIS yang telah memohon asrama untuk melihat keputusannya dengan cara aku menaip link shortcut secara terus ke paparan ID no. matrik dan Kad Pengenalan di Facebook (khusus kepada pelajar semester 1 dan 2 sesi Januari 2010 yang memohon). Ada yang layak dan ada juga yang tidak layak. Perasaan mereka yang layak melafazkan kalimah Alhamdulillah dan Syukur kerana layak ditawarkan asrama. Lain pula pada perasaan mereka yang tidak layak. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Yang tidak suka mungkin salah satu sebabnya adalah rakan-rakannya yang lain layak, ada juga yang mahukan penempatan asrama kerana kerisauan terhadap dirinya juga ahli keluarganya apabila berada di luar asrama kampus PSIS, dan ada juga yang tidak suka kerana kos sara hidup yang terlalu berlainan berbanding dengan di dalam asrama. Namun segelintir diantara mereka yang tidak layak gembira kerana tidak layak ditawarkan asrama. Antara sebabnya dan alasannya adalah bebas. Itu terpulang kepada individu itu, cuma aku dapat sampaikan pada mereka (itupun kalau ada baca artikel ini) bahawa kos sara hidup memang tinggi, kena pandai menstabilkan ekonomi anda kerana aku salah seorang dari wakil pelajar yang membuat lawatan ukhuwah untuk pelajar-pelajar luar kampus untuk mendapatkan feedback kehidupan mereka. Dari sudut keselamatan pula, aku lebih prefer kaum Hawa (siswi) membuat rayuan asrama. Aku bukan hendak jadi hero atau alim, tetapi untuk keselamatan anda juga. Namun, aku tidak memaksa anda. Jari dan pemikiran yang waras berada dalam diri anda masing-masing. Untuk itu, sila bayar yuran asrama kepada pelajar-pelajar yang telah ditawarkan asrama ok..

Hari Rabu (16/6/2010)
Hari penentu kepada semua pelajar PSIS. Keputusan peperiksaan semester akhir sesi Januari 2010. Bermula debaran pada malam semalam (15/6/2010). Pelbagai spekulasi yang mengatakan keputusan dipaparkan pada waktu malam (termasuk aku la yang cakap.. hahaha..) Pelbagai status yang aku dapat lihat di Facebook, dan saat itu ramai yang online. Lalu detik menunggu sehinggalah tepat jam 12 tengahmalam tadi, tetap tidak dapat dibuka link keputusan tersebut. Banyak kali la aku tekan F5 pada papan kekunci. Ramai yang rasa marah kerana tidak dapat lihat pada waktu itu, sehinggalah dianggarkan pada jam 1.30 hingga ke 2 pagi tadi link tersebut memberi respond lantas semak keputusan aku. Alhamdulillah lulus penuh walaupun tidak tinggi mana pun pointer yang diperolehi. Kemudian aku membuka link artikel khas di blog aku untuk semakan keputusan peperiksaan dan asrama, juga diselitkan lagi dan membantu mereka didalam kesukaran dengan menaip link shortcut ke blog aku.. Pada pukul 9 pagi, aku turun dari bilik aku sambil membawa keputusan yang sudah dicetak untuk menunjukkan kepada ibuku yang tercinta. Waktu aku turun dari tangga, kelihatan ibuku di kerusi memandang kearah aku yang perlahan-lahan menuruni tangga. Demi langkah serta raut wajah yang sedih aku tonjolkan, lantas ibuku berkata "Gagal lagi ya? Nak buat macammana along, redha jelah". Disaat hendak menghampiri dan tamat ayat ibuku, terus aku lafazkan pada ibuku "LULUS PENUH" Terus ibuku mendakap aku memeluk erat-erat. Beliau mengharapkan agar kali ini tidak ada yang gagal. Dapat mengukir senyuman ibuku dan memang niat aku untuk membantu ibuku dari sudut kewangan. Juga membantu dua adik aku yang kini seorang di Universiti Malaya (UM) dan seorang lagi Tingkatan 3 di sekolah menengah lama aku. Petang tadi selepas solat Zohor, aku ke rumah makcik aku di Sri Kembangan untuk menyerahkan borang permohonan jawatan kerja di Universiti Putra Malaysia (UPM). InsyaAllah kalau ada rezeki, dipanggillah untuk ditemuramah. Semoga berjalan dengan lancar.

Itu sahaja yang aku dapat kongsi bersama dengan anda, kini tiba masanya untuk melangkah lebih jauh lagi iaitu alam pekerjaan. Doakan aku semoga semuanya berjalan dengan lancar.

p/s: InsyaAllah jika tidak ada apa-apa halangan, aku akan sertai dalam misi Fasilitator luar Minggu Suai Kenal sesi Jun 2010. Ketibaan aku akan berada di PSIS pada hari Ahad petang. Nantikan kehadiran aku yang mengenali aku di PSIS. =)