Cintaku Dibelenggu Rindu (Novel Pendek) - part 2

Tuesday, June 8, 2010


(sambungan dari part 1)


Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan aku mengenali Nadrah dengan erat sekali. Setiap kali tamat waktu persekolahan, Nadrah sering temankan aku ke tempat perhentian bas berhadapan dengan sekolah untuk pakcik saudara aku mengambil aku. Setiba sahaja pakcik aku sampai, lantas dengan tidak teragak-agak aku bertanya kepada Nadrah. “Nadrah, kalau tidak keberatan ikut saya pulang ke rumah.” Hati aku mengharapkan agar dia memberikan jawapan yang ikhlas. Aku mengajak dia pulang ke rumah aku bukan atas dasar sengaja, tetapi aku ingin berkongsi kehidupan aku bersama dengan dia. Tiba-tiba, “Boleh juga tetapi izinkan saya untuk berjumpa dengan ibu saya di hospital. Saya hendak minta izin dari ibu untuk pergi ke rumah awak. Boleh ke Razak dan pakcik?” Jawapan itu disuarakan oleh Nadrah. Kemudian pakcik saudara aku membawa kami berdua ke hospital dahulu untuk meminta izin dari ibu Nadrah. Sejurus tiba ke hospital, suasana pilu menyelubungi kami dan juga beberapa orang ramai termasuk sanak saudara Nadrah di wad tersebut. Beberapa tangisan kedengaran disekitar ruang legar wad tersebut. Semua orang memandang kearah Nadrah. Badan Nadrah seolah-olah lemah dan menggigil, lantas aku memegang kedua bahunya untuk kuatkan semangat dan membawanya kearah katil ibunya. Nadrah menangis dan menggenggam erat telapak tangan ibunya. Pemergian ibunya tidak dapat menampung semangat yang aku berikan kepada Nadrah, turut serta mengeluarkan airmata jernih membasahi pipi Nadrah dan aku. Suasana yang amat menyedihkan. Kehilangan ibunya serta bapanya yang menghilangkan diri hampir 2 tahun membuatkan Nadrah sebagai anak tunggal tinggal keseorangan. Bersabar dengan dugaan yang dilalui oleh Nadrah. Hanya mampu mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Penyayang. Amin..

Sudah sebulan Nadrah tinggal bersama dengan keluarga pakcik saudara aku yang sudi menjadikan  Nadrah sebagai anak angkatnya. Namun, perasaan sebak dan sedih masih lagi menghantui ruang kotak pemikiran Nadrah atas peristiwa kehilangan ibunya yang tercinta. Raut wajah yang tidak pernah senyum setiap hari ke sekolah dan selera makan yang tidak menarik nafsunya membuatkan hati aku mulai risau akan keadaan dia sedemikian. Prestasi Nadrah didalam peperiksaan percubaan SPM mulai merosot. Diberi bimbingan oleh guru kaunseling dan suntikan semangat dari rakan-rakan tidak dapat mengubah pendirian Nadrah. Suatu masa, aku berbincang dengan dirinya, memujuk hatinya untuk kembali kepada diri dia sebelum ini, dan memberikan semangat padu menjelang SPM tidak lama lagi. Wajahnya tetap sebegitu, seolah-olah dia sedang memikirkan untuk bagaimana mencari konklusi yang dilitupi oleh cahaya kegelapan. Dia mahukan cahaya sinaran yang mampu menggembirakan hati, tetapi aku tidak tahu dan sukar untuk aku membaca setiap noktah-noktah yang bermain difikirannya. Sewaktu aku bersama dengan dia di kantin sekolah, berbekalkan nasi lemak kukus dari rumah dan air teh ais yang dibeli di kantin tersebut mampu mengukir senyuman Nadrah. Namun ianya tidak berjaya. “Awak.. Jangan begini. Sampai bila ianya hendak berterusan. Saya kan ada menemani awak sewaktu awak dalam kesusahan dan kesedihan. Sudahlah awak. Tak elok difikirkan berlanjutan tentang peristiwa itu. Kita kena terima ketentuan dari Ilahi, terima Qada’ dan Qadr. Kita yang hidup ini perlu diteruskan kehidupan dan cuba menjadikan kehidupan itu amat bermakna bagi diri kita,” ujar diri aku pada Nadrah yang masih lagi dalam kesedihan. Aku bukanlah dari seorang alim ulama yang tinggi ilmu, tetapi aku ini hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan tiada keistimewaan. Nadrah masih lagi berdiam depan aku, sepatah kata tidak kedengaran dari bibirnya. Hanya yang aku dapat saksikan adalah linangan airmata kecil di mata Nadrah. Lagi 5 minit sebelum loceng sekolah kedengaran menandakan tamat waktu rehat, tiba-tiba lidahnya kelu untuk menyebut sesuatu. Matanya berwarna coklat perang itu mulai memandang kearah mataku. Bibir terketar untuk menyebut. Hati aku merasakan ada yang tidak kena. Aku bertanya kepada dia, “Awak kenapa ni? Ada perkara yang ingin dikongsi bersama?” Bibir Nadrah ingin berkata tetapi seperti sukar untuk sampaikan kepada aku. “Sebenarnya, saya…..” Tunjuk mukanya memaling memandang wajah aku ini. “Sebenarnya apa awak?” Tanya lagi aku yang cuba mengorek rahsia yang dia pendam. “Saya suka awak…(kring!!!) Nadrah berkata pada aku dalam masa serentak bunyi loceng kedengaran. Aku tidak dapat mendengari kata yang dia sampaikan, dan aku tidak dapat membaca pergerakkan bibirnya setiap bait kata-katanya. Sejurus tamat bunyi loceng sekolah itu, aku bertanya kembali, “Tadi apa yang awak cakap pada saya?” “Tidak ada apa-apalah” lantas segera dia meninggalkan aku kembali ke kelasnya. Hati aku kecewa apabila tidak dapat mendengar apa yang dia perkatakan atau lafaz kepada aku. Mungkin nasib aku tidak menyebelahi pihak aku.

SPM telah bermula, persiapan dan persediaan sebelum ini sudah ada didada aku. Perasaan rasa sayang aku tolak ketepi, fokus kepada SPM. Aku ingin membawa pulang kecemerlangan yang tinggi untuk membanggakan keluarga aku. Aku kini bertawakkal kepada Allah diatas usaha aku selama ini bagi mendapatkan keputusan cemerlang. 9A didalam tangan aku. Tamatnya kertas terakhir iaitu Kesusasteraan Melayu, aku tunggu Nadrah di tangga sekolah untuk berjumpa dengan dirinya. Kelihatan dia menuruni tangga ke arah aku dalam keadaan wajah yang ceria. Baru aku dapat melihat wajahnya yang ceria selepas hampir 2 bulan dia bersedih sahaja. Mungkin ada sesuatu perkara yang membuatkan dia senyum pada hari terakhir SPM. Tetiba dia genggam tangan aku dan membawa aku terus ke pondok dimana bermulanya tempat berjumpa dengan dia. Jantung aku berdegup dengan laju, tidak dapat menafsirkan kelajuan yang tidak dijangkakan. “Ada apa ni awak?” tanya kepada Nadrah didalam genggaman tangan yang erat sangat. Dia tidak melepaskan tangan aku dari tadi. Kemudian dia lafaz pada aku, “Razak, saya mahu kahwin dengan awak. Saya sayang dan cinta sepenuh hati pada awak. Awak la orang pertama yang berada dihati saya. Awak selama ini baik sangat dan mengambil berat tentang saya. Dan saya pernah menyatakan pada awak yang saya suka pada awak sewaktu dikantin dahulu. Diwaktu itu sebenarnya sudah lama saya memendam hati ini untuk berahsia dengan awak. Dan kini, saat ini saya tidak mampu menanggung hati yang merana dan akhirnya saya lafazkan pada awak hari ini. Jangan tinggalkan saya, saya ingin sangat bersama dengan awak sehingga akhir hayat.” Kemam mulut saya rapat-rapat. Adakah aku bermimpi lagi? Adakah benar apa yang dilafazkan oleh dia. Ayat-ayat cinta dia membuka hati aku untuk menerima dirinya. Dan dari situ, bermulalah perjalanan cinta.

* Cinta mereka berdua telahpun bermula, tetapi dapatkah mereka mengekalkan cinta mereka itu sehingga ke akhir hayat? Apa yang akan berlaku selepas ini? Nantikan keluaran seterusnya.


bersambung...

0 comments: