Perjuangan dan Dugaan Semester Akhir

Thursday, January 28, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Terlebih dahulu ingin aku mohon maaf atas kelewatan yang amat sangat mengemaskini blog ini. Ternanti-nanti artikel baru dari aku. Hohoho.. Untuk pengetahuan pada semua pembaca, blog ini mengalami kelewatan mengemaskini blog bukan kerana ketiadaan idea tetapi masa mencemburui untuk menulis apa jua yang terlintas difikiran aku. Maklumlah, semester akhir ini aku perlu fokus sepenuhnya. Fokus kearah pembikinan projek akhir semester. Sudah banyak yang aku tinggalkan kali ini, antaranya adalah memberikan mandat tugas organisasi kepada pelapis yang baru. Semester ini aku ditugaskan menyandang jawatan Majlis Eksekutif sahaja dimana skopnya hanya memberi pandangan, cadangan, komen, dan kritikan sahaja. Segala keputusan hanya ditentukan oleh Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi Januari 2010.

Bila sudah diserahkan tugas yang berat ini kepada orang baru, terasa rindu pula hendak lakukan kerja-kerja yang membuatkan diri aku aktif. Sejak penyerahan, aku semakin tidak aktif. Hendak diikutkan hendak pegang jawatan lagi, bukan kerana gila kuasa tetapi ada perkara yang rasa tidak selesai lagi. Tapi, kali ini aku perlu fokus kepada projek akhir semester. Aku tidak boleh abaikan, melibatkan permarkahan aku gak. Maka, sebab itulah aku serah tugas yang pernah aku sandang sebelum ini kepada orang baru. Kalau hendak mengetahui siapa pucuk pimpinan  kali ini, lawati blog Rakan Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah.

Aku mengharapkan sepenuh komitmen dari Majlis Tertinggi serta ahli-ahlinya untuk menyambung perjuangan kami  yang pernah jatuh dan bangkit selama hampir 6 semester. Jadi, lakukan yang terbaik dari kami. Buktikan yang anda semua mampu lakukan dan ukirkan kepada kami senyuman yang paling manis sejurus kami melangkah keluar meninggalkan perkampungan pembelajaran. Aku dan juga senior-senior tidak mengharapkan wang sebagai balasan tetapi senyuman yang kami mahukan. InsyaAllah, kita bersama-sama berganding bahu didalam membentuk dan menyelaraskan organisasi dengan sempurna.

Tetapi, aku diberi implikasi yang sangat besar bagi semester akhir ini. Pelbagai dugaan aku perlu tempuhi. Antaranya, "Fast Forward" projek akhir semester yang perlu disiapkan pada pertengahan bulan Mac, salah faham antara beberapa pihak, paper repeat Sistem Elektronik Berdigit semester 3 yang belum lagi diambil untuk dilaksanakan pada semester ini juga dan sebagainya. Inilah ujian yang Allah berikan untuk hambaNya mampukah menempuhi dugaan-dugaan bagi semester akhir. Mohon sokongan dari anda untuk aku dapat berdiri tanpa dipapah oleh orang.

Rasa itu sahaja luahan bagi mengemaskini blog ini.  Ada banyak lagi hendak dicerita tapi kena "Follow the Flow". Sekian, nantikan lagi artikel-artikel yang menarik ok..

p/s: Novel pendek dalam penghasilan sambungan jalan cerita Cintaku Dibelenggu Rindu. Nantikan sambungannya..
Read more

Kehidupan

Wednesday, January 27, 2010


Kehidupan yang penuh berliku,
tidak pernah lurus pada garis yang satu,
gelombang jiwa yang keliru,
kerosakan iman atas bisikan nafsu,
pegangan agama dibiarkan berlalu,
hancur dan musnah kerap berlaku.

Read more

Cintaku Dibelenggu Rindu (Novel Pendek) - part 1

Saturday, January 16, 2010



Genap umur 21 tahun menjelma, kematangan dan kecekalan akal yang telah dikurniakan oleh Tuhan membuatkan diri aku lebih bersyukur. Begitu pantas masa berlalu. Teringat lagi zaman kanak-kanak yang mencuit hati sehinggalah aku berumur 18 tahun. Zaman yang pasti semua orang tidak dapat melupakannya sehingga akhir hayat. Tetapi hatiku berasa sayu ketika itu umpama dedaun yang kering ditiup oleh angin bayu laut. Nostalgia yang aku tidak dapat melupakan peristiwa pahit yang telahpun ditimpa oleh aku dan Nadrah 3 tahun yang lepas. Pelbagai perasaan aku sudahpun merasa. Fobia, takut, sedih, sebak telah menghantui pemikiran aku. Namun, aku redha akan pemergian Nadrah walaupun aku tidak sanggup menerimanya pada dahulu tetapi aku pujuk hatiku untuk menerima Qada' dan Qadar.

"Kring!!!!" loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu berehat. Aku ditempatkan di salah sebuah sekolah menengah terkemuka di Kuala Lumpur. Aku bukanlah seorang insan yang mewah namun perbelanjaan sekolah semuanya ditanggung oleh pakcik saudara aku. Sewaktu itu aku berada di Tingkatan 5 mengambil aliran Kesusasteraan Melayu. Persediaan menghadapi peperiksaan SPM amat teliti susunan carta aliran pelajaran aku. Sikap kebudak-budakkan membuatkan segelintir remaja pada masa itu mentafsirkan diri aku sebagai orang kurang siuman. Namun, aku adalah aku. Aku lupakan apa jua perkataan-perkataan negatif yang dilontarkan oleh orang lain terhadap diri aku. "Suka hatilah aku nak sifat budak-budak. Yang kamu semua ni kenapa? Jeles?" jerit hati aku yang sedang marah. Hatiku tersinggung melihat karenah mereka. Perubahan yang ketara pada rakan aku Said yang dahulunya seorang yang pendiam, berdedikasi, peramah. Namun hanya sementara yang aku dapat melihat dan mengenali beliau. Kini Said berada di dalam genggaman pelajar-pelajar gangster, vandalisme, terlibat dengan perjudian. Inikah yang aku lalui? Mengapa perlu terjadi pada diri aku? Dimanakah sebenarnya yang aku tercari-cari? Pada masa itu, aku telah dikejutkan dengan pelbagai surat layang. Yang pasti, datang dari kaum Hawa yang ingin mengenali diri aku. Aku sering diterima surat-surat cinta yang bernadakan romantis dan juga puitis.

Kehadapan Shahrul Razak :

Assalammualaikum wahai cinta. Apa khabar? Saya harap awak dalam keadaan sihat wal-afiat selalu. Bagaimana dengan kehidupan kamu? Saya dapat tahu yang awak merupakan anak tunggal dalam keluarga awak. Betul ke? Mungkin saya salah anggap pada diri awak yang awak ini anak orang kaya bila saya ternampak awak dihantar  ke sekolah menaiki kereta Porche. Tapi rahsia awak saya ketahui dari cikgu Munirah yang awak berasal dari keluarga yang susah. Yang menghantarnya adalah pakcik saudara awak kan? Saya benar-benar minta maaf kerana saya ingat awak orang mewah dan nampak sombong, tetapi bila dapat mengetahui yang awak bukan orang seperti itu terasa bersalah sangat. Maafkan saya. Jika ada masalah yang ingin dikongsi bersama silalah berjumpa saya. Saya sedia menjadi teman pendengar masalah awak. Saya harap apa yang saya pernah mengata mengenai awak depan rakan-rakan saya, saya mohon maaf atas kesilapan saya.

Yang benar,
NADRAH

Nadrah seorang perempuan yang suka mengambil tahu tentang seseorang. Beliau memerli diri aku sewaktu saya berada di Tingkatan 4. Namun sifatnya ketara berubah apabila mengetahui status aku. Aku bukanlah ingin mengambil simpati terhadap orang lain. Dahulunya bersifat kekasaran kepada kelembutan. Adakah aku yang menyebabkan dia berubah?  Lantas aku segera berjumpa dengan Nadrah walaupun dalam keadaan segan silu tetapi ada hajat yang aku ingin sampaikan. Tetapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan dia sedangkan aku tidak tahu siapakah orangnya. Aku kenal nama Nadrah adalah disebabkan rakan kelas aku menceritakan tentang perihal dia. Aku tidak pernah berjumpa dengan dia. Bagaimanakah wajahnya? Hatiku berdegup laju seolah-olah menikam perasaan apabila dia menulis surat dimulai dengan memanggil nama aku dengan nama panggilan “cinta”. Aku terpaksa membalas semula surat Nadrah.

Kepada Nadrah :

Waalaikumsalam saudari Nadrah. Saya alhamdulillah sihat. Begini la keadaan saya sekarang. Betul saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya. Saya bukanlah hendak meminta simpati dari orang lain namun apa yang pasti saya memerlukan ruang untuk meluahkan masalah saya. Saya harap awak sudi mendengar segala permasalahan dalam diri saya. Saya mahu berjumpa dengan awak boleh?

Yang Benar,
RAZAK

Hari demi hari aku kerap membalas suratnya yang ku terima dari rakan aku. Akhirnya pada satu hari aku diketemukan Nadrah di Perpustakaan didalam bangunan sekolah. Ketika itu aku sanggup pulang lewat dari sekolah semata-mata ingin berjumpa dengan dia. Jam pada masa itu tepat pada pukul 2 petang sejurus sesi persekolahan petang bermula. Aku duduk menunggu dia di sebuah meja berdua berdekatan dengan rak buku Kesusateraan Melayu. Memang aku berminat di alam sastera sejak aku berumur 11 tahun lagi. Sementara aku menunggu Nadrah, aku capai tangan aku mengambil sebuah novel pendek bertajuk Hati Cinta. Ianya mengenai suka duka bercinta didalam kampus sehingga mereka berjaya didalam hidup. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering membaca novel-novel cinta. Mungkin aku ingin mencari sesuatu yang orang lain merasainya. Hampir 1 jam aku menunggu si dia namun tidak muncul-muncul didepan aku. Lalu, rakan aku tetiba datang mencari-cari aku. Seperti hendak bergegas-gegas mencari aku. Rakan aku dekati diri aku terus menyerahkan sepucuk surat lagi. Bau yang harum seperti haruman kad perkahwinan. Lalu aku membuka sampul surat itu. Tertera nama aku dengan jumlah ayat yang agak sedikit.

Kehadapan cinta jiwaku:

Minta maaf akan diri saya membuatkan awak menunggu kehadiran saya di perpustakaan. Saya tidak dapat hadir berjumpa dengan awak kerana ibu saya kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur mengidap penyakit leukimia. Waktu ini saya sudah berada di sana. Minta maaf ya awak.

Yang benar,
NADRAH

Hati aku terusik apabila ibunya mengidap penyakit itu. Sebak membaca sepucuk surat darinya dan dari situ hati aku mulai memahami keadaan dirinya. Lalu aku meletakkan kembali novel yang aku baca kemudian beredar dari perpustakaan itu.

Keesokkan harinya, seperti biasa aku datang ke sekolah menaiki kenderaan pakcik saudara aku. Dia tidak pernah mengenal erti jemu menghantar dan menjemput aku. Pakcik saudara aku sedang bekerja di salah sebuah syarikat swasta Telekomunikasi sebagai Pegawai Pemasaran Perhubungan dan Komunikasi Setempat. Beliau menanggung segala perbelanjaan persekolahan aku dan juga keluarga aku. Susah senang kami pakcik saudara aku lah yang menangung. Aku terhutang budi dengannya. Pasti suatu hari nanti aku membalas budi pakcik saudara aku. Tiba-tiba terjah rakan kelas Khairuddin dari belakang. “Ooiitt… Bukan main lagi ya kau dapat surat layang-layang dari kayangan. Cemburu aku bila kau terima surat-surat dari gadis-gadis yang kau tidak kenal.”  Aku tidak pernah tersenyum pada sesiapa sekalipun. Sikap aku memang sebegini kurang bermesra dengan orang lain. Lalu aku menjawab, “Din, aku tidak pernah sesekali mengejar populariti. Tidak pernah meminta simpati dari orang lain. Hanya aku tidak mengetahui mengapa orang lain mengejar aku. Mengapa mencari aku. Aku tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain. Entahlah Din, aku pun tidak tahu kenapa”. Khairuddin tergamam mendengar kata-kata dari aku. Mungkinkah kata-kata aku berbinasa pada Khairuddin? Atau mungkin dia sedar akan kesilapan dia? Didalam aku mengulangkaji pelajaran aku di dalam kelas, terima nota dari Nadrah. Seperti biasa beliau meminta rakanya menghantarkan kepada aku. Kali ini aku terima nota bertuliskan

SAYA MAHU BERJUMPA DENGAN AWAK SEMASA WAKTU REHAT NANTI DI PONDOK BERDEKATAN DENGAN KANTIN. ADA PERKARA YANG INGIN DIBINCANGKAN.

NADRAH

Aku mengharapkan kali ini pasti dapat ketemukan aku dengan Nadrah. Aku juga ingin tahu mengenai status ibunya yang sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku yakin dan pasti dapat bertemu dengan dia. Aku menunggu jam 10 pagi nanti.

Jam 10 pagi, waktu berehat telahpun tiba. Aku membeli 2 buku roti coklat dan 2 botol air mineral di kantin kemudian aku menunggu Nadrah di pondok sepertimana yang dijanjikan. Tidak lama aku menunggu, Nadrah muncul dihadapan aku. Ayu orangnya, putih berseri, kecil sahaja badannya, matanya yang cerah bersinar. Entah kenapa jantung aku berdegup lain dari yang lain. Aku termenung seketika melihat wajahnya. Belum pernah hatiku berkata-kata sebegitu betapa manisnya wajah Nadrah. Beliau memberi salam pada aku dengan nada malu-malu dan lemah lembut. “Assalamualaikum Razak, kamu sihat?”.  “Waalaikumsalam. Nadrah kan? Saya alhamdulillah sihat. Kamu?”, balas pertanyaan aku terhadap dia. Kami bertemu mata mengenali diri antara satu sama lain. Tanpa segan silu bertalu-talu pertanyaan soal hati ke hati. Tiba saat yang tidak dijangka, Nadrah dengan malunya bertanya kepada aku, “Awak, selama ini ada atau tidak sesiapa di hati awak?” Hairan persoalan yang dilontarkan kepada aku tetapi secara jujurnya hati aku mulai suka pada dia. Inikah perasaan yang sering dihadapi oleh orang yang hadirnya percintaan? Betulkah diri aku ini? Lidah terkelu untuk menjawab soalan Nadrah. “Awak ok ke? Macam tidak senang duduk je berjumpa dengan saya.”, ujar lagi pertanyaan Nadrah. Nafas aku mulai teresak-esak seperti ada orang cuba mencekik leher aku untuk aku sukar bernafas. Lantas aku menjawab, “Begini, betul ke awak tanya soalan sebegini? Tak percayalah”. Kerut dahi Nadrah mendengar jawapan dari mulut aku. Lalu Nadrah bergurau dengan aku. “Awak cuba cubit pipi awak itu sakit ke tidak? Kalau sakit bermakna bukan mimpi tetapi jika tidak sakit, mimpilah jawabnya.” Aku mengetahui yang ini bukanlah mimpi tetapi kenyataan. “Dihati saya belum ada sesiapa lagi yang menemani ruangan tersebut. Hanya sedang menunggu kehadiran seseorang yang mampu menemani hati saya.” Mengusik hati Nadrah apabila mendengar kata-kata seorang pelajar sastera. “Kringg!!!”




Read more

Pemenang bagi contest "Anda Boleh Menjadi Pemenang"



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Setelah beberapa lama contest ini dijalankan, akhirnya kita sudah mempunyai pemenangnya. Walaupun tidak meriah, namun ada juga yang menjawabnya.

PEMENANGNYA:

Sila hubungi saya untuk mendapatkan hadiah. 

Read more

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat

Thursday, January 7, 2010

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.

Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah. 
Read more

Kembali sibuk selepas ini

Wednesday, January 6, 2010





DALAM PERJALANAN PULANG KE POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BAGI TUGAS-TUGAS SEPERTI BERIKUT:

Sukarelawan Minggu Suai Kenal Sesi Januari 2010
(10 - 14 Januari 2010)

P&P Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer (semester akhir)
(Januari - Jun 2010)

Projek Akhir Semester sesi Januari 2010
(Januari - Jun 2010)

Majlis Eksekutif Rakan Pusat Islam sesi Januari 2010
(Januari - Mei 2010)



Read more

Perhatian: Perjumpaan ahli lama JPI/PU/RPI (PSIS)

Tuesday, January 5, 2010

Assalammualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua ahli lama JPI/PU/RPI (termasuk pelajar yang baru tamat menjalani Latihan Industri), satu perjumpaan "Selamat kembali ke PSIS" akan diadakan pada

Tarikh    : 16/01/2010
Hari        : Sabtu
Waktu    : 10.00 pagi
Tempat    : Ruang Solat Pusat Islam, PSIS
Agenda    :
  • Helwa telinga.
  • Bacaan sepotong hadis.
  • Sesi Ta'aruf bersama pelajar lepasan Latihan Industri sesi Julai 2009.
  • Info Terkini Pilihan Sensasi.

*    Pelajar yang berada diluar asrama di alu-alukan hadir.
**    Pelajar yang berada didalam asrama WAJIB hadir.
***    Komitmen anda amatlah penting didalam penglibatan anda didalam menyertai organisasi

Read more

Akhirnya Desktop rumah dah baiki

Monday, January 4, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Artikel kali ini sepatutnya sudah dipublishkan pada penghujung tahun lepas, namun ada sedikit masalah yang timbul terhadap blog aku maka pada hari ini dipublishkan..

Desktop atau lebih dikenali dengan komputer meja di rumah aku telah mengalami kerosakan yang teruk dimana mainboard (motherboard) rosak. Motherboard MSI lak tu. Huhuhu.. Maka, setelah lama rosak hampir sebulan la adik aku tidak dapat main permainan game online, maka 1 hari ditentukan untuk membeli motherboard baru. Alang-alang, bajet kewangan untuk membelinya terlebih mencukupi untuk membeli motherboard baru sahaja, maka aku tambahkan lagi alat perkakasan yang lain iaitu kad grafik, power supply, dan hard disk.

Berikut adalah perkakasan yang aku beli untuk kepuasan desktop rumah aku:


  • GIGABYTE GA G31M-ES2L Mainboard
  • 512MB SAPPHIRE ATI RADEON HD 4650 HDMI
  • COOLER MASTER 460W Extreme Power Supply
  • 500GB Western Digital SATA HDD

Hanya spesifikasi yang standard sahaja dapat mampu, kalau hendak yang spesifikasi tinggi bajet kewangan pula tidak mencukupi. Kalau ada rezeki, maybe sudah bekerja baru tukar spesifikasi yang tinggi. Huhu... Ni gambar yang sempat aku ambil, cuma gambar kotak harddisk tertinggal kat kedai komputer. Hehehe.


GIGABYTE GA G31M-ES2L Mainboard



 512MB SAPPHIRE ATI RADEON HD 4650 HDMI

 
COOLER MASTER 460W Extreme Power Supply

* Dapatlah juga main game yang selama ini tidak boleh main kat Desktop. Sudah ada graphic card mari... Huhuhu...
Read more

Jadual Bayaran Yuran dan Pendaftaran bagi sesi Januari 2010 (PSIS)

Read more

Giliran adikku menjalani PLKN Siri 7 Kumpulan 1 2010

Saturday, January 2, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sudah aku menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 4 Kumpulan 1 bagi tahun 2007 di Batu Jong, Kelantan. Kali ini giliran adik aku pula yang terpilih bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7 Kumpulan 1 bagi tahun 2010. Beliau akan menjalani latihan tersebut di Kem Nilam Ehsan, Bidor, Perak. Mak, adik bongsu, dan aku menghantar adik aku yang no-2 ke tempat lapor diri di Tempat Letak Kenderaan Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menaiki bas. Kali ini bas tidak sebanyak sepertimana semasa aku hendak ke PLKN. Pihak JLKN sudah membuat proses pengurusan yang bersistematik dan teratur dimana selama 3 hari (2,3, dan 4 Januari 2010) mengikut peringkat demi peringkat. Bertolak dari rumah pada jam 8 pagi kerana perlu lapor diri lebih awal sebelum jam 9 pagi dalam cuaca yang hujan gerimis. Pelbagai reaksi dari keluarga lain. Ada yang sedih (mungkin tidak pernah berpisah dengan keluarga, kira kali pertama la berpisah untuk 3 bulan), ada yang ceria (mungkin sudah biasa kot kerana ada diantara anak-anaknya pernah menjalani PLKN atau pernah bersekolah di asrama penuh), ada yang biasa (mungkin tidak ada perasaan kot. Hehehehe.) Disini diselitkan beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu berada di tempat lapor diri pada 3 Januari 2010 jam 8.30 - 10.00 pagi.

Banner


Sebanyak 4 buah bas (3/1/2010). Banting, Bidor, Tapah, dan Sg. Siput


Suasana keluarga hadir untuk menghantar anaknya


Reaksi beberapa keluarga


Kem Nilam Ehsan, Bidor dimana adik aku akan menjalani PLKN di kem tersebut


Menyimpan beg-beg untuk kesana


Adik aku yang memakai sweeter kelabu (aku punya tu) antara yang terpilih untuk menjalani PLKN Kumpulan 1 Siri 7/2010. Yang baju berwarna merah itu adik aku yang bongsu membantu abangnya.


Menunggu bas bertolak ke Kem masing-masing


Beberapa keluarga juga turut tidak berganjak bagi menunggu bas bertolak melambai-lambai pada anak-anaknya.


Itu sahaja yang dapat dipaparkan untuk berkongsi dengan anda semua.

p/s: Cuti Tahun Baru Cina insyaAllah sekiranya adik aku tidak dapat pulang bercuti, aku pergi ke kem tersebut untuk melawatnya.. Selamat menjalani PLKN dengan jaya. Amin..
Read more

Transformasi 2010 Ilusi dan Realiti

Friday, January 1, 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Tahun 2009 sudahpun melabuhkan tirainya. Segala suka dan duka, penuh dengan cabaran dan dugaan yang menimpa telah kita lalui secara langsung mahupun tidak langsung. Banyak perkara yang kita sedar dan juga masih lagi tidak sedar. Apa yang dimaksudkan oleh aku ini? Ianya bermaksud setiap perbuatan kita ini masih lagi didalam keadaan yang tidak sedar berlaku. Yang sedar itu alhamdulillah, yang tidak sedar itu kita cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang kita ada ini.

Kini tahun 2010 sudah bermula. Maka bermulalah era baru, azam yang baru, cita-cita yang baru (sekiranya cita-cita tidak tercapai), wajah yang baru (bukannya lakukan pembedahan pada muka, tetapi penampilan yang baru dan lebih berketerampilan). Blog Ilusi dan Realiti mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi kepada semua golongan yang tidak kira usianya. Aku mohon maaf diatas kecelaruan blog ini semasa hampir 4 jam sedang mengemaskini. Kalau anda terlawat blog aku diantara jam 10 malam sehingga 2 pagi itu sekejap warna lain, sekejap widget lain, sekejap tema lain. Itu tengah pening mengedit source code HTML yang seringkali tidak berhasil. Hendak diikutkan, apabila hendak menukar tema template, aku ada buka blog percubaan khas untuk mencuba source code HTML itu, namun terbuat atas blog Ilusi dan Realiti habislah terkilan sekejap. Hehehe... dalam masa 4 jam itu mencari, membaiki kelemahan blog ini, namun masih lagi terdapat kelemahan blog ini. Aku bukanlah seorang yang pandai didalam menguruskan blog, namun ada juga kekurangannya.

Aku menggunakan tema yang pernah digunakan dahulu kerana tema ini rasa sesuai dan simple. Tema yang terakhir aku gunakan itu pun terbaik juga namun seperti sedikit beselerak. Jadi, cuba gunakan tema lama, kemudian ditambahkan dengan source code "Autoreadmore" pada setiap artikel-artikel supaya jadi lebih kemas dari panjang menjela. Jadi, sekiranya pengguna merasakan artikel itu menarik untuk dibaca, maka pengguna akan menekan link "Read More" pada artikel tersebut. Kemudian, aku menambahkan lagi source code "Link Within" dimana ia memaparkan tajuk artikel-artikel terdahulu secara random pada setiap artikel yang baru atau sedang dibaca. Sama juga, sekiranya tajuk artikel yang dipaparkan dibawah artikel yang sedang dibaca itu menarik maka pengguna akan menekan link tersebut.

Masih ada banyak lagi tip-tip dari blogger lain untuk menjadikan blog kita lebih menarik dan memuaskan, jadi kenalah rajin research di web disamping cuba menghayati source code yang ada. Memang memeningkan kepala kerana amat panjang sekali, namun hendak seribu daya tidak seribu dalih. Itu sahaja yang aku dapat nukilkan didalam blog ini, nantikan beberapa isu-isu yang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Read more