WiFi@PSIS?? Bagus tetapi berbaloikah?

Monday, December 14, 2009

SPECIAL OFFER!!!







10Mbps PSIS WiFi Broadband

Pada semester hadapan (2010), pihak Koperasi PSIS akan menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar menerusi rangkaian WiFi. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga PSIS dan boleh digunakan di mana sahaja di dalam kawasan politeknik.

Kelajuan perkhidmatan yg diperuntukkan untuk setiap pelanggan ialah 10 Mbps pada harga yang sangat berpatutan. Pakej-pakej yg ditawarkan adalah seperti berikut:

Prabayar harian = RM3
Prabayar bulanan = RM30
Prabayar semester = RM150


Promosi: Pendaftaran awal boleh dilakukan sekarang dengan mengisi borang yang boleh didapati di Koperasi PSIS. Anda juga boleh mendaftar secara online di laman web berikut:
www.sutraworlds.com/prereg.htm
Bagi semua pelanggan yang mendaftar awal, diskaun istimewa akan diberikan untuk pakej bulanan dan semester. Anda akan hanya perlu membayar RM25 sahaja sebulan atau RM120 untuk satu semester jika anda mendaftar sebelum 18 Disember 2009. Terdapat juga hadiah misteri menanti pelanggan bertuah. Jangan ketinggalan!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak koperasi atau email kepada psis@sutraworlds.com

 Pada dahulu kala masa awal Januari 2008 kot PSIS pernah ada WiFi sekitar hotspot yang tertentu. Pada mulanya laju tetapi apabila terlalu ramai orang yang menggunakannya, maka server menjadi perlahan atas sebab kapasiti yang terhad kepada 255 orang pengguna setiap 1 pencawang. Kemudian, WiFi itu ditutup atas sebab-sebab tertentu yang aku tidak perlu untuk sampaikan disini. Pada pertengahan sesi Julai 2009, penuntut di PSIS mula bertukar menggunakan broadband masing-masing dan semestinya antara yang popular adalah Celcom Broadband. Tetapi, apabila terlalu ramai yang menggunakannya khususnya pada waktu malam @ kemuncak, bermulalah line yang tidak dapat diselamatkan. Daripada laju sehinggalah dari lambat..

Maka, muncullah satu WiFi baru yang aku difahamkan akan ada piring satelit yang besar (seperti yang kamu pernah lihat di tempat stesen minyak kot) dan beberapa pencawang kecil setiap sudut blok asrama kot. Berkelajuan 10Mbps dengan harga yang berpatutan bersistemkan prabayar (prepaid). Tetapi, berbaloikah dengan kelajuan dan harga sedemikian kepada pelajar? Prepaid or Postpaid is the better???

2 comments:

Genfrekuency said...

ni pendapat apis.

WiFi dinaiktaraf agak lambat.
bermulanya era Januari 2010, hampir separuh pelajar PSIS akan bertandang ke rumah sewa.
disebabkan peraturan baru yg juga digunapakai pada awal tahun 2010. ( semester 4 , 5 dan 6 menetap di rumah sewa )
hanya yang untung adalah pelajar semester 1 , 2 dan 3 bagi sesi JAN 2010 dan selanjutnya.

mengikut kajian, capainya semester 4 , 5 dan 6. kemudahan ini mmg amat2 diperlukan berbanding semester 1 , 2 dan 3. semester atasan ini lebih cenderung untuk mencari bahan projek semester akhir.

memang tak salah WiFi dinaiktaraf.
tetapi waktunya tak sebegitu tepat dan tak kena pada tempatnya. pelajar semester atasan masih bole melayari kemudahan diberikan tetapi hanya terhad. ( 7pagi ~7mlm anggaran*) berbandingkan dengan semester 1, 2 dan 3 ( penggunaan menyeluruh 24jam/7hari tanpa henti jika mengambil bayaran penuh* )

bagi apis, postpaid atau prepaid tak menjadi isu hangat.
apis hanya fikirkan kebajikan semua pelajar samaada diluar kampus atau didalam kampus.
apa gunanya jikalau 10MBps hanya untuk separuh pelajar PSIS. lagi baik 4MBps seperti dulu. kurangnya pendedahan siber yg dpt mengaibkan kita.
renung2kan bersama. ini la pendapat apis.
hanya luahan saja dpt dikongsi.

dorayakies said...

hmm.. susah nak kate..redha2.tapi sedar tak sedar,kite dah nak abes blaja n bjaya buat bmacam2 assgmnt yg memerlukan sumber bhan yg pelbagai.hehe.markh gempak je kn ~_~V ngee buat adik2 junior..
GAMBATE!!!!!!!!!!!