Microsoft Office 2010 BETA

Tuesday, December 1, 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Setelah sekian lama, ini merupakan artikel yang terakhir buat sementara waktu kerana selepas ini aku menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi Sesi Julai 2009 bermula 7hb Disember 2009.

Disini ingin berkongsi dengan anda perisian yang sudah semestinya kebanyakkan penggemar mahupun pengguna komputer menggunakan perisian ini. Tidak kira dimana sahaja. Kebanyakkannya digunakan antaranya IPT, Pejabat, Rumah, Sekolah, dan sebagainya. Perisian tersebut dinamakan Microsoft Office 2010. Masih dibawah peringkat Beta Version dan sebelum ini Technical Preview dimana hanya beberapa orang yang dipilih untuk cuba menggunakan dan menghantar feedback atau bug kepada Microsoft. Dijangka akan keluar dipasaran versi penuh pada penggal kedua tahun 2010. Versi terbaru dari versi-versi yang anda pernah dengan sebelum ini seperti Microsoft Office XP, Microsoft Office 2003, dan Microsoft Office 2007. Kali ini, pihak Microsoft telah menerbitkan versi yang lebih baru, lebih mudah penggunaannya, penuh dengan fungsi-fungsi yang lebih baik dan telahpun berada di website untuk dimuatturun kepada pengguna-pengguna yang ingin mencuba perisian baru ini.

Laptop aku kini sedang menggunakan perisian tersebut untuk mengkaji dan cuba mempelajari fungsi-fungsi yang lebih baru. Sebelum ini, aku menggunakan Microsoft Office 2007 dimana ianya sama fungsi pada Microsoft 2010 cuma ia lebih memudahkan dan menarik perhatian pengguna. Walaupun ada segelintir pengguna mengatakan ianya rumit dan sukar, tetapi sebenarnya dari sudut tahap keselamatan dan masa bagi aku 10 bintang.

Disini aku paparkan beberapa gambar Microsoft Office 2010 ini.





Spesifikasi yang dicadangkan:

* Internet access (to download Office Professional Plus 2010 Beta and get updates)
* A PC with these minimum recommended specifications:
o 500 MHz 32-bit or 64-bit processor or higher
o 256 MB of system memory or more
o 3.5 GB of available disk space
o 1024x768 or higher resolution monitor
o DVD-R/W Drive
* Supported Operating Systems:
o Windows XP with Service Pack (SP) 3 (32-bit)
o Windows Vista with SP1 (32-bit or 64-bit)
o Windows Server 2003 R2 (32-bit or 64-bit)
o Windows Server 2008 with SP2 (32-bit or 64-bit)
o Windows 7 (32-bit or 64-bit)

*Please note these specifications could change.

Untuk mendapatkan perisian ini, anda boleh kunjungi laman web ini di http://www.microsoft.com/office/2010/en/default.aspx dan anda perlulah mempunyai akaun Hotmail atau MSN bagi mendapatkan Product Key.

Notakaki: Tidak sabar hendak menggunakan Microsoft Office 2010 Full. Boleh buat bussiness ni.. Hehehe..

0 comments: